Ahad, 28 Februari 2010

Kembali

Aku kembali...selepas hilang ke Amman ikot program kawan-kawan arab Yaman....memang best pergi program dengan diorang....ape-ape hal...aku mengumpul semangat....

Muktah...pergi ke sane ziarah maqam sepupu nabi sempena Maulidurrasul....dan para syuhada' perang Muktah...

banyak qasidah...zikir...dan doa di baca sepanjang program....

aku harap semangat kumpul ilmu kembali....wasalam

p/s : tiada mood nak tulis panjang sebab 2 perkara

Khamis, 25 Februari 2010

Lagi hangat dari debat


Hari ni aku resign jadi reporter debate...haha...biar diorang semua berjaya tanpa aku punye komen...bukan membantu pon...

hari ni aku terbaca pelancaran kasut NIKE baru yang agak lawan tapi combination colour yang agak janggal...ramai gak yang pehi...aku nak gi gtapi tiket dah habis....
MERCURIAL SUPERFLY II telah berjaya dilancar di hadapn ribuan bersama kehadiran duta yang dicabar mencuba kehebatan kasut baru itu....

Christiano Ronaldo dijemput khas bagi menunjukkan kehebtana kasut ini dengan inovasi stud(pacak-pacak tapak)...yang disusun khas bagi mencengkam padang dengan kemas.....akhirnya beliau melakukan larian zig-zag tanpa segan silu.....

"The Fastest Just Got Faster"

Dihadapan ribuan penonton beliau memuji kasut itu...tapi,aku tak dengar LIVE,sebab tenet lembab....wawawa...

ape pun kasut ni agak best untuk dipakai...oleh sahabat yang tidak mempunyai tulang...wawawa...

AKU MULA NGARUT....

Rabu, 24 Februari 2010

Ape ni?..Debat la

Haha..baru je balik dari debat hari ke-2......best la hari ni dengan tajuk yang agak best...

Pusingan 1 : PEMBANGUNAN EKONOMI MERUNTUHKAN MORAL

Speker-Nazim Fred : membawa dewan dengan tenang dan lembut

KERAJAAN
Yaqzan DS : Alhamdulillah hari ini beliau makin maju dengan kehebatan madah...beliau dah melontarkan cabaran dalam ayat ke-2 lagi..."BUKU BERTEMU RUAS"...sememangnya beliau faham yang pihak lawan merupakan lawan yang sukar untuk dikalahkan....dan beliau telah berjaya mengatur satu cara licik dengan melontarkan konsep yang berjaya mengelirukan pihak lawan....pihak lawan sudah salah erti dengan pembawaan erti isu...

Azlan Shah : Malam ini sememangnya beliau sudah menunjukkan iras-iras taring beliau dengan membawa emosi dan lakonan yang hebat...bagi aku,pihak lawan mula tergugat selepas melihat kehebatan beliau....sememangnya beliau mahir dengan ekonomi...sebab itu beliau yakin malam ini menjadi milik mereka....make a move Lan...

Iza'an : memang aku cakap betul sebelum ni...dia ni boleh kerja ngan Edisi siasat...semua hujah beliau lancar dan penuh dengan contoh-contoh...cuma beliau kena ingat yang "setiap kalam mempunyai keburukan"...beliau mungkin ade peningkatan selepas ini...

PEMBANGKANG
N/A : sememangnya beliau dah mula menunjukkan kehebatan letupan bom jangka yang aku penah sebut sebelum ini...beliau dah buktikan yang diam-diam berisi.....beliau berjaya pusing ayat pihak lawan dan memberi tekanan kepada pihak lawan...

Ulya : malam ni aku dah cakap pakai la blazzer...takpe-takpe...beliau membawa tutur dengan penuh keyakinan sehingga mengeluarkan kenyataan yang kumpulan diorang bakal megenggam piala presiden tahun ini....

Azzam : beliau dah buat satu gimik dengan lambat hadir...semua ahli kumpulan dah risau dia tak datang dah...akhirnya muncul gak..nampak la kelegaan pada ahli kumpulan dia....(Hilal tak datang.Syafakallah)....tapi dia ni la yang memberi semangat dan kehebatan kumpulan beliau...

Pusingan 2 : FACEBOOK:LEBIH SUDU DARI KUAH

Speker-Iza'an : kau pun tak tahan dengan lawak yang berlaku...wawawa

KERAJAAN
Lan mindef : Beliau dah disalah nama dengan Azlan Shah...tapi beliau dah membuat kelembutan dan suara beliau yang sedap itu satu perdebatan yang hebat dan lembut...cuma terdapat kesilapan dalam membawa hujah dan isi...beliau berkata maksud isu malam ini "pengguna yang ramai mencemarkan FB"....

Muiz Ashaari : memang beliau tukang lawak yang menjadi tumpuan ramai...beliau bertutur sedaya upaya dengan Fushah malaysia (bahasa baku)....isi dan hujah beliau agak memberi lubang kepada pihak lawan mematahkan dengan mudah...beliau juga tidak puas hati dengan pihak lawan yang memohon belas kasihan daripada penonton dan hakim yang merupakan pengguna facebook...

Mat Syah : Hahaha...memang betul la dia ni bakal Raja Lawak..."selamat pulang hakim" "sape ye nama pembuat FB tadi?" "perlu kau sambung ombak penonton??"....beliau la yang akan memeriahkan segala pusingan...next pusingan orang rindu sama lu Mat Syah....

PEMBANGKANG
N/A : sememangnya beliau la yang membawa kehidupan malam ni dengan mulakan debat dengan tenang...semua ayat beliau ditutur baik...mematahkan hujah dengan tenang dan berjaya membuat pihak lawan terduduk seketika...

Amir : beliau muncul buat julung kali dengan kehebatan seperti wartawan...cuma mungkin ade kesilapan dengan fakta yang tidak lengkap...tapi juri bagi man of the night la...dan suruh semua contohi cara perdebatan beliau....akhirnya beliau tersenyum dengan persembahan pertama beliau....sape tahu beliau bakal membuat kejutan????

Ulya : jangan kamu pandang rendah dengan pihak lawan biarpun mereka bermain dengan arena perdebatan....semangat beliau makin rendah pabila mendengar lawak-lawak pihak lawan...beliau perlu melatih diri dalam bermain ayat bunga lagi..sebab Lan ade kata salah beliau salah guna peribahasa....banyakkan mencari ayat bunga...tapi jangan jadi Mat Bunga suda....haha

KEPUTUSAN

PUSINGAN 1 : PEMBANGKANG (5-0)
PUSINGAN 2 : PEMBANGKANG (4-1)

NEXT ARENA BAKAL BERLANGSUNG........

1MALAYSIA : POLITIK??
LELAKI MENYENANGKAN,PEREMPUAN MENENANGKAN...

Selasa, 23 Februari 2010

Dobat dot dot dot

Tadi bermula la Debat Piala Presiden PERMAI bagi sesi 09/10...
teringat lak 2 tahun lepas aku pernah berdiri kat atas pentas asrama MML sebagai pendebat yang agak kecoh...haha...

Hari ni aku tengok 2 pusingan debat ala parlimen...naik gairah gak la..tapi,aku suka pada team yang sempoi-sempoi...

pusingan 1:Pakatan Rakyat Tidak Relevan

Speker dewan(tak ingat nama lak) : senyap dan sekadar mengangguk-angguk sahaja...memang speker dewan parlimen Malaysia la...haha

KERAJAAN
Lan Mindef : Ucapan dia agak menarik mula-mula aku dengar dengan tumbuk meja siap...cuma dia silap bab definisi yang menjadi 1st markah dalam pendebatan...

Muiz Asha'ari : Hujah dia seperti menjatuhkan diri sendiri sebab dia tidak membidas hujah lawan..bahkan dia seperti membawa dewan keluar jauh dari perdebatan...terlalu banyak wat orang ketawa...haha

Amir Siddiq : Erm...masih kekok,mungkin darah gemuruh mengalir dalam badan dia la kot...baru 1st round...besar kemungkinan ada perkembangan selepas ini....

PEMBANGKANG
Yaqzan DS : Hebat antonasinya dalam menghujah...aku pernah dengar time debat parlimen kat TV dulu...memang best..dia berjaya mencuri markah dengan definisi...terbaik aku katakan pada beliau...cuma tidak lancar macam kat TV la...

Iza'an : aku dah cakap yang dia ni pengacara edisi siasat...cara lenggok dia memang sebijik...haha..ape pun memang smart la dia cakap...cuma ade silap time dia carik kertas fakta....dan nampak sangat dia macam baca ayat kat kertas..next round jangan wat lagi ye...

Azlan Shah : Haha..dia memang lancar dan pandai wat antonasi relax je...cuma malam ni dia tahu dia bakal menang..so,dia hanya main pusing ayat la..tak perlu semangat sangat...kite tunggu taring dia keluar!!

pusingan 2 : Bajet 2010 Membebankan Rakyat

speker dewan(helmysudin..LemakPadat) : He is A Talkshow man...tak leh blah langsung ko punye ayat Mi...aku sempat ingat beberapa ayat ko:

1...Hari-hari makan petai,perdana menteri sudah selesai
2...Si,si..ko ingat binatang ape!!
3...Alamak,saya pulak banyak celoteh
4...Dipersilakan Mas Abdullah Azam
5...Pembangkang bermain number pulak

KERAJAAN
N/A : sekadar bias-bias sahaja aku dengar..dia banyak guna yat berbung..tenang dan senyap...dia ni seperti bom jangka yang bakal meletup bila-bila masa tanpa kita ketahui...semua hujah dia jawab dengan tenang...diharap bertambah mantap next round..

Abdullah Azam : Aku dapat info yang dia ni masuk tahun lepas debat presiden ni...menang ke tak..tak tau la..tapi,dia ni pendebat yang hebat..sebab wakil Irbid bergerak dengan presiden...sedap dia mendebat isu...dengan info dan keyakinan yang tinggi...dia ni bakal memberi cabaran kepada Azlan Shah...aku tunggu mereka bertemu...BUKU BERTEMU RUAS....

Ulya mindef : Selalunya dia ni cakap inggeris...tapi kali ni dia paksa dirinya cakap melayu agar debat malam ini menjadi milik mereka...mungkin dia ni selalu berdebat dan pernah masuk ke arena debate english sebelum ini...sebab tengok cara dia macam pendebat pro...(secara jujur,aku ade 90% cara debat dia..haha..xcaya tanya Hilmi Rosli)...cuma pemakaian dia malam ni macam memberi down kepada semangat...Ulya,ko kena pakai blazzer..baru ko ade spirit debate...

PEMBANGKANG
Lan mindef : Haha..dia maybe frust la sikit ngan pusingan tadi...kini dia kembali dengan sedikit keceriaan dan semangat baru sebab masuk ke pusingan baru...dengan tenang dan ringkas dia tidak ulangi sejarah pusingan 1st...dia memberi markah kepada kumpulan dia dengan memberi definisi debat malam ini..(next time jgn lpe pulak)....

Muiz Ashari : Semakin lancar berhujah dengan menggunakan fakta yang tepat tapi mempunyai lubang jarum pada fakta itu...maybe dia amik fakta tu minggu lepas...sebab tu Ulya yang baca paper tiap-tiap hari berjaya robek fakta tersebut dengan mudah...nombor-nombaor dan petronas menjadi senjata beliau dalam pusingan ini...(aku nampak pihak kerajaan garu kepala..haha)...lain kali time pihak lawan gulung ko jangan minta mencelah...time penggulungan mana ade celahan...dan takleh mintak extra time tau..

Mat Syah : Dengan kopiah hitam di kepalanya...dia tenang membuka kalam dan melontarkan isu...tapi,aku respek dengan keberanian membuka celahan beberapa kali kepada pihak lawan...tidak pernah debat menjadi sebegini...You Make History man!!....cuma time dia ni la pihak lawan meng"kantoi"kan kumpulan mereka dengan kegemilangan 1999...mahathir & IMF...itu yang berjaya menambah bonus pada ihak lawan...sebab dia senyap membisu dan mula ragu-ragu dan serta merta setuju dengan pihak lawan...macam mana la boleh berubah pegangan dengan mudah???

KEPUTUSAN

pusingan 1 : PEMBANGKANG
pusingan 2 : KERAJAAN

ESOK ADA 2 TAJUK LAGI YANG BAKAL DIBAHASKAN:

1)Facebook:lebih kuah dari sudu
2)Peningkatan ekonomi meruntuhkan moral masyarakat

"Kita bertemu di arena berikutnya"

Ahad, 21 Februari 2010

520/24

Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga digunakan. Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut, yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam. Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa.

Di Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok. Dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil curry puff, tetapi bezanya ialah bentuk curry puff tidak semestinya seperti karipap. Juga, perbezaan dari segi pembuatan pastri karipap dan curry puff tidak sama. Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan dipanggil kelim.

Kuih karipap juga merupakan kuih rasmi dalam mesyuarat kerajaan atau pun swasta.Biasanya ia di sertakan dengan kopi dan teh o panas menyebabkan keadaan mesyuarat rasmi lebih ceria.

PENAT!!!

tu je aku nak cakap lepas wat 520 biji karipap dlm masa 24 jam full time...huhu..

badan sengal-sengal dan kepala sakit-sakit....lepas bangon dari tido

cam malas nak update blog lak sakit-sakit ni...klik sini (pasal karipap)

Jumaat, 19 Februari 2010

Jemput2 bobby trap

penah aku sebut sebelum ni yang makanan itu senjata...sebab penah aku tengok cter korea perang-perang yang diorang letak julap dalam makanan musuh diorang....dan menang dalam perang tu....

dah lama aku nak wat post ni sebab jemput2 yang makin banyak membawa musibah kepada yang menggoreng...sebab tu ada kawan aku kata goreng gitar lagi selamat...haha...

jemput2 ataupun dikenali sebagai cucur...ala,yang adabi ada wat segera tuh...."kami dah pulang emak wat cucur,mudah saja tambah air..adun sebati goreng dan sedia cucur ****i namanya!" camtu la lagunye...aku xleh letak nama produk sebab kira free promotion..mana boleh camtu..

kawan aku paling latest kena benda ni...habis muka dah x encem....aku penah kena sekali time aku masak suka-suka...lompat-lompat time masak...mana la x meletop itu jemput2....haha

cara penyelesaiannye senang je selepas aku kaji dengan teliti : pastikan jemput2 itu dikacau dengan rata dan kembang betul-betul....dan jangan banyak sangat air...kang senang la dia meletop...haha...

tu je post aku...pasal mee kuning still survey ngan dak2 Irbid

Rabu, 17 Februari 2010

4 Rabi'ul awwal

lepas kelas tadi baru aku sedar yang hari nilah aku lahir...huhu...besday Hijri aku...

tapi aku tak nak wat majlis...cuma plan nak beli halawiyyat dan sentap habis-habis malam ni kat bayt DQ...insya'allah...

semua doa aku panjang umur..murah rezki...temu jodoh la...huhu...ntah ar..hati aku penah bagitau aku yang temu jodoh tu nak dekat...haha

ayah aku ade bagi green light sblom fly...mak aku,kalau tak silap la...tak bagi kot..takpe-takpe,pasni aku tanya balik.....

ade soklan yang orang tanya aku selalu gak ar "bila nak balik?"...kalau orang cam kawan-kawan aku tanya tak kisah la...ni,sepupu aku yang kocik-kocik comel tu tanya..rindu gile bai...

aku sedih gak ar...plan nak balik 4 taun kang...tak tau lagi la...sebab tu semua plan.....

soklan yang agak kencang makcik-makcik aku tanya "dah jumpa jodoh lom?" soklan ni aku skip la jawapannya sebab aku tak tau jawapan aku betul tak...takut ilang 4 ribu ringgit kang (moja,ko ingat main Who Wants To Be Millionaire ke?)....

biar la...tapi aku ade benda besar nak wat....MEE KUNING...still pkir nak wat ke x..tu je..k,next post la aku cter pasal Bahana Jemput-Jemput...salam

Rumah kekasih Allah..

Tadi pi la jenjalan cari isi nak kongsi...jumpe gak...sama-sama kita tengok rumah kekasih Allah...rumahnya kecik je..rumah kita??

KLIK SINI

*tengah hafal peta Arab...

Isnin, 15 Februari 2010

Antum Sanah Ouwla?

Haha...tenet rosak sebab tu tak update...mintak maap semua..

ayat atas tu aku dapat sempena membuat sasaran 1st aku sem 2 ni...berjaya alhamdulillah..aku dan 2 orang lagi sahabat bertemu dengan Syeikh Mohd AsSouwi....di amman...biar kitorang ditipu dalam perjalanan ke sana dengan tambang teksi yang mahal...

ada bacaan qasidah dan kitorang cam biase la...bwak roti,kari ngan telur goreng sbgai bekalan...tidor xtau lagi...last-last kenal ngan 2 orang budak Yaman...haha..tidor la umah diorang....diorang la yang sebut ayat tu bile kitorang bgtau yang kitorang taun 1...diorang tak caye sebab taun 1 dah berjalan mencari ilmu...pelik ke???...maybe tu la suasana kat Jordan ni...biar la..

Hussien ajor aku masak nasik Kabsah Sardeen...best betul..balik je aku terus buat...jadi la jugak...beras je salah guna..haha...

Mohd AlHindi lak ajar aku pasal kemenyan dan ayam queckers...best3...aku blaja la slow-slow...minggu ni gi lagi kot...hehe

tidor rumah diorang memang best...tu la pengalaman tido umah arab...diorang layan baik...dan aku hadiah diorang kari...pergh...lupe lak yang hussien ni dulu blaja kat ERS kat subang jaya...nama full die lupe...skola blaja english....diorang ber2 ni pelajar uni Urduniyyah,Amman....

tu je la nak cter....nanti la pasal jemput-jemput tuh..salam

Khamis, 11 Februari 2010

Hip & Hop Bus

hari ni hari yang agak sukar bagi aku sebab hari buang & amik madah baru...macam hip & hop bus kat KL tu la..senang buang dan senang amik..cume dengan syarat tak boleh tukar kelas...tu je..tukar subjek boleh ajer...

aku dah wat sesuatu agak gile dengan amik syair jahilli dengan doc yang KENTAL....tapi sebab dengan kata senior aku yang dah jadi legend tu...aku tetap nak amik...cuma aku kena main flow ngan doc ni la....Arsan Ramini....sedap nama tu...kenapa orang tak suka amik ngan dia???

sebab dia SYADID...tu namanya cabaran...aku nak amik ngan dia...biar aku kena ulang berjuta kali...asal aku dapat ilmu dari dia yang syadid....semoga aku dapat kejayaan bawah tunjuk ajar dia...dah lama melayu tak suka dengan dia...tapi aku lak gila amik ngan dia...camne yea???

"Budak Adab kena kental,sebab adab itu KENTAL" -Faiz (senior legend)

tu je...yang ni subjek aku amik lepas buang KOMPUTER sebab masa aku cam pack biarpun aku boleh bawak 6 subjek...so,tengok ar puas-puas...aku sakit mata ngadap laptop..k,salam



NEXT POST PASAL "BAHAYA NYA GORENG JEMPUT-JEMPUT"

Rabu, 10 Februari 2010

Kerek lak

Salam semua....seperti biasa la..aku pi kuliah wat hari ke-3 dan macam sebelum ni,semua doc tak masuk dan aku hanya mampu tension dengan semua ini...kelas BI tadi memang best...doc tu kerek dengan BI die...aku suka doc yang kerek macam doc Nizom Usroh aku sblom ni...kerek-kerek pun kalau kita baik ngan diorang,diorang baik dengan kita....

