Isnin, 1 Februari 2010

First time ulas highlight


Aku tumpang gembira wat juara bertahan,Mesir a.k.a The Pharaoh menang Piala Afrika tadi lawan Ghana dengan keputusan yang agak membanggakan walaupun tercabar sedikit pasukan negara jiran aku ni dengan skuad muda mantap dari Ghana di Stadium Sukan Accra..aku nak pi tengok tapi takde rezeki la katanya...




Ulasan:

Penjaga gol Mesir,Essam El-Hadary tercabar sedikit pada mulanya dengan tendangan sudut yang mengancam dari Kwadwo Asamoah yang mula menunjukkan semangat ke"hitam"an Ghana.Tapi,Mesir tak wat senyap je..sang kapla team,Ahmed Hassan mula membuka serangan.

Andrew Ayew pemain muda Ghana yang berusia 20 tahun tidak membiarkan Mesir duduk goyang kaki.Beliau melakukan serangan yang agak hebat sehingga Essam berpeluh rejat(klate)...Tapi,Wael Gomaa berjersi 26 berjaya mematikan hasrat ke-2 Andrew..kelihatan Andrew frust di padang

Bola banyak kelihatan di kaki pemain Mesir yang bijak mengatur langkah bawah latihan Shawki Garib.Beliau pernah berkata "Kami tiba langkah pertama di sini hanya untuk menang" merujuk pada kemenangan 2006 & 2008.Beliau juga berhasrat membawa Mesir merasai Piala Dunia setelah tidak bermain sejak 1990.

Koman Coulibaly sebagai pengadil final berjaya melatih tangannya angkat tinggi-tinggi dengan melayang 4 kad kuning.1 kepada skuad Ghana & 3 kepada Mesir.

Aura padang berubah pabila Mohamed Gedo masuk kepada setelah kakinya kebas duduk di bangku simpanan pada minit yang ke-70 menggantikan Emad Moteab.




Minit 85..saat kemenangan dikecapi dengan sepakan yang ditumbuk keluar oleh penjaga gol Ghana dan disambut oleh striker Mesir yang bernama Mohamed Zidan berjersi seperti Fernando Torres yakni 9 yang kemudian bersama Gedo membuat 1-2 dan akhirnya Gedo mendapat peluang menebros gawang Ghana sekaligus menghancurkan hati-hati penyokong Ghana dan anak-anak buah Milovan Rajevac.




Ghana pulang dengan frust dan Mesir gembira puas....semua penyokong suka,dan penentang duka...Zidan membuat kenyataan "generasi kami lah generasi emas.."

*aku tak tengok pon...aku ulas dari ulasan web bola english..

ESPN
NEWSCHIEF

P/S:aku tunggu blog LEMAK PADAT punya keluaran..

Tiada ulasan: