Selasa, 30 November 2010

re-vo-lu-si

 aku bakal belajar benda alah ni...pergh..jiwang!!

Sori,post paling ringkas...aku nak tukar 2 benda dalam blog ni.

1) nama aku dari 13 --> budak adab  (ramai gile tanya nape nama aku 13..kang aku citer someday)
2) kak jamilah nasihat aku tulis sye'er lak,dah boring kot ngan pepatah arab ni...dak syariah pon tau...emmm,maybe betul gak...nak cuba kongsi syarah sye'er lak...

Sye'er Jahilli (ni aku agak paham la lepas amik sem lepas)
Sye'er Islamiy (tengah amik sem ni,boleh tahan susah)
Sye'er Umawwi (akan belajar lepas Islamiy)
Sye'er Abasi (nak amik sem depan)
Sye'er Hadis (sem 1 taun depan aku try amik)

*banyak gile kan subjek sye'er aku,kan?
*aku belajar prosa klasik gak..tu aku kongsi pas aku rasa korang boring ngan sye'er
*sye'er syarah panjang..aku amik masa nak post

last pepatah ringkas dari aku....

شباب دون أخلاق كالشجر دون أوراق
(Syababu Duna Akhlaqu KasSyajari Duna Auroqu)
alih bahasa : Remaja tanpa akhlak seperti pokok tanpa dedaun

maksud : Remaja yang tidak berakhlak tidak mempunyai perhiasan diri.Diri akan dipandang slek oleh orang lain.Macam nak gi date ngan awek,kite pakai smart-smart nak awek pandang kite dengan kite rasa Gah.Camtulah remaja,berhias diri dengan akhlak.Agar diri dipandang mulia.Zahir melambang batin.Bukan pemakaian,tapi perangai.

moral : Ramai remaja runtuh akhlak,tak kire yang dok rumah je ke,yang date ngan awek ke,yang usha awek tepi tasik ke,dah ramai yang punah akhlak.Hiasilah diri mu wahai remaja.(pesanan ntok aku gak).

p/s : bye-bye semua...gua nak rehat untuk fokus exam 2nd minggu dopan..doakan..

Ahad, 28 November 2010

pompuan punyer kisah

laki bini merempit di PLUS..keh3


"sape dapat bawah 13 exam semalam?".Aku orang melayu yang angkat tangan.Lelaki.Pompuan seorang pun tak nak angkat.Bukan nak marah,result korang pun korang nak segan bagitau.Korang patut angkat tangan untuk bangga dengan usaha anda.Tak kisah la dapat 5 ke..dapat 9 ke..bangga dengan usaha anda itu.

Semalam baru baca blog kak aisyah (aku tak link blog sape-sape kali ni),citer pasal pompuan ni bukan musuh pada lelaki,tapi sebagai pendamping.Ok,aku setuju.Tapi,realiti pompuan sekeliling aku semua tak menjadi pendamping.Menjadi musuh kepada lelaki.Emosi tul aku nye post kali ni...

Post ringkas agar dapat main point aku ntok korang...layan ape aku nak bagi ni...penting!!

اختيار المرأة كالحرب .. تكفى غلطة واحدة لجر الويل والخراب
(Ikhtiyarul Mar'ah KalHarb..Takfii ghaltoh wahidah lijarril Weel wal Khirob)
alih bahasa : memilih perempuan seperti peperangan..cukuplah satu kesalahan untuk membawa kepada kecelakaan dan bencana.

maksud : Dalam memilih perempuan sebagai teman hidup,ia seperti peperangan.Memerlukan kita(lelaki) ilmu yang cukup dan menjadi cerewet sedikit.Agar kita pilih perempuan yang terbaik dan sesuai untuk kita.Jangan main pilih je.Kang dah kawen baru nyesal.Satu kekurangan kat perempuan yang kita pilih tu yang takleh kita terima.Cepat-cepat la reject agar tak hancur rumahtangga.Kalau boleh redha n terima...teruskan saje.
moral : Perempuan (arab,melayu tak tau la) banyak yang kaki cerewet.Semua nak follow cakap die.Kalau melayu tu,yang pilih KLCC satu contoh yang tepat.Jangan berbini orang camtu.Pilihan anda penentu masa depan.Ingat!!!

p/s : ni pepatah arab,jangan korang fire aku lak...sori ngan keterangan sebelum ini,ada kesilapan makna

Sabtu, 27 November 2010

bakal bapak singa

aku pasti,korang?


