Ahad, 30 Januari 2011

syamail muhammadiyah (2)

Bab 3 : ibu susuan baginda

1. Thuwaibah

- menyusukan selama sehari
- hamba abu lahab
- abu lahab menyambut kelahiran nabi dengan membebaskan Thuwaibah dan dikurangkan seksaan pada setiap hari isnin
*terdapat khilaf dalam perkara ini
- beliau hadir dalam perkahwinan rasulullah dengan khadijah
- rasulullah mencari (ziarah) beliau selepas hijrah hingga beliau meninggal dunia

2. Halimah binti Abu Zuaib AsSa'diah

- membawa rasulullah ke pekannya di belakang Toif
- disusukan rasulullah bersama kaum bani Sa'ad selama 4 tahun
- ketika tempoh itu,rezki halimah mencurah-curah dan keluarganya begitu bahagia
- ketika itu juga,Syaima (anak perempuan halimah) sedang menyusu
- tamat tempoh susuan itu pada tahun kelima kerana halimah takut dengan peristiwa pembelahan hati rasulullah oleh Jibrail alaihis salam
- hadir bertemu khadijah selepas perkahwinan dan mengucapkan tahniah dengan memberi 20 kepala kambing dan biri-birinya
- halimah juga kelihatan ketika berlakunya perang Hunain

3. Ummu Aiman

- wasiat daripada bapa rasulullah
- suaminya Zaid bin Harithah


Bab 4 : kehidupan baginda sebelum perlantikan

Menjadi yatim pabila kematian bapanya dan dijaga oleh datuknya,Abdul Mutolib.Pabila umurnya mencecah 6 tahun,baginda dan ibunya bersama Ummu Aiman keluar menuju ke madinatul munawwarah dan menetap di sana selama sebulan.Kemudian dalam perjalanan pulang,Aminah jatuh sakit dan wafat serta dikuburkan di Abuwa.Ummu Aiman membawa baginda ke mekkah dan menyerahkan kepada Abdul Mutolib.

Umur mencecah 8 tahun,Abdul Mutolib pulang ke rahmatullah.Abu Talib bapa saudara baginda diwasiatkan untuk mengambil alih hak penjagaan baginda.Abu Talib lah perisai yang melindungi rasulullah.Pada mulanya kehidupan yang faqir.Bila rasulullah melangkah ke dalam keluarganya,kehidupannya perlahan-lahan menjadi senang.Dengan keberkatan menjaga junjungan mustoofa.

Pada umur 13 tahun,baginda menyampaikan hasrat untuk ikut Abu Tolib berdagang ke Syam.Pulang dari berdagang,Abu Tolib tidak mengizinkan lagi kerana takut dengan yahudi akan mengapa-apakan baginda selepas mendapat penerangan Buhaira (ahli kitab yang menerangkan tanda-tanda rasulullah nabi akhir zaman).Kali kedua keluar ke Syam adalah bersama Maisarah,hamba kepada Khadijah untuk berdagang barang dagangan Khadijah.

Sabtu, 29 Januari 2011

syamail muhammadiyah (1)

Muqaddimah

Setiap insan diberi suruhan dari tuhan.Salah satunya,berselawat ke atas rasul.Bagaimana kita selawat sedangkan kita tidak kenali baginda?bagaimana kita ingin suburkan cinta sedangkan tidak kita kenali orang yang kita mahu cintakan itu?Adakah kita kenal baginda lebih dari artis-artis di luar sana?

Bulan Rabi'ul Awwal makin tiba,berbaki belasan hari sahaja lagi.Bulan itu bagai berkata:"Ahlein..ahlein,ummat yang terbaik".Kenali siapa pemimpin dan sebaik-baik insan di muka bumi ini.

Jadi,blog ini bakal menge'post' syamail rasulullah sehingga 16hb februari 2011.


Allah menciptakan seorang insan
Yang dibanggakan oleh seluruh alam
Langit pernah cemburu kerana dia di dunia
Dia diangkat ke langit sebagai satu penghormatan

Allah mengarahkan dia menyeru insan yang lain
Bergerak sendirian dalam menunaikannya
Kemudian bersama khadijah,sang bidadari dunia
Harta hanya perhiasan dunia baginya

Allah menamakan dia dengan 'yang terpuji'
Hingga kini nama itu kekal dengan barokah
Hidupnya,matinya penuh dengan barokah
Kerana dia kekasih illahi

*Sollu 3Alan Nabi*


Bab 1 : nasab baginda

Muhammad
Abdullah
Abdul Mutolib 
Hasyim
Abdul Manaf
Qusai
Kilab
Murrah
Ka'ab
Lu'ai
Ghalib
Fihr
Malik
Al Nadhr
Kinanah
Khuzaimah
Mudrikah
Ilyas
Mudhar
Nizar
Ma'ad
Adnan

- Nasab baginda bersambung bertemu dengan Alkhalil Ibrahim Alaihis Salam
- Mengingati nasab baginda ini menjadi syarat dalam beriman dengan rasul,tetapi zaman sekarang mula diambil endah tetang nasab ini
- Bertemu Saidina Ali nasab dengan baginda pada Abdul Mutolib dengan melalui bapanya,Abu Tolib

Bab 2 : kelahiran baginda

hari kelahiran : Isnin

tarikh kelahiran : bulan rabi'ul awwal daripada tahun gajah (2/3/12) ada tiga pendapat dan yang masyhur di sisi jumhur adalah 12hb.

*ibn abbas pernah berkata : lahir di hari isnin,keluar berhijrah ke madinah hari isnin,wafat di hari isnin,mengangkat hajarul aswad di hari isnin.

tanda kelahiran : jatuhnya berhala-berhala,terbitnya cahaya sehingga boleh dilihat di istana-istana negeri syam,terpadamnya api majusi yang tak terpadam seribu tahun,bergegar mahligai Kisra dan runtuh beranda-berandanya.

Rabu, 26 Januari 2011

majlis selawat



Insya'Allah

MAJLIS SOLLU ALANNABI AL-MUSTOOFA WA JALIS MA3A AS-SOLIHIN

Tarikh : 27/01/2011 (khamis)

Masa : selepas maghrib

Tempat berkumpul : Bab Syimali Jamiah Yarmouk

Tambang : free of charge

p/s : syabab jer...

** semua dijemput hadir **

Isnin, 24 Januari 2011

pesan semester 2

Mak aku pesan : ngaji sungguh-sungguh

Bapak aku pesan : hidup elok-elok

Kawan aku pesan : pecut,jangan tak pecut!!

A _ _ k  aku pesan : banyakkan berdoa ye...

Diri aku pesan : ko boleh,moja!!

Tuhanku berpesan : "berdoalah kepada-Ku,nescaya akan Aku perkenankan bagimu." Ghafir,ayat 60



p/s : ada orang gi lubnan,tak ajak aku...fine lar

Ahad, 23 Januari 2011

i-phone

Cuti habis

Baru balik irbid.

tengah tulis :
"Travelog Syria : Suburkan Cinta di Bumi Syam"
(Al-Bouti version)

p/s : semoga selamat la sape-sape di Turkey tu

Sabtu, 15 Januari 2011

cuti sem

Cuti Semester

Aku cuti sem
Malas update blog
Nak keluar berjalan
Bajet kali ni besar

Jordan-Syria-Turki

p/s : moga duit keluar banyak kali ini setimpal dengan ilmu berjalan

Jumaat, 14 Januari 2011

di mana subuh jumaat anda?



Dialog Orang Bujang

"Hai bang,awal bangun"
"Qiam sekali-sekala..."


"Hai bang,pi masjid nampak"
"Solat awal waktu..bukan selalu"

"Hai bang,rajin baca quran"
"Hurmm..buat bekal hari kelak"

"Nape minggu ni kau nampak lain?"
"Standby jadi suami mithali"

p/s : Sila pastikan subuh jumaat anda di masjid.Sekian.

