Isnin, 28 Februari 2011

PP Man the series

PP MAN THE SERIES (2011)
5 minutes - tutorial video
27 february 2011





Preview


Pihak JKK Perhubungan & Penempatan (PP) berjaya mengeluarkan seorang ikon dan wira dalam membantu ahli-ahli PERMAI yang punyai masalah teknikal.Kebiasaanya akhwat yang punyai masalah energy kurang  dalam membuat kerja berat dan leceh dan campur dengan tak tahu nak pasang/guna barangan pertukangan la yang selalu call PP dalam membantu diorang.Kali ini,PP menghasilkan PP Man untuk mengadakan tutorial agar akhwat pandai dan reti.Andai ada yang memanggil PP lagi,itu kira kes gediks...haha


OST PP Man trailer

Dia bukan pahlawan
Dia bukan punyai kuasa
Dia bukan superman

Dia manusia biasa
Dia punyai senjata
Dia sekadar membantu

Dia lah PP Man


Directed by

Abu Mahmud

Starring by

The Siva- Helmysudin
PP Man- *** (dirahsiakan agar tidak dipukul ramai-ramai sebab nak jadi hot)
PP Finger- Justin Bie.ber

Opening Weekend
$25,356,909 (USA)  (2,994 Screens)
£2,945,627 (UK)  (462 Screens)
HRK 166,216 (Croatia)  (8 Screens)
€204,682 (Greece)  (83 Screens)
HUF 19,338,223 (Hungary)  (45 Screens)
LBP 15,451,294 (Lebanon)  (4 Screens)
NZD 130,059 (New Zealand)  (56 Screens)
ROL 184,447 (Romania)  (16 Screens)
€25,006 (Slovakia)  (21 Screens)

Video


Details

Country: 

Jordan

Language:
Bahasa Melayu (loghat banting)

Release Date: 

27February 2011 (JOR) 

Also Known As: 

PP Men joy ise ar (spain)


Moja's comment

Aku takde apa nak post,hanya mahu cakap :

"Tahniah,1st video tutorial PERMAI berjaya di'publish'kan.Idea yang mantap dan lakonan terbaik dari saudara lemakpadat."

Aku harap korang klik blog dia agar tahu apa dia tulis pasal video ni.

korang nak tahu pasal video trailer PP Man? klik sini

komen aku :

1. payah betul tutorial
2. ada unsur kempen jadi calon pilihanraya di situ
3. kalau masuk akhwat dalam video...tak leh ke?
4. akhwat mesti cakap,wa......tomeynye PP Finger

Ahad, 27 Februari 2011

mat,pagar dan musang betina

Mat usha pagar rumah Cik Limah Janda yang berkarat itu.Selalu je nampak anjing kencing kat area pintu pagar tu.Dah jadi port tetap.

Hari ni Mat kena balik sekolah awal,mak minah dah membebel semalam sebab ayam peliharaan diorang banyak dah kena ngap dengan musang betina.Biasa la,musim mengawan hujung tahun ni memang waktu haiwan liar mengawan.

Mat terpacak depan rumahnya tepat jam 5 petang.Hari Mat berazam pagar kukuh-kukuh agar tak rosak pagar tu.Besi pagar tu Mat beli kat hardware Acoi yang satu-satunya kedai jual barangan pembinaan di kampung itu.

Jam 7.30 petang,azan maghrib berkumandang.Mat senyum puas dan gembira.Pagar dah settle,cuma Mat risau satu jer...takut kena langgar dengan kereta abang dia.ye la..Budin abang Mat tu baru dapat lesen keta.Reverse keta pun terkial-kial lagi.Minggu lepas langgar pokok kelapa.Haha..

Mat campak cangkul ke bawah pokok mempelam,dan naik ke atas rumah.Perlu bersiap ke kelas ngaji.



PANDUAN


Rumah = hati aku
Mat = aku la
Pagar = حسبنا الله ونعم الوكيل
Kelas ngaji = kejayaan yang aku inginkan




p/s : pagar hati dengan zikrullah

Jumaat, 25 Februari 2011

Mat,Burung dan Apple



"Petikkan 4 5 biji je tau" pesan Mak Minah kepada Mat.

"Ye la..." balas Mat sambil turun ke tanah.Dengan selipar jepung biru gelapnya.Mana mampu dia pakai Crocs cam budak-budak kampung seberang.Keluarga dia kais petang,makan petang..malam tak boleh kais-kais,tak nampak.

Hari ni lepas je balik dari sungai ngail ikan keli tadi,Mak Minah mengarahkan Mat masuk ke kebun memetik buah apple untuk santapan petang nanti.Nak ke kebun tu perlu melalui hutan belakang rumahnya,baru la sampai ke kebun apple warisan atuknya.Hutan itu dipenuhi haiwan berbisa dan botol-botol kaca.Sungguh berbahaya.


Budak kampungkan,pantang disuruh laju je dibuatnya.Mat melangkah laju.Dah lama dia tak masuk ke hutan sejak bapanya berhenti menjadi pemburu.Kini,bapanya bekerja sebagai nelayan.Ada subsidi minyak,subsidi bot pun kengkadang dapat daripada ADUN.

Biasa la,bila musim ikan banyak bapanya keluar pagi,balik malam.Hari ni pun sama.

******

Mat menolak pintu pagar kayu kebun lama itu."wa..banyak jugak apple kebun ni,merah-merah semuanya" kata Mat seorang diri.

Kini,dia berdiri di depan pokok apple yang penuh dengan buah.Di dahan apple itu terdapat burung-burung yang sedang bertenggek sambil makan buah-buah apple di pokok itu.Bawah pokok itu terdapat rumah-rumah madu lebah yang penuh dengan madu sehingga menitik-nitik jatuh ke tanah.Buah apple merah-merah menandakan sudah masak ranum buah-buah apple itu.

Mat tertarik dengan seekor burung yang sedang mematuk makan sebiji apple.Pada apple itu terukir seperti tulisan-tulisan arab hasil patukan burung itu.Mat duduk dan bersiul untuk memikat burung itu.Kadangkala,burung itu menjeling pada Mat.Tapi,sambung semula mematuk makan apple selepas seketika.
Kadangkala,Mat makan apple yang jatuh di tanah dan merasai kemanisanya dan lupa pada burung itu.Kadangkala juga,Mat menjilat jarinya setelah dicelup ke dalam rumah madu dan merasaia kemanisannya dan lupa juga pada burung itu.

Selepas seketika,Mat try lagi memikat burung itu sehingga matahari senja ingin melabuhkan tirainya.Dan Mat lupa pada tujuan asalnya ke kebun.


PANDUAN

Mak = mak aku
Mat = ok,tu aku
Hutan = perjalanan aku sebelum ke Jordan
Kebun =  Jordan
Apple = ilmu-ilmu di Jordan
Madu = majlis zikir dan selawat


Khamis, 24 Februari 2011

mai usha nama bakal anak



Anak Pertama : Zine El Abidine Ben Ali
Anak Kedua : Hosni Mubarak
 Anak Ketiga : Muammar al-Gaddafi
Anak Keempat : Ali Abdullah Saleh
Anak Kelima : Khalifa ibn Salman Al_Khalifa


* ok,tiffu je ni..ni bukan nama bakal anak-anak aku *

p/s : anak pertama aku bakal bernama "muslim"...amacam?

Rabu, 23 Februari 2011

full pack


Esok meeting AMM BKASJ
Luse meeting muhasabah Maulid PERMAI
Jumaat majlis zikr dan mula kelas syeikh ismail
Sabtu majlis selawat di masjid syeikh nouh
Ahad kelas balaghah ustaz syukri ali
Isnin settlekan video KARISMA
Selasa kelas syeikh faleh di masjid jamiah




AKU BENCI MEETING BERDERET

Selasa, 22 Februari 2011

oh tidak

 
Aku baru sedar
Aku salah tarikh
24 rabi'ul awwal
Bukan besday hijri aku
4 rabi'ul awwal
Baru besday hijri aku
Semuanya hancur
Kerna hari ini
18 rabi'ul awwal
Sebab tu aku rasa lain macam
Sebab dah 2 minggu berlalu

*sanah helwah nafsi*






20 tahun disambut lambat 2 minggu dengan hati yang kecai (kecewa)
seperti gambar kek yang di'cilok' dari paman google ni

Isnin, 21 Februari 2011

oral punya cter

Kalau sebut kalimah ORAL,mesti benda kaitan dengan mulut dan seisinya.Kalau dulu sekolah rendah cina n tamil mesti ada sebut.


"Okey guys,esok kita akan adakan oral exam" kata miss Cheung dan Rita.

Kalau sekolah melayu pulak yang islamik...

"Esok kita akan adakan imtihan shafawi" kata ustazah Shafiqah.

Shafawi ke,Oral ke..benda yang sama.Cuma bahasa yang lain.Kalau dulu sekolah kampung,mesti mak-mak dah kejut bangun awal pagi baca buku.

"Din..bangun Din..siang karang kamu lisan kan..bangun!!" jerit mak Limah.

Tengok.Macam-macam istilah digunakan semata-mata nak tunjuk 1 maksud.


English = oral (mulut dan seisinya) 

Arab = shafawi (bibir @ mulut)

Melayu = lisan (lidah)


Aku sebenarnya nak citer pasal tongsil tonsil.Kawan rumah aku kena jangkitan virus yang kuat.(ye..ye..je).Baru tahap satu nak masuk tahap 2.Boleh tengok bengkak tonsil tu bai.Sampai terhakis-hakis kulit tonsil sampai nampak lapisan putih dalam.


Pergh!!! (kagum).
Jangan jadi camni,tahap super saiya ke 5



Sumpah sebijik cam kulit awek dalam filem SAW 7 3D bila mana kena panggang hidup-hidup tu.Kejam betul...




Kalau korang nak tahu,setiap manusia ada tonsil (macam appendix),cuma besar ke kecik je problemnye.Tonsil ni ada gunanya dengan merembes   armada antibiotox antibiotic yang melawan kuman.(sejak layan cter medic,gua dah pandai main istilah).

Tapi tu untuk budak kecik la,andai korang dah besar.Korang dah ada supplement antiobiotc dari luar yang lagi hebat (kot).Tapi,janji beli dari negara yang korang yakini (ubat jordan aku ragu-ragu sikit).

Ingat!! jangan bercakap dengan orang,lebih-lebih lagi yang berdarah manis bila kamu kena tonsil ni.Sebab suara kamu akan menjadi seksi walaupun kamu terseksa.

p/s : jom pi hospital,nak tengok doktor bedah tonsil...keh3

sumber pasal tonsil :


laman web omputih 1
paman wiki

32 batang

Tugas mereka hanya menjaga 32 batang gigi
Tugas mereka hanya memeriksa 32 batang gigi
Tugas mereka hanya mencantikkan 32 batang gigi

Tapi,ni la yang payah.32 batang ni la yang selalu diorang jenguk dan selalu ada aje masalah.



Hari ni aku pi buat main-check-gigi kat klinik gigi.Ni la yang special dok jordan kawasan yang mana ada budak dentist n medic melayu sekali.Takde rugi,ada untung.Hehe..

Free je check gigi,tampal-tampal dan braces (kena check balik,free ke?).Kitorang buat free je,kalau kat malaysia kompem berbayor je.Duit melayang beb,kat sini hati melayang..kah3

Aku baru tau yang doktor-doktor ni kena ada 1 skil,nama dia "senyum-pedaya-pesakit".Agak kuajja la ini punya skil,diorang senyum macam benda diorang buat tu tak sakit.padahal,Ya Ampunn...sakit teramat.

Hari ni,dalam sejarah hidup aku.SCALING (eja betol ke ni?).Kalau istilah orang kampung,"cuci gigi kat klinik".Tapi kali ni lagi mencabar,memang guna tool zaman dulu la,guna batang-batang congkil gigi tu.Memang sakit la...lagi-lagi arab buat.Adehhh



Aku kena check dengan melayu,senior sini la.Best gile diorang sembang pasal gigi aku.Pastu ada kutuk-kutuk sikit.Yang paling best,batang besi tersekat kat gigi aku,pastu senior tu biarkan terpacak.Diorang gelak.aku pun gelak...Hahaha!!!

Happy je buat keje,tapi kemas dan teliti...abis semua plak bahagian kanan aku diorang settle kan.Biar aku gosok 2 kali sehari,tapi teknik menggosok tu salah.memang padan muka sakit aku bila doktor arab tu congkil dalam gile tu.

Budak batch aku ramai dentist,pasni kalau anak aku nak cuci gigi aku calling je diorang.Ada seorang yang aku kompem nak ketuk klinik dia.Nama dia Sardees...harap korang tak kenal.

* Gigi...oh gigi *

ok,nak tido...gosok gigi dulu,dan coklat dah tak boleh makan dah

p/s : pompuan yang jadi denstist ni memang muka manis yek??

Ahad, 20 Februari 2011

unibersiti

Wow...andai semalam terkejut dengan masuk tv,sekarang terkejut dengan library unibersiti yang melonjak kaw-kaw ranking dunia dan terus kekal

1. Harvard University





2. California  Institute of Technology





 3. Massachusetts Institute of technology



4. Stanford University


5. Princeton University





6. University of Cambridge





7. University of Oxford




Ni semua yang 6 teratas ranking dunia punye library...memang hebat!!!!!!!!!!!!!!!




Next post aku cter pulak,mana universiti islam dan mana pulak universiti asia yang aku cintai...salam maulidurrasul !!

Sabtu, 19 Februari 2011

I masuk Tv tau

"Di malaysia,aku tak pernah masuk sekali pun dalam TV"

Wow..kali kedua aku masuk TV orang arab.Alhamdulillah,aku masuk dengan majlis ilmu dan pertemua ulama'.Bukan masuk sebab ada konsert ataupun gig arab yang membingitkan telinga.Mesti ada saham pahala untuk mak ayah aku.

Petang tadi,aku dengan beberapa kawan yang sekepala melarikan diri dari program sukan persatuan yang aku tak join.Keh3.

Kitorang lari ke amman untuk hadiri majlis sambutan maulidurrasul.Yup,kali ni memang meriah.Buat dalam studio TV.Macam seri pentas aku tengok dalam tu.Lawa betul...

ada nasyid..lakonan...ceramah...syair madih pujian nabi...

Ni kali kedua aku masuk Tv Orang arab.

1st time masa Habib Omar dari yaman datang.masuk Tv yaman.
(gambar aku masuk web habib omar gak!!)


klik sini

2nd time aku masuk yang hari ni.Nama tv tu....TV RAMA...

klik sini






Aku nak masuk Tv Soufiah pulak..amiiin

Khamis, 17 Februari 2011

hadiah maulidurrasul korang?

Salam Maulidurrasul (12 rabi'ul awwal)

Hari ini,setiap insan diberikan hadiah yang istimewa,dan menjadi ummat "muhammad bin abdullah" hadiah yang teristimewa

-ada yang menang pertandingan menulis sajak dan dapat hadiah buku motivasi arab,even suka tengok kulit yang cantik tapi isi malas nak baca

-ada yang mendekelamasi sajak (aku tak reti eja) atas pentas depan ratusan orang semata-mata untuk membuatkan pendengar bertambah sayang dengan Rasulullah

-ada yang pergi jaulah penat-penat,balik tolong kawan buat program dan tidur dengan badan yang penat,tapi senyum terukir sebelum tidur

-ada yang buat besday party sempena besday dia tepat 12 rabi'ul awwal,buat special la...sebab 1 batch sambut besday dia sorang dan dapat makan kek coklat kecik-kecik yang tomey-tomey (sori..aku nak muntah)

-ada yang dapat pujian sebab buat video dengan cemerlang sambil menjadi pelakon yang hebat walaupun baru 1st video dia berlakon

-ada yang baru tahu dia boleh tulis sajak in english even panjang 2 3 muka surat

-ada yang tulis sajak tapi tak boleh masuk sebab dia ajk (padan muka)

-ada yang baru bertemu dengan teman hidupnya pada hari ini,even dulu dia nak tembak-tembak je muka mamat tu

-ada yang baru terasa redha dengan pemergian kekasih yang lari mengejar mamat lain yang agak dia benci

-ada yang berasa gembira sehingga senyum-takat-telinga semata-mata sebab orang yang dia admire selama ni call

-ada yang mendapat anak yang lahir pada hari penuh barokah ini dan air mata kegembiraan bergenang di kelopak mata

-ada yang baru 1st time guna weinak (kad prepaid call oversea) call mak dia,selama ni guna webcam Ym n Skype je

-ada yang senyum sebab kawan-kawan dia dalam keadaan gembira

-ada yang baru kenal apa itu ukhuwwah pada hari ini

-ada yang gembira sebab team bola dia selama ni kalah memanjang dah mula membuat 1st win pada match malam itu

-ada yang mendapat tasbih baru kerana tasbih lama hilang di surau airport queen alia jordan

.
.
.
.
.
.

Itu semua apa yang orang dapat,yang aku dapat lihat,dan apa yang aku dapat dengar.......Apa yang aku dapat?

Alhamdulillah,aku dipertemukan dengan Athar Rasululllah (peninggalan rasulullah) iaitu rambut baginda yang disimpan oleh orang arab.Perasaan pertama melihat athar ini,hati mula rasa sedih...layak ke bertemu athar nabi sedangkan diri banyak meninggal sunnah nabi?

terfikir sejenak....itu point pertama yang membuatkan air mata bergenang,suara menjadi serak mulut terkunci ketika rambut nabi dirapatkan ke dada...

Baru bertemu rambut,belum bertemu kubur..apatah lagi bertemu batang tubuh nabi sendiri...bermimpi bertemu baginda (amiiin) seperti mengharap yang mati hidup semula...bertemu di akhirat kelak,seperti tidak layak kerana tidak nampak seperti umatnya,adakah nabi akan kata "kamu bukan dikalangan kami (umatku) ?"

Buka mata,buka hati..mohon Allah memberi kekuatan pada diri....amiiiin

rambut rasululah

(muzium di turkey banyak athar baginda)

syamail muhammadiyah (5)

Bab 8 : isteri-isteri baginda

1. Khadijah Binti Khuwailid
-baginda hidup bersama khadijah selama 15 tahun sebelum turun wahyu pertama sehingga 3 tahun sebelum hijrah (wafat khadijah)

2. Saudah Binti Zam'ah
-selalu memberi harinya kepada aisyah
-"tidak aku berhajat kepada lelaki dan aku mahu berhimpun dalam kalangan isteri-isteri kamu (baginda)"
-menyendiri dari nabi selepas 3 tahun wafat khadijah
-wafat pada 55 hijrah

3. Aisyah Binti Abu Bakar 
-berkahwin 2 tahun sebelum hijrah (ada qil yang kata 3 tahun)
-berumur 6 atau 7 tahun ketika itu
-wafat pada tahun 58
-kuniyah : Ummu Abdullah

4. Hafsah Binti Umar Bin Alkhotab
-wafat pada tahun 45

5. Ummu Habibah (Ramlah Binti Abu Sufian)
-usman bin affan menjadi wali nikahnya
-wafat pada tahun 44

6. Ummu Salmah Hind Binti Umayyah
-wafat pada tahun 62
-dikatakan isteri baginda terakhir yang wafat (ada qil yang kata Maimunah yang terakhir)

7. Zainab Binti Jahsh
-wafat di madinah pada tahun 20
-isteri terawal wafat selepas khadijah
-yang pertama dibawa atas keranda

8. Juwairiyah Binti AlHarith
-ditawan ketika perang bani mustolaq
-dibebaskan oleh baginda dan dikahwinkan
-wafat tahun 56

9. Maimunah Binti AlHarith
-saudara perempuan khalid bin alwalid dan abdullah bin abbas
-perempuan terakhir yang baginda kahwini
-wafat pada tahun 51 (ada qil yang kata tahun 66)

10. Sofiyah Binti Hayyi Bin Akhtob
-keturunan Harun Alaihissalam
-tawanan perang Khaibar
-wafat pada tahun 50

11. Zainab Binti Khuzaimah
-kahwini selepas 3 tahun hijrah
-wafat selepas 2 atau 3 bulan selepas berkahwin

12. Fatimah Binti Dohhak
13. Asaaf saudara perempuan dahiyah alkalbi
14. Asma' Binti Ka'ab AlJuniyah
15. Amimah 
16. Aliyah Binti Zubyan 

p/s : memerlukan pengkajian mengenai isteri-isteri baginda...sila jangan telan sahaja

Rabu, 9 Februari 2011

syamail muhammadiyah (4)

Bab 7 : anak-anak baginda

Anak-anak lelaki baginda kesemuanya meninggal dunia sebelum kenal islam dan masih kecil

1. Qasim
- anak pertama dan baginda digelar dengan (abu qasim : arab amik nama anak pertama)
- mati ketika 2 tahun beberapa bulan / 7hari / 7bulan

2. Abdullah
- dinamakan At-tayyib & At-tahir
- meninggal selepas baginda mendapat kenabian

3. Ibrahim 
- ibunya mariah al-qibtiyyah
- dilahirkan di madinah pada zulhijjah tahun ke 8 hijrah
- meninggal pada 10 rabi'ul awwal tahun ke 10 hijrah
- berlaku gerhana matahari pada hari kematiannya (zaman itu orang percaya gerhana ada kaitan dengan kematian seseorang)

baginda bersabda :
"sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kebesaran Allah,kedua-duanya tidak menjadi gerhana kerana mati ataupun hidupnya seseorang"

4. Zainab
- anak perempuan sulung baginda
- melahirkan Ali dan mati ketika kecil
- melahirkan umamah yang menjadi isteri saidina Ali selepas kematian saidatina fatimah

4. Ruqayyah
- lahir selepas 3 tahun kelahiran zainab
- peluk islam ketika ibunya khadijah memeluk islam
- berkahwin dengan Saidina Uthman 

5. Umm Kalsum
- berkahwin dengan Saidina Uthman selepas kematian Ruqayyah

baginda bersabda :
"jikalau aku punyai lagi anak perempuan,akanku kahwinkan dengan Uthman"

6. Fatimah
- anak bongsu dan yang paling disayangi
- lahir pada 5 tahun sebelum kenabian
- berkahwin dengan saidina Ali
- mendapat Hassan,Hussain,Zainab,Muhassin,Ruqayyah,Ummu Kalsum
- Muhassin meninggal ketika kecil
- Ruqayyah meninggal sebelum baligh
 

Selasa, 1 Februari 2011

syamail muhammadiyah (3)

Bab 5 : nama-nama baginda

Rasulullah pernah bersabda : aku muhammad,dan aku ahmad,dan aku penghapus denganku Allah menghapuskan kekufuran.Aku juga digelar dengan penghimpun,yang umat manusia dihimpunkan di belakangku.Aku juga penyudah,yang tiada nabi selepasku.

- tohaa
- yaasin
- muzammil
- mudassir
- abdullah (surah jin,ayat 19)
- muzakkir (surah alghoshiyah,ayat 21)
- nazirul mubin (surah alhijr,ayat 89)


Bab 6 : alamat kenabian baginda

1. dibelah dada baginda

- kali pertama ketika umurnya kecil di dalam susuan Halimah (sohih mengatakan 4 tahun)
- kali kedua ketika umur baginda 10 tahun
- kali ketiga ketika datang Jibrail menyampaikan wahyu
- kali keempat ketika malam isra' (dinyatakan di dalam 2 sohih)
*dibelah dada di sini bukan bermaksud keluarkan jantung ataupun hati baginda,hakikatnya tidak diketahui bagaimana kaifiyahnya wajib beriman tanpa ketahuinya.

2. khotamun nubuwwah

- khilaf ulama' dengan sifatnya
- ianya putih seperti hamamah (burung merpati)
- daging lebih (orang melayu cakap) pada belakang baginda
- terletak antara 2 bahu baginda

3. ru'yas solihah (akhlak terpuji)
- pandangan baginda seperti subuh menjelma
- seperti melihat cahaya dan mendengar suara
- menyampaikan salam ke atasnya pokok-pokok,batu-batu dan memayungi baginda alghamamah (awan mendung)
- Jabir ibn abdillah pernah berkata "aku tidak pernah mendengar rasulullah mengatakan 'tidak' pabila diminta sesuatu ke atasnya"
- Saidatina Aisyah pernah berkata "baginda tidak pernah memukul dengan tangan melainka jihad fi sabilillah,dan baginda tidak pernah memukul hamba dan  perempuan"