Teringat pulak aku zaman kecik-kecik dulu.Time tadika PASTI dulu.Pegi berhantar,balik berambik.Bapak aku hantar,balik pun dia amik.Ngan motor honda petak merah lama.No plat aku dah lupa lak.

Bukan senang hidup susah (ayat cam hampeh).Duk kat area kampung.Ramai orang jawa.Budak-budak liar.Aku je baik.Dok umah main parit belakang umah.Mana ada basikal cam budak-budak lain.Usha anak gadis sunti orang selaku jiran aku.Dalam kelas kacau kawan tengah study.Bile free ajak kawan main bola.Kadang-kadang main kejar-kejar time cikgu meeting.Style budak kampung.Time kelas tahfiz petang main layang-layang n usha lotong (sejenis monyet).

Bila naik darjah 4 dah nak berdikari.Mula mintak kasut bertali.Tapi,tak reti ikat.Cancel.Aku bukan nak macho pun gi skola.Awek kampung memang lawa-lawa,cuma aku tak berminat ngan awek time tu.Semua barang aku waris dari abang aku.Pensil box pon amik die punyer.Seluar n baju apetah lagi.Aku terima ngan redha sebab aku bukan nak bergaya.

Bab baju raya lak,aku tak penah pakai sepasang sejak darjah 1@2 kalau tak silap aku (last warna merah darah).Tahun ni baru nak pakai sepasang balik.Ngade-ngade.Orang cakap,biasa-biasakan diri untuk berpakai sepasang di hari yang mulia kang.Hahaha...

Bab pose,time kecik-kecik memang selalu kantoi.Selalu sangat lepak dalam bilik air,minum air dalam besen.Ada sekali tu dah nak kantoi.Tapi,aku baik.Aku ganti bile aku dah baligh.Bile Agama itu separuh dalam badan aku ni.Kalau bab nakal memang aku nombor 2 kot,abang aku lagi nakal.

"Bapak borek,anak rintik" betol ke benda alah ni?Mak aku selalu citer bapak aku baik je...aku ni jahat lak..entah la..cerita-cerita makcik aku pun dengan latar belakang bapak aku seorang yang baik n patuh cakap atuk n nenek aku.Cuma maybe nakal sikit ade kot.

Arab pun ada peribahasa camni...usha jom



هذا شبل من ذاك أسد
(Haza Shiblu Min Zaka Asad)
alih bahasa : Anak singa ini daripada singa itu

maksud : Daripada kehebatan seorang bapalah si anak dikenali.Memang berbeza peribahasa ni ngan melayu.Contoh,kalau bapak korang otai mesti orang cakap kat korang "ko ni anak Pak Mail Otai kan?".Si bapa punya tempias sangat penting untuk si anak.

moral : Kepada semua bakal bapa,sila lah menjadi hebat agar anak anda bangga dengan anda punye tempias minyak wangi.Jangan tempiaskan calitan air loji kumbahan kepada anak anda.Sekarang masa untuk menjadi tehebat di mata bakal anak anda semua.You are superman,Dad!!

p/s : bapak aku Azmi Abdul Talib,bukan Pak MAil tu...sekian

saya che'gu...bukan ostat

asal hensem bangat?


Sampai je jordan dari Shibuya 2 hari lepas,Abe call.Dia cakap "nice la blog ada arab,dapat gak gua bagi tazkirah kat awek-awek jepun guna ayat ko tu".Gua dah gelak.Sepecah-pecah (bughuk benor) muka Abe tu,dalam hati dia ade rasa nak dakwah/tazkirah kat orang.baru gua tau setiap orang ada sifat da'ie (menyeru) dalam diri masing-masing.Tak kira la kaki along ke,kaki takel awek ke,kaki hisap rokok ke...ada di sudut hati diorang sifat itu.