Khamis, 13 Januari 2011

mulut agak busuk

"Lu mulut baik-baik,jangan sampai kena mark bengkak lak"

"......"

"Ingat wat muka camtu orang kesian?"

"......"

 "Bahjet la,kang tak pepasal lebam biru bijik mata tu"

"......."

p/s : kalau geram ngan orang,boleh la berdialog camni depan cermin...baru takde dosa wat orang sakit hati...

Isnin, 10 Januari 2011

minda 5.7 saat

time jawab arudh (melodi syeer) tadi,aku sempat berfikir dalam 5.7 saat

2010 : mai joden (bujang)
2011 : lepak joden (kappel tunang)
2012 : siap-siap nak blah dari joden (duk berdua)
2013 : sampai KLIA (dah anak dua)
Penceramah motibasi selalu sebut : "Orang berjaya adalah orang yang punya rancangan masa depan"

Dan aku senyum sorang-sorang sambil meneruskan jawab exam,dan aku baru sedar...aku orang terakhir yang hantar keghtas...haha

p/s : tq ke atas awek yang hantar sms good luck exam tu....PEACE

Ahad, 9 Januari 2011

arab library

"Ha??!! hilang??!!" jerit Muhammad.

Sempat aku jeling tag nama kat atas poket baju dia.Terus pak arab ni menjerit kat aku bila dia dapat tau buku yang aku pinjam tu hilang.

"Apa arab la arab ni,bukan salah aku" ni aku cakap dalam melayu.Slow lak tu.Dia melenting "Kau cakap apa tu?" Dia ingat aku kutuk dia.Sebab muka aku berkerut time cakap slow tu.Bajet tulla.

"Saya tengah sebut nama kitab tu la" aku tipu dia agar urusan lebih cepat.
Kalau tak,kompem kena marah lagi.

"Esok,mai sini kul 10..nak settle masalah ni.Rasanya ko kena bayar 40 JD lebih (rm200 lebih).Bawa duit esok" separa jerit bai dia cakap.Aku sakit hati je.Blah dan berlari dalam hujan.Pulang ke rumah.

Mata merah bengang dan kepala mula pening.

p/s : citer pasal hari ni agak sengal dengan arab library...

Sabtu, 8 Januari 2011

hijab mata



Adoi!!!mata aku dihijab tuhan dalam mencari 2 buah buku.

1. Syeer Umawwi bersama Politik
2. Politik dan Syeer

2 buah buku ni la yang hilang.Aku ingat aku pinjam kat library.Minggu ni patut pulang.Aku usha punya usha baik punya usha,takde pulak atas meja.Meng'kalut' la aku cari serata Irbid.

EEee...memang tension betullah.Ada 2 kemungkinan di sini.(style anime conan edogawa)

1. Buku tu hilang dan lesap sebab jin arab curik.
2. Aku dah hantar pulang buku tu ke maktabah,cuma aku ni PELUPA.

p/s : aku jmpa benda best,rugi korang tak usha...sini

Jumaat, 7 Januari 2011

jumaat itu bukan sekadar kosong


Malam jumaat,bacaan yasin jantung al-quran dibaca...sebagai peneman malam dan pemberi ketenangan

Pagi jumaat,sebelum gi jumaat...baca al-kahfi dulu,sebagai perisai di hari muka

Selepas jumaat,lepaskan rindu kepada rosul..agar diubati rindu dan kepingannya duduk bersama baginda kelak tercapai

p/s : ceit...slang indon agak kantoi di situ... Tak pro langsung la aku

pencarian 100 blogger malaysia tegar



1. Perkara yang tak dilupai bila blogwalking :

Pernah aku jejak 1 blog kawan lama aku.Usha-punya usha,tengok dah bertunang.Dalam blog tu dia boleh letak lagu yang jiwang-jiwang.Time tu air mata aku dah nak leleh.Nasib baik ada kotak pangkah merah atas tu.Ni la padah blogwalking ke blog member lama.

2. Kena link kan url pasal program ni...klik sini

3. Suruh tinggal link kat post tu...settle

* aku dah follow,sebagai yang ke 119..adoi,sikit lagi nak 120
* aku post/sertai pukul 4.16 pagi (jordan) @ 10.16 pagi (malaysia)

p/s : saja join boring-boring...

Khamis, 6 Januari 2011

....



"bang,jom gi lubnan"

"Lubnan??mana pernah aku gi"

"la..travel je la"

"Gilo apo,tak pepasal aku masuk club malam kat sana kang"

"emm...bang pikir-pikirkan la"

Kepala betul la ini orang.Selamba je ajak aku pi lubnan.Orang tengah pikir finale exam yang menggigit ni.Dia boleh bantai nak holiday.

Nasib baik ko baik.Kalu tak dah kena sound ngan aku.Lubnan tempat travel yang mewah dan hebat untuk dilawati.

Sana ada salji,pantai dan club-club malam.Jangan la pergi kalau iman lemah.Kang tak pepasal kena tangkap basah lak.Mohon dijauhi.

Trip cuti ke turkey masih terbengkalai setelah geng takde visa.Aku dah dapat dah.Geng pulak takde.Ni kalau melayan enjoy je........mau abis 3000 ringgit ni.Baik balik malaysia.Hahaha...

p/s : aku dengar si cidak dok jordan je..betol ke?

Rabu, 5 Januari 2011

Cuppy Cake Song


You're my Honeybunch, Sugarplum
Pumpy-umpy-umpkin, You're my Sweetie Pie
You're my Cuppycake, Gumdrop
Snoogums-Boogums, You're the Apple of my Eye
And I love you so and I want you to know
That I'll always be right here
And I love to sing sweet songs to you
Because you are so dear

khas untuk blog no 11...hehe

tulip putih itu



Hari ini,
ku temui bunga tulip itu lagi

Dia tunduk,
aku pun tunduk

Malam ini,
ku bertemu bulan itu lagi

Dia sepi,
aku pun sepi

Pagi ini,
ku bertemu fajar mentari itu lagi

Dia bersinar dengan penuh harapan,
aku pun...senyum dengan kegembiraan

3.11 pagi
irbid,jordan

moral : hidup dalam seminggu penuh dengan warna dan corak yang berbeza

p/s : er..ni bukan jiwang-jiwang..ni tengah release tension

Isnin, 3 Januari 2011

blog kamu,dia dan mereka

Aku demam.Esok exam.

1. Mahasiswi Adab n Lughah di UIA (kalau tak silap aku) sini

2. Ustaz yang berblog dengan penuh ilmiah dan hikmah (baru jinak,sila follow) sini

3. Bakal doc dentist yang bermuka ganas tapi hati taman (banyak secret admire) sini

4. Doktor perubatan yang memartabatkan bahasa melayu (sumpah best baca post beliau) sini

5. Sahabat doktor (4) yang berpujangga....b arab dia master sini

6. Dentist untuk sek-sek (golongan) askar,tapi dia pemalu sini

7. Keyboard tekan sendiri,owh lupe...dia bakal ostat sini

8. Err...makcik kampung seberang dan dia bakal doktor yang hebat! sini

9. Senior JUST,pernah menang blog terbaik adha sini

10. Unknown (siapa dia ni?tulisan blog dia mantap gile) sini

p/s : blog ke 11........nanti aku citer

Ahad, 2 Januari 2011

kerapu masam manis



2002

Hujung tahun,bapak aku cuti.Aku ngan adik-beradik pun cuti sekolah.Bapak aku bawak kitorang jalan-jalan sambil dia nak jumpa member-member lama dia.Yang selalu kitorang pegi adalah negeri Kedah.

Tempat yang wajib kitorang pergi kalau ke Kedah ialah "Tangjung Dawai".Pi layan medan ikan bakar.Masyuk bai.Tepi pantai,malam-malam.Pergh...

Sebelum aku lahir,family aku dok kedah.Kat sungai petani.Abang aku sempat la.Mak aku ngandung aku je,family aku ke selangor.Tu pasai no ic aku ngan abang aku beza no negeri kelahiran tu.

Kerapu masam manis memang menu wajib bapak aku kalau pi medan ikan bakar.Aku time tu dalam tempoh pembesaran.Makan je la apa yang kena selera.

Kalau makan kerapu ni,mak aku selalu buangkan tulang.Bahagian ekor tu aku suka.Bila tinggal sisa-sia ikan,aku nak makan lagi.Mak aku carikkan kat bahagian pipi.Sedap dan lembut.Aku sengih je kekenyangan.Sebab carikkan daging ikan untuk aku,mak aku sempat jamah sedikit je ikan kerapu tu.

Time tu aku tak paham apa itu pengorbanan.....

2011

Hari ni,aku bukak peti ais.Ada ikan yang aku tak kenal time beli kat pasar hari tu.Rendam seharian nak biar lembut.Aku siang ikan tu (aku bab siang ikan memang power).Aku lepak kat dapur dari maghrib sampai isya'.Sambil aku usha resepi dari internet.

Lepas je isya'.Ikan siap goreng.Buat kuah sweet sour.Siap je kuah,aku cuba rasa.Time tu,muka mak aku yang muncul lepas aku rasa.Memang sebijik cam mak aku masak.Time tu,air mata dah nak ngalir.Aku tahan je...laki kena kental!

Aku pi solat.Balik solat kitorang satu rumah makan.gelak-gelak.Time tu kawan aku cakap "ni ikan kerapu ni".Sekali lagi muka mak aku muncul.Aku makan je la.Happy je.Sorang demi sorang bangun dari talam.Tinggal aku berdua dengan kawan serumah aku sorang.Aku kesian tengok dia.Semua bahagian ikan dah habis.

Time ni,aku carik daging ikan kat kepala ikan tu.Ada juga sisa-sisa yang tak disentuh.Time tu,aku dapat rasa sebak di dada.Sape tak sebak,teringat pengorbanan mak."dulu,mak aku wat camni kat aku" aku bagitau kawan aku.

Aku bangun dari talam.Kalau tak,dah ngalir air mata.Aku tahan dari terkeluar.Biarkan hati menangis.

Kini aku paham apa itu kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu.

p/s : hargai ibu bapa selagi mereka masih hidup...aku sayang mak ayah aku

Sabtu, 1 Januari 2011

fatrah imtihan



Bila aku nak study?

Exam esok luse je ni.

Sejuk la...alasan

Dah azam 2011 pun masih belum study

Bila mood tu nak datang?

Mohon diberi kekuatan.


Final exam : 4hb,10hb,12hb &13hb.

p/s : Aku ucapkan good luck kat sape-sape yang ada exam tu.Dan aku ucapkan bittaufiq wanNajah kepada mereka yang punyai imtihan.

satu tahun,satu lilin


musim bunga dipenuhi lalat





Umur kita umpama lilin.Satu tahun,satu batang.
Api itu umpama masa.Mencairkan dan memendekkan umur kita.

Dalam kehidupan ini,masa tidak menunggu kita.Membakar dan terus membakar.
Biar kita berteriak 
"berhenti membakar!!berhenti membakar!!".
Masa terus membakar umur kita tanpa beraksi apa pun.
Hatta sengih.

Oleh itu,rebut peluang.Sebelum kita rasa menyesal dan berkata 
"kenapa aku tak buat begini dahulu?".

Buatlah amal sementara punyai masa.Jangan ditangguh dengan ayat
"nanti la,umur muda lagi"

"buat amal ketika tubuh berada di atas tanah,bukan tika berada di dalamnya"

 jordan takde letrik selalu,tu yang ada gambar lilin

09:46 malam
31.12.2010
Bayt Lughah
Imarah Ishraq