Jumaat, 31 Disember 2010

orang bujang di malam jumaat

Malam jumaat malam yang tenang penuh barokah.Malam yang direbut untuk 'berkata-kata' bersama tuhan.


Di Bawah Bintang Mengerdip : A.Samad Said
I
(Surat daripada pelayan)

Di bawah bintang mengerdip aku ingin bersunyi
tiada buku tiada lagu tiada rindu
tapi siapa dapat percaya bulan turut berduka
ketika dunia sedang asyik berpesta ria.

Di bawah bintang mengerdip aku ingin bersayu
tiada ayahanda tiada bonda tiada kanda
tapi siapa sanggup percaya malam turut berhiba
ketika kekasih erat bersenda di Damansara.

Angin liar disini bunga kenanga keguguran
mengusik hati ini bukan kepalang lagi
kerana itu dibawah bintang mengerdip aku berlara
tiada tasik tiada kenangan tiada siapa.

Adam, jika benarlah belasmu ada
di pusaraku nanti taburilah bunga!

II
(surat kepada pelayan)

Ketika senja memerah surat gementarmu tiba
ku baca dengan degupan jantung bertambah
mengapa di bawah bintang mengerdip anda luka
tentang pusara dan bunga anda khabarkan pula?

Buku lagu dan rindu-ayahanda bonda dan kanda
di teluk mesra terkembang sudah layar sejarahnya
tapi aku terus berkelana entah kemana terdamparnya
tiadakan berdaya melihatmu lara di malam indah.

Ribut besar disini pohon kenanga bertumbangan
menyentak dada ini gementar sampai ke nadi
tapi tiada yang dapat diterka siapa yang dahulu ke muara
kerana sama akan kita tinggalkan pulau-singgah.

Hawa, jika benarlah anda berduka
separuh laramu kurasakan sudah!

Kuala Lumpur
29 Mac 1960

Catatan:
Inti puisi ini dipetik daripada pengalamanku bergaul dengan beberapa orang penari yang antaranya jujur bercerita tentang nasib malang mereka. Aku tersentuh.


Setelah melayang bait-bait sajak melayu.Aku dari dalam hirom (baca : selimut tebal) mengeluarkan tang perlahan-lahan mencapai "qasidah burdah : kelahiran junjungan mulia".Bawak masuk dalam hirom dan Layannnn...
 lawa kan?korang mesti nak 1 kan?


Dan berakhir malam jumaat sebagai seorang bujang....

p/s : sajak tu wat aku teringat pada Hazen yang bersajak di Festival Budaya Kita 2010

Khamis, 30 Disember 2010

cinta depan pintu masjid


"moga tak bertemu hati dan kasih di pintu masjid biru,Istanbul"

Emm..insya'Allah ke turkey cuti sem ni.Masih merangkak belajar bahasa turkey yang lain-macam-bunyinya.

Tujuan ke turkey ingin menceroboh khazanah yang tersembunyi di bumi turkey.Sambil niat kedua dengan tujuan ingin lari dari 'pencuri hati di dunia'.Ingat boleh lari la...dengar kabar beliau pun ke sana.Huh!

p/s : sori la..post agak sengal malam ni..tension!!

Rabu, 29 Disember 2010

bobia basah

Salam sejahtera semua.Mintak maap la,post semalam aku kena wajib dilit setelah ditegur sebahagian pihak berwajib.

Aku call mak aku mintak resepi ni...popia basoh basah



Bukan calang orang dapat wat kuih alah ni.
Dan bukan calang orang dapat makan kalau aku wat.






Kulit :
- 2 cawan tepung gandum,kalau korang nak wat masuk dalam tongsampah,guna la tepung jagung

- 4 sudu besar minyak masak,kalau nak rasa joden,gunalah minyak zaitun (tak sedap aku tak tanggung)

- 1 biji telur ayam,boleh dapatkan di kedai simsimah sebelah blazahome (apa kaitan blazahome?)

- 2 cawan air,guna Gadeer kalau nak rasa yakin dengan khasiat tersembunyi

*Caranya,amik bekas dan campur semua.Kacau guna sudu,kalau guna tangan kompem aku tak makan.Tunggu 2 3 jam,baru leperkan atas kuali sederhana panas.Jangan lupa check gas ada lagi tak.Kang tak pepasal mengangkut ke kedai lak satu hal.

Isi :
- kobis sebijik,korang kenal tak?jangan salad lak korang bantai

- carrot 4 5 batang,ni dalam bahasa melayunya cendawan lobak.

- udang kering,sesuka ati korang la nak layan banyak mana.

- bawang putih,agak-agak rasa mencukupi.

*tumis bawang putih,agak dah naik bau masukkan udang kering.Tutup gas,layan movie jap sambil parut sayur 2 jenis tu.Parut nipis-nipis dan kecik-kecik agar cepat meresap.Bukan cepat berasap,kang hangit la.Siap je,campur la ngan benda ditumis tu.

sos :
- cili merah,ni susah gila nak dapat kat joden ni..arab tak reti tanam ke?

- sos tomato,ikot korang la nak guna jenama apa...jangan lupa boikot american

- gula,ni kompem kena ada..takut pedas sangat lak

*bland cili sampai hilang pedas (mustahil!).Pastu letak dalam kuali,pasang api.Kacau sambil letak sos dan gula sampai rasanya BEST.

Ni je aku mampu wat sebagai orang bujang joden.Bukan payah pon.Setakat yang aku wat,masih lagi cikai dan tak sedap.Kompem udang rasa pahit.Kalau korang dapat wat lagi sedap.Inform aku dan send-send la sikit kat umah aku.24/7 menanti juadah dari korang.

p/s : cidak pernah telan benda alah ni,alhamdulillah sembelit dia hilang dan bertambah tenaga batin.

Ahad, 26 Disember 2010

500 BLOG !






ni contest blog yang kawan aku suggest aku masok...ntah la..aku wat cikai-cikai suda..

0. Dia suruh letak banner,nak letak besar tak muat

1. Asal entry ini kat sini

2. Aku lelaki,mahasiswa di sebuah universiti di jordan.Tak feymes pun.Aku buat blog sebab sebelum aku fly ke jordan aku terpikir "takkan aku nak telepon family aku tiap-tiap minggu kot".Dari situ aku start wat blog pasal diri aku.Zahir dan Batin.Sekarang aku baru mula berjinak dalam menyampaikan rahsia-rahsia keberkatan bumi barokah (syam)..klik sini

3. Dia suruh tinggal link aku kat komen blog tu

4. Dia suruh wat sekali je,aku post sekali la..patuh pada etika (bab 1,fasal 1 asas ber'protokol')

settle...aku pon tak tau apa tujuan benda alah ni

p/s : esok exam,arini lepak-lepak erk?

ajarkan aku ber'protokol'



Aku letak pinggan makanan atas meja.Curik kerusi meja lain,tarik ke meja budak-budak muka perompak.VIP dari malaysia dan kedutaan usha je apa aku wat.Lantak la.Bukan diorang boleh tolak kredit pointer aku pun.Aku usha anak VIP tu,dia jeling kawan sebelah aku lak.Muka dia dah sebijik cam baru lepas jel.Nama dia Don.Dia citer,dia ada parut bekas peluru kat bahu.Dia ni budak askar.Fullstop.

"Mak aku pesan,dok joden makan guna tangan" aku cakap sambil tengok muka Don.
"Sunnah bai" suara garau Don yang seksi kedengaran.

Awek-awek keliling kitorang pasang telinga.Aku tau Don memang hot,kalau tak mana la kitorang dapat makan keliling awek.

"protokol?" kawan semeja kitorang guna sudu n garpu selamba je cakap perkataan tu sambil kunyah jagung manis.Kuajja!!

Aku ngan Don sekarang senyum sinis....dalam hati dah maki-maki.Sekian.


kesalahan protokol yang aku selalu wat :

1. pakai selipar masuk jamban gi majlis
2. rambut serabai tak bersikat
3. makan guna tangan
4. sisa-sisa makanan letak atas alas meja
5. makan sambil sembang-sembang
6. amik makanan dari pinggan kawan (dengan keizinan)
7. baju t-shirt tak berlengan

oleh itu,aku ngan Don nak belajar asas protokol dari sesiapa yang sudi

p/s : hazen memang MC protokol terbaikkk!!

Khamis, 23 Disember 2010

tarikh cidak keluar dari rahim

Aku wat sample simple post je ni

 (231210)
"selamat harijadi.sanah helwah.happy birthday"

1. Semoga rapat apa yang perlu dirapatkan
2. Semoga matang apa yang perlu dimatangkan
3. Semoga kasih apa yang perlu dikasihkan
4. Semoga jambu apa yang patut di'jambu'kan

p/s : teman baik aku pernah pesan "ucapan ringkas,tapi ikhlas".Sekian.

Isnin, 20 Disember 2010

rahsia bumi barokah (siri 2)

"Salam,pi solat jenazah tak?"
"Ha??siapa?"
"Syeikh Nouh.."
"Innalillah.."




Ringkas perbualan telefon dari teman hamba semalam.Tika itu hamba baru duduk berehat di kerusi library universiti.Menghabiskan masa di library sesuatu bermanfaat buat para penuntut ilmu.Dan hari semalam terukir sejarah dengan kehilangan seorang alim.Syeikh Nouh Al-Qudhoh.Bekas mufti jordan,bekas pensyarah syariah universiti yarmouk dan duta jordan di Tehran,iran.

"putuskan ilmu dengan matinya ulama"
"mati ulama,pudarnya ilmu"

Pengenalan ringkas mampu hamba coretkan buat masa ini.Kemudian,teman hamba uruskan urusan untuk menuju ke Ajloun (20 minit dari tempat tinggal hamba).Jam 1.45 petang hamba dan teman-teman hamba bertolak.Dalam kenderaan teman hamba bertanya kepada pemandu van yang kami naiki.

"ucapannya menakjubkan,punya irama dan aura...tak lentok mendengar ucapannya" - Abu Saif,bekas rambo jordan

Bukan mudah bertemu,orang alim diterima semua pihak.Pernah berdebat dengan orang masihi (kristian).Punyai ilmu yang mendalam.Penulis buku aqidah.Pernah mengajar budak melayu zaman 80-an dulu.Zaman gemilang budak melayu jordan dulu.Ucapan yang baik-baik keluar dari mulutnya.Sering hamba dengar mengenainya dari mulut-mulut masyaikh.Bukan calang-calang orangnya.

Kini,dah berpisah di alam ini dengan kita.Hamba dan teman-teman menunggu waktu untuk bertemu dengannya dulu selepas letakjawatan sebagai mufti.Atas suratan takdir,bertemu jua..tapi pada jasad yang tak bernyawa.Dah berbalut tika hamba dan teman-teman tiba di masjid di Ra'sum Muniff.







Ribuan yang hadir.Dari setiap pelusuk.Dari Syria.Seluruh jordan.Askar-askar turun beri penghormatan.Wakil raja turut hadir.Dari masjid itu,jelas kelihatan ramai orang sembahyangkan jenazahnya.Adakah kita punyai seramai itu nanti untuk solatkan jenazah kita?

Jam 3 lebih selepas asar,jenazah selamat dikebumikan dan bacaan talqin dan yasin berkumandang yang dibacai ribuan orang yang hadir.Kami pulang ke Irbid dengan hati berduka.Moga selepas ini bertemu dengan pengganti beliau.Insya'allah.



jasad di dalam bumi,ilmu dan berkat melata di bumi..moga disamping para salihin dan syuhada'

Ahad, 19 Disember 2010

rupamu sungguh jambu

terliur gak aku


Dalam satu kelas,ada 2 orang lelaki.Sorang macho dan jambu.Muka cam korea.Ada rambut sisir ke kiri tutup mata.Nama dia A.Akhowat universiti selalu je tegur die.Kompem la dia layan.Biar la layan biasa-biasa.Akhowat tu mesti rasa bangga.

Manakala,sorang lagi nama dia B.Muka pecah rumah.Suka carut-mencarut.Cakap main lepas je.Depan akhwat kompem kerek.Akhwat tegur wat tak layan.Ada gak yang tak berani cakap ngan dia.Sebab gaya sebijik cam yakuza.Boleh kira B ni hampeh la.

Akhwat (budak pompuan) universiti dan persatuan mesti tak nak kerja ngan si B ni.Kalau dapat tau je jadi timbalan si B ni,kompem merayu suruh ganti orang lain.Sebab si B ni selalu wat kerja sorang-sorang.Macam takde timbalan unit je.

Si A wat kerja boleh la.Cuma tak sehebat si B.Muka jambu tapi tak reti wat kerja.Mesti hancur unit yang dia pegang.Tapi,sebab dia ada muka jambu yang komersial tu,ramai yakin dia wat kerja lawa.Kalau tak lawa,orang pikir "setiap manusia,ada silapnya".

Satu hari,ada junior akhwat gi jumpa doktor (pensyarah) universiti.Pensyarah tu nak tahu pasal Malaysia.Apa makanannya.Apa budayanya.So,si junior ni try tanya senior akhwat gak.Ramai cadang si A jadi calon pembentang.Akhirnya,si A bentang di dewan besar depan semua orang arab.Si B hanya melihat dan sempat catit kesalahan bahasa si A.

moral of story : nape rupa jadi nilai??


p/s : ni bukan luahan tidak-puas-hati aku ye...ni citer kawan aku punya kawan

Jumaat, 17 Disember 2010

rahsia bumi barokah (siri 1)

DENGAN NAMA TUHAN YANG MENGALIRKAN NIL TANPA PUTUS DAN MEMBERI MANUSIA KEMAMPUAN MELIHAT BULAN,BINTANG DAN MATAHARI

        Alhamdulillah.Mungkin kini sudah tiba masa hamba nukilkan dan coretkan sedikit sebanyak,perjalanan sebagai hamba yang menuntut ilmu di bumi penuh barokah yaitu bumi SYAM ini.Bukan tujuan hamba nukilkan untuk ditayang pada anak-anak cucu hamba.Hamba mahu berkongsi mutiara di bumi SYAM ini.Apa yang perlu kita sebagai perantau ketahui kelebihan berada di negara orang.Bukan sahaja menuntut ilmu di dalam universiti dan persatuan.Bukan hanya berlegar-legar di dalam kos yang kita ambil.

       Ada yang menggelarkan ilmu dan pengalaman ini sebagai pembelajaran di luar universiti.Tapi hamba nukil di blog yang hina ini sebagai EXTRA.Bakal hamba nukilkan mengenai majlis zikir,jaulah ulama',kajian kitab,perdebatan ulama',tariqat,qasidah dan  lain-lain.Inilah rahsia bumi barokah.Moga penulisan hamba tak menyinggung mana-mana pihak.

Mohon mengundur diri.Dengan lafaz bismillah,hamba rasmikan tagged EXTRA hamba di blog ini.

Khamis, 16 Disember 2010

zaitun itu special



soalan : kenapa hujan?

jawapan : Allah nak basuh buah zaitun.

soalan : kenapa sejuk?

jawapan : Allah nak hitamkan (masak) zaitun.

soalan : kenapa berangin?

jawapan : Allah nak bantu zaitun gugur untuk dituai.

soalan : kenapa salji?

jawapan : Allah nak rehatkan pokok zaitun.


Zaitun bersepah kat laman universiti aku.Sampai tak terkutip aku tengok.Dari akhir musim panas aku usha warna buah zaitun.

hijau pekat -> hijau muda -> merah -> merah gelap -> hitam

"Demi zaitun dan tinn" Allah berfirman dalam alquran.Ada pendapat yang mengatakan zaitun dan tinn ni buah dari syurga.Kalau tengok zaman yunani dan rome dulu,memang syurga lakaran diorang ada pohon zaitun.Tinn xde la pulak.Wallahhua'lam.
p/s : nanti aku tulis pasal zaitun ni..malas tulis time sejuk-sejuk ni (8 celcius)

sorf (sorof)

 Dalam dunia ada bahasa.
Dalam bahasa ada ayat.
Dalam ayat ada kalimah.
Dalam kalimah ada baris.

Kalimah arab ada 2 ilmu yang penting.Nahu dan Sorf.

Nahu = tentukan baris akhir berakhir dengan apa
Sorf = penentu acuan itu dibentuk

*memang pening,aku pun tak reti nak terang...

Nahu dalam bahasa melayu tak de kot.Kalau sorf ada la kot.macam nak wat kata terbitan.Kan ada imbuhan wajib letak.Contoh : Pen-tadbir-an


merepek setelah aku gila di malam exam

sorf 
12.00 - 1.00 tengahari (waktu jordan)
6.00 - 7.00 petang (waktu malaysia)
Dr Amjad Tolafahah

p/s : sumpah,jangan suruh aku ajar sorf...payah bai

Rabu, 15 Disember 2010

dating

carik stoking camni best gak
 

Hari ni hari ke-2 date ngan awek arab.Bukan dating betul pon.Just bagi note je,hahaha...

Bangun pagi dengan kabut bila lambat.

Cuci rambut dengan dettol badan.

Pakai stoking sebelah putih sebelah hitam.

Baju tak berbutang.

Sampai je awek call,cancel dating.

SEKIAN...

p/s : aku exam komis ni,exam paling gile la nak skor nye..minta doa aku boleh jawab,harus doa aku cemerlang..keh3

Isnin, 13 Disember 2010

irbid snow 2008

 time aku mai segan-segan nak turun lak

"kalau junior yang baik-baik mai,turun la salji"

Ayat ni biasa senior guna bila junior tanya,"bang,taun ni irbid snow tak?"

Ayat dan fakta dari mana tak tau la.2 3 hari ni asyik ramal snow kat irbid lepas suhu turun mendadak dan salji di muktah turun awal.

komen aku : aku tak pelik kalau salji turun kat irbid taun ni,sebab JUNIOR ramai muka jambu dan takde yang muka pecah rumah.sekian

aku....piring satelit



Aku tak tau penjodoh bilangan bagi piring satelit.Sebijik ke?sebentuk?seruas?adoi..pening je pikir dari pagi tadi dengan suhu makin menurun setiap saat dan detik.Jom layan citer yang aku adaptasi dari tragedi "angin kencang suatu hari".


Aku baru je keluar dari kedai.Pak arab nama Hamid ni beli aku.Aku piring satelit keluaran arab.Tugas aku hanya lepak kat satu tempat agar TV mendapat isyarat.Aku size kecik je.Bukan besar gedabak cam kat bumbung rumah si CIdak tu.Aku cam Astro la.Kecik tapi power.

Pak Hamid ni letak aku kat tepi beranda rumah dia.Aku sellau je intai-intai budak melayu yang rumah bawah aku ni.Aku kenal sangat yang rambut meggi tu.Rambut serabut tul.Nama dia Moja kalau tak silap aku.Kalau aku boleh bercakap,dah lama aku berkenalan ngan budak-budak malizi bawah tu.Diorang selalu wat bising.Kengkadang macam ada parti je kat rumah diorang.Mana la taknya,dah dok rumah kapasiti 5 orang.Kompem la bising.Dengan tetamu agi mai tiap-tiap malam.Adoii...

Hari ni tanggal 12/12/2010 hari ahad.Sejak hujan turun semalam.Angin hari ni kencang-kencang je mainnya.Ingat sepoi cam biasa.Sedang aku lepak saje-saje hari ni sejak pak Hamid pindha rumah tinggalkan aku sorang-sorang,aku dengar suara mintak tolong.Pak arab yang tuan punya cafe coffee sebelah rumah aku ni bising.Papan tanda kedai cafe die nak TERBANG!!.Aku tengokkan je,nasib baik papan tanda besar,akhirnya tumbang kat jalan.Aku gelakkan je.

Tiba-tiba,aku berasa badan aku goyang-goyang kuat.Macam kena goncang dan tup-tup aku melayang sekali dengan batu yang aku kena drill sekali.Ada budak bawah tu!!!!

Nama dia Amir tak silap aku.Kawan rumah Moja.Kepala die seinci lagi aku nak rembat ngan batu beranda rumah yang tercabut sekali.Aku terhempas ke bawah.Budak tu dah terkjut dan buat muka cuak.Dah la dia nak ke kelas.AKu lak jatuh takutkan dia.Kalau kena tadi,mau tengok aku paip bocor keluar air merah.Kah3..alhamdulillah.Cuma sekarang,ape nasib aku?

Hujan timpa aku.Lebat.Renyai.Dan datang pakcik penjaga bangunan.Dia kutip aku dan masuk dalam ting sampah besar yang terbuka di tepi jalan.Dan lori sampai amik aku basah-basah.Tamat riwayat aku.Nasib baik budak tu tak aku hempap,mau mati gak.

p/s : citer ni aku wat sebab nak try wat karya untuk budak tadika...bahasa ok tak?

Ahad, 12 Disember 2010

mak,nape buah tu tak luruh?

ini pokok doghoyan (loghat perak aku time kocik-kocik)


"mak,nape buah tu tak luruh?" mat bertanya kepada maknya.

"buah tu belum sedia untuk luruh mat..nanti-nanti luruh la tu" balas cik aminah.

الجار قبل الدار
(Ajjar Qobla Addar)
alih bahasa : berjiran sebelum berumah

makna : lumrah kehidupan dalam menerima seseorang masuk dalam kehidupan kita,memerlukan kepada pengenalan dan kemesraan.Kenal dan rapat serta paham budi bicara.Barulah ajak masuk menjadi ahli rumah kita,lagi-lagi nak ajak jadi ahli bilik..hehe

moral : Slow-slow dalam perhubungan,jangan main kencang je.Tunggu tiba masa la kalau belah sana masih belum tundukkan diri.Macam buah gak,belum tiba masanya,Kenal-kenal la dulu.Tapi kenal gitu-gitu jer.Ade jodoh,ade la...

p/s : sori bai,pepatah gak gua minat share...tak pe kan?

Khamis, 9 Disember 2010

2 video 1 persamaan




Apa persamaan 2 video ni?

p/s : aku bersyukur dapat belajar bahasa arab,faham bahasa arab dan duduk bersama orang arab...tq ayah n ummi.

the end

senyum di hujung kejayaan

aku exam 'sukan dalam kehidupan' esok

harap dengan hujan-hujan dan padang basah aku berjaya score subjek ni sampai doc cakap "awak ponteng kelas pun dapat full mark?"


p/s : dengar citer cidak nak belanja aku makan esok pas exam,tak sabor nye!!!

Selasa, 7 Disember 2010

islam berseni


kena hafal syeer malam ni,esok exam
syeer islamiy

"islam itu berseni,yang berseni mengenali seni" - dr mukhaymar solleh

p/s : gua layan syeer jahilli..banyak jiwang-jiwang karat punyer syeer

Isnin, 6 Disember 2010

keberkatan langit

 selepas hujan,time nak gi exam (depan umah)

يامن يغيث المستغيث
ان لم تغثنا فمن يغيث
ومالنا رب مغيث
سواك يارب العباد
،،
ان كان لايرجوا رضاك
الا المطيع الى هداك
بمن يلوذ من عصاك
انت لمن قد ضل هاد
يا يا كريم الكرماء
يا يا رحيم الرحماء
افض افض غيث السماء
في الارض فهي لنا مهاد
،،
يامن يغيث المستغيث
ان لم تغثنا فمن يغيث
ومالنا رب مغيث
سواك يارب العباد
،،
ياربي عاملنا بما
انت له اهلا كما
عودت هذا كرمى
عبيد جودك ياجواد
ياربي قل تستغفرون
ربكم فيغفرون
ياتي السحاب الممطر
يروي البلاد والعباد
،،
يامن يغيث المستغيث
ان لم تغثنا فمن يغيث
ومالنا رب مغيث
سواك يارب العباد





pasni salji lak,Insya'Allah

p/s : sile sepak budak yang rambut kerenting nak cium snowman tu untuk aku

Sabtu, 4 Disember 2010

jom study!

 tuntut ilmu di mana jua anda berada

minggu ni aku exam:

ahad - study gile
isnin - arudh wal qofiyah
selasa - cuti 1 muharram
rabu - sye'er islamiy
komis - riadhoh fi hayatina

pack betul,doa kan aku dapat jawab..bukan nak cemerlang pon
 
p/s : aku censored mata budak tu,harap korang tak kenal

Jumaat, 3 Disember 2010

pengorbanan demi baginda

Jumaat hari barokah.Penghulu hari bagi minggu.Hari penuh dengan hikmah.Terpendam 1001 sejarah dan sirah.Moga hari ini bermula satu sinar.

Khutbah jumaat hari ini menyentuh dan mengetuk hati pendengar.Sori,aku tak pi masjid jamiah (universiti).Aku pi masjid balad.Citer pasal pengorbanan sahabat kepada kekasih Allah,Rasulullah.


Abu Bakar As-Siddiq

Rasullah dan Abu bakar tiba di gua Thur.Mereka berlari dari kaum quraish yang mengejar mereka."Ya rasulullah,tunggu sebentar" Abu bakar berkata.Dia masuk ke dalam gua dan membuka bajunya.Mencarik-carik untuk menutup lubang-lubang kediaman binatang berbisa.Akhirnya berbaki 2 lubang.Dia tutup dengan tapak kakinya.Rasulullah masuk dan berbaring di riba Abu bakar.Kala itu,terdapat kala jenking di dalam lubang di tapak kaki Abu bakar.Kala jenking berbisa mematuk tapak kaki Abu bakar yang menutup lubang.Abu bakar berasa snagat perit.Ia menahan agar tidak menganggu tidur Rasulullah.Air mata kesakitan mengalir dan terus menitik di pipi Rasulullah.Rasulullah bangun dan berkata "Mengapa kau bersedih ya As-Siddiq?"."Aku menahan bisa sakit kaki aku dipatuk kala jenking,aku tidak mahu mengejut kau bangun dari tidur mu".Rasulullah mengambil kaki Abu bakar dan meletak sedikit air liur baginda.Dengan berkatnya,sembuhlah kaki dan hilanglah bisa.

Umar Al-Khattab

Beliau memeluk islam setelah menampar adiknya yang membaca al-quran.Beliau menunggang kudanya menuju ke tempat Rasulullah berada.kelajuan yang sangat laju sehingga debu-debu berterbangan.Seperti belaku ribut pasir.Sahabat lain dah mula rasa kentar."Umar datang,umar datang ya Rasulullah" kata seorang sahabat."Tidak perlu kalian bimbang atau kentar,kerana aku nampak dihujung kelopak mata Umar itu keluarnya Nur Islam" dan Umar datang dan masuk.Lantas bertemu lutut dnegan Rasulullah dan berkata."Tiada tuhan selain Allah dan kamu utusannya".Dandari situ mula Islam naik dengan keberanian yang tinggi.Umar memberi impak yang besar.Sehinggakan Umar mengajak umat islam berpusing 1 mekah untuk menunjukkan mereka tidak kentar dengan kaum quraish.Umar berada di depan barisan itu.melindungi Rasulullah.

Othman Al-Affan

Petang jumaat itu,Othman tiba bersama unta-unta dagangannya dari Syam.Pelbagai barangan dagangan dia bawak pulang.Unta-untanya kepenatan.Semua peniaga mekah berlari kepadanya.Untuk membeli barang dagangan yang datang dari Yaman,India dan Semenanjung Arab.Seorang pemuda datang kepada Othman dan seraya berkata "Ya Othman,aku mendengar Rasulullah berkata yang kamu akan masuk ke syurga dnegan merangkak disebabkan harta kamu".Othman terkejut.Dia menangis.Lantas dia menginfaqkan harta-harta dagangan dia kepada semua orang.Dia tidak mahu apa yang dikata rasulullah itu terjadi.Hidup yang kaya menjadi sederhana.Dunia papa,akhirat dipenuhi harta.

Ali KaramAllahuwajhah

12 wakil bagi setiap khlifah mula mengepung rumah Rasulullah.Dengan harapan dapat memutuskan jasad dan ruh rasulullah malam itu.Mereka baru sedar dari lena yang disangkakan sebentar.mereka mebolak daun pintu dan masuk.Susuk tubuh dalam selimut itu senyap.Mungkin lena diulit mimpi.Mereka menyerbu untuk menyerang.Diselak selimut dan Ali berada di atas katil.Bukan Rasulullah.Budak kecil itu berani berada di atas katil sedangkan dia tahu nyawanya mungkin boleh melayang jika selimut tak diselak.Kerana dia kasih kepada agama dan pencipta serta pembawa agama Islam itu.Dia sanggup korbankan nyawanya.

Kesimpulan

Sahabat dulu berkorban macam-macam demi Rasulullah sebab begitu cinta pada baginda.Kita?kita hanya perlu selawat sahaja.Berkorbankan lisan untuk selawat.Bukan berkorban kaki untuk dipatuk haiwan berbisa.Bukan perlu gadai seluruh harta.Bukan perlu bertarung dengan musuh.Bukan perlu mengadai nyawa.BERSELAWAT.

Kini di Malaysia ada program KUALA LUMPUR BERSELAWAT.Dah siri ke-2 pun.Program yang begitu indah dan penuh barokah insya'Allah.

"Selawat ke atas nabi dan Allah selawat sejahtera ke atas kamu"

Khamis, 2 Disember 2010

turunkan kami keberkatan langit

A : "pi mana?" 
B : "solat..minta hujan"
A : "Haha"

****

"Nik Aziz dulu,sejurus je doa istisqo' rintik-rintik hujan turun" - anon

****

"Kami perlukan hujan di bumi ini supaya bumi ini terus dipenuhi berkat" - pak arab


Allah!!!
 
Tepat jam 2.10 petang.Azan asar kedengaran.Semua jemaah menuju ke satu tempat yang sama.Masjid Rumah Illahi.Sujud pada 1 kiblat yang sama.Tapi,hari ni berbeza dnegan hari yang lain.Ada jemaah menuju ke suatu tempat yang lain.Jemaah yang punya kepentingan lain.Bukan lari dari perpaduan,tapi lari memohon kepada illahi agar diturunkan hujan di bumi Jordan ini.

Selalunya,bulan 10 dah mula musim hujan.Tiap hari hujan.Tahun ini berbeza.Panas dan bahang.Semua pak arab pelik.Khutbah dah 2 3 minggu citer pasal ni.Citer pasal maksiat yang mungkin Allah balas dengan tidak turunnya hujan.Moga same-same kite bertaubat agar turunnya hujan dan membasahi bumi yang kering ini.Binatang dan pohon banyak yang lemah.Bersedih dengan tiadanya air.Kalau mereka mati,tiada yang berzikir sepanjang masa.Adakah kita mampu berzikir sepanjang masa???

Di Stadium Negeri (mal'ab baladi) Irbid.Seramai 100++ lebih manusia berkumpul.Dengan niat yang satu.Solat Istisqo' (pohon hujan).Agar hujan turun.Mula aku dan 3 orang kawan sampai.Kitorang tengok langit.Kosong.Angin takde.Bahang.

(sebelum solat)


Kami sampai dan solat di padang bola.Ramai budak bising.Padahal diorang tak pikir mak ayah diorang sedang berdoa agar turun hujan.Yang berkebun nak subur tanaman.Bagi anak makan.Yang keje jabatan air berdoa hujan turun agar bekalan air jordan tak terganggu.Gaji bagi anak makan.Yang anak-anak hanya bermain dan bising."Baik bawak kucing dari bawak anak.." 

Solat sunat istisqo' macam solat hari raya.2 raka'at je.7 takbir raka'at pertama.5 takbir raka'at ke 2.Pastu ade khutbah lepas solat.Settle.Doa ngadap kiblat.Imam pun ngadap kiblat.Sunat pakaian buruk dan membawa binatang belaan dan ternakan.Sebab mereka lagi 'hebat' berdoa berbanding kita.
habis je solat,dongak ke langit...Allah!!



 
 الله

Angin kuat serata tempat selepas imam doa...

"Ya Allah,turunkan kami keberkatan langit dan keluarkan kami keberkatan bumi"
 Amiiiin

p/s : padang yarmouk hari isnin kang ade solat istisqo'..mai join reramai

melayu jarang wat istisqo' sebab melaysia banyak air..sebab tu budak pelik aku sebut "solat minta hujan"

Selasa, 30 November 2010

re-vo-lu-si

 aku bakal belajar benda alah ni...pergh..jiwang!!

Sori,post paling ringkas...aku nak tukar 2 benda dalam blog ni.

1) nama aku dari 13 --> budak adab  (ramai gile tanya nape nama aku 13..kang aku citer someday)
2) kak jamilah nasihat aku tulis sye'er lak,dah boring kot ngan pepatah arab ni...dak syariah pon tau...emmm,maybe betul gak...nak cuba kongsi syarah sye'er lak...

Sye'er Jahilli (ni aku agak paham la lepas amik sem lepas)
Sye'er Islamiy (tengah amik sem ni,boleh tahan susah)
Sye'er Umawwi (akan belajar lepas Islamiy)
Sye'er Abasi (nak amik sem depan)
Sye'er Hadis (sem 1 taun depan aku try amik)

*banyak gile kan subjek sye'er aku,kan?
*aku belajar prosa klasik gak..tu aku kongsi pas aku rasa korang boring ngan sye'er
*sye'er syarah panjang..aku amik masa nak post

last pepatah ringkas dari aku....

شباب دون أخلاق كالشجر دون أوراق
(Syababu Duna Akhlaqu KasSyajari Duna Auroqu)
alih bahasa : Remaja tanpa akhlak seperti pokok tanpa dedaun

maksud : Remaja yang tidak berakhlak tidak mempunyai perhiasan diri.Diri akan dipandang slek oleh orang lain.Macam nak gi date ngan awek,kite pakai smart-smart nak awek pandang kite dengan kite rasa Gah.Camtulah remaja,berhias diri dengan akhlak.Agar diri dipandang mulia.Zahir melambang batin.Bukan pemakaian,tapi perangai.

moral : Ramai remaja runtuh akhlak,tak kire yang dok rumah je ke,yang date ngan awek ke,yang usha awek tepi tasik ke,dah ramai yang punah akhlak.Hiasilah diri mu wahai remaja.(pesanan ntok aku gak).

p/s : bye-bye semua...gua nak rehat untuk fokus exam 2nd minggu dopan..doakan..

Ahad, 28 November 2010

pompuan punyer kisah

laki bini merempit di PLUS..keh3


"sape dapat bawah 13 exam semalam?".Aku orang melayu yang angkat tangan.Lelaki.Pompuan seorang pun tak nak angkat.Bukan nak marah,result korang pun korang nak segan bagitau.Korang patut angkat tangan untuk bangga dengan usaha anda.Tak kisah la dapat 5 ke..dapat 9 ke..bangga dengan usaha anda itu.

Semalam baru baca blog kak aisyah (aku tak link blog sape-sape kali ni),citer pasal pompuan ni bukan musuh pada lelaki,tapi sebagai pendamping.Ok,aku setuju.Tapi,realiti pompuan sekeliling aku semua tak menjadi pendamping.Menjadi musuh kepada lelaki.Emosi tul aku nye post kali ni...

Post ringkas agar dapat main point aku ntok korang...layan ape aku nak bagi ni...penting!!

اختيار المرأة كالحرب .. تكفى غلطة واحدة لجر الويل والخراب
(Ikhtiyarul Mar'ah KalHarb..Takfii ghaltoh wahidah lijarril Weel wal Khirob)
alih bahasa : memilih perempuan seperti peperangan..cukuplah satu kesalahan untuk membawa kepada kecelakaan dan bencana.

maksud : Dalam memilih perempuan sebagai teman hidup,ia seperti peperangan.Memerlukan kita(lelaki) ilmu yang cukup dan menjadi cerewet sedikit.Agar kita pilih perempuan yang terbaik dan sesuai untuk kita.Jangan main pilih je.Kang dah kawen baru nyesal.Satu kekurangan kat perempuan yang kita pilih tu yang takleh kita terima.Cepat-cepat la reject agar tak hancur rumahtangga.Kalau boleh redha n terima...teruskan saje.
moral : Perempuan (arab,melayu tak tau la) banyak yang kaki cerewet.Semua nak follow cakap die.Kalau melayu tu,yang pilih KLCC satu contoh yang tepat.Jangan berbini orang camtu.Pilihan anda penentu masa depan.Ingat!!!

p/s : ni pepatah arab,jangan korang fire aku lak...sori ngan keterangan sebelum ini,ada kesilapan makna

Sabtu, 27 November 2010

bakal bapak singa

aku pasti,korang?


Teringat pulak aku zaman kecik-kecik dulu.Time tadika PASTI dulu.Pegi berhantar,balik berambik.Bapak aku hantar,balik pun dia amik.Ngan motor honda petak merah lama.No plat aku dah lupa lak.

Bukan senang hidup susah (ayat cam hampeh).Duk kat area kampung.Ramai orang jawa.Budak-budak liar.Aku je baik.Dok umah main parit belakang umah.Mana ada basikal cam budak-budak lain.Usha anak gadis sunti orang selaku jiran aku.Dalam kelas kacau kawan tengah study.Bile free ajak kawan main bola.Kadang-kadang main kejar-kejar time cikgu meeting.Style budak kampung.Time kelas tahfiz petang main layang-layang n usha lotong (sejenis monyet).

Bila naik darjah 4 dah nak berdikari.Mula mintak kasut bertali.Tapi,tak reti ikat.Cancel.Aku bukan nak macho pun gi skola.Awek kampung memang lawa-lawa,cuma aku tak berminat ngan awek time tu.Semua barang aku waris dari abang aku.Pensil box pon amik die punyer.Seluar n baju apetah lagi.Aku terima ngan redha sebab aku bukan nak bergaya.

Bab baju raya lak,aku tak penah pakai sepasang sejak darjah 1@2 kalau tak silap aku (last warna merah darah).Tahun ni baru nak pakai sepasang balik.Ngade-ngade.Orang cakap,biasa-biasakan diri untuk berpakai sepasang di hari yang mulia kang.Hahaha...

Bab pose,time kecik-kecik memang selalu kantoi.Selalu sangat lepak dalam bilik air,minum air dalam besen.Ada sekali tu dah nak kantoi.Tapi,aku baik.Aku ganti bile aku dah baligh.Bile Agama itu separuh dalam badan aku ni.Kalau bab nakal memang aku nombor 2 kot,abang aku lagi nakal.

"Bapak borek,anak rintik" betol ke benda alah ni?Mak aku selalu citer bapak aku baik je...aku ni jahat lak..entah la..cerita-cerita makcik aku pun dengan latar belakang bapak aku seorang yang baik n patuh cakap atuk n nenek aku.Cuma maybe nakal sikit ade kot.

Arab pun ada peribahasa camni...usha jom



هذا شبل من ذاك أسد
(Haza Shiblu Min Zaka Asad)
alih bahasa : Anak singa ini daripada singa itu

maksud : Daripada kehebatan seorang bapalah si anak dikenali.Memang berbeza peribahasa ni ngan melayu.Contoh,kalau bapak korang otai mesti orang cakap kat korang "ko ni anak Pak Mail Otai kan?".Si bapa punya tempias sangat penting untuk si anak.

moral : Kepada semua bakal bapa,sila lah menjadi hebat agar anak anda bangga dengan anda punye tempias minyak wangi.Jangan tempiaskan calitan air loji kumbahan kepada anak anda.Sekarang masa untuk menjadi tehebat di mata bakal anak anda semua.You are superman,Dad!!

p/s : bapak aku Azmi Abdul Talib,bukan Pak MAil tu...sekian

saya che'gu...bukan ostat

asal hensem bangat?


Sampai je jordan dari Shibuya 2 hari lepas,Abe call.Dia cakap "nice la blog ada arab,dapat gak gua bagi tazkirah kat awek-awek jepun guna ayat ko tu".Gua dah gelak.Sepecah-pecah (bughuk benor) muka Abe tu,dalam hati dia ade rasa nak dakwah/tazkirah kat orang.baru gua tau setiap orang ada sifat da'ie (menyeru) dalam diri masing-masing.Tak kira la kaki along ke,kaki takel awek ke,kaki hisap rokok ke...ada di sudut hati diorang sifat itu.

Settle situ.guasembang-sembang la pasal perjalanan gua dari Jepun-Amman semalam.Dalam kapal terbang gua sempat sembang ngan pak ostat yang kebetulan singgah Jepun dari balik umrah.Dia nak ke mesir,1 flight ngan gua.Transit ke Jepun sebab anak die pesan beli Nikon D90.Dia amik lughah gak kat Azhar mesir.Dia terangkan kat gua pasal kalimah "Lailaha Illallah" dari segi lughah.Sebijik cam pak Rodi murobbi tahfiz azzikr syarah.Dan di nukil kat blog hot sadis (penyek sini).

Oleh sebab gua dah sampai Irbid.Gua dan nampak bumbung rumah gua.Otak gua dah pikir katil.Tidur bai....silap-silap.Kena baca Surah AlMulk dulu.Tau tak ape kelebihan baca AlMulk sebelum tidur?kelebihan surah ini memberi kita lepas seksa kubur yang dahsyat.Siapa tak nak lepas seksa kubur boleh la wat dosa banyak dari aku.Pastu tak sempat tobat.Kena pulak mati time wat dosa...Allah!!Jauhkan lah kami dari mati dalam keadaan buruk..Amiiin


Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Jom layan bab lughah yang aku belajar lak...hakhak...


الندم على السكوت خير من الندم على الكلام
(AnNadmu AlasSukut Khairu MinanNadami AlalKalami)
 alih bahasa : Penyesalan sebab senyap lebih baik dari penyesalan sebab berkata-kata

maksud : Kita menyesal sebab kita senyap tak berkata itu baik dari berkata.Sebab bila kita berkata dan menyebabkan hati orang lain sakit itu teruk.Bila kita senyap dalam kelas...ni salah guna peribahasa ni.Sebab bile kita senyap dalam kelas dan kita dengan kebodohan kita,senyap itu lagi teruk dari berkata-kata.

moral : awek-awek selalu mulut laser n bechok...laki pun ade,jaga la mulut ye..sebab mulut/lidah itu kunci ke neraka gak.


p/s : aku bukak blog budak UIA 1 ni.Dia umur 21.Nama tak tahu la.Yang penting dia minat tulisan dak Joden.Peliks...(penyek sini kuat-kuat)

Khamis, 25 November 2010

trip ke Shibuya



Letih betul,semalam gua pi Shibuya jap.Tension-tension lepas lettop letak bawah katil.Sempat gak gua date ngan mamat jepun namanya Abe.Bukan senang nak jumpe die.Muka cam melayu,cakap jepun pakaian amerika.Payah bai jumpa orang camni kat Jordan.Tak sia-sia gua beli tiket ke jepun dari dak Mesir yang jual tiket Ittihad 400jd kat yahoo group permai tu.Tapi,gua ragu-ragu gak nak rembat tiket tu.Sebab orang mesir handle,takut ade problem lak.Tak pepasal flight ke Jepun tukar ke Vietnam.Nanges gua kang.

Gua date ngan Abe kat gerai mee ramen.Memang dah lama tak makan mee kat jordan ni.Ade speghati je.Nak layan maggi tak baik untuk otak lak.Gua santap 2 3 mangkuk semalam.Shibuya sibuk la malam tadi,ada perasmian kelab malam baru.Geng yakuza ramai la yang turun.Gua tak layan kelab-kelab malam ni.Iman masih ade dalam dada beb!Gua layan ramen jepun yang halal,lepas gua tau pasal ramen Haram kat jordan.Ada ke letak Bavi dalam ramuan.Boleh korang check kat blog cidak.

Habis santap ramen,gua usha-usha kedai makanan segera kat Jalan Giza.Macam chow kit gak la.Ada pulak budak jepun kecik jalan-jalan pakai topi besday muncung kon tu.Abe bagitau aku yang semalam besday anak sedara perdana menteri jepun.Aku tak tau la betul ke tak.Abe ni keje along,banyak kencing orang.Tapi,aku tau yang semalam besday timbalan aku.Boleh check wish-wish n luahan perahsaan kat blog die.Blog wallpaper yang aku suke.Nice..


Lepas je cubit pipi budak-budak tu.Gua ngan Abe pi layan arcade jap.Bukan selalu.Time main tu la budak-budak highschool kat jepun ni nak nyibuk.Dah pukul 11 malam pun pakai baju skola.Bajet hebat la.Nampak macho.Awek sekeliling pinggang.Pakai kot hitam sekolah,baju putih,pakai tie hitam.Bajet hebat cam yakuza muda la.Abe pesan kat aku yang diorang dah mula nak join team yakuza.Kitorang pun blah tanpa habiskan game racing motor.Aku tengok diorang cam baik je muka.Jambu je.Cam budak 1st year Permai.Diorang bajet boleh lawan team Tie Hijau n Biru.Macam kat blog si pemalu la tu.

Jam dah tunjuk tengah malam la,gua kena naik flight.Abe bawak mercedes die ke airport.Haha..pecut cam nak racing.Kejar masa punye pasal.Time nak sampai satu timpang tu.Ramai awek jepun pakai kostum hantu.Abe bagitau ade konsert malam tu.Awek jepun suka pakai camtu time konsert.Gua angguk je.Ade hantu lidah panjang.Cam lidah lembu gua tengok.Boleh lak gua terpikir lidah lembu yang gua bagi hanif zikr hari tu.Dengar citer die masak paprik yang sedap.Boleh la usha gambar kat blog tepianmuara die.Nampak sedap,tapi tak jemput gua pun..haha

Kat airport pulak,nampak kedai komik.Bab komik ni,ni bab minat.Kalau anime n komik tu dah masuk dalam darah.Memang payah buang.Ade seorang sifoo gua jumpa.Dan ngaji sampai PhD.Masih baca Naruto.Dah ada anak 7 8 orang.Layan anime agi.Ni bab hobi bai.Sape sentuh je,kompem payah nak luntur.So,jangan kutuk orang baca komik.Pak Ostat pun layan Dragon Ball.Hahaha...

Flight gua terbang kul 12.03 tgh malam.Dalam flight tu,gua layan Baqarah.Tengah layan,ada dak melayu tegur gua.Pergh,orang kampung.Ngaji mesir,pi jepun gak.Dia pakai baju silat.Gua teringat sadis yang baru mula ngajar silat.Sape nak belajar,boleh baca guide kat blog hot die.

"Lu belajar arab kan?asal blog lu semua melayu?" ni Abe tanya aku time aku hirup kuah ramen tadi.Tersentuh gak.Ada ilmu,gua layan sorang.Gua layan ngan budak arab je.Melayu gua nak letak mana?Jom layan jap ape aku belajar...

عيونك كشوكة في القلب
(Uyunuki Kasyaukati fil Qolb)
alih bahasa : Mata kamu (orang pompuan/awek) seperti duri dalam hati.

 maksud : Pandangan seorang wanita itu tembus dari diri yang zahir ke diri yang batin bagi seorang lelaki.Sampaikan mencederakan hati yang menjadi raja sesuatu tubuh itu.Adush!!

moral : awek-awek,jangan main jeling je lelaki-lelaki.Sebab kang........(censored)

p/s : pernah tak korang pikir yang post korang kat Fb n Blog tu tulisan terakhir korang?Kalau korang mencarot...memaki orang...ia kekal tak terpadam.Setiap kali orang baca dan follow.Dosa dapat kat korang.Sedangkan korang sudah tiada di muka bumi ini lagi.....moga kita tak tergolong dalam golongan itu.Amiiin.

Ahad, 21 November 2010

kisah semalam...dan hari ni

gambar takde motip





Semalam...aku dah berangan nak julang kawan aku yang masuk pertandingan blog adha.Aku dah bajet blog diorang akan menang.Blog yang setiap kali  post je bertambah 5 follower.Blog yang hot dan membuat akhowat menatap tiap malam meneman tatkala study lewat malam terutama malam exam.Semalam aku dah gosok seluar putih semata-mata nak bergaya dengan bakal pemenang Adha Blog Award 2010.Selalunya seluar putih aku malas gosok,sia-sia.Bukan nampak kedut pun.Macam mencari ketam di dalam sungai.SIA-SIA.

Hari ni...aku bangun "agak" awal untuk join program Adha Permai 2010.Aku tak kisah dapat makan daging masak masala ke tak.Aku tak kisah dapat maki budak yang mintak tulang tatkala aku pi masjid solat jumaat semalam.Aku tak kisah orang kutuk aku pi majlis pakai siglet biru ngan blazzer.Aku hanya kisah ngan Award yang kawan aku bakal menang tu.Aku yakin diorang menang.Aku nak join baru ni dah takleh.Korang ingat tak?tak ingat tonyoh sini.

Sekali,bila kena umum je pemenang.2 orang kawan aku tunduk gile.Tawadhu' dan redha terima hakikat yang blog diorang kalah dengan bertanding.Blog junior bai menang.2 orang lak tu kongsi 1st place.Aku time tu dah frust gile bai.Semalam aku korban masa gosok seluar.Wat sarapan pagi tadi agi.Biar la..takde rejki namanye.

599,ni no bertuah hari ni.Aku punyer nombor bai.Menjerit aku separuh dewan dengar.Tapi,aku bagi kawan aku naik pentas la.Aku ni agak-low-profile.Tak nak la cari popular-popular ni.Senyap-senyap suda...

Bile prog selesai,dah 7 8 jam lepas tu.Bunyi suara tak puas hati dengan award tu.bahjet lagi hebat dari shout award yang Nur Kasih menang anugerah malam tadi.Rupanya yang kitorang sangka blog yang tak emnang tu sebab tulisan sempoi,cikai n picisan.Sebab tu tak menang.Salah la...syarat pertandingan bebas dan nak sempoi kalau boleh.Bile kaji sikit blog pemenang.Tulisan pak ustat dari pasentren la...takpe,benda lepas.Jangan diulang taun depan ye...

p/s : sumpah kali ni aku benci junior,ramai muka jambu...keh3

Sabtu, 20 November 2010

demimu,..paru

kalau nak kenal,ni namanya paru lembu


"Wekkk..wekkk" kedengaran bunyi suara Syafiq sedang muntah di dalam bilik air.Dia keluar dengan muka yang tak selesa kondisinya."Paru..oh,paru" tu yang dia ucapkan bila lega sedikit selepas mengeluarkan bahan-bahan di dalam perutnya.Dia baru sahaja pulang dari tempat melapah.

Memang dari kecik dia tak kenal dengan orang dalaman haiwan.Sejak semalam dia incharge bahagian melapah,macam-macam dia dengar.Makan telur kambing kuat batin la,makan otak lembu macam makan tauhu la,makan hati la,makan jantung la,perut la,usus nak keluarkan ta** pun ade khasiat.Dia dah loya time dengar sembang-sembang si Moja dari semalam.Tak habis-habis promote bahgian dalam yang orang tak nak tu."Ja,bukan semua orang suka makan" tu yang Syafiq cakap bila Moja sepak-sepak batu melepaskan geram time kemas tempat melapah.Dia geram melihat organ-organ yang akan dibuang begitu sahaja."Wei,tempat aku kat malaysia tu..sup pon buat kulit,ni kalau orang tua nampak kita buang..kompem kena potpetpotpet" balas Moja.

"Bang,nak paru..tolong amikkan sikit" lebih kurang camnilah SMS manja yang Syafiq dapat 2 jam sebelum dia lepak muntah-muntah dalam jamban umah tadi.Kalau tak sebab sayang la dia takkan pegang paru warna pink berdarah tu.Lembik dan berair."Ko nak bawak mana paru tu?ko makan ke?" tanya Moja."Ade la..ada keje cikit" balas Syafiq sambil senyum-senyum malu.Dia tau yang Moja dah tau dia kapel ngan budak JUST,tapi tak penah lagi Moja mengusik dia.Moja hanya tahu-dan-senyap.

Bila Syafiq pegang je benda lembik tu.Tekak dia dah loya.Moja gelak-gelakkan je.Hahaha...lawak gile tengok babak ni.Paru tu berjaya masuk dalam plastik,tapi bukan dengan tangan...dengan kaki.Syafiq takleh nak pegang benda selembik tu.Lembik sangat.Ye la..paru lembu fresh,baru sembelih mana la tak lembik.Diorang pun balik umah same-same.

Hari ni dia dah berkorban demi sayang dia,tak kisah la muntah 2 3 jam dalam bilik air pun.Kepala dia dah pening-pening lepas muntah tadi.Syafiq masuk bilik dan tengok Moja dah tidur kepenatan tanpa menukar pakaian 2 hari di tempat melapah.memang bau kambing n lembu la bilik tu.Biar la..asal diorang dapat tido.Syafiq tido.

Bangun je tido,Syafiq kejut Moja bangun.Solat subuh berjemaah.Moja bangun n join Syafiq solat.Time angkat takbir je,diorang jeling jam kat dinding.Dah kul 9 pagi,subuh kul 5 pagi.Solat qadha' subuh berjemaah.Alhamdulillah....

p/s : ni kes adha tak abis la aku tulis mende ni...solat qadha' berjemaah dapat 27 pahala gak ke? (syafiq tanya)

Rabu, 17 November 2010

ekspresikan aidiladha anda



Azan maghrib berkumandang di sebuah masjid di sempadan syria-jordan.Aidil melihat pemandangan akhir sebelum dia dan Adha kembali ke Jordan.Matanya berkaca.Adha di tepinya sedang rancak bersembang dengan kenalan arab yang menumpang kereta sewa yang sama menuju ke Jordan.Adha gembira,dia sedih dan geram.Dia dan Adha dalam perjalanan pulang dari trip ketika cutinya universiti sempena hari raya adha yang bakal berlangsung lusa.

Turki.Tu lah negara yang dia dan Adha ingin jejak semalam.Awal pagi dia keluar dari rumah dengan berharap 8 jam selepas itu dia berada di Istanbul.Semuanya punah.Agak kecewa bila sempadan Syria-turki menghalang orang luar masuk semalam.Trip bermula dengan 4 orang sahaja.2 lelaki dan 2 perempuan.Aidil bertemankan Nancy dan Adha bertemankan Isabella.Bukan senang nak keluar date tanpa orang kesan.Jordan negara yang mahasiswanya agak kuat menjalankan kehidupan islamik.Melayu terutamanya.Jadi,mereka berempat merancang untuk berseronok-seronok di turki.

 Lubnan,negara yang memberi Aidil dan Adha peluang kedua untuk bermesra dengan teman mereka,Nancy dan Isabella.Aidil mula mengingati semula trip mereka yang bermula semalam…


“snap la gambar I” kata Nancy yang sedang bergaya di tepi kolam pancutan air.Aidil senyum.Dia mengambil 2 3 keping gambar Nancy yang sedang bergaya menggoda. “Gedik”.Tu lah yang pernah Adha komen terhadap sikap Nancy suatu ketika dahulu. “manja la..” jawapan yang Aidil respon kepada komen kawannya itu. “Dah berchenta,taik hidung pun ko kata rasa coklat chips” sombong Adha membalas.Tika itu Adha masih single dan belum bertemu dengan Isabella.Citer bibit-bibit pengenalan Adha dengan Isabella memang romantic.

Suatu hari,Adha pulang dari universiti dan berjalan seperti biasa.Dia melalui taman bunga ros di hadapan pintu masuk universiti.Kelihatan di hujung tasik seorang gadis sedang berjalan terhincut-hincut.Adha meng’cover’ macho depan gadis itu.Bila bertembung,si gadis itu membuat mata mohon belas kasihan.Adha melihat kaki gadis itu,rupanya tumit sebelah kasut tumit tinggi gadis itu dah tiada.Adha senyum manis,dia mencabut kasut gadis itu sebelah lagi dan membuang tumit tingginya.Macam cerita korea,si gadis senyum manis. “Isabella” tu bibit perkenalan mereka.

“Hello,cik abang berangan ke?tangkap gambar I ni”kali ini Nancy bergaya di tepi tugu Saladin The Worrior.Penat sudah Aidil melayan kerenah si Nancy yang gedik tu.Dari semalam buat hal.Tak nak makan daging la.Sampai Aidil bertekak dengan tuan empunya restoran semalam sebab nak tukar hidangan daging kambing kepada ayam.Bukan mudah melayu nak menang dengan arab.Arab Syria pulak tu.

Sebelum tidur semalam di hotel,Aidil sempat keluar sebelum pukul 12 untuk membeli biskut untuk si Nancy.Kedai banyak pulak tutup.Berpusing Aidil mencari kedai yang masih bukak.Ye la,mak Aidil selalu pesan agar tidur bukan dalam keadaan perut kosong.

Adha senyum melihat gelagat si Aidil yang sanggup buat apa sahaja untuk Nancy.Angkat beg-beg shopping,tangkap gambar di merata tempat.Ada sekali tu mereka berpisah sebab Nancy berhenti tiba-tiba di kedai beg tangan kulit.Si Aidil terus berjalan tanpa sedar Nancy sudah tiada.Paling je kepala ke belakang.Aidil terus risau.Dia melilau mencari mana Nancy berada.Mereka bertemu semula seakan-akan dirancang.Bertemu di kolam air Basha Khan.Kebanggaan basha Khan suatu ketika dahulu.



Adha pulak lain macam dengan temannya.Tapi,dia selesa dengan keadaan begitu.Adha ni jenis alim.Selalu keluar pakai kopiah.Hasil didikan keluarga berilmu agama,dia menjadi dirinya yang kini.Biar berteman bersama Isabella,tapi dia menjaga batas pergaulan. “Cuba u tengok diorang,tak macam kapel pon” kata Aidil kepada Nancy ketika makan aiskrim di tepi jalan. “Biar la…diorang selesa kan” balas Nancy sambil suapkan aiskrim susu ke mulut Aidil.bajet romantik.

Jam 12 tengahari,masa yang genting.matahari tegak di atas kepala.Nancy bertemu dengan teman baiknya zaman sekolah dahulu.Roy.Lelaki yang tampan berkaca mata.Nancy terus mesra dengan si Roy tu.Siapa tak cemburu tengok awek kena kacau ngan lelaki lain. “Diorang kawan je..” pujuk hati Aidil.Tibi-tiba,Roy mendekatkan mukanya ke muka Nancy.Serta merta Aidil bangun dan hadiahkan sebiji tumbukan tepat ke pipi Roy. “wei,lu baik-baik ok.Ngan awek orang pun lu nak wat hal!!” tengking Aidil.Roy sengih. “Parp!!” 1 tamparan tepat ke pipi Aidil.Muka Nancy merah. “Dia tak sentuh I pun!!nape u ni?” Nancy marah dengan tindakan Aidil.

Aidil tension.Dia pergi dari situ.Call kawan baiknya 24 jam,Adha. “Ha,jom balik.Jordan dah panggil kita balik” time tu Adha dah rasa lain macam.Dia layan je la budak Aidil tu.Ketika itu Isabella sedang mencuba baju di dalam bilik persalinan di sebuah kedai.Adha serba salah.Pilih kawan atau awek?.Dia tunduk.Mata membulat.Dia tekad.Apa nak jadi,jadilah.Asal kawan dia bahagia.Tu tugas seorang kawan.Bukan main tikam belakang.

Kereta sewa dari Lubnan bergerak pulang jam 6 petang.Time tu Aidil lagi panas bila panggilan selamat tinggal yang dia lakukan buat nancy,Roy yang angkat.Tension mencapai penghujung tahap.Dia terpaksa korbankan cinta demi perasaannya.Dia tekad untuk tinggalkan Nancy.Adha sedang menghisap rokok Malboro di tepinya.Asal berkepul-kepul seperti membakar sampah.

Cinta memerlukan pengorbanan.Tu yang selalu dia dengar.Nak kita bahagia atau orang yang kita sayang bahagia?.Pernah Aidil memikirkan benda ini. “Relax la bro,cinta ni sampah je.Bukannya payah cari awek baru” selamba je Adha.Padahal dia bercinta nak sakan.Tiap malam calling sebelum tido.kalau takde jawapan,mula la tak duduk diam.

“emmm…jom blah”.Selamat tinggal Lubnan,bersemilah kau bersama orang yang ku cintai.Bukan mudah aku lakukan ini.Seperti aku mencabut perasaan dari diri.


“Aidil,nak sampai dah ni” kejut Adha.Aidil terlelap selepas melepasi sempadan tadi.Aidil menggosok mata.Menguap penat.Dia melihat skrin telefon bimbitnya.Tiada panggilan tak dijawab ataupun 1 sms pun masuk sepanjang dia tidur.Mungkin Nancy redha dengan pemergiannya.

“Aidil,tadi Nancy call aku.Dia minta maaf.Sekarang ni dia ada kat kereta belakang” kata Adha tiba-tiba.Aidil mencuka.Dia benci nama itu.Dia tak mahu mendengar nama itu lagi. “Dah la tu,pi jenguk kereta belakang” hatinya memujuk.Dia berganjak sedikit.Bila melihat kereta di belakang,kelihatan Nancy melambai-lambai sambil membuat gaya merayu.Aidil senyum.Dia maafkan Nancy.Salah dia juga,cepat cemburu.Adha pun berpaling ke kereta belakang.Dia senyum kepada Isabella.

“Bro,ko tau tak yang ko dah banyak berkorban?” kata Adha. “Apa dia?” tanya Aidil. “Ko korbankan diri kau untuk melihat dia senyum…you are the best” puji Adha sambil menuding ke arah Nancy.

Aidil senyum.Cinta berputik bukan dipetik.Moga Nancy berubah jadi baik dan Adha dapat takel si Isabella.Amiin.

p/s : gua bahjet citer ni abis tulis kul 11.45 malam 16hb (penutup pertandingan blog adha PERMAI).Baru gua sedar sekarang dah kul 2.Keh3.Cancel masuk pertandingan la.Gua just tulis suke hati.Haha..

*watak n jalan citer tiada kaitan dengan mereka yang hidup ataupun mati,hanya rekaan.

Sabtu, 13 November 2010

setenang laut biru

1. Aku kembali senyum

Semalam malam jumaat.Malam penuh berkat dan rahsia.Aku temui ketenangan dalam mengingati Allah dan RasulNya.Macam kat malaysia dah biasa dengan bacaan yasiin.Kat sini aku biasakan dengan ingat pada pencipta dan kekasihnya.Semalam aku pergi majlis zikir,penuh ketenangan dalam berselawat dan berqasidah memuji junjugan rasulullah.Memberi aku senyuman kembali.ALLAH~

p/s : arab teguk pepsi,mirinda n 7up lepas majlis zikir dalam masjid,kalau wat kat malaysia kena marah x ngan tok siak?

2. Masak BKASJ

Semalam gak rumah aku jadi markaz memasak untuk openhouse BKASJ hari ni.Pecah habis.Kecoh la budak-budak ni masak.AKu yang agak pro ni hanya memberi semangat dan arahan.Seperti biasa,hanya memberi hiburan kepada semua.Aku suka ayam masak merah.Sedapp..

p/s : rumah aku akhowat masuk,adakah rumah aku dah tak teruna?

3. Aiskrim tumbuk

Balik openhouse ada jemputan ke Syr** pulak esok.Cam koboi je aku nak gi.Malam ni dah la penat.Esok kul 8.Ntah bangun ke tak.Aku kena hati-hati ni.takut terlajak kul 9 lak.Aku dah mula teringin makan aiskrim la...huh!!mandi hamam ke..pergh

p/s : tak sabar tunggu esok,trip koboi n bujang

4. Biru laut

Lawa la tudung biru laut...

p/s : jgn komen pasal ni...

Khamis, 11 November 2010

ten-tension


2 3 hari ni,aku ada penyakit baru.Senang tension dan baran.Aku takpepasal angin ngan orang.Mula-mula ingat tension biasa,bila check balik,memang wat sakit ati tension ni.Aku dapat rasa perasaan mau-sepak-orang tiap kali aku sampai tahap tension yang kritikal.

Bila tension,aku cari tuhan.Tapi,aku bukan semudah tu duduk berdoa.Aku tak rajin solat dan berdoa memohon ketenangan.Aku keluar rumah,pusing malam-malam.Bukan senang aku cari ketenangan.Aku naik ke sutuh (bumbung rumah arab).Aku tau sana tempat sunyi.

Maybe ramai ingat aku gile bile cakap sorang-sorang,bile senyum sorang-sorang.Makcik arab yang tengah pujuk anak die nangis malam-malam terkejut tengok aku bertenggek kat bumbung tu.Ingat aku setang mana la muncul kat bumbung kul 2 pagi.

Kalau bukan sebab syita' (winter) angin sini sejuk,aku dah lepak sampai subuh.Kaki mula krem dan jari-jari dah putih.Kul 2 pagi tu cam dok dalampeti ais dah.Suhu sejuk wat aku tak tahan.balik je rumah nak tido tak boleh sebab tension gile.Sori la bai sebab kne baca post aku yang cter pasal tension.Nak buang penyakit baru aku ni memang payah.Kawan aku bagi nasihat macam-macam,aku ni dah la keras kepala.Bukan senang terima cakap orang.

"lelaki kan cool..." tu kawan aku cakap hari tu.Sori la,aku time tempoh kematangan tiba aku kat sekolah semua satu "sex" ngan aku.Kitorang takde pelajar pompuan.Pi sekolah baju xsterika,kasut comot main bola padang,kopiah kuning-kuning.Aku pengawas pun cam tak betul,time amik gambar la aku sart.kalau waktu biasa,korang boleh tengok ntah mana la aku nye tie pengawas.kasut hitam comot tak ber'kiwi'.Kalau anugerah disiplin tu,nama aku pilihan terakhir kot.Hahaha...best ingat time skola balik.Pengawas patut ikut peraturan,tapi aku yang langgar semua.Waktu rehat suka ati aku je.Best3...hehe..kelas selalu ponteng,Kimia la yang paling aku suka ponteng,Booooring...ponteng gi baca suratkabar kat library.terbaikkk...

Dah la..takleh citer lebih-lebih.Yang penting AKU BUDAK JAHAT.Sila la cancel sape-sape yang berkenan di hati tu.Biar aku bujang sampai mati.

p/s esok kelas,pomteng best...

Selasa, 9 November 2010

jod-doh

 

Hari ni universiti tutup sebab pilihanraya Jordan yang hampeh.Pilihanraya..tapi raja lagi berkuasa..haha

Ingat lepak umah tengok gokusen season 1 takde la berpaut hati ini dnegan sape-sape.keluar je umah pi tukar air.....adehhh

"Dah jodoh,,tak ke mana la,cuti ke..dok 2 benua ke..bertemu jua" - kawan serumah aku

p/s : jangan tiru cam aku..hati cepat berpaut...

Isnin, 8 November 2010

ulama' melayu kita

"Dengan nama tuhan yang menciptakan darah yang bergerak di dalam badan sebaik-baik ciptaan"




Tulisan ini adalah sebagi kenangan atas pemergian Tuan Guru Dato’ Haji Abdul Latif bin Haji Abdul Rahman @ Pak Teh pada hari Khamis , 21 Syawwal 1431H bersamaan 30 September 2010. Walaupun al-Fagir hanya berkesempatan beberapa kali berdamping dan menadah kitab kepada beliau, namun beliau adalah seorang Tuan Guru yang sangat al-Fagir hormati dan kasihi. Beliau seorang yang ‘alim,yang wara`, dan tawadhu. Tulisan ini al-Fagir adalah sebagai menghargai jasa Tuan Guru Haji Abdul Latif bin Haji Abdul Rahman @ Pak Teh di dalam memartabatkan institusi pondok dan usaha beliau mencetak generasi ulama serta perkembangan dakwah negeri Perak khasnya dan Malaysia umumnya. Pondok yang diasasakan oleh beliau di Pengkalan Hulu adalah merupakan satu-satunya pondok tradisional yang masih wujud di negeri Perak.

Tulisan ini al-Fagir himpunkan dari beberapa blog seperti blog Ustaz Nik Nasri, Ustaz ‘Abdul Rauf Tampin, Ikan Tongkol dan-lain.

Nama tubuh beliau,  Abdul Latif bin Abdul Rahman. Anak jati kelahiran Kampung Kuak Hulu, Pengkalan Hulu. Beliau dilahirkan pada tahun 1938. Mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu dari tahun 1947 sehingga 1953 dengan menamatkan pengajiannya sehingga darjah lima. Beliau adalah seorang pelajar yang pintar, dan pernah mendapat peluang untuk meneruskan pelajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) iaitu sebuah sekolah berasrama yang terkenal. Namun kerana kemiskinannya, beliau tidak meneruskannya.

Setelah itu meneruskan pengajiannya ke peringkat menengah di Sekolah Arab yang dikenali dengan nama Pondok Asam Jawa (mungkin yang pondok di maksudkan Pondok Pokok Asam, Pendang yang di asaskan oleh Tuan Guru Haji Wan Sulong bin Wan Dali – abu zahrah. Wallahu a’lam) di Pendang di antara tahun 1956 sehingga 1959. Saking minatnya  yang mendalam pada ilmu agama, pada peringkat awal lagi beliau mula menghafal kitab-kitab agama di bawah bimbingan Ustaz Umar Mohammad Noh. Dan sememangnya beliau adalah seorang yang kuat menghafal matan-matan. Begitulah al-Fagir pernah diberitahu oleh individu-individu yang mengenali beliau dari dekat.

Gambar hiasan sahaja

Pencarian ilmu beliau tidak terhenti disitu, beliau seterusnya meneruskan pengajiannya di sebuah pondok yang tersohor di Kelantan iaitu Pondok Terusan Limbat Pasir Tumboh. Beliau adalah merupakan diantara generasi awal Pondok Pasir Tumboh. Di sini beliau berguru langsung dengan pengasas pondok tersebut iaitu Tuan Guru Haji Musthafa bin Haji Abu Bakar bin Haji Abdul Latif bin Abdul Ghani dan Tuan Guru Haji ‘Abdul Aziz bin Haji Abu Bakar bin Haji Abdul Latif bin Abdul Ghani (1923 – 1987). Beliau juga berguru dengan Tuan Guru Haji Hasyim Abu Bakar yang merupakan adik ipar kepada  Tuan Guru Haji Musthafa bin Haji Abu Bakar dan Tuan Guru Haji ‘Abdul Aziz bin Haji Abu Bakar.

Tuan Guru Haji Abdul Latif bin Haji Abdul Rahman @ Pak Teh menuntut ilmu di pondok Pasir Tumboh dari tahun 1959 – 1967. Pak Teh sempat berguru kepada lebih kurang 20 orang tuan guru dari Kedah, Perak dan Kelantan sepanjang pencarian ilmunya. Diantara tuan guru beliau adalah:-
  • Tuan Guru Haji Musthafa bin Haji Abu Bakar bin Haji Abdul Latif bin Abdul Ghani
  • Tuan Guru Haji ‘Abdul Aziz bin Haji Abu Bakar bin Haji Abdul Latif bin Abdul Ghani (1923 – 1987)
  • Tuan Guru Haji Hasyim Abu Bakar ( penguasa Pondok Pasir Tumboh kini dan sedang uzur)
  • Tuan Guru Haji Mat Saman Kati
  • Tuan Guru Haji Abdul Rahman Ahmad
  • Tuan Guru Haji Sulaiman Mohd Rabik (mungkin yang di maksudkan adalah Tuan Guru Haji Sulaiman bin Ahmad Rabat, Pondok Chegar, Pendang, kerana beliau adalah merupakan tenaga pengajar di pondok tersebut dan seterusnya mengambilalih pondok tersebut setelah ayahandanya, pengasas pondok tersebut meninggal dunia pada tahun 1962 – abu zahrah. Wallahu a’lam)


Membuka pondok: Setelah menamatkan pengajiannya di Pondok Pasir Tumboh, beliau kembali ke kampung halamannya dan membuka pondok beliau sendiri pada tahun 1967. Pada peringkat awal pelajar beliau hanya beberapa orang sahaja. Namun sehingga kini pondok ini telah mengeluarkan ribuan pelajar agama. Uniknya pondok ini, tiada bekalan elektrik di pondok bujang dan muslimat. Pelajar menggunakan lilin atau pelita untuk mentelaah. Bekalan elektrik hanya untuk rumah kelamin sahaja. Manakala kitab-kitab yang digunakan untuk pengajian, adalah kitab-kitab turats sebagaimana yang digunakan oleh pondok-pondok terdahulu. Kitab-kitab turats yang beliau ajar di pondok beliau merangkumi kitab jawi dan ‘arab di dalam pelbagai bidang ilmu.


Antara kitab-kitab turats yang beliau ajar adalah:
  • Tafsir: Tafsir Jalalain, an-Nasafi dan al-Baidhawi (jawi)
  • Hadits: Muwattho`, al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibn Majah, at-Tirmidhi (menggunakan kitab Bahr al-Madhi karangan Syeikh Idris al-Merbawi), Tajridus Shorih, Riyadhus Sholehin
  • Tauhid: Fath al-Majid, Tuhfah al-Murid, Aqidah an-Najin (jawi)
  • Fiqih: Fath al-Qarib,  Fath al-Muin, Fath al-Wahhab, I’anah ath-Tholibin, Tahrir, Mughni Muhtaj, Mahalli, Kifayah al-Akhyar, Iqna, Matan Zubad, Matla’ al-Badrain (jawi), Bughyah at-Thullab (jawi), Sabil al-Muhtadin (jawi), Kasyf al-Litsam (jawi) dan Kifayah al-Muhtadi (jawi)
  • Ushul Fiqih: al-Asybah wa an-Nazair dan Jam’ al-Jawami’
  • Tasawwuf: Minhaj al’-Abidin, an-Nashoih ad-Diniyyah wa al-Washoya al-Imaniyyah dan Sair as-Salikin (jawi)
  • Shorof: al-Kailani, al-Mirah dan Shazz al-Urf
  • Nahwu: Mutammimah, Syeikh Kholid, al-Ashmawi, al-Azhari, al-Qatr an-Nada, Syarah Ibn ‘Aqil, Syuzur al-Zahab, Audhoh Masalik Syarah Alfiyyah Ibn Malik Mughni Labib, Ashmuni, Shobban dan lain-lain
  • Ulum hadits: Mustholah al-Hadits (karangan Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki), Taqrirat as-Saniyyah Syarh al-Baiquniyyah
  • Ilmu Tafsir: ‘Atiyyah ar-Rahman
  • Mantiq: ‘Isaghuji

Selain mengajar di pondok beliau, Pak Teh juga mengajar di beberapa tempat lain. Antara kitab yang diajarkan seperti, al-Majmu Syarh al-Muhazzab, al-Asybah wa an-Nazair, Iqna, Hikam syarah Tok Pulau Manis(alhamdulillah al-Fagir bersempatan duduk di pengajian 4 buah kitab ini beberapa kali), Minhajul ‘Abidin dan lain-lain.