Settle situ.guasembang-sembang la pasal perjalanan gua dari Jepun-Amman semalam.Dalam kapal terbang gua sempat sembang ngan pak ostat yang kebetulan singgah Jepun dari balik umrah.Dia nak ke mesir,1 flight ngan gua.Transit ke Jepun sebab anak die pesan beli Nikon D90.Dia amik lughah gak kat Azhar mesir.Dia terangkan kat gua pasal kalimah "Lailaha Illallah" dari segi lughah.Sebijik cam pak Rodi murobbi tahfiz azzikr syarah.Dan di nukil kat blog hot sadis (penyek sini).

Oleh sebab gua dah sampai Irbid.Gua dan nampak bumbung rumah gua.Otak gua dah pikir katil.Tidur bai....silap-silap.Kena baca Surah AlMulk dulu.Tau tak ape kelebihan baca AlMulk sebelum tidur?kelebihan surah ini memberi kita lepas seksa kubur yang dahsyat.Siapa tak nak lepas seksa kubur boleh la wat dosa banyak dari aku.Pastu tak sempat tobat.Kena pulak mati time wat dosa...Allah!!Jauhkan lah kami dari mati dalam keadaan buruk..Amiiin


Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Jom layan bab lughah yang aku belajar lak...hakhak...


الندم على السكوت خير من الندم على الكلام
(AnNadmu AlasSukut Khairu MinanNadami AlalKalami)
 alih bahasa : Penyesalan sebab senyap lebih baik dari penyesalan sebab berkata-kata

maksud : Kita menyesal sebab kita senyap tak berkata itu baik dari berkata.Sebab bila kita berkata dan menyebabkan hati orang lain sakit itu teruk.Bila kita senyap dalam kelas...ni salah guna peribahasa ni.Sebab bile kita senyap dalam kelas dan kita dengan kebodohan kita,senyap itu lagi teruk dari berkata-kata.

moral : awek-awek selalu mulut laser n bechok...laki pun ade,jaga la mulut ye..sebab mulut/lidah itu kunci ke neraka gak.


p/s : aku bukak blog budak UIA 1 ni.Dia umur 21.Nama tak tahu la.Yang penting dia minat tulisan dak Joden.Peliks...(penyek sini kuat-kuat)

Khamis, 25 November 2010

trip ke Shibuya



Letih betul,semalam gua pi Shibuya jap.Tension-tension lepas lettop letak bawah katil.Sempat gak gua date ngan mamat jepun namanya Abe.Bukan senang nak jumpe die.Muka cam melayu,cakap jepun pakaian amerika.Payah bai jumpa orang camni kat Jordan.Tak sia-sia gua beli tiket ke jepun dari dak Mesir yang jual tiket Ittihad 400jd kat yahoo group permai tu.Tapi,gua ragu-ragu gak nak rembat tiket tu.Sebab orang mesir handle,takut ade problem lak.Tak pepasal flight ke Jepun tukar ke Vietnam.Nanges gua kang.

Gua date ngan Abe kat gerai mee ramen.Memang dah lama tak makan mee kat jordan ni.Ade speghati je.Nak layan maggi tak baik untuk otak lak.Gua santap 2 3 mangkuk semalam.Shibuya sibuk la malam tadi,ada perasmian kelab malam baru.Geng yakuza ramai la yang turun.Gua tak layan kelab-kelab malam ni.Iman masih ade dalam dada beb!Gua layan ramen jepun yang halal,lepas gua tau pasal ramen Haram kat jordan.Ada ke letak Bavi dalam ramuan.Boleh korang check kat blog cidak.

Habis santap ramen,gua usha-usha kedai makanan segera kat Jalan Giza.Macam chow kit gak la.Ada pulak budak jepun kecik jalan-jalan pakai topi besday muncung kon tu.Abe bagitau aku yang semalam besday anak sedara perdana menteri jepun.Aku tak tau la betul ke tak.Abe ni keje along,banyak kencing orang.Tapi,aku tau yang semalam besday timbalan aku.Boleh check wish-wish n luahan perahsaan kat blog die.Blog wallpaper yang aku suke.Nice..