Sebut pasal kerek aku nak citer gak pasal kehidupan kerek aku depan laptop sampai sos aku hangus..wawaa....sian betul...aku dah la demam arini...gi kelas lak xde doc...nasib baik aku ade semangat...huhu

ape pun aku nak letak link ni je....tu pasal wat post...pasal madah aku amik pas ni la...past minggu drop madah....ok...enjoy la baca link bwah ni..

KLIK JE JANGAN SEGAN-SEGAN

Selasa, 9 Februari 2010

Sasaran sem 2

Post ni aku dah janji nak wat kat bawah sekali post yang lepas...aku nak citer plan aku yang bakal berjalan dalam semester 2 ni...

1)Mustami3

-kelebihan universiti sini adalah mustami3 (dengar kuliah free)..aku xyah daftar pon kuliah tu...just mintak izin doc dan dengar apa doc tu ngajor...kalau dulu aku mustami3 1 madah...semester ni aku push kepada 2 madah...yang dirancang (Nahu 1 & Aqidah)...tengok la dulu...aku kena flow wave timetable aku dulu...

*Isi hati aku : mustami3 kali ni aku nak amik exam sekali....hehe

2)Jejak Ulama' 2

-biar pun berjalan kuliah,mengejar ilmu dan bertemu penyampainya tetap aku jalankan bersama mereka yang sentiasa dahaga ilmu...minggu ni insya'allah akan ke Amman buat kali ke-3 setelah berjaya menjejaki ulama' bagi mendapat berkat dan nasihat serta dorongan seiring doa beliau...doa kan aku sabit dalam jalan illahi...

*Isi hati aku : masih belum dapat terima pergi menjejaki ulama' beramai-ramai

3)Matan

-sape yang tengok status YM aku dan translate paham la...aku dah la tak dapat Nahu 1...aku kena ready dengan baca apa yang berkaitan nahu...tapi,tujuan menghafal matan bukannya sebab exam or madah...sebab aku nak faham dan ilmu dari matan tu...Alfiyyah still on going...Ujrumiyah...Zubad...Bina' wal Afa3l....tu sasaran sebelum abis semester ni..

*Isi hati aku : nampak banyak tapi kena kental menghafalnya...tangkis kutukan orang lain moja..

4)Assalammualaikum

-nama buku markaz lughah aku yang berjaya aku conteng-conteng...bile bukak balik semalam aku cam poning-poning...start minggu dopan aku nak salin balik semua cakar ayam aku supaya aku paham balik apa yang aku belajar dulu....

*Isi hati aku : ada hikmah di sebalik cakar ayam aku...wawawa..

5)Maktabah

-aku pi maktabah tadi ngan 3 orang kawan aku...dan aku nampak cam ada harapan nak jadi budak maktabah..hehe..sebab masa aku lame sangat terbuang antara 2 madah...so,aku akan amik beberapa madah yang akan aku naqol dalam exam agar aku punya markah lebih cikit..hehe...ape pun hidup kenalah berujukkan....

*Isi hati aku : buku syair dan sastera tadi banyak memanggil aku...cuma aku tak menyahut..

5 INI SAHAJA SASARAN AKU...NEXT POST PASAL MADAH AKU YANG AKU FRUST...

Isnin, 8 Februari 2010

Cuti sem yang aku cuba penuhi..

Seperti aku janji..aku nak tulis apa yang aku wat time cuti sem yang lalu....

1)Jejak Ulama' Urdun

-bukan senang nak jumpa ulama' Urdun (bagi yang tak penah pasang niat)...mereka ada cuma kita sahaja tidak mencari...asal ada usaha pasti kita temui...ulama' yang aku jumpa pada minggu pertama aku cuti ialah:Syeikh Hazim Ghazaleh..beliau berada di "Markaz"nya yang bernama Masjid Darul Qurannul Kareem yang terletak di Amman...aku pegi berdua je ngan kawan sekolah lama aku...tido di masjid tu sebab ada qiam malam tu dan pagi esok sebelum jumaat kitorang gerak balik..banyak nasihat dan sifat yang boleh dicontohi...

*Isi hati aku : aku rasa nak hafal quran pabila mendengar beberapa nasihat beliau

2)Jejak Sahabat

-aku penah wat post pasal perjalanan aku yang berlangsung pada minggu ke-2 cuti sem ni...aku tak nak citer lagi sebab terlalu seronok....berasa nak wat lagi ekspidisi ni...insya'allah tahun hadapan...

*Isi hati aku : aku belajar apa itu tawassul & ingin sekali melawat maqam kekasih Nya

3)Aqidah

-aku tiap-tiap hari lepas zohor pegi ke rumah seorang ustaz yang dekat je ngan rumah aku sebab nak blaja aqidah dengan beliau..aku menghabiskan tiap-tiap hari aku blaja ngan beliau sebab nak refresh balik apa yang penah aku blaja cuma lebih tepat dengan dalil & hujah...rumah yang bising dnegan anak-anak beliau yang tak penah senyap...sampai habis cuti aku menadah ilmu dengan beliau...

*Isi hati aku : beliau mengajar aku "tiada ilmu itu dengan menghafal setelah fahaminya.."

4)Step forward

-minggu ke-3 ni la aku,naqi & rodi berjaya menemui seorang ulama' yang mampu kitorang belajar dengannya...Syeikh Ismail Al Qurdi seorang ulama' tasauf yang amat kitorang kagumi...kami duduk berbincang atas susunan program seorang sahabat arab kami dan akhirnya mengikat janji blajar 1 kitab setiap jumaat...masih 0 lagi pada warga irbid yang mahu join...lupa pulak yang kitorang pun tengah amik ijazah alquran dari seorang anak murid beliau..sape-sape free join la..

*Isi hati aku : hati itu memerlukan zikir sentiasa...

5)Sahabat baru

-minggu last la aku berkenalan dengan sahabat yang belajar di Rusia bagi aku sangat ramah dan boleh masuk la...sebab 1st time jumpa dah mula gelak ngan lawak aku....(aku ingat lagi syafiq tercekik makan mandi sebab gelak sangat...wawa).....aku menjadi guide kat balad walaupon aku punya skill menawar tu makin tumpul...

*Isi hati aku : mengharap lawatan balas ke Moscow..

6)Bertemu semula

-Farid ravi yang tak asing lagi bagi KUIS dan kami pelajar JAIS yang kursus setengah tahun yang lalu...walaupun beliau tak ingat kitorang..tapi,kitorang ingat sampai bila-bila sebab kena marah ngan beliau...ape pun ceramah beliau sangat best la...

"Isi hati aku : beliau sangat aktif dalam mengkaji

7)Tasjil madah

-aku dukacita sebab plan aku yang hebat dan back up tu hancor..tapi ape pun aku masih mendapat tiupan semangat dari senior Baha yang mengajar aku menjadi kental...ape pun aku tetap bersedih...

*Isi hati aku : budak ADAB kena kental !!!

8)Snow

-ni post paling aku suka sebab aku tengah taip ni sambil selsema sebab snow..hehe...korang tau la aku epi ngan snow-snow ni..ape pun aku tetap nak main taun depan...tak sabor!!..jangan lupa bawak kitorang lagi Abu Kholil..

*Isi hati aku : nak main lama lagi !!!..kejap sangat la arituh

ITU SAHAJA AKU PUNYA POST PASAL APE AKU WAT TIME CUTI SEM...NEXT POST PASAL,"APA AKU NAK WAT SEM 2 NI??"...TUNGGU

Ahad, 7 Februari 2010

Salji memutih..


snowman paling besar


Semalam aku tunggu-tunggu salji turun kat luar umah..tak turun-turun..aku pon frust la lepas budak-budak akhowat yang pegi petang tadi...aku tengok je diorang punye gambor yang epi-epi tu..

Pagi ni tepat pukul 9.20 pagi kitorang budak-budak syabab berlepas naik coster abu kholil...kitorang akan bermain salji di Ajloon...pergh...tak sabar..mula-mula amik la anak-anak dia kat umah dia...Kholil,Kholid & Mustapha...on the way je kitorang semua senyum-senyum je dan ada satu kawasan tu pokok semua condong ke timur...Hawa'...npe ye?..abu kholil citer tu kawasan yang banyak angin...time pokok ni membesar,angin tiup-tiup dan pokok condong la...

Kat Idoun je kitorang semua tak sabar bila tengok salji memutih di tepi-tepi jalan..wawawa..tak sabar...abu kholil tengah carik port tebal-tebal supaya kitorang puas...

Jumpa la port yang best dan kitorang pon turun je terus melompat atas salji...memang lain rasanya...bukan keras pon..cume penat la lari sebab kawasan tu tinggi...ki
torang main baling-baling dulu...aku berjaya elak banyak bola salji lepas belajar ngan movie avatar...wawawa


lompat atas salji memang best

pastu kitorang pegi main kat kawasan yang dara lagi (belum orang pijak)...kitorang wat snowman paling besar lepas beberapa kali tak jadi..akhirnya jadi gak...aku perang ngan anak abu kholil 2 orang tu yang tak abis-abis kacau aku...

last-last,kitorang kena halau sebab main kat kawasan umah orang rupanya..makcik arab tu dah membebel ape ntah dan abu kholil ajak balik...sebab dia nak amik akhowat senior pulak...ok la..dapat main tapi tak puas...balik je semua ponat...macam baru balik sungai congkak pulak..hehe

tu je..ade pape tekan cini...blog kawan aku yang pegi...kat facebook aku la gambar-gambar

next post pasal coti aku...ape aku wat ye??...tido??..tunggu...

Jumaat, 5 Februari 2010

Dunia makin mengecil


Salam semua yang membaca blog yang ngarut ni...semalam aku gi balad(bundle) teman budak-budak malaysia dari rusia dan seorang pakcik dari malaysia...aku jadi tour guide la..memang lama kat situ sebab hujan lagi dan kerenah diorang yang macam-macam ragam...aku terbayang kalau ayah aku datang ke Irbid ni macam mana la aku nak layan kang ngan rumah kecik je...huhu

Aku tengok senior aku 3 orang dah graduasi semalam jugak dari situ aku nampak masa depan aku (insya'allah) walaupun tasjil madah baru-baru ni frust jer...takpe-takpe,semua ada hikmah la tuh...aku suka lepak dengan budak-budak yang ramah ni sebab mudah nak masuk dalam alam diorang...tapi,bukan semua yang ramah tu ramah selamanya sebab dunia makin hari makin lain...orang yang kita hari ni tak semestinya dia juga pada esok hari...kerna harta manusia berubah...

Pernah aku bersama diorang gelak same-same...sekarang aku cam tak selesa je sebab diorang berubah sebab lama tak berjumpa...sampai sekarang kawan sekolah rendah aku banyak berubah hampir 100%..tapi,aku ada kawan baik dari kocik sampai sekarang yang tahu apa tu nilai persahabatan..trime kasih la ye..

Aku suka pada hidup sorang-sorang kalau tak nampak erti persahabatan yang sangat bernilai tu...tapi apa erti hidup sorang-sorang sedang nabi ajak hidup berjemaah kan??...ramai gak kengkawan aku sangka aku macam ni pdahal aku lain..biar la..diorang mesti silap sangka..aku tak kisah pun..asal aku berjaya dalam ibadat...

Kini,aku duduk dalam bilik sorang-sorang dan ramai jugak yang mahu buat aku dengki dengan wat macam-macam..aku tak kisah sebab semua tu insya'allah aku boleh dapat..tak perlu la korang beriya-iya tunjuk kemegahan sebab itu sementara..aku mahukan masa depan!!!

"Dunia kecil dengan melihat dari satu tingkap..."

Rabu, 3 Februari 2010

Gelaran Dunia


Senator...Datuk...Datin....Doctor...Ir...Tan Sri...macam-macam lagi la yang wujud jawatan kat dunia ni...ntah la aku pon dah mlas nak pikir...sekarang ni still frust sejak tasjil madah ngarut...16 jam 14 minit berlalu masa frust aku...mlas nak bincang kat post nih..huhu

tadi aku bertuah sebab dapat tetamu ke rumah...rumah kwan aku,bukan rumah aku...seorang pakcik dan anak dia yang melawat anak dia ke mesir sekaligus bersiar-siar di bumi syam ni....

aku tak nak la pegi uni malam tadi jumpa seorang makcik yang datang melawat kononnya sebagai deligasi la katanya...ntah la..aku malas nak pegi sebab takde mood n takde "pekdah" la dengar repekan berkalam daripada dia...

aku pi teman tetamu tu ngan Pa'an gi makan...lepak-lepak la kat situ sambil aku tanya arab bila salji (soalan yang aku tanya setiap kali jumpa arab)...dia kata insya;allah nak dekat..lepas ni akan hujan beberapa ari dan tetibe hujan putih..It's Snow!!!!!!!

aku pon pi la hantar diorg balik umah pa'an then gi jumpa budak-budak muktah DQ yang datang tadi..aku tgok muka makcik tu je cam ada la rse-rse..ehehe..mane leh bagitau..bahaya ma...dia pkai tudung kantoi nampak jambul ckit..ntah pape la...anak dia pulak cam pape ntah...macam nak.....geram btol...same je spesis....

Aku sekarang hanya tulis apa yang aku nak tulis...bukan apa yang aku ckap...sebab korang yang akan cakap lepas baca apa yang aku tulis....salam

Selasa, 2 Februari 2010

Pabila akhir zaman mendekati...

Tadi aku jenjalan kat alam cyber ni dan terjumpa satu blog yang meng"link" aku kepada satu forum yang terkenal...korang baca dan tengoklah sendiri bermulanya api fitnah itu...

SALAM BUAT PEJUANG ISLAM.

Harap jangan terkejut dgn tajuk di atas. Mungkin ada yg dah menyedari masalah ini dan mungkin ramai belum tahu. Saya dapat maklumat dari salah seorang pimpinan Pas, Habib Omar dan Kumpulan Ahbasy(pengikut Arwah Syeikh Abdullah al hariri al habsyi) merupakan agenda Umno untuk pecahbelahkan ahli dan penyokong Pas. Ia bawa masuk oleh Nakhaie Ahmad, bekas Naib Yang Di Pertua PAS. Sekarang, bahang perpecahan dan gejala futur (tercicir dari jalan dakwah Pas) sudah berleluasa di Selangor. Perkara yg sama sedang berlaku di Terengganu. Diceritakan oleh orang kuat Pas di Kemaman bahawa puak ini menarik keluar ahli parti utk bersama dgn mereka atas alasan menyucikan hati dgn amalan2 tertentu seperti zikir.

Di Kuala Terengganu pun, sudah ada bibik2 ahli pas yg tidak mahu lagi terlibat dgn aktiviti pas.

Salah seorang Ustaz yg bawa agenda ini dikatakan sedang dipehatikan pejabat agama kerana ada unsur2 kekeliruan dlm cara berzikir. Program beliau dimasukki SB.

HABIB OMAR

Pendekatan Habib Omar ialah Cinta Rasulullah. Sikap terhadap parti politik tidak jelas. Biasanya program besar2 mereka dapat sponsor drp badan kerajaan atau individu dlm kerajaan. Di Pahang, MB Pahang sponsor, manakala di Selangor baru2 ini, JAIS atau MAIS yang sponsor. Ada maklumat dari sahabat2 yg belajar di Yaman kata bahawa Habib Omar ini dipergunakan oleh Umno Yaman untuk lemahkan Gerakan Islam di sana. Ustaz Khalil anak Tok Guru Haji Hadi pernah bawa Timbalan Mufti Yaman datang ke Terengganu utk menjelaskan kesesatan Habib Omar kepada pondok2 dan madrasah Pas dan milik orang Pas.

Justeru, hati2 dgn pergerakan mereka kerana ia merugikan perjuangan Islam yg Pas dokongi.

AHBASY

Yang ni pula terang2 ghuluw (melampau) dlm isu salaf dan khalaf. Ia mengkafirkan Yusof al Qaradhawi dan ulama'2 sealiran dgnnya. Sekarang ia berjangkit di pondok2 di Malaysia. Banyak pondok2 di Kelantan yg sudah berani menyesatkan Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi. Pondok2 ini mengambil sikap berlepas diri drp PAS. Di Terengganu, Mudir Pondok Bukit Jong sudah isytiharkan bhw ia sudah tidak menyokong lagi perjuangan yg dibawa oleh Pas.

Harap2 sahabat2 cyber ambil perhatian terhadap pengaruh kelompok ini dlm alam cyber.


Forum (kilik sini) aku sedih pabila makin banyak fitnah kepada ulama' berlaku lebih-lebih lagi keturunan Rasulullah sendiri yang difitnah...moga pintu hati tukang bawa cerita ni dibuka...

Kepada pihak yang berkaitan...sila la siasat fitnah ni,kebenaran itu susah nak dapat akhir zaman ini..tapi usaha itu perlu...

Isnin, 1 Februari 2010

First time ulas highlight


Aku tumpang gembira wat juara bertahan,Mesir a.k.a The Pharaoh menang Piala Afrika tadi lawan Ghana dengan keputusan yang agak membanggakan walaupun tercabar sedikit pasukan negara jiran aku ni dengan skuad muda mantap dari Ghana di Stadium Sukan Accra..aku nak pi tengok tapi takde rezeki la katanya...




Ulasan:

Penjaga gol Mesir,Essam El-Hadary tercabar sedikit pada mulanya dengan tendangan sudut yang mengancam dari Kwadwo Asamoah yang mula menunjukkan semangat ke"hitam"an Ghana.Tapi,Mesir tak wat senyap je..sang kapla team,Ahmed Hassan mula membuka serangan.

Andrew Ayew pemain muda Ghana yang berusia 20 tahun tidak membiarkan Mesir duduk goyang kaki.Beliau melakukan serangan yang agak hebat sehingga Essam berpeluh rejat(klate)...Tapi,Wael Gomaa berjersi 26 berjaya mematikan hasrat ke-2 Andrew..kelihatan Andrew frust di padang

Bola banyak kelihatan di kaki pemain Mesir yang bijak mengatur langkah bawah latihan Shawki Garib.Beliau pernah berkata "Kami tiba langkah pertama di sini hanya untuk menang" merujuk pada kemenangan 2006 & 2008.Beliau juga berhasrat membawa Mesir merasai Piala Dunia setelah tidak bermain sejak 1990.

Koman Coulibaly sebagai pengadil final berjaya melatih tangannya angkat tinggi-tinggi dengan melayang 4 kad kuning.1 kepada skuad Ghana & 3 kepada Mesir.

Aura padang berubah pabila Mohamed Gedo masuk kepada setelah kakinya kebas duduk di bangku simpanan pada minit yang ke-70 menggantikan Emad Moteab.




Minit 85..saat kemenangan dikecapi dengan sepakan yang ditumbuk keluar oleh penjaga gol Ghana dan disambut oleh striker Mesir yang bernama Mohamed Zidan berjersi seperti Fernando Torres yakni 9 yang kemudian bersama Gedo membuat 1-2 dan akhirnya Gedo mendapat peluang menebros gawang Ghana sekaligus menghancurkan hati-hati penyokong Ghana dan anak-anak buah Milovan Rajevac.




Ghana pulang dengan frust dan Mesir gembira puas....semua penyokong suka,dan penentang duka...Zidan membuat kenyataan "generasi kami lah generasi emas.."

*aku tak tengok pon...aku ulas dari ulasan web bola english..

ESPN
NEWSCHIEF

P/S:aku tunggu blog LEMAK PADAT punya keluaran..