Oleh kerana ke’alimannya, maka Pak Teh dilantik oleh Kerajaan Negeri Perak untuk menganggotai Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak. Beliau menjawat jawatan tersebut sejak dari tahun 1994 sehinggalah beliau meninggal dunia. Pengetahuannya yang luas dan mendalam khususnya ilmu alat dan kecermatannya dalam mengeluarkan sesuatu usul atau pandangan telah banyak membantu perjalanan Jawatankuasa Syariah dan Majlis Fatwa Perak.

Teman seangkatan: Teman seangkatan dengan beliau, antaranya adalah Tuan Guru Haji ‘Abdul Halim bin Haji Majid Pondok Sungai Jagung, Pendang, Kedah; Tuan Guru Haji Muhammad Lias Pondok Keledang, Temerloh Pahang; Tuan Guru Haji Man Matang Nibung, Pida 3, Jitra Kedah; Tuan Guru Haji Man Imam Masjid Kg Telok, Kepala Batas, Alor Setar Kedah; Tuan Guru Abdullah Sidam; Tuan Guru Haji Sabran Asmawi, Bagan Serai, Perak dan ramai lagi.

Sifat dan keluarganya: Beliau seorang yang wara dan tawadhu. Seorang yang sederhana di dalam aspek kehidupan. Seorang yang bersikap terbuka, tanpa mengira fahaman politik seseorang.  Sangat menghargai masa. Beliau minat dalam bercucuk tanam dan berkebun buah-buahan, iaitu sifat yang beliau warisi daripada ayahandanya. Minatnya itu juga kini tertumpah pada anak-anak muridnya di mana pelbagai jenis tanaman ditanam di pusat pengajian tersebut. Selain dapat memanfaatkan tanah-tanah yang ada, hasil tanaman ini juga dapat memberikan pendapatan sampingan apabila dijual. Antara tanaman yang ditanam seperti ubi kayu, pinang, pisang, nenas, kangkung, bayam, sawi, tebu dan bermacam-macam buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk pokok-pokok akar kayu untuk perubatan.


Seorang teman memberitahu al-Fagir, katanya Pak Teh seorang yang lurus dengan niatnya (hasratnya). Kalau beliau sudah berniat untuk ke kebunnya dan di dalam masa yang sama beliau di kunjungi tetamu, maka katanya, Pak Teh akan ke kebunnya sebentar bagi menunaikan apa yang telah beliau niatkan.
Dari segi ‘amalannya, al-Fagir tidak tahu decara pasti tariqat apa yang diamalkan oleh beliau, kerana ada yang berkata Syathariyyah, ada yang kata Samaniyyah. Wallahu a’lam. Namun menurut secara perkiraan al-Fagir, beliau mungkin mengamalkan thariqah Samaniyyah yang diperturunkan melalui guru beliau, Tuan Guru Haji Mat Saman Kati, kerana beliau juga merupakan Penaung Jemaah Thariqat Samaniyyah.

Hasil dari perkahwinannya dengan Mak Teh (nama tubuh, Halimatssa’adiah binti Haji Jusoh), beliau di anugerahkan 10 orang anak, iaitu 7 putera dan 3 puteri.

Meninggal dunia: Sekitar jam 1.00 pagi, hari Khamis , 21 Syawwal 1431H bersamaan 30 September 2010, sekitar jam 1.00 pagi, beliau telah kembali kerahmatuLlah. Ribuan yang hadir untuk menziarahi jenazah beliau. Sholat jenazah pertama diadakan di pondok beliau. Kemudian jenazah dibawa ke Masjid dan disholatkan sekali lagi dengan diimamkan oleh Tuan Guru Haji Salleh Sik. Hampir 5,000 orang yang hadir. MasyaAllah. 

قدمات قوم وماماتت مكارهم * ومات قوم وهم في الناس أحياء
فالجاهلون مواتي قبل موتهم * والعالمون وإن ماتوا فأحياء
Telah mati satu kaum namun tidak mati kemuliaan mereka
Dan telah mati satu kaum, namun mereka hidup diantara manusia
Orang-orang yang jahil, mereka adalah mayat sebelum kematian mereka
Sedangkan para ulama, walaupun telah mati namun mereka tetap hidup (di hati manusia)

Orang ramai membanjiri Pondok Pak Teh untuk menziarahi jenazah beliau

Jenazah Pak Teh di bawa masuk ke dalam masjid untuk disholatkan
Orang ramai penuh sesak di dalam masjid untuk mensholatkan jenazah Pak Teh
Sholat jenazah ke atas Tuan Guru Pak Teh yang diimamkan oleh Tuan Guru Haji Salleh, Sik
Jenazah Pak Teh dibawa ke Masjid, lihat disini

Amanat Pak Teh 2 hari sebelum kewafatannya: Menurut akhi Helmi, Pondok Sik di blog beliau: “Tuan Guru Haji Salleh semasa menziarahi jenazah Pak Teh pagi tadi, ada seorang murid yang rapat dengan Pak Teh memberitahu Tuan Guru Haji Salleh tentang pesanan Pak Teh dalam kuliah 2 hari lepas. Pak Teh berpesan pada murid beliau: “Sekarang kita (pelajar agama) kena pakai (ikut) fatwa yang dihukum Tok Guru Haji Salleh Sik”. Pak Teh berkata seperti itu kerana sudah tiada ahli yang tahqiq (mantap) dalam menguasai ibarat kitab seperti ulama silam. Di sebelah utara semenanjung tokoh ulama yang tahqiq, sangat-sangat kurang dan boleh dikatakan sudah tiada. Oleh kerana itu beliau meminta Tuan Guru Haji Salleh memimpin solat jenazah Pak Teh tadi. Tuan Guru Haji Salleh menceritakan pengalaman beliau dengan Pak Teh. Kata Tuan Guru Haji Salleh: “Pak Teh masa hidup kalau jumpa (bertemu ) aku,dia kira (Pak Teh suka) peluk aku ja la dia.”

Pengiktirafan oleh pemerintah: Pak Teh, Tuan Guru Haji ‘Abdul Lathif bin Haji ‘Abdul Rahman telah dianugerahkan kurniaan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) pada 19 April 2004 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, sempena menyambut ulangtahun hari keputeraan ke bawah duli Sultan Perak ke 76. Penganugerahan ini adalah merupakan pengiktirafan keatas jasa-jasa beliau di dalam memartabatkan agama Islam di negeri Perak.

Demikianlah serba ringkas biografi Pak Teh. Seorang demi seorang ulama kita berpergian, sampai pada akhirnya tidak ada lagi yang dapat mengantikan mereka. Kemarin kita mendapat khabar pemergian Pak Teh, besok entah siapa pula ulama yang akan mengikuti pemergian mereka. Hilangnya mereka susah untuk mendapat pengganti. Kita mampu mengeluarkan beribu-ribu sarjana, kita mampu mengeluarkan beratus-ratus pemikir Islam, tapi apakah kita mampu mengeluarkan ulama-ulama yang alim dan rabbani? Maka akhirnya nanti tinggallah orang-orang bodoh yang mengaku ulama, berpakaian seperti ulama, bergaya persis ulama, tetapi tidak memiliki ilmu dan akhlak seperti seorang ulama, lalu mereka akan menjawab segala pertanyaan masyarakat awam yang haus dengan ilmu pengetahuan, sehingga mereka sesat lagi menyesatkan, benar sekali sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, sepertimana yang diriwayatkan oleh Sayyiduna Abdullah bin ‘Amr bin Ash رضي الله عنهما: Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)

Tidakkah pemergian mereka ini musibah bagi kita dan umat Islam seluruhnya? Iya, musibah besar! Di dalam sebuah hadits yang di riwayatkan oleh Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi daripada Abu Darda رضي الله عنه katanya: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  bersabda (maksudnya): Sesiapa yang pergi di pagi hari kerana inginkan ilmu dan untuk mempelajarinya semata-mata kerana Allah Ta’ala, nescaya Allah Ta’ala akan membukakan baginya satu pintu menuju syurgaNya, para malaikat membentangkan sayapnya untuknya dan demikian juga ikan-ikan dilaut. Kelebihan orang yang alim itu ke atas orang yang abid apalah seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang dilangit. Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu qabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim.

Kata Sayyiduna ‘Umar رضي الله عنه: Kematian 1000 abid (ahli ‘ibadah  - yang jahil -) yang bangun di malam hari dan berpuasa di siang hati, lebih ringan daripada kematian seorang ulama yang memahami hal-hal yang dihalalkan dan yang diharamkan oleh Allah.

Akhirkata, marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah al-Faatihah dan surah Yaasin kepada Tuan Guru Haji ‘Abdul Lathif bin Haji ‘Abdul Rahman serta mendoakan beliau. Al-Faatihah .....

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نُزُله . ووسع مُدخلهُ . واغسله بالماء والثلج والبرد ، ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس ، وأبدله داراً خيراً من داره ، وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً خيراً من زوجه وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر  ومن عذاب النار

Semoga patah tumbuh hilang berganti …. Biarpun yang tumbuh atau yang ganti itu tidak sehebat yang telah pergi ………

Al-Fagir memohon ampun maaf andaikata ada kesalahan atau kesilapan fakta. Semoga para pengunjung sudi untuk membetulkannya.


Sekian dari,
Al-Fagir Abu Zahrah al-Qadahi
Taman Seri Gombak
Dhuha, 25 Syawwal 1431/4 Oktober 2010

Pak Teh sholat jenazah di kubur Ustaz Bukhari Harun - 10 Ramadhan.