Lepas je cubit pipi budak-budak tu.Gua ngan Abe pi layan arcade jap.Bukan selalu.Time main tu la budak-budak highschool kat jepun ni nak nyibuk.Dah pukul 11 malam pun pakai baju skola.Bajet hebat la.Nampak macho.Awek sekeliling pinggang.Pakai kot hitam sekolah,baju putih,pakai tie hitam.Bajet hebat cam yakuza muda la.Abe pesan kat aku yang diorang dah mula nak join team yakuza.Kitorang pun blah tanpa habiskan game racing motor.Aku tengok diorang cam baik je muka.Jambu je.Cam budak 1st year Permai.Diorang bajet boleh lawan team Tie Hijau n Biru.Macam kat blog si pemalu la tu.

Jam dah tunjuk tengah malam la,gua kena naik flight.Abe bawak mercedes die ke airport.Haha..pecut cam nak racing.Kejar masa punye pasal.Time nak sampai satu timpang tu.Ramai awek jepun pakai kostum hantu.Abe bagitau ade konsert malam tu.Awek jepun suka pakai camtu time konsert.Gua angguk je.Ade hantu lidah panjang.Cam lidah lembu gua tengok.Boleh lak gua terpikir lidah lembu yang gua bagi hanif zikr hari tu.Dengar citer die masak paprik yang sedap.Boleh la usha gambar kat blog tepianmuara die.Nampak sedap,tapi tak jemput gua pun..haha

Kat airport pulak,nampak kedai komik.Bab komik ni,ni bab minat.Kalau anime n komik tu dah masuk dalam darah.Memang payah buang.Ade seorang sifoo gua jumpa.Dan ngaji sampai PhD.Masih baca Naruto.Dah ada anak 7 8 orang.Layan anime agi.Ni bab hobi bai.Sape sentuh je,kompem payah nak luntur.So,jangan kutuk orang baca komik.Pak Ostat pun layan Dragon Ball.Hahaha...

Flight gua terbang kul 12.03 tgh malam.Dalam flight tu,gua layan Baqarah.Tengah layan,ada dak melayu tegur gua.Pergh,orang kampung.Ngaji mesir,pi jepun gak.Dia pakai baju silat.Gua teringat sadis yang baru mula ngajar silat.Sape nak belajar,boleh baca guide kat blog hot die.

"Lu belajar arab kan?asal blog lu semua melayu?" ni Abe tanya aku time aku hirup kuah ramen tadi.Tersentuh gak.Ada ilmu,gua layan sorang.Gua layan ngan budak arab je.Melayu gua nak letak mana?Jom layan jap ape aku belajar...

عيونك كشوكة في القلب
(Uyunuki Kasyaukati fil Qolb)
alih bahasa : Mata kamu (orang pompuan/awek) seperti duri dalam hati.

 maksud : Pandangan seorang wanita itu tembus dari diri yang zahir ke diri yang batin bagi seorang lelaki.Sampaikan mencederakan hati yang menjadi raja sesuatu tubuh itu.Adush!!

moral : awek-awek,jangan main jeling je lelaki-lelaki.Sebab kang........(censored)

p/s : pernah tak korang pikir yang post korang kat Fb n Blog tu tulisan terakhir korang?Kalau korang mencarot...memaki orang...ia kekal tak terpadam.Setiap kali orang baca dan follow.Dosa dapat kat korang.Sedangkan korang sudah tiada di muka bumi ini lagi.....moga kita tak tergolong dalam golongan itu.Amiiin.

Ahad, 21 November 2010

kisah semalam...dan hari ni

gambar takde motip





Semalam...aku dah berangan nak julang kawan aku yang masuk pertandingan blog adha.Aku dah bajet blog diorang akan menang.Blog yang setiap kali  post je bertambah 5 follower.Blog yang hot dan membuat akhowat menatap tiap malam meneman tatkala study lewat malam terutama malam exam.Semalam aku dah gosok seluar putih semata-mata nak bergaya dengan bakal pemenang Adha Blog Award 2010.Selalunya seluar putih aku malas gosok,sia-sia.Bukan nampak kedut pun.Macam mencari ketam di dalam sungai.SIA-SIA.

Hari ni...aku bangun "agak" awal untuk join program Adha Permai 2010.Aku tak kisah dapat makan daging masak masala ke tak.Aku tak kisah dapat maki budak yang mintak tulang tatkala aku pi masjid solat jumaat semalam.Aku tak kisah orang kutuk aku pi majlis pakai siglet biru ngan blazzer.Aku hanya kisah ngan Award yang kawan aku bakal menang tu.Aku yakin diorang menang.Aku nak join baru ni dah takleh.Korang ingat tak?tak ingat tonyoh sini.

Sekali,bila kena umum je pemenang.2 orang kawan aku tunduk gile.Tawadhu' dan redha terima hakikat yang blog diorang kalah dengan bertanding.Blog junior bai menang.2 orang lak tu kongsi 1st place.Aku time tu dah frust gile bai.Semalam aku korban masa gosok seluar.Wat sarapan pagi tadi agi.Biar la..takde rejki namanye.

599,ni no bertuah hari ni.Aku punyer nombor bai.Menjerit aku separuh dewan dengar.Tapi,aku bagi kawan aku naik pentas la.Aku ni agak-low-profile.Tak nak la cari popular-popular ni.Senyap-senyap suda...

Bile prog selesai,dah 7 8 jam lepas tu.Bunyi suara tak puas hati dengan award tu.bahjet lagi hebat dari shout award yang Nur Kasih menang anugerah malam tadi.Rupanya yang kitorang sangka blog yang tak emnang tu sebab tulisan sempoi,cikai n picisan.Sebab tu tak menang.Salah la...syarat pertandingan bebas dan nak sempoi kalau boleh.Bile kaji sikit blog pemenang.Tulisan pak ustat dari pasentren la...takpe,benda lepas.Jangan diulang taun depan ye...

p/s : sumpah kali ni aku benci junior,ramai muka jambu...keh3

Sabtu, 20 November 2010

demimu,..paru

kalau nak kenal,ni namanya paru lembu


"Wekkk..wekkk" kedengaran bunyi suara Syafiq sedang muntah di dalam bilik air.Dia keluar dengan muka yang tak selesa kondisinya."Paru..oh,paru" tu yang dia ucapkan bila lega sedikit selepas mengeluarkan bahan-bahan di dalam perutnya.Dia baru sahaja pulang dari tempat melapah.

Memang dari kecik dia tak kenal dengan orang dalaman haiwan.Sejak semalam dia incharge bahagian melapah,macam-macam dia dengar.Makan telur kambing kuat batin la,makan otak lembu macam makan tauhu la,makan hati la,makan jantung la,perut la,usus nak keluarkan ta** pun ade khasiat.Dia dah loya time dengar sembang-sembang si Moja dari semalam.Tak habis-habis promote bahgian dalam yang orang tak nak tu."Ja,bukan semua orang suka makan" tu yang Syafiq cakap bila Moja sepak-sepak batu melepaskan geram time kemas tempat melapah.Dia geram melihat organ-organ yang akan dibuang begitu sahaja."Wei,tempat aku kat malaysia tu..sup pon buat kulit,ni kalau orang tua nampak kita buang..kompem kena potpetpotpet" balas Moja.

"Bang,nak paru..tolong amikkan sikit" lebih kurang camnilah SMS manja yang Syafiq dapat 2 jam sebelum dia lepak muntah-muntah dalam jamban umah tadi.Kalau tak sebab sayang la dia takkan pegang paru warna pink berdarah tu.Lembik dan berair."Ko nak bawak mana paru tu?ko makan ke?" tanya Moja."Ade la..ada keje cikit" balas Syafiq sambil senyum-senyum malu.Dia tau yang Moja dah tau dia kapel ngan budak JUST,tapi tak penah lagi Moja mengusik dia.Moja hanya tahu-dan-senyap.

Bila Syafiq pegang je benda lembik tu.Tekak dia dah loya.Moja gelak-gelakkan je.Hahaha...lawak gile tengok babak ni.Paru tu berjaya masuk dalam plastik,tapi bukan dengan tangan...dengan kaki.Syafiq takleh nak pegang benda selembik tu.Lembik sangat.Ye la..paru lembu fresh,baru sembelih mana la tak lembik.Diorang pun balik umah same-same.

