Selasa, 8 Mac 2011

lecturer berhikmah


Hari ni,ada dua hikmah (ayat power) yang lecturer aku bagi time belajar dalam kelas.Ye la,dah aku belajar B Arab dan Kesusahteraan Kesusasteraan mesti lecturer aku penuh dengan hikmah dan ayat power-power yang mendalam.


KELAS TARBIYAH WATONIYAH

"ni la budak zaman sekarang lepas exam mesti lupa" ni ayat beliau (nama beliau aku tak tahu,sebab tak pernah sbot) lepas je budak jawab yang dia lupa pelajaran sejarah jordan time saf 2 (darjah 2).

"keluarkan ilmu dari otak dalam exam,mesti tercabut macam akar pokok.

Macam Cut n Paste je korang jawab time exam,kan?
Kalau pandai sikit,mesti korang Copy n Paste jawapan dari otak.
Kita mahukan pelajar yang Read n Write,bukan sekadar Copy/Cut n paste"

Time ni aku yang tengah muqaddimah alam mimpi terjaga dan senyum terus dengan awek arab sebelah aku.Oh,hari ni awek tu kutipkan pen aku bila terjatuh.Haha.
*sila paham ape lecturer aku cter



KELAS SORF

Ni kelas yang enjoy tapi lecturer agak misteri la bagi aku...kejap lawak,kejap garang.Dah dua kali aku amik dengan beliau,masih sama je perangai..dan lawak yang sama.Macam ulang tengok movie yang sama pulak aku ni.Haha..

"Macam mana kita nak beza lalat jantan dan betina?" 

teka-teki ni aku tak pernah dengar sem lepas.Time ni kitorang belajar cara kenal perkataan lelaki dan perempuan dalam bahasa arab (muda cternye,kitorang nak kenal pembinaan sesuatu perkataan mengikut jantina..mudah?)

Aku time ni perah otak,sambil tengok note-note.Tengok muka arab jap,tengok tingkap belakang kelas jap.Eishhh...ape la doc ni.Bagi soalan payah.Bukan apa,doc ni jenis yang detail.Selalu je dia menang,payah kitorang nak menang.Dia mesti banyak alasan.
Amjad Tolafhah,tipu la budak adab tak kenal dia.Semua orang kenal kot dia.Kalau tak kenal,maksudnye baru daftar unibersiti semalam.

"ada Ta kat hujung,mesti pompuan" ni awek arab yang pakai tudung style turki tu jawab.Aku yakin jawapan dia salah,sebab doc dah senyum sampai telinga.

"salah!"

"lelaki?sebab jawapan bukan pompuan" ni mamat arab yang tinggi-tinggi tu jawab.Dan kali ni doc senyum sinis.Aku pun ragu-ragu apa yang doc akan jawab nanti.

"Salah!"
Eish..asyik salah je,mana satu betol ni?Aku dah garu kepala time ni,memang pening la doc ni.

"macam mana nak kenal lalat ni laki ke pompuan?kamu tangkap dan tengok kemaluan?atau kamu tanya lalat tu 'lalat..lalat..kamu laki ke pompuan?' " time ni satu kelas gelak.Doc masih muka se-ri-us lagi.Adeiih
Lepas semua buat muka tension-dan-mahu-jawapan,doc pon gelak sambil bercakap :

"Saya ni lelaki,kalau saya tampar(halau) lalat tu dan lalat itu melawan,itu tanda lalat itu lelaki.Dan jika lalat itu terbang pergi,itu tanda dia perempuan...sebab,perempuan mana melawan"

"Oh!!..HAHAHA" time ni aku senyum sampai telinga.Ada ke jawapan cam citer P Ramlee pulak.Mati-mati ingat jawapan ilmiah.Doc ni memang power main-mainkan budak la...

*pengajaran,perempuan ni kaum lemah...jangan main-mainkan mereka..yedak?


p/s : oh..demam lepas makan rendang masih belum hilang

2 ulasan:

dAk aDAb berkata...

eh, ambik sorof lagi sekali ke ngan doc amjad? bittaufiq!

budak adab berkata...

yup...syukran Dak Adab