Khamis, 30 September 2010

Dr Sofa' Syraidah

Jam tepat pukul 10 pagi.Aku lepak kat depan dewan.Doctor tak masuk-masuk pun.AKu pun usha-usha la budak-budak arab.Tengok gelagat diorang.Kat corner bangunan tu,tetibe ade pulak arab pompuan muda jalan ke arah aku.Wow!!...ayu.Boleh la try-try takel kot.Haha..aku memang nakal cikit.

Time tu gak dewan aku ramai je serbu masuk.Macam la doc nak datang.Tak nampak pon kelibat doctor.Pompuan arab yang ayu tu masuk kelas aku gak.Pergh...ade can nak tau nama n boleh la study ngan die.Aku pon ikot la barisan budak-budak arab tu.Masuk je dalam kelas.Aku dengar suara kocik yang mula ngajor.Ah,suda...Dr Sofa' Syraidah ganti doc aku rupenye.

Dan lagi sadis n wat aku malu gile....pompuan arab yang aku usha tadi tu la Dr Sofa'!!!!!!!!!!!!!

Hahaha...nak takel doc sendiri pulak.Dah la doc tu terer nahu.Aku nak takel kena la power nahu dulu.Ape da...aku lepak la barisan belakang sekali.Time die ngajor-ngajor,aku tengok budak melayu pompuan duduk kat barisan no 2 dari depan.La......semua senget-senget kepala.Dia tengok whiteboard dari celah badan budak arab.Mana la taknye,pelajar melayu pompuan kan kocik n rendah.Arab yang dok barisan 1st tinggi-tinggi.Kesian................

Ni la hakikat pelajar uni yarmouk...haha

Isnin, 27 September 2010

Dr Mukhaiymar Solleh

Dr Mukhaiymar Solleh duduk di meja pengajar di dalam dewan itu.Semua pasang mata di dalam dewan tekun melihat wajahnya.Serabut.Dia membaca senarai nama dari no 1 hingga ke no 100.Dewan tetap sunyi sepi.

Dia menadah tangan dan mula melaungkan doa "Allahhumma 3allamtana,wanfa'na bi ilmuk..".Dia berhenti berdoa.Jelingan tajam dia tepat menuju ke arah seorang pelajar lelaki yang sedang menguap."Kenapa ko menguap??aku berdoa supaya muahdharoh kita jadi majlis dipayungi malaikat.Ko pulak boleh menguap,tu tanda syaitan ada dalam muhadharoh kita.Lain kali ko menguap je,ko keluar!!" tengking Dr Mukhaiymar.

Bapak la,menguap pon kena marah..bukan boleh control menguap time bile...

Ahad, 26 September 2010

waspada

pandang kanan,MELAYU
pandang kiri,MELAYU
pandang depan,MELAYU
pandang belakang,MELAYU

Pasni tak boleh dah dating ngan aweks arab

Khamis, 23 September 2010

kenakan junior..kesian



Jom layan citer aku kenakan junior.Baru lu tau sape senior kat sini.Jangan memandai wat pandai kat tempat orang.Kan dah kena ngan aku.

Panduan cerita :
coster = bas mini kecik yang jenjalan 1 trip macam rapidKL
*coster sini ada 2 warna,(hijau+putih) dan coklat

Semalam,gua teman kawan rumah gua yang jadi mentor kepada budak-budak junior yang baru sampai minggu lepas.Gua yang sambut junior-junior ni time kat airport.Bila gua sambut,kompem diorang rapat ngan gua n main mesra lagi ngan gua.Gua tak kisah,gua no prob.Jangan sampai kepala gua letak bwah kasut Vans korang suda la.Tu gua takleh.

Kitorang senior nak kenalkan junior dengan balad (kawasan pasar irbid).Nak bawak diorang beli barang rumah yang asas la.Macam periuk,sudip,tempat letak gula n kuali.Nak pergi balad tu kena la naik coster sebab murah.Haha...berkumpul la depan masjid Jamiah petang tu.Aku ingat lagi,jam tu baru kul 2 petang.Pas solat zohor.

Tengah kumpol-kumpol,aku pon sembang la cikit."Yang kite nak tahan macam van ni,nama nye coster.Penganggkutan kat sini,murah je tambang nye" settle je aku cakap pasla benda ni.Aku tahan la 1 coster uhijau+putih.Settle,coster penuh.selamba je lepasi aku.Budak-budak bantai gelak lak kat aku.Takpe,gua sabar je.Tahan la 1 lagi coster warna coklat pulak.Tak berhenti gak.Bertambah gelak la budak-budak ni.Gua tension dalam 1 minit.Kawan gua dh ajak amik teksi.Gua nak naik coster gak.Takkan junior hari 1st dah naik teksi,kaya betul.

"Diorang tak nak benti sebab ko yang tahan" ada junior sorang tu bersuara.Hai....dah main kasar,kang xpepasal gua sumbat topi NY gua yang beli ngan Pak Wan Najib tu dalam mulut budak tu."Fine la,lu lak tahan!!" sambil aku tunjuk kat 1 van yang menuju ke arah kitorang.Sekali budak tu tahan.Time ni memang setan la gua.Gua suke tengok muke pemandu van tu.Dia wat mata terbeliak dan garu kepala.

"ADA KE TAHAN VAN TADIKA!!HAHAHA" time tu gua separuh jerit.Van warna oren die tahan.Budak-budak kecik melopong tepi tingkap tengok junior yang tahan tu.Memang gua saja nak kenakan die.Pergh...merah padam muke die.Memang time die tahan van tu muka bangga je.Macam pakcik tu nak berhenti lak.Mustahil gile la bagi orang awam naik van tadika.Hahaha...memang time tu semua yang ade gelakkan die je.Gua dah jadi setan time tu.Gelak cam hampeh je.

Last-last,diorang naik teksi.Gua tungu koster.Dalam koster gua bantai gelak sorang-sorang.

*cidak.style tak gua kenakan junior??
*kepada senior irbid,boleh la gunakan idea ni untuk kenakan junior yang berlagak.Suruh tahan kereta belajar memandu yang amcam teksi tu.
*lain kali nak record gune kamera lak...haha

Rabu, 22 September 2010

pesan senior kepada junior



Wa....panas nye semester ni bermula.Dah 2 hari pintu universiti terbukak dan wajah-wajah arab baru muncul.Aku pi uni pon takde semangat bile kawan-kawan satu geng takde.

Wat post gambar salji agar salji turun kat Syari' Jamiah.Senior ade pesan yang salji turun bile budak-budak baru semua baik-baik.Tengok tahun lepas,tak turun....maksudnye??

Tahun ni junior ramai,tak kenal pun nama.Panggil hoi2 je mudah.Harap lelame kenal la.Jangan dok umah main dalam bilik depan laptop je.Memalam tu jenjalan la pi simsimah ke,abu mahmud ke..jumpe je senior belanje la syawarma.Baru la nama korang senior ingat.

Kalau umur korang besar mana pun,jangan lupe korang tu budak baru...kang xpepasal ade gak yang sound korang direct...aku bagi nasihat je..hidup kena hormat-hormat,jangan main rembat je..korang tu dah la ramai

*tips tu aku kongsi,sebab aku dah lalui...wokei??
*gua tunggu nama budak-budak dari Cidak...boleh die wat lelambat..marah ana
*rindu gile ngan budak-budak dalam gambor tuh

Isnin, 20 September 2010

ku sarung di jari manisku



Kini..aku dah berpunya..sape-sape yang penah tengok jari manis aku.Dulu togel.Tiada apa-apa.Kini,dah bersarung 1 cincin stainless steel yang aku berkenan kat kedai cenderamata Balas Amman sabtu lepas.

Biar harga hanya # JD,tapi aku tetap menghargai cincin ini.1 sarungan 1 senyuman.Sampai sekarang hati berbunga dengan cincin ni.Semakin hari,semakin hampir hari itu tiba.Tinggal aku je belum sedia lagi.Haha..

*cam sengal je post kali ni,rasa nya lumpur laut mati masuk dalam otak aku kot tadi
*mandi laut mati kul 10 malam di malam ke 2 hari sekolah
*tobat dah,pasni taknak pi lagi laut mati...angker

Sabtu, 18 September 2010

jangan kenyit mata



Semalam gua pi amik budak-budak JAIS yang baru je sampai.5 orang je lelaki yang sejantina ngan aku.Panas aku camni...padahal memalam musim luruh ni sejuk je.

Ada ramai la akhrowat yang datang ke Irbid.Nak wat kan cter lagi hot,time aku tolak trolley barang-barang akhrowat tu ada seorang akhrowat tergamam.Haha....mentang-mentang gua pakai sweater hitam adidas n topi NY putih,akhrowat tu boleh kenyit mata ngan gua.Hahaha...

*gua rasa dia bernazar dari malaysia,kalau sampai airport jordan dia nak kenyit mata ngan pak arab...sekali ngan senior melayu da..

Rabu, 15 September 2010

blog awek gua



Alhamdulillah...setelah 2 3 kali aku berfikir nak wat post ni,baru terlaksana.Bukan ape,nak wat post pasal benda ni kena ada keberanian dan kekentalan.Haha...

Aku just nak link kan blog awek aku.Dah lama dah kitorang berhubung.Sejak aku pijak tanah jordan ni,aku mula la kenal-kenal ngan dia.Ok la sifat-sifatnya..kemas dan berkarisma.

Malas nak cakap banyak...klik sini untuk usha blog awek gua..memang syok la post dia...lgi syok dari syok.org...ok,gua kena gerak wat jadual pegawai JAIS

p/s : Cidak,gua nak link blog awek lu...exchange-link la ngan gua..wokei?

Selasa, 14 September 2010

pas ni gua pulak



"selamat pengantin baru...selamat berbahgia...dun dun dun.." lagu yang aku dengar selalu kat laptop Dell aku ni.Time tu sebelum ramdhan menjelma,tempoh kat malaysia yang sellau orang wat kenduri kawen.Tu cter 2 bulan lepas....


Tanggal 12hb September 2010 / 3 Syawal 1431,telah diijabkabulkan Firdaus Bin Kinawan & Aniss Athirah Bte Tarmizi.2 orang ni orang yang aku kenal suam-suam camtu je.Cuma boleh kire ramah gak la aku ni.Hoho...

Lelaki dari JUST.Perempuan dari YU.2 orang ni grad same-same taun depan.Majlis akad nikah kul 5 lebih pas asar kat dewan bawah tanah masjid taal.Ada imam seorang dan ustaz Zaid bagi khutbah.Majlis simple je.Tapi penuh makna.Gua teringat pesan ustaz Zaid dalam khutbah tu "tujuan bernikah dan berkahwin bukan semata kerana menjaga nafsu...tapi,ada hikmah untuk masyarakat islam.Menjalinkan 2 pihak seagama dan meramaikan ummat islam itu sendiri"


Saje je wat post ni sebagai tanda nak ucap SELAMAT PENGANTIN BARU kepada senior 1 mantiqah dan senior 1 kos (lughah)....

"ko bile nak menyusul??" ade suara merdu bertanya soklan kat aku time aku lari bile diorang sarung cincin.

*kalau gua kawen,takleh la gua pi jenjalan malam kul 2-3 pagi
*kalau gua kawen,rasa nye tak leh la gua wat kueh raya lembik-lembik
*kalau gua kawen,muke gua manis je...payah nak carik muka tension..hoho
*kalau gua kawen,ade yang rasa jeles ngan gua...sebb main langkah-langkah bendul
*kalau gua kawen,gua kena balek malaysia....ni yang LEMAH

p/s : gua terlepas 10 ramadhan aritu...ade benda bai aritu...nyesal-nyesal

Khamis, 9 September 2010

jumaat la...



"I am sorry" tu yang aku mampu lafaz sempena raya...

Aku minta maaf kepada semua orang yang aku bagitau Jordan raya hari KHAMIS..Hahaha...

Aku dah bagitau ramai dah kawan-kawan aku yang jordan raya khamis.Time tu malaysia dah kompem raya jumaat.Lepas je usha berita dari pakcik google yang Saudi raya jumaat cam Malaysia,aku dah tersenyum.

Roll bawah sikit je....MESIR raya jumaat.Tidak!!!!kompem la Jordan pon jumaat.Aku dah bagitau dah orang ramai.Haha...dengan itu..ni post mohon maaf kepada public.Tadi tarawih last yang best....hehe...

Esok bakal bertakbir untuk menghabiskan ramadhan...moga bertemu dengan ramadhan tahun hadapan

*to cidak : ko la orang pertama aku bagitau jordan raya khamis..hoho
*to my family n talibantz : esok kite takbir sesame ye...cme korang awal 5 jam..hehe

Rabu, 8 September 2010

syawal menjelma hari berduka



"121..122..123" ha...siap pun kira.

123 biji kuih choc chips dah aku buat semalam.Penat la wat kuih ni.Dari kul 10-2 pagi.Memang tak berbaloi,nak jaga api la.Guna dah la oven gas..hahaha

Raya ni camne tak tau la.Orang tak ramai je irbid ni.Boleh bilang ngan jari je.Kuih raya lak baru wat 2 jenis.2 jenis ni gak la tak jadi kuih.Hahaha...

kuih 1st : biskut gula moja (mula-mula nak wat choc chips,tapi  gula terlbih 3 CAWAN)

kuih 2nd : choc chips lembik (ni sebab ada orang kembangkan butter secara manual...mixer baru guna 2 kali dah rosak..barang eletrik jordan memang la..FAILED)

Aku memohon maaf kepada semua yang kenal aku...Selamat hari raya!!!

aku boleh pulak selsema+pening+batuk=demam 2 hari sebelum raya...raya kang tak tau la camne

*Jordan raya hari khamis...Malaysia??

Sabtu, 4 September 2010

warkah buat family


No.8,Lot 3510,
Kampung Delek Kanan,
41250 Klang,
Selangor Darul Ehsan                                                                                    

Buat kali kedua aku menulis surat kepada keluarga terchenta ku di tanah air.Sudah genap 365 hari aku berada jauh..jauh..n jauh dari pangkuan kedua ibu bapaku.Aku mengimbas detik-detik perjalanan aku dari pintu rumah aku hingga aku melihat lapangan terbang KLIA mengecil di mata ku.Namun,itu hanya memori yang tersimpan di dalam otak aku yang dimamah masa dihikis penyakit lupa.Semuanya macam magic,aku berada di Jordan.Bumi yang diduduki bangsa yang tak pernah aku mimpi untuk hidup bersama mereka di negara mereka.Setahun sudah berlalu,aku sudah melihat pelbagai perangai bangsa arab itu sendiri.Ada yang positif,ada yang negetif.Setahun aku bersama teman-teman satu tajaan.Mereka telan apa yang aku masak dan aku telan apa yang mereka masak.Daripada sardine hinggalah ke chicken chop.Bukan aku memilih dalam makanan,tapi air tangan ibu tiada siapa mampu mengantikan.Duduk makan bersama keluarga,tiada siapa mampu ganti.Biar aku punyai bilik persendirian,tak perlu kongsi bersama abang aku.Tapi,terasa sunyi duduk keseorangan tanpa teman.Takde lah perlu bising bila bilik seperti tongkang pecah.Takde siapa nak tegur.Semua tu hak individu.Namun,ku tetap sunyi dan sepi…..

Buat Ummi,
Masakan di Jordan tak la sedap mana.Tapi boleh la layan dan buat badan aku naik.Air tangan seorang ibu itu,berbeza dengan air tangan chef-chef handalan dunia.Kerana kau masak dari hati yang ikhlas mengalir lembut menuju ke hujung jari dan diserap makanan itu.Semakin melihat resepi makanan melayu,semakin teringat ummi yang sedang menunbuk cili di dapur,memblender bawang,menumis bahan.Selalu sahaja kau berleter bila aku tangguh membeli barang di kedai.Haha..sampai sekarang perangai aku tak berubah.Mamak kedai tu selalu sahaja lihat aku dengan muka masam membeli barang di kedainya.Kini,mamak itu tidak lagi melihat diri aku ini.Pasar-pasar yang aku pernah jejak itu pasti berubah.Berubah tanpa aku melihat dan terus berubah.Dapur,tempat yang aku selalu jugak pergi itu mesti merindui aku.Menunggu aku memasak nasi goreng di awal pagi. “Payah la bila anak pandai masak” ayat ni aku sentiasa ingat bila aku memegang sudip.Daripada aku tak tahu barang dapur,hingga aku tahu dan reti kegunaannya.Resepi-resepi ummi masih belum aku terokai.Namun,hatiku senang melihat kau berbakti kepada family. “Memasak sampai tahap kau suka melihat orang makan makanan yang kau masak” ni ayat aku.Ayat yang menjadi prinsip ketika memasak.Buat terbaik,hasil cemerlang membuat jiwang tenang.Ini semua untuk ummi.

Buat Ayah,
Biar aku tak rapat sangat dengan diri mu,aku tetap mahu tulis rindu ku pada warkah ini.Aku rindu dengan jelingan mu ketika menegur aku membuat silap,ketika aku melakukan kesalahan.Segala arahan mu aku patuh.Namun,manusia ada silapnya.Memang kau jarang sekali tegur diri aku secara terus,melalui ummi kau tegur aku.Seperti aku selalu tidur selepas subuh.Kegiatan itu sudah jarang aku lakukan dan terasa berbeza sekali bila kegiatan itu tidak aku lakukan.Kau pernah marah aku bila aku lakukan kedegilan melampau.Aku ingat lagi peristiwa itu.Tidak perlu aku coret di warkah kegembiraan ini.Semakin hari,semakin aku merindui ketegasan mu itu.Moga kau dalam sejahtera selalu.Kini,aku merasai keperitan dalam belajar.Mencari bekal yang memberi kita kejayaan di hari muka.Ayah,aku sayang pada mu.

Buat Family,
Mungkin ini lah masa aku menjawab persoalan yang ditanya pada diri ini. “Kenapa tak balik raya?” .Ayah dan Ummi tak tanya soalan ini pada diri aku.Tapi,orang lain yang tanya.Haha..biar aku jawab .Aku tak terasa balik ke Malaysia itu satu kewajiban kepada diri aku dan family.Sebab,ibu dan ayah aku mahu aku duduk di sini dan merasai kehidupan di sini.Bukan aku pulang dan berpisah dengan berat hati.Biar aku merasai perasaan berat hati itu ketika aku di KLIA pada tahun lepas sahaja.Mungkin raya tanpa family di sisi sesuatu yang tak best.Memang,memang aku mengaku tak best.Cuma inilah satu cabaran dan dugaan yang perlu aku lalui.Mencari mutiara di lautan dalam yang gelap gelita,ditemani penjaga mutiara.Aku menunggu mutiara itu berkilau.Akan aku menunggu saat itu tiba.2013..mungkin tahun ini aku pulang ke Malaysia.Akumemohon kepada family aku untuk membenarkan tarikh ini aku pulang ke Malaysia.Agar aku pulang dengan mutiara yang berkilau.Insya’Allah.

Sekian sahaja warkah sempena raya aku buat family.



(MUJAHID AZMI)

Bayt Isyraq,
0403 am
04/09/10