Hari ni dia dah berkorban demi sayang dia,tak kisah la muntah 2 3 jam dalam bilik air pun.Kepala dia dah pening-pening lepas muntah tadi.Syafiq masuk bilik dan tengok Moja dah tidur kepenatan tanpa menukar pakaian 2 hari di tempat melapah.memang bau kambing n lembu la bilik tu.Biar la..asal diorang dapat tido.Syafiq tido.

Bangun je tido,Syafiq kejut Moja bangun.Solat subuh berjemaah.Moja bangun n join Syafiq solat.Time angkat takbir je,diorang jeling jam kat dinding.Dah kul 9 pagi,subuh kul 5 pagi.Solat qadha' subuh berjemaah.Alhamdulillah....

p/s : ni kes adha tak abis la aku tulis mende ni...solat qadha' berjemaah dapat 27 pahala gak ke? (syafiq tanya)

Rabu, 17 November 2010

ekspresikan aidiladha anda



Azan maghrib berkumandang di sebuah masjid di sempadan syria-jordan.Aidil melihat pemandangan akhir sebelum dia dan Adha kembali ke Jordan.Matanya berkaca.Adha di tepinya sedang rancak bersembang dengan kenalan arab yang menumpang kereta sewa yang sama menuju ke Jordan.Adha gembira,dia sedih dan geram.Dia dan Adha dalam perjalanan pulang dari trip ketika cutinya universiti sempena hari raya adha yang bakal berlangsung lusa.

Turki.Tu lah negara yang dia dan Adha ingin jejak semalam.Awal pagi dia keluar dari rumah dengan berharap 8 jam selepas itu dia berada di Istanbul.Semuanya punah.Agak kecewa bila sempadan Syria-turki menghalang orang luar masuk semalam.Trip bermula dengan 4 orang sahaja.2 lelaki dan 2 perempuan.Aidil bertemankan Nancy dan Adha bertemankan Isabella.Bukan senang nak keluar date tanpa orang kesan.Jordan negara yang mahasiswanya agak kuat menjalankan kehidupan islamik.Melayu terutamanya.Jadi,mereka berempat merancang untuk berseronok-seronok di turki.

 Lubnan,negara yang memberi Aidil dan Adha peluang kedua untuk bermesra dengan teman mereka,Nancy dan Isabella.Aidil mula mengingati semula trip mereka yang bermula semalam…


“snap la gambar I” kata Nancy yang sedang bergaya di tepi kolam pancutan air.Aidil senyum.Dia mengambil 2 3 keping gambar Nancy yang sedang bergaya menggoda. “Gedik”.Tu lah yang pernah Adha komen terhadap sikap Nancy suatu ketika dahulu. “manja la..” jawapan yang Aidil respon kepada komen kawannya itu. “Dah berchenta,taik hidung pun ko kata rasa coklat chips” sombong Adha membalas.Tika itu Adha masih single dan belum bertemu dengan Isabella.Citer bibit-bibit pengenalan Adha dengan Isabella memang romantic.

Suatu hari,Adha pulang dari universiti dan berjalan seperti biasa.Dia melalui taman bunga ros di hadapan pintu masuk universiti.Kelihatan di hujung tasik seorang gadis sedang berjalan terhincut-hincut.Adha meng’cover’ macho depan gadis itu.Bila bertembung,si gadis itu membuat mata mohon belas kasihan.Adha melihat kaki gadis itu,rupanya tumit sebelah kasut tumit tinggi gadis itu dah tiada.Adha senyum manis,dia mencabut kasut gadis itu sebelah lagi dan membuang tumit tingginya.Macam cerita korea,si gadis senyum manis. “Isabella” tu bibit perkenalan mereka.

“Hello,cik abang berangan ke?tangkap gambar I ni”kali ini Nancy bergaya di tepi tugu Saladin The Worrior.Penat sudah Aidil melayan kerenah si Nancy yang gedik tu.Dari semalam buat hal.Tak nak makan daging la.Sampai Aidil bertekak dengan tuan empunya restoran semalam sebab nak tukar hidangan daging kambing kepada ayam.Bukan mudah melayu nak menang dengan arab.Arab Syria pulak tu.

Sebelum tidur semalam di hotel,Aidil sempat keluar sebelum pukul 12 untuk membeli biskut untuk