Khamis, 31 Mac 2011

petua hilangkan lupa

Rentetan bertemu dengan habib kazim as-saqqaf baru ini,aku nak kongsi tips yang diberi.Aku baru try sekali,alhamdulillah...ade kesan sikit.Aku berharap ramai mencuba agar ilmu ini terus bersambung dan kita semua mendapat manfaatnya.Amiin



Lupa,ramai sungguh yang ada penyakit ini.Ye la,"tidak di namakan manusia itu insan melainakn dengan nisyan (lupa)".So,kita ubat benda ni awal-awal sebelum kritikal.

cara pertama :

1) buka Al-Quran anda
2) buka surah Al-A'la (surah ke 87,punyai 19 ayat dan ia makkiyah)
3) baca surah ni selepas solat 5 waktu
4) ulang 10 kali pada ayat yang ke-6,tiap kali sampai ayat itu
5) lepas ulang,sila habiskan surah itu

cara kedua :

1) sila ambil wudhu'
2) siap-siap untuk tidur malam (buat la apa yang patut,adab-adab sebelum tidur)
3) tutup mata dan cuba ingat apa yang anda lakukan hari ini
-anda bangun pukul berapa?
-anda bertemu siapa mula-mula keluar rumah hari ini?
-apa isi perbualan anda dengan kawan anda hari ini?
-pukul berapa solat-solat anda?
-apa yang anda belajar hari ini?
-apa yang pensyarah anda buat lawak hari ni?


Ini memang payah nak lakukan,tapi buat semampu boleh.Ini melatih otak kita mencuba ingat sesuatu tanpa hafalan,macam buka memori minda sedar anda.Boleh mula dengan benda biasa-biasa dulu sebelum masuk detail macam isi perbualan dan lawak tu.


Okey,tu je nak kongsi.Ada banyak lagi petua dan nasihat Habib yang berguna.Insya'Allah akan datang pasal "Muhammad : selawat,bukannya zikir"

Rabu, 30 Mac 2011

kering suda

Hari ni,aku makan falafel maka duit aku abis...yang tinggal dalam dompet kulit unta yang beli dari syria lepas merajok balik dengan cidak hanya.....




lepas check kat internet berdasarkan currency hari ini :


0.01 jordan dinar = 0.0426449 ringgit malaysia


p/s : duit abis,harap jais masok awal bulan dopan...amiiin

Selasa, 29 Mac 2011

zakiyah nourmala (2)


"kau dah sedia ke?"

"belom kan?"

"jom pi kelas feqh ngan tauhid,baru boleh berangan bina masjid"

"hurrmmm"



P/s : kelas feqh di hari selasa dan rabu
        kelas tauhid di hari jumaat




Bukan puisi cinta yang ingin ku nukilkan,
Tapi doa ke syurga ingin ku panjatkan...

Isnin, 28 Mac 2011

oh...peribahasa lagi

Aku dah kena demam amsal lagi (peribahasa).Ni gara-gara huhahuha dengan pak arab 2 hari lepas la ni.Ye la,pi beli syawarma pun kena sembang dengan diorang.Hadoi.

ini syawarma

***********

خير الكلام ما قل ودل
*khoirul kalam  ma qul wa dul*

terjemahan : kata-kata yang paling baik adalah kata dan buat

makna : kalau kita dah kata sesuatu,kita kenalah lakukan...itulah kata-kata yang paling baik
moral : senang citer,janganlah kita cakap kosong..cakap je lebih,tapi kerja sehabuk takde..jangan kita jadi camtu,kompem dibenci orang...cakap power,berapi-rapi tapi hampeh...yedak?


p/s : hari ni dapat paper rendah,tu yang leak carik amsal ni...haha

budak gigi



esok korang exam ye...good luck

dengar cter,pasal gigi..(memang pon..kata dentist)

korang mesti scorer kan? ye la...masing-masing ade gigi kan

GooDLucK

Ahad, 27 Mac 2011

10 ramadhan







Happy Birthday buat budak yang lahir 10 Ramadhan

3 bijik kek untuk awak dan selamat menjadi 20 walaupun dah lewat 220 hari yang lalu awak dah jadi 20 tahun (hijrah)

Peace No War

Sabtu, 26 Mac 2011

rahsia bumi barokah (siri 3)

Semalam baru je bertemu dengan tetamu dari Yaman.Anak murid Habib Umar.Ok,aku bukan taksub dengan habaib.Aku hanya nak ilmu dan berdamping dengan keturunan Nabi.Sebab mereka mewarisi :-

Darah Rasulullah
Ilmu dan Suluk Rasulullah


Syeikh Kazim Ja'afar Al-Saqqaf




Aku salam dengan syeikh selepas ceramah syeikh mengenai "Hari Jumaat" yang penuh barokah.Penuh semangat seperti ceramah bersama Habib Umar pulak aku rasa.

Time salam tu berlaku perbualan ringkas :

" enta malizi (org malaysia),belajar apa? " soal syeikh
" b arab " sambil senyum-senyum
" bukan-bukan,enta tolib ilm (penuntut ilmu) " kata syeikh
aku sengih-sengih jer.

Sememangnya kata syeikh tu betul.Bukan kita mai sini semata-mata ambik ilmu kos kita je.Kita kena keluar dari kepompong ilmu kita.Agar ada kegunaan dan kelengkapan diri kita kelak.Andai kata orang tanya hukum makan tahi mata,apa hukumnya?
(budak usulfeqh sila jawab)

Dalam mengejar ilmu,kita ubatkan hati dengan zikrullah dan selawat.Andai kata kita dilanda tsunami,adakah time tu ilmu kita berguna?ilmu medic kita?ilmu dentist kita?ilmu b arab kita?...hanya amalan kita berguna ketika itu (renungkan la ye)

Syeikh pesan agar berilmu dengan beramal.Jangan berilmu tapi amalan kurang.SO,kita yang rugi.ok?


Imam mahdi dan revolusi arab


Aku qiamullail dengan Syeikh Hazim Abu Ghazaleh malam semalam.Okey,aku ngaku yang sejak winter masuk ni memang payah nak qiamullail.So,kena lepak dengan arab baru no hal la.Ade layan kopi pahit bai,baru tak ngantuk bila solat.Solat dengan syeikh ni 10 raka'at solat tahajjud.Memang manis rasa hati solat dengan orang alim.

Lepas solat subuh,ada selawat dan setiap 1 round selawat 500 kali.So,pagi ni kitorang dapat 11 ribu juta (korang kire la sendiri).Aku kagummmmmmmmmmm gile-gile dengan semangat arab berselawat.Khusyuk.Aku kalau duduk rumah pagi jumaat,memang harapan la nak selawat banyak macam tu.

Alhamdulillah aku bertemu dnegan syeikh hazim.Okey,aku nak fokus pada doa syeikh hazim yang berbunyi :

"Ya Allah,keluarkanlah imam mahdi dan awalkan keluarnya"

Ini merupakan doa yang dibaca pagi tu setiap sujud akhir solat tahajjud.Syeikh kata yang huru-hara di Yaman dan Libya ini dan membawa kepada pepecahan arab.Hanya imam mahdi dapat menyatukan semua perpecahan.Itu harapan syeikh.Agar Imam mahdi keluar dan kita tergolong di dalam tentera beliau.

Kitorang blah dari Amman dengan dompet kering.Tinggal duit syiling je.Settle duit aku kat jenjalan je.Moga lekatlah ilmu ni dalam otak.Sekian.

Selasa, 22 Mac 2011

zakiyah nourmala (1)

Untuk post yang ke 381 ni...aku nak kongsi cherite



"ko ade twitter?" Zakiyah Nourmala

"ni ha..add la : @redlinez2008" aku



ok,aku tipu pasal nama awek tu..haha

Besday Big Bro

Usha kos family aku...

Bapak aku = Pengangkutan dan pengurusan (transportation)
Abang aku = IT dan Programing (bab program n coding bla..bla..bla..)
Aku = B.Arab dan kesusasteraan (bab bahasa dan seni-seni arab)

*tengok,tengok...kan berbeza betul tiga kos ni.Camne la family aku berbagai kos ni..haha.
Ye la..certain orang,bapak doctor,anak doctor,mak doctor...oh,semua obersi pulak tu...hebak!

Tapi aku bangga dengan family aku..pelbagai tu la yang best,lebih-lebih lagi ada Sinergi..pergh..insya'Allah



"happy 21st bro"

*bab komik n manga n anime n korea ko power

*bab download movie,TQ sebab ajar aku camne nak download

*bab games pulak,ko main..aku sidekick..aku mana reti main..ko suka amik risiko dan berani tempuh macam-macam time main games...aku lopong je la

*hope ko tak kawen dulu sebelum aku balik...dan no hal kan kalau aku langkah bendul?kan?

*harap ko jadi power cam Uda Lan

*hadiah takde la..sebab tak gi umrah lagi (aku nak bagi jubah)


Tu je wish aku...berderet exam,tapi sebab besday ko..aku post gak







p/s : Aku tengah demam exam dan demam cik Zakiyah Nourmala (sang pemimpi)


Sabtu, 19 Mac 2011

masak-masak





pergh...kangkung goreng belacan


Amacam?terliur??

Sori la semua,malam ni aku kena tinggal sorang kat rumah ni.4 orang bujang pi piknik persatuan kat aqabah.Aku pun esok exam.Kena la masak sedap bagi panggil jin tanah dan jin perut bersatu dengan aku.Ye la...takkan telan meggi kot malam minggu.Special sekali-sekala.Kan3?


kawan umah aku : "camne ko hebak bab masok-masok nih?"

Aku pun tak tahu la..dari mana datang bakat memasak aku ni.Padahal dulu duduk asrama je pun.Mana ada penah pegang periuk sudip kebende ni.Maybe time aku cuti dulu aku masak nasi goreng kot.Dari situ aku serap aura-aura mak aku kat dapur.

"mama,camne nak masak ni?" (tipu,sebab aku panggil mak aku ummi)

Dan maybe sebab makcik aku empunya resortoren restoren Rasamas Sg Buloh tu pandai masak kot.Dari situ aku dapat tempias.Maybe.

Dan maybe sebab aku telan masakan asam pedas makcik aku yakni kakak bapak aku kot.tak abis-abis teringat asam pedas beliau.Hahaha..

Dan maybe sebab nenek aku power dalam masak-masak ni.Ada turun genetik sikit.Tapi pelik jugak,bapak aku takde pulak minat masak-masak ni.(setakat yang aku lepak kat umah la)

Emmm...dari mana entah datang bakat memasak ni.Tapi,aku yakin semua ni punca kat sini.Sekian

Jumaat, 18 Mac 2011

sampah dan gelak

Dua perkataan..lain maksud...lain makna

Sini bukan Dewan Bahasa & Pustaka jadi bukan nak terang makna ataupun ape contoh ayat yang menggunakan perkataan atas tu...Oh,aku dah mula merepek.

Sini ada dua cerita...maybe bukan cerita,just perkongsian dari hati hempedu yang pahit untuk memberi kemanisan dalam senyuman korang-korang semua.Oh,ayat sengal dah keluar.


Sampah



Seminggu yang lalu,ada la NGO kat Irbid ni.Aku panggil Pemuda Irbid (PI).Diorang ni gagasan yang terkandung dalamnya budak-budak arab irbid.Okey...ape yang aku nak citer,diorang ada buat gotong-royong la senang cter.Macam biasa,kumpul dan kemas kawasan penduduk sini..oh,diorang bersihkan jalan utama la..bukan perumahan.

Tu citer diorang,ni pulak citer aku bile on-the-way gi kelas BI 4 hari lepas.Aku dan kawan aku follow sorang laki arab ni.tangan dia ade biskut coklat yang sedap.Haha..aku nak cter yang arab tu buang sampah depan aku.

Dengan spontannya,aku kutip sampah tu dan mendekati arab tu.Aku berhajat nak pulangkan plastik sampah tu.Okey,kawan aku yang sorang tu dah menjerit-jerit dah halang aku.AKu senyum je la...tak jadi bagi arab tu.Aku buang sampah tu dalam tong sampah.Kawan aku ada cakap "mau makan penumbuk arab gak ko nanti".Aku senyum sebab semua arab dah nampak apa yang aku buat tadi.Haha..di mana kemaluan aku?


Gelak


Ni citer hari ni.Cter yang berlaku lepas kelas Sorf tadi.Oh,exam..agak kantoi.Tapi memang frust la..

Abis je exam terus pecut gi kelas tambahan aqidah.Semangat berkobar-kobar.Bile masuk je kelas,setengah kelas penuh dengan orang.Aku baru langkah 2 tapak,doktor tu terus bagi ucapan penutup.Time ni aku berhenti depan 20++ orang dan mereka semua tengok aku.Doktor dengan selamba jalan keluar tepi aku,time tu jugak 1 kelas gelak tengok aku.Adeeeehhh...

Moga next kelas aku bersemangat nak pegi...jangan kena gelak lagi sudehhh

Rabu, 16 Mac 2011

soalan 'tepu'emas

 Dah naik tepu kepala otak aku dengan soalan ni.

"Balik tak tahun ni?" -yang bertanya

Aku dah naik jemu nak jawab soalan ni,bukan apa...dah 2 3 kali kot diorang tanya soalan ni.Aku dah naik menyampah dah....adeiihh

Harap korang dapat jawapan dengan tengok video ni dah amik PERHATIAN pada minit ke 3:21...



Dah..dah...jangan tanya soalan balik ke tak dengan aku...aku insya'Allah balik bulan 1/2013 ataupun 5/2013....doakan je study aku tak kantoi

Sekian

p/s : esok aku exam sorf,exam kali kedua selepas aku failed sem lepas..kali ni amik dengan lecturer yang sama...doakan aku tak ulang cam sem lepas...Okeiy?

Ahad, 13 Mac 2011

lagu tema kehidupan

Ada kawan aku,dia cakap hidup mesti ada lagu tema.Baru ada feel hidup tu.Mula-mula aku tak caye,sekarang aku dah ada 1 lagu tema..haha

Faizal Tahir - Cuba (klik sini)


Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku


p/s : esok dan lusa aku exam...doakan aku cemerlang

Jumaat, 11 Mac 2011

oh..ter'update'


it is a beautiful arabian word that means (close to the heart) or(the fruits in heaven that are so close to you that u can pick them while sitting down) very smart female that is a kind person at heart


Satu nama membawa makna Satu orang

Rabu, 9 Mac 2011

exam 1st dah nak mula


Demam + Exam

15/3
17/3
19/3
23/3

*lagi 2 paper tak tahu la bile

Facebook dan Bloggers ditutup hingga abis 1st exam...sekian

Selasa, 8 Mac 2011

lecturer berhikmah


Hari ni,ada dua hikmah (ayat power) yang lecturer aku bagi time belajar dalam kelas.Ye la,dah aku belajar B Arab dan Kesusahteraan Kesusasteraan mesti lecturer aku penuh dengan hikmah dan ayat power-power yang mendalam.


KELAS TARBIYAH WATONIYAH

"ni la budak zaman sekarang lepas exam mesti lupa" ni ayat beliau (nama beliau aku tak tahu,sebab tak pernah sbot) lepas je budak jawab yang dia lupa pelajaran sejarah jordan time saf 2 (darjah 2).

"keluarkan ilmu dari otak dalam exam,mesti tercabut macam akar pokok.

Macam Cut n Paste je korang jawab time exam,kan?
Kalau pandai sikit,mesti korang Copy n Paste jawapan dari otak.
Kita mahukan pelajar yang Read n Write,bukan sekadar Copy/Cut n paste"

Time ni aku yang tengah muqaddimah alam mimpi terjaga dan senyum terus dengan awek arab sebelah aku.Oh,hari ni awek tu kutipkan pen aku bila terjatuh.Haha.
*sila paham ape lecturer aku cter



KELAS SORF

Ni kelas yang enjoy tapi lecturer agak misteri la bagi aku...kejap lawak,kejap garang.Dah dua kali aku amik dengan beliau,masih sama je perangai..dan lawak yang sama.Macam ulang tengok movie yang sama pulak aku ni.Haha..

"Macam mana kita nak beza lalat jantan dan betina?" 

teka-teki ni aku tak pernah dengar sem lepas.Time ni kitorang belajar cara kenal perkataan lelaki dan perempuan dalam bahasa arab (muda cternye,kitorang nak kenal pembinaan sesuatu perkataan mengikut jantina..mudah?)

Aku time ni perah otak,sambil tengok note-note.Tengok muka arab jap,tengok tingkap belakang kelas jap.Eishhh...ape la doc ni.Bagi soalan payah.Bukan apa,doc ni jenis yang detail.Selalu je dia menang,payah kitorang nak menang.Dia mesti banyak alasan.
Amjad Tolafhah,tipu la budak adab tak kenal dia.Semua orang kenal kot dia.Kalau tak kenal,maksudnye baru daftar unibersiti semalam.

"ada Ta kat hujung,mesti pompuan" ni awek arab yang pakai tudung style turki tu jawab.Aku yakin jawapan dia salah,sebab doc dah senyum sampai telinga.

"salah!"

"lelaki?sebab jawapan bukan pompuan" ni mamat arab yang tinggi-tinggi tu jawab.Dan kali ni doc senyum sinis.Aku pun ragu-ragu apa yang doc akan jawab nanti.

