Isnin, 8 Februari 2010

Cuti sem yang aku cuba penuhi..

Seperti aku janji..aku nak tulis apa yang aku wat time cuti sem yang lalu....

1)Jejak Ulama' Urdun

-bukan senang nak jumpa ulama' Urdun (bagi yang tak penah pasang niat)...mereka ada cuma kita sahaja tidak mencari...asal ada usaha pasti kita temui...ulama' yang aku jumpa pada minggu pertama aku cuti ialah:Syeikh Hazim Ghazaleh..beliau berada di "Markaz"nya yang bernama Masjid Darul Qurannul Kareem yang terletak di Amman...aku pegi berdua je ngan kawan sekolah lama aku...tido di masjid tu sebab ada qiam malam tu dan pagi esok sebelum jumaat kitorang gerak balik..banyak nasihat dan sifat yang boleh dicontohi...

*Isi hati aku : aku rasa nak hafal quran pabila mendengar beberapa nasihat beliau

2)Jejak Sahabat

-aku penah wat post pasal perjalanan aku yang berlangsung pada minggu ke-2 cuti sem ni...aku tak nak citer lagi sebab terlalu seronok....berasa nak wat lagi ekspidisi ni...insya'allah tahun hadapan...

*Isi hati aku : aku belajar apa itu tawassul & ingin sekali melawat maqam kekasih Nya

3)Aqidah

-aku tiap-tiap hari lepas zohor pegi ke rumah seorang ustaz yang dekat je ngan rumah aku sebab nak blaja aqidah dengan beliau..aku menghabiskan tiap-tiap hari aku blaja ngan beliau sebab nak refresh balik apa yang penah aku blaja cuma lebih tepat dengan dalil & hujah...rumah yang bising dnegan anak-anak beliau yang tak penah senyap...sampai habis cuti aku menadah ilmu dengan beliau...

*Isi hati aku : beliau mengajar aku "tiada ilmu itu dengan menghafal setelah fahaminya.."

4)Step forward

-minggu ke-3 ni la aku,naqi & rodi berjaya menemui seorang ulama' yang mampu kitorang belajar dengannya...Syeikh Ismail Al Qurdi seorang ulama' tasauf yang amat kitorang kagumi...kami duduk berbincang atas susunan program seorang sahabat arab kami dan akhirnya mengikat janji blajar 1 kitab setiap jumaat...masih 0 lagi pada warga irbid yang mahu join...lupa pulak yang kitorang pun tengah amik ijazah alquran dari seorang anak murid beliau..sape-sape free join la..

*Isi hati aku : hati itu memerlukan zikir sentiasa...

5)Sahabat baru

-minggu last la aku berkenalan dengan sahabat yang belajar di Rusia bagi aku sangat ramah dan boleh masuk la...sebab 1st time jumpa dah mula gelak ngan lawak aku....(aku ingat lagi syafiq tercekik makan mandi sebab gelak sangat...wawa).....aku menjadi guide kat balad walaupon aku punya skill menawar tu makin tumpul...

*Isi hati aku : mengharap lawatan balas ke Moscow..

6)Bertemu semula

-Farid ravi yang tak asing lagi bagi KUIS dan kami pelajar JAIS yang kursus setengah tahun yang lalu...walaupun beliau tak ingat kitorang..tapi,kitorang ingat sampai bila-bila sebab kena marah ngan beliau...ape pun ceramah beliau sangat best la...

"Isi hati aku : beliau sangat aktif dalam mengkaji

7)Tasjil madah

-aku dukacita sebab plan aku yang hebat dan back up tu hancor..tapi ape pun aku masih mendapat tiupan semangat dari senior Baha yang mengajar aku menjadi kental...ape pun aku tetap bersedih...

*Isi hati aku : budak ADAB kena kental !!!

8)Snow

-ni post paling aku suka sebab aku tengah taip ni sambil selsema sebab snow..hehe...korang tau la aku epi ngan snow-snow ni..ape pun aku tetap nak main taun depan...tak sabor!!..jangan lupa bawak kitorang lagi Abu Kholil..

*Isi hati aku : nak main lama lagi !!!..kejap sangat la arituh

ITU SAHAJA AKU PUNYA POST PASAL APE AKU WAT TIME CUTI SEM...NEXT POST PASAL,"APA AKU NAK WAT SEM 2 NI??"...TUNGGU

Tiada ulasan: