Selasa, 26 Mei 2009

Penantian...

Dah dekat sebulan,si dia belom datang lagi rumah aku..punya lama tunggu,katanya 2 minggu je..ni dah lebih,naik boring aku dudok kat umah..maybe minggu ni kot..aku tetap tunggu kau..

Hari ni bangon awal la,pagi tadi tak dapat kejut sahabat qiam(sori la)..aku lak tak bangon sahor..hari ni 1 jamadilakhir..sunat pose..rugi tol..

Terus ke petang,aku duduk umah je..ade keje cikit..malam je pas maghrib aku n ayah gi surau kat flat seri perantau..kuliah ustaz fadhil yamani..hari ibu..best tul...abis 1 flat turun dengor kuliah die...

Dalam kul 10 baru aku on9,chat pasal budak baru yang bekas maahad,hashifi(naqi,ko kenal kan)..aku dah la tak suka mana budak tu..mood chatting aku turun slow-slow..ape da..

Then aku bukak ILI,aku baca la artikel ari nih..ni ade ckit aku copy:

Masyarakat kini miskin cinta. Cinta mereka hanya terbatas pada orang, kaum dan benda tertentu. Bila disebut pemuda, maka dia semestinya seorang yang akan mencintai gadis. Bila disebut orang kaya, dia perlu mencintai harta. Maka setiap haluan hidup di tujukan pada yang tercinta.

Bila kasih sayang 100% untuk kekasihnya, hartanya, dan jawatannya, orang lain tidak lagi penting dalam hidup. Cintailah semua orang, kerana cinta itu tidak terhad.. Bila saja berhadapan dengan orang yang dicintai, orang lain dilihatnya seperti batu dan tunggul. Bila diminta pertolongan, sedikit pun tidak diendahkan.

Namun untuk terjun ke lautan api bagi membuktikan cinta pada kekasihnya sanggup diredahi . Lalu bagaimana sikap tolong menolong, kasih mengasihi terhadap sadara-saudara yang lain dapat diamalkan jika segala perbuatan baik hanya untuk orang tertentu dan hanya di dasari oleh material semata-mata.

Kerana itu manusia kini miskin cinta. Cinta itu terhad untuk harta, jawatan, wanita, dan kaum kerabat. Kisah peperangan di Negara jiran tidak dihiraukan kerana; cinta hanya terhadap Negara sendiri dan semangat perkauman yang menebal.

Perompak berjaya melarikan beg tangan seorang mak cik dan kita melihat dari jauh kerana; itu bukan makcik kita atau wajah mak cik itu tidak seiras Siti Nurhaliza.

Ingatlah ketika jenazah kita disuatu hari nanti hendak dikebumikan. Siapa yang membantu. Saudara kita yang tidak pernah kita kasihi di dunia dahulu yang menurunkan kita ke liang lahad.

Dahulu kita sibuk menghabiskan masa dengan mengira nilai wang emas, sibuk dengan kekasih dari awal pagi hingga malam. Lalu, dimanakah benda yang kita cintai itu pada waktu ini. Pangkat yang kita cintai kini dijawat orang lain. Harta yang diusahakan siang dan malam kini menjadi warisan untuk anak-anak.

Ingatlah Allah tidak pernah membataskan sifat arRahmanya pada manusia tertentu. Nabi saw juga tidak datang hanya untuk sebuah kaum atau bangsa sahaja.

Maka bersahabatlah dan sebarkanlah silatarrahim kepada semua manusia. Jangan kerana cinta harta, pangkat, dan kekasih, kita tidak berpeluang untuk mencintai yang lainnya.


Kul 12.47 tepat,Nik Madihah muncul lagi..aku banyak lak tanya soklan..die kan bz..ape pon best la..aku tanya pasal prob aku..bleh la jawapan die..(hahaha)

Aku rasa macam tak sedap badan malam ni..so,sikit la aku post..ape pon dia tetap aku tunggu..salam..(telinga sakit lagi la..heheh..)

Tiada ulasan: