Khamis, 28 Mei 2009

Dr Jekyll and Mr Hyde

Salam..tajuk ni aku letak untuk post ini sebab ade yang perlu dikongsi bersama...

Ni my favourite story..macam ni citer die..korang translate sendiri la..
It is about a London lawyer who investigates strange occurrences between his old friend, Dr. Henry Jekyll, and the misanthropic Mr. Edward Hyde.

The work is known for its vivid portrayal of a split personality, split in the sense that within the same person there is both an apparently good and an evil personality each being quite distinct from the other. The novella's impact is such that it has become a part of the language, with the phrase "Jekyll and Hyde" coming to mean a person who is vastly different in moral character from one situation to the next.

Hari ini aku bukan lagi diri aku lagi..aku seolah-olah seperti minum posyen sebijik macam Dr Henry Jekyll...secara perlahan-lahan aku berubah personaliti..muka pon dah berubah,bengkak sana..bengkak sini..tapi aku jadi Mr Edward Hyde yang lemah..tak boleh jalan..kaki seperti slow-slow hilang function(bukan add math)...

Ape pon aku harap korang semua doakan aku sembuh menjadi mujahid azmi yang asal...

P/S:tengok kat youtube cara Dr Jekyll transform kepada Mr Hyde...seram...
korang percaya tak ade monster dalam diri korang??

Selasa, 26 Mei 2009

Thank you Madihah

Post ni khas untuk nik madihah...
Salam..ana ucapkan tanx a lot to nik madihah kerana memberi ana nasihat dan semangat untuk terus belajar...

Sememangnya kelantan mempunyai sakti..ana mendapat petunjuk di kelantan dan kini dari orang kelantan...tanx la bagi ana nampak jalan sebenar untuk keluar dari kebuntuan dan kejahilan...kini azam dan cita-cita ana sudah berubah...

memang benar,pejuang yang perlu dicontohi adalah ibu..ana akan berusaha membalas jasanya..selepas habis belajar,parent la yang berada di hadapan...insya'allah...

semoga post ini dapat memberi penghargaan untuk anti,nik madihah...salam...

Penantian...

Dah dekat sebulan,si dia belom datang lagi rumah aku..punya lama tunggu,katanya 2 minggu je..ni dah lebih,naik boring aku dudok kat umah..maybe minggu ni kot..aku tetap tunggu kau..

Hari ni bangon awal la,pagi tadi tak dapat kejut sahabat qiam(sori la)..aku lak tak bangon sahor..hari ni 1 jamadilakhir..sunat pose..rugi tol..

Terus ke petang,aku duduk umah je..ade keje cikit..malam je pas maghrib aku n ayah gi surau kat flat seri perantau..kuliah ustaz fadhil yamani..hari ibu..best tul...abis 1 flat turun dengor kuliah die...

Dalam kul 10 baru aku on9,chat pasal budak baru yang bekas maahad,hashifi(naqi,ko kenal kan)..aku dah la tak suka mana budak tu..mood chatting aku turun slow-slow..ape da..

Then aku bukak ILI,aku baca la artikel ari nih..ni ade ckit aku copy:

Masyarakat kini miskin cinta. Cinta mereka hanya terbatas pada orang, kaum dan benda tertentu. Bila disebut pemuda, maka dia semestinya seorang yang akan mencintai gadis. Bila disebut orang kaya, dia perlu mencintai harta. Maka setiap haluan hidup di tujukan pada yang tercinta.

Bila kasih sayang 100% untuk kekasihnya, hartanya, dan jawatannya, orang lain tidak lagi penting dalam hidup. Cintailah semua orang, kerana cinta itu tidak terhad.. Bila saja berhadapan dengan orang yang dicintai, orang lain dilihatnya seperti batu dan tunggul. Bila diminta pertolongan, sedikit pun tidak diendahkan.

Namun untuk terjun ke lautan api bagi membuktikan cinta pada kekasihnya sanggup diredahi . Lalu bagaimana sikap tolong menolong, kasih mengasihi terhadap sadara-saudara yang lain dapat diamalkan jika segala perbuatan baik hanya untuk orang tertentu dan hanya di dasari oleh material semata-mata.

Kerana itu manusia kini miskin cinta. Cinta itu terhad untuk harta, jawatan, wanita, dan kaum kerabat. Kisah peperangan di Negara jiran tidak dihiraukan kerana; cinta hanya terhadap Negara sendiri dan semangat perkauman yang menebal.

Perompak berjaya melarikan beg tangan seorang mak cik dan kita melihat dari jauh kerana; itu bukan makcik kita atau wajah mak cik itu tidak seiras Siti Nurhaliza.

Ingatlah ketika jenazah kita disuatu hari nanti hendak dikebumikan. Siapa yang membantu. Saudara kita yang tidak pernah kita kasihi di dunia dahulu yang menurunkan kita ke liang lahad.

Dahulu kita sibuk menghabiskan masa dengan mengira nilai wang emas, sibuk dengan kekasih dari awal pagi hingga malam. Lalu, dimanakah benda yang kita cintai itu pada waktu ini. Pangkat yang kita cintai kini dijawat orang lain. Harta yang diusahakan siang dan malam kini menjadi warisan untuk anak-anak.

Ingatlah Allah tidak pernah membataskan sifat arRahmanya pada manusia tertentu. Nabi saw juga tidak datang hanya untuk sebuah kaum atau bangsa sahaja.

Maka bersahabatlah dan sebarkanlah silatarrahim kepada semua manusia. Jangan kerana cinta harta, pangkat, dan kekasih, kita tidak berpeluang untuk mencintai yang lainnya.


Kul 12.47 tepat,Nik Madihah muncul lagi..aku banyak lak tanya soklan..die kan bz..ape pon best la..aku tanya pasal prob aku..bleh la jawapan die..(hahaha)

Aku rasa macam tak sedap badan malam ni..so,sikit la aku post..ape pon dia tetap aku tunggu..salam..(telinga sakit lagi la..heheh..)

Isnin, 25 Mei 2009

Memori Hari Ini & Lalu..3

Sambung lagi post memori ni...

Ni pulak sekolah menengah aku,kat sini tak ramai pelajar..dalam 200 lebih kot..senang aku ingat nama-nama budak-budak nyer..
Kat sini ade macam 1 famili tau..ye la,akak kat sini adik pon kat sini...
Aku belajar kat sini ok jew,tapi ada insiden yang menyebabkan aku mengundur diri ke sekolah lain pada tahun 2007(ting.4)..tak per,tu kisah lame..kat sini cikit jer budak-budak batch aku..
Cuma memori kat sini banyak daripada budak-budak nyer...
Kenal:akmal,adibah,syafiq,imad,sheikh,maisarah,usop,munzir,zulkarnain,
fatimah,zara,zunnurain,nash,ali akbar,radiah
...(sikit kan)

Budak-budak nyer ok la..aku banyak spend time ngan usop,munzir,ali...tu pon last form aku kat sini...hahaha..memang mula-mula aku nak stay sampai form 5,tapi ade prob la..

Kat sini ade gak citer nye..jap-jap..

Bermula di kantin,aku baru je abis beratur beli makanan..tempat duduk penuh la ari ni..
Then,aku nampak sorang senior bangun lepas makan..ape lagi,aku pecut la takot ade yang duduk dulu..
Tapi yang sedih nye bile aku landing jew..terus landing kat lantai..adoi!memang sakit..semua gelak..aku nak cover aku pon gelak..hahaha..memang macam nangka da..(aku tau ko wat usop)..ni yang aku tak dapat lupa sebab aku malu tahap gaban..hahaha..ni tak leh revenge..ape da..

Ape pon sekolah ni makin lame makin maju dan cemerlang..aku doakan sekolah ni capai visi dan misi nye..3 tahun cukup la bagi aku kat sekolah ni sebab kenangan aku dah jadi pelangi,warna warni...that's all for this post..walhal,aku selalu gi sekolah ni..jumpa kat last post semua..

Ahad, 24 Mei 2009

Boring...

Pagi-pagi aku bangun awal,macam biase..aku tau hari ni hari budak-budak USIM daftar..aku rasa macam nak gi jew sebab boring sangat kat rumah...

Pukul 11 jew,pak yob dan famili datang tengok opah yang tak sihat...aku layan ala kadar jew..sebab takde mood sejak R dah putos sahabat ngan aku..tension beb!!!

Petang menjelma,aku boring gak..semua orang busy ngan urusan masing-masing..aku ngan dengkur la..da boring sangat...

Malam datang lagi,aku gi balai islam ganti ayah aku usrah..bincang pasal POP(persatuan orang pencen)...aku senyap jew..sebab aku tunggu kul 9..ade perjumpaan pemuda kat dewan putra...

Kul 9 tibe,aku start motor aku dan teros pecut ke putra..sampai jew..aku pelik,ni asal ramai budak-budak?tak per la..perjumpaan malam ni hancor!!tak macam dulu best..
Usop ade jumpe aku,die suruh aku pujok R..aku geleng,sebab tu kehendak die..bukan aku yang nak..aku sekadar setuju jew...ko kene paham usop..die nak jadi camni,aku ikot la..ni nak suroh aku pujok lak..malas la..

Balik je terus online,sebab nak kacau budak yang nak pekse esok..hahaha..tau kan sape..ade ke malam ni aku je yang kalah,salah&kene ngan die..bad night la...die marah aku,tapi bukan die marah(korang paham x?yang terlibat jew paham benda nih)...sekarang kul 12.1o malam...aku boring lagi..so,aku post awal malam ni boleh tido awal...sebelum tu aku baca artikel nih:

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.


Dah la..aku malas nak tulis panjang-panjang..hari ni hari boring aku..ape pon hidup still go on..salam semua..

Memori Hari Ini & Lalu..2

Sambung la post nih..ha!!ni sekolah aku untok darjah 1-6..
Banyak sangat orang aku kenal kat sini tapi rata-ratanya budak-budak kampong la..budak bandar??takde kot..
Kenal:hasif,hafizi,hawa,marham,adilah,kamarul,adib,zaid,fazila,sajidah,
syakor,fathi,amin,muaz,nazirul,syahir
n yg laen aku tak ingat..sori la..

Sekolah ni banyak sangat memori nakal aku..banyak sangat..aku citer 1 jew..
Alkisah,satu hari aku boring dalam kelas..then,aku bangon jew dari kerusi n teros amik kertas soklan pekse tgh taun yang dah aku tunjok kat mak aku..aku gempal-gempal jadi bola..ape lagi wat team la..kitorang tolak meja kat belakang kelas jadi luas..fuyyo,best tul time tu..tengah maen tibe-tibe aku rase aura membunuh datang dari belakang..bile paling jew..adoi!!telinga aku kene tarik ngan ustaz armizie(guru disiplin)..sekali semua geng aku kene "reman" ngan die..ktorang kene follow ke mana die pegi..even ke tandas..ape da..bg la kitorang blaja,pekse akhir taun nak dekat..kitorang nak duduk dalam kelas senyap-senyap,ulangkaji(padahal maen bola tadi)..tu jew kisah aku..nak tau lagi??adoi,korang ni banyak songeh la..tu kat bawah ade..

Ni kisah kawan aku zaid,keje die asyik cari harta karun jew..sekolah ni lantai papan..ade saje harta "lanun-lanun terdahulu" kat dasar lantai nih..keje zaid sebagai explorer harta 24 jam..dari pagi sampai petang asyik bertonggeng jew cari harta..(ko tak boring k zaid)..sebab apa aku kata tak boring?mana tak nyer..harta tu berupakan pensil kayu,pemadam,duit sen-sen...ape da..bile pikir balik..kita ni budak-budak wat je ape yang kite suka..tak pikir lak benda tu bgoz k bodo k...

Sekarang sekolah ni dah jadi cantik..selalu gak aku gi jenguk-jenguk..sebab banyak memori yang aku dapat n kawan-kawan aku yang mula ilang sorang demi sorang...ape pon ade lg 2 post memori..nanti la..salam semua..

Hilang Seorang Sahabat..

Hari ni pagi-pagi lagi dapat mesej..aku pelik la,kenapa pagi-pagi pukul 9 dah ada mesej masok..
Check-check,sahabat lama yang aku mesej tak nak balas hantar...aku pon mesej ngan die..
Aku tanya nape tak balas mesej aku selama ni?die jawab malas..ape da..
kitorang jadi panas tibe-tibe sebab ada salah paham,die kata tak payah contact die lagi pas-pas nih..
Woi..pelik la,knape jadi macam nih?die macam dah berubah..dan last sekali,die nak aku lost contact ngan die sekaligus putos sahabat..time tu aku berperasaan sedih+pelik...
Ape prob sebenar?aku pon pening..last-last aku setuju demi pelajaran die..maybe ni jaln hidup aku..orang yang aku kenal...seorang demi seorang ilang dari diari hidup aku...
Ape hal dah jadi ni?aku tension tul...

Pukul bape entah,aku gi joging...mle-mle nak gi umah usop tapi tak jadi(sorry..bapak aku ajak da..)...

Usrah ari ni,aku lak banyak bunyi..aku citer pasal pemuda kasturi...macam ni citernyer...

seorang lelaki telah bermimpi masuk ke syurga,dan menghidu sesuatu yang sangat wangi..di hadapannya ada seorang pemuda yang sangat putih kulitnya..lelaki tu bertanya"siapa saudara?mengapa begitu wangi tubuh saudara?".pemuda menjawab"aku lah yang digelar Misk(kasturi)..aku menjadi begini kerana lari dari zina".lelaki tu berkata"ceritakan ape yang dah terjadi wahai Misk.."

dalam satu negara,ada seorang gabenor..beliau mempunyai puteri yang sangat cute..satu hari ketika gabenor out-station,puteri ni duduk la bertenggek kat tepi tingkap(ni memang hobi die)..seorang pemuda yang menjual kain lintas dihadapan istana..dengan izin allah,hati puteri itu tertarik dengan pemuda itu lalu memanggil bibiknya.."bibik!!panggil pemuda yang menjual kain itu ke kamarku..katakan aku mahu beli kesemua kainnya"itu hanya umpan untuk memanggil pemuda itu..apabila pemuda itu mendapat tau berita itu..teros die pegi ke kamar tanpa pikir panjang..bila die masok je,pintu kamar dikunci dan dihadapannya terpampang puteri yang sangat comel..pemuda ini mempunyai iman,die mula melarikan diri bila puteri itu mendekati..bila lari punya lari,puteri itu berkata"marilah bermesra denganku"..pemuda itu tidak mahu dan die berdoa agar dilepaskan dari ujian zina itu..dengan izin allah,perut pemuda itu memulas dan lantas pemuda itu berkata"adoi!!perut aku sakit..bagi la aku buang dulu sebelum bermesra".."silakan..take your time"jawab puteri itu..pemuda itu pelik kerana sakit perotnya datang secara tiba-tiba dan najis yang dibuang terlalu banyak..sedangkan die hanya makan roti sahaja pagi hari itu..pemuda itu mendapat idea,lantas mengambil semua najis itu dan melumurkan pada setaip inci badannya..

Pemuda itu keluar dari bilik air dengan badan yang penoh dengan najis lantas berkata"puteri,katanya mahu bermesra?"..bila puteri tu tgok je,ilang selera..lamtas menjerit"ko kluar sekarang!!"..pintu terbuka dan pemuda itu larikan diri..

Sebagai balasan kesanggupan die lakukan ape saje asalkan dapat lari dari zina,allah jadi kan die pemuda kasturi di syurga kelak..baunya lebih wangi dari kasturi..masya'allah..


Malam ni aku on9 cambesa..ade orang dalam list "orang pemes aku tak pemes" YM aku on9 gak..saper??jeng..jeng..jeng..Nik Madihah..dia bagi aku semangat untuk belajar..hahaha..tanx banyak-banyak..ape yang aku ingat macam ni die cakap:"enta kena contoh pejuang yang setia disisi yakni ibu enta.."..insya'allah..lagipon aku kan pejuang,dah nama pon Mujahid..ape da..aku dah tanam azam,bila sudah abis belajar..bakti pada ibu n bapa ku...baru nak sambung ke tahap lagi tinggi..insya'allah..


Kengdian aku chat ngan ika..die kte diri die palsu??pelik..tapi pape ntah..die blom paham ape erti sahabat..any way,ika ko blom knl diri mu..hehehe..aku ingat nak smbg post memori..sekali sakit kepala..ape pon,tension tetap tension..R pergi ari ni..esok sape tau..wait n see..

Sabtu, 23 Mei 2009

Memori Hari Ini & Lalu..1




Kuang asam usop,semalam aku tido 1/2 jam je...nasib baik subuh steady...pastu aku tumbang sampai kul 11 (lamenyer)...aku jalan-jalan lepas makan sarapan..ke mana?mana-mana la...

Atas tu gambo tadika aku..kat sini aku mula belaja ABC dan 123...
Kat sini islamik sebab..sebab..sebab namanya PASTI..hehehe....

Aku ingat balik ape yang jadi masa aku kecik-kecik dulu...meh dengor citer...
Dulu aku gi tadika ni naik honda petak je..bapak aku hantar..pagi-pagi dah bangun...time tu aku duduk kg delek kiri..dekat rumah usop...aku kat tadika ni kelas pintu kuning dulu..(dalam gamb
ar ni bawah pokok kelapa)...
Kat tadika ni lah aku kenal macam-macam budak...
baik..nakal...cengeng..becok..hehehehe....
Aku ingat sikit je kawan tadika nih..eh,lupe lak..nama tempat ni ialah PASTI IKHWAN..
kengkawan aku:fathi,ilyasa',khalis,hasif,nazirul,sajidah...yang lain aku x ingat..

Memori aku x lupa kan ialah cuti tapi aku x cuti..satu hari tu,tadika ni cuti tapi aku budak-budak x paham apa yang surat cikgu bagi tulis..aku pon buat roket..then,bila hancur aku buang dalam tong sampah..
Tiba hari tu,aku ke sekolah..aku pelik aku sorang je kat sekolah..ayah dah blah pi keje..aku pon duduk kt tepi longkang tu bercangkung sampai tertido..sedar-sedar je ayah dah datang amik..
Baru ayah tahu hari tu tadika cuti..pergh,nyirap tol..aku sakit ati lak ngan diri sendiri...APE DA..

Hari ini,aku hanya lalu dan tengok je ape yang dah berubah kat tadika nih..yang berubah hanya cat dan lukisan mural...cikgu-cikgu pon dah tukar..ape-ape pon aku mesti ingat tempat ni dalam memori aku..sebab di sini titik jalan aku tercipta...

Tu je untuk posting bersiri aku..salam..up-to-date la klau nak tau lagi...

MLM Tapi Bukan Bisnes...

Warghh...dah kul 1.26 pagi,baru nak mula posting..
Hari ni aku serabut dengan problem kawan aku,dalam serabut-serabut tu...
Aku pon terpikir,asal lak aku jew yang serabut??orang laen?..jeng jeng jeng...aku dapat idea jahat n tak pernah orang pikir...MLM problem...hehehe..
Aku pun mesej kat 2 3 org kawan aku,biar diorang pon serabut mcm aku..hahaha..
Beban kat kepala aku makin kurang n kurang bile diorang sroh 2 3 orang kawan diorang pikir problem tu..(usop,ni ko la punca).
Amacam?bernas n genius x otak aku..korang semua patot cube....simple n effective...
try la...MLM problem..

Jumaat, 22 Mei 2009

Bestnye Hari Ni..

Pagi hari lagi aku bangun.Nak pegi kebun konon,sekali xde kunci pagar.Punya susah payah aku lompat depan budak-budak yang lepak belakang surau tu.Sekali lagi xde kunci stor.Pannnass jew aku pagi-pagi hari lagi dah peluh.Aku balik la lepas tunggu Uncle Zack xdtg-dtg.

Pagi sampai malam aku mengadap laptop.Putri ajar aku cara wat blog nih..hehehe..tanx bnyk2.Cian dia,ajar punya la susah(sebab ajar lalui YM je).Pas zohor aku pikir nak sambung PSM & C4 tapi tiba-tiba ada idea baru wat cerpen.Mencurah-curah lak tu.Pergh..siap gak akhirnya(DANI N DINA)korang bleh baca dalam ILuvIslam.

Aku belek-belek ILuvIslam dan jumpa sekali lagi ngan doa yang aku berkenan hari tu.Macam ni bunyinya:

“Ya Allah, andai dia adalah jodohku, andai dia adalah yng terbaik untukku, permudahkanlah urusan kami..Ya Allah..Lembutkanlah hatinya ntuk menerimaku,Ya Allah..Berilah sedikit ruang untukku dalam hatinya, Ya Allah.. Tapi, Ya Allah, andai keputusan yng dia buat selepas ni adalah dgn melepaskanku..Aku terima dengan redha..Sungguh ketentuanMu ada hikmahnya..Cumanya Ya Allah,kau tabahkanlah hatiku ini Ya Allah..N semoga Ya Allah..Aku bakal menerima kehadiran seseorang yng mencintaiMu..Ya Allah, aku merayu padaMu..Hadirkanlah seseorang yng boleh membimbingku ke jalanMu, yng boleh mendalamkan cintaku kepadaMu..Ya Allah,sungguh Ya Allah..Hati ini mencintaiMu..Hati ini merinduiMu..Janganlah kau kembalikan aku pada kegelapan lampauku Ya Allah..Berilah seseoarng yng boleh membuat aku lagi mengenaliMu, Ya Allah..Aku inginkan sebuah keluarga yng berteraskan kasih sayangMu..aku inginkan zuriat yng akan menegakkan kalimahMu di muka bumi ini Ya Allah..Ya Allah aku mahu cintaMu,aku mahu kasih sayangMu..Aku mahu menghidu jannahMu, aku mahu bersama2 orang yang dikasihiMu..Hati in ciptaanMu..Kau yng mendatangkan perasaan sayang ni Ya Allah..N mana mungkin aku tidak menyanyangiMu,sedangkan Engkau yng menciptakan seswatu yng ada padaku,sehingga perasaan sayang ini pun Engkau yng ilhamkan..Biarlah aku mengenal cinta manusiawi ni berteraskan cintaku padaMu..Layakkanlah aku untuk menerima seseoarng yng mencintaiMu Ya Allah..Layakkanlah aku..Berilah aku peluang..Aku hanya hamba yng lemah…Hanya padaMu kuminta,kurayu pertolongan..”

hehehe...bila malam aku on9 ngan ika la(kuang asam,nasib baik anti tegor time ana feel tadi)..budak sempoi tapi asyik sick je(sori ika ana ngumpat)...
Then,aku try la tanya kabar budak-budak YM.Pukul 10 ayah balik n ajak kuar makan..aku mula-mula malas,tapi boring gak asyik duduk depan laptop jew.Aku pon ikot la.
Balek je,aku teros update blog ni dan chatting ngan usop(kawan sekolah lame aku)sampai kul 2 pagi.
Sekarang mata dah ngantok...warghhh...so,korg baca la blek dari atas sampai bawah...ni my 1st post..hehehe..jmpe next post..

Try Lak Kat Blogspot..


Bermula nya kini aku nak try blogging kat blogspot lak.Asyik2 kat blog friendster jew..boring...so,kepada semua yang kenali diri yang hina ini.Try2 la comment supaya blog ni tros aktif.Ape2 hal bdak2 smua,doa aku dpt konsisten ngan blog nih smpai aku ke jordan.Salam semua.