"Salah!"
Eish..asyik salah je,mana satu betol ni?Aku dah garu kepala time ni,memang pening la doc ni.

"macam mana nak kenal lalat ni laki ke pompuan?kamu tangkap dan tengok kemaluan?atau kamu tanya lalat tu 'lalat..lalat..kamu laki ke pompuan?' " time ni satu kelas gelak.Doc masih muka se-ri-us lagi.Adeiih
Lepas semua buat muka tension-dan-mahu-jawapan,doc pon gelak sambil bercakap :

"Saya ni lelaki,kalau saya tampar(halau) lalat tu dan lalat itu melawan,itu tanda lalat itu lelaki.Dan jika lalat itu terbang pergi,itu tanda dia perempuan...sebab,perempuan mana melawan"

"Oh!!..HAHAHA" time ni aku senyum sampai telinga.Ada ke jawapan cam citer P Ramlee pulak.Mati-mati ingat jawapan ilmiah.Doc ni memang power main-mainkan budak la...

*pengajaran,perempuan ni kaum lemah...jangan main-mainkan mereka..yedak?


p/s : oh..demam lepas makan rendang masih belum hilang

oh kamu

"Eh..eh..ehh..ape gedik-gedik letak jadual ni?" - budak A

"berlagak gile..." - budak B

Ni la yang aku dapat kat YM tadi lepas aku upload jadual kelas dalam seminggu.So,kepada syabab-syabab yang mana free dan rasa boleh istiqomah,boleh la buzz dan bagitau aku di :



Yahoo Messenger (redlinez2008)
Facebook (Mujahid Azmi)
Twitter (%^&*@#)

p/s : aku baru beli simen untuk bina masjid

Ahad, 6 Mac 2011

drama arab

Aku namakan tajuk kisah benar ini dengan

"Dari Lubang pintu"


Pukul 7 pagi tadi,kedengaran bunyi ketukan pintu yang kuat...rendah..kuat...rendah.Ganggu aku yang tidur atas sofa di ruangtamu (berlatih tidur luar,kang dah kawen mudah).Aku dah mencarut-carut time aku mamai.Otak time tu masih belum sedar,kira macam orang gila la.Takde akal.

Sejam berlalu,ketukan pintu itu bergerak bersama.Masih sama.Kuat..rendah...kuat...rendah.Aku time tu baru on laptop.Lepas je laptop punya skrin memaparkan desktop aku,ada kedengaran suara awek kat luar.Arab ye,bukan melayu.

Sini bermulanya cerita bila aku intai ikut lubang pintu (bukan lubang kunci pintu).Ada seorang awek arab ni,dia bukan menjerit cuma guna nada tinggi sikit.Dia suruh si lelaki yang baru sampai depan rumah bukak pintu.


awek : bukak pintu...bukak pintu...aku tunggu sejam tau
laki : ehh..dah-dah,jom keluar
awek : bukak je la pintu ni...aku nak masuk
laki : ...........(senyap)
awek : bukak pintu..bukak pintu


Laki tu buat muka toya,dia taknak melayan awek tu.Tapi nak tak nak,kelihatan dia macam nak tarik awek tu turun ke parking lot.Awek tu masih berkata "bukak pintu" selama 2 3 minit.

laki tu fed up,dah puas pujuk awek tu.Dia tak nak ikot gak turun naik kereta.Oh,awek itu degil.Laki tu turun ke parking lot sambil cakap sesuatu yang aku tak dengar sangat.Laki tu takde dah depan pintu,dia hilang.Awek tu pulak mula jerit-jerit,aku lagi tak paham apa dia jeritkan tu.

Lepas awektu jerit 2 3 perkataan,dia call someone dan cakap yang laki tu taknak bukak pintu dan dia nak orang tu datang ke rumah tu.Laki kat parking tadi mula naik.Maybe time naik tadi dia dengar kot apa yang awek tu cakap.

Kali ni laki tu naik dengan muka agak sengal ubi.Dia mula pekik-pekik tapi muka nak bahjet cool.(maybe dia tau aku tengah usha kot).

Belum sempat awek tu cakap dengan sempurna "bukak pintu",laki tu merapatkan badan ke awek tu.Aku ingat nak rampas telepon ke.Sekali dia rampas baju pink awek tu dan tarik awek tu ke parking lot.Oh,awek itu lemah tak mampu lawan laki tu dan depan pintu aku kosong.Tiada orang mahupun kucing.

Aku tunggu kejap,laki tu naik semula dan dia amik telepon awek tu yang jatuh.Dan bila dia turun,aku pun duduk atas sofa.

Bunyi kereta berderummm (tak tahu la ni kereta sape)


p/s : aku duduk je,terus update blog...kah3

Sabtu, 5 Mac 2011

Mat dan peta andalus

Hari ni,Mat ada projek besar.Dia nak main lanun-lanun dengan Ecah anak Pak Samad.Jiran mat sejak kecik lagi.Biar Ecah perempuan,tapi Mat la satu-satunya kawan dia.

"Ecah,ni peta andalus..Ecah nak Mat tawan bandar mana?" tanya Mat

"Eca rasa,semua bandor Abe Mat boleh tawan..satu ni je tak" loghat nogori warisan mak Ecah jelas kedengaran sambil jari telunjuk menunjuk 1 bandar di peta andalus lama milik atuk Mat itu.

"Gulp!" Mat telan air liur.


PANDUAN : kali ni takde panduan..sila cari sendiri

p/s : doakan Mat dapat tawan bandor tu

Khamis, 3 Mac 2011

doa


permudahkan urusan kami..kami bukan buat benda bertentangan dengan ajaranmu..amiin

Selasa, 1 Mac 2011

selawatlah ke atas junjungan Nabi

"Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berselawat ke atas Nabi,wahai orang-orang yang beriman berselawat ke atas nabi dan sejahteralah kamu semua dengan kesejahteraan"
(Al-Ahzab : 56)

Post kali ini ilmiah atas permintaan seorang saudara/teman/sahabat saya yang ingin keterangan mengenai apa itu selawat.

Maybe ramai yang kata,kenapa ayat ini dipilih?..kerana ayat ini dijadikan sebagai panduan dalam mengeluarkan dalil,hukum berselawat ke atas Rasulullah.

Allah berselawat?
Malaikat berselawat?

Bagaimana itu??

"selawat itu doa,dari hamba ke tuhan...Allah berdoa kepada diri sendiri??"

****

Saya mulakan post ini dengan nama tuhan yang memliki seluruh alam hatta perasaan di hati.

Telah berkata Syeikh Shamsud Din Al-Khatib :

"ibn abbas pernah berkata : memang satu kebenaran sesungguhnya Allah merahmati Nabi dan malaikat mendoakan Nabi dan selawat daripada Allah itu rahmat dan daripada malaikat itu mohon keampunan (istighfar)"

"abul 3aliah pernah berkata : selawat Allah itu pujiannya kepada Nabi di sisi malaikat dan selawat malaikat itu doa"

Dan pabila kita memuji Nabi,menjadi satu kemulian dan kita diberi sepuloh ganjaran dengan selawat ke atas Nabi.

Semakin lama,semakin ramai yang memuji Nabi dan sharof (kemuliaan) Nabi itu terserlah.Ini menunjukkan kecintaan kita kepada baginda dizahirkan.

Allah pun memuji/berselawat ke atas nabi,mengapa kita tidak?apakah kita sebagai hamba perlu tabi3 (follow) apa yang tuhan kita lakukan dan arahkan?

Hukum berselawat ke atas Nabi adalah Wajib.Dan imam syafie mengatakan yang selawat ke atas nabi ketika tasyahhud akhir adalah wajib dan ini menunjukkan selawat paling kurang di sisi kita sekurang-kurangnya 5 kali sehari.
post ini ringkas kerana ilmu yang saya ada hanya sedikit,insya'Allah akan ditambah pada masa akan datang.

sumber : Afdhalus Solawat 3ala Sayyidus Saadat : syeikh yusouf bin ibrahim an-nabhani

nota kaki

tady's bestday


yang smart tu la tady..teka la sendiri


Sanah Helwa,Tady
Aku tak punyai bakat untuk wat video wish besday
Aku tak punyai bibir yang mampu menjadi manis time wish besday
Aku tak punyai masa untuk lepak lelame dengan orang yang ber'besday'
Aku takde duit nak beli present untuk bagi 'budak besday'
Apa yang aku ada?

Aku ada kegembiraan yang mampu dikongsi bersama kau...tu jer
.
.
Dan aku boleh bagi peluang ko berlakon dalam PP Man..amacam?



p/s : jangan kau gigit landak hitam tu..kalau x,siap ko

burung...musang betina...landak hitam...pasni tak tau jadi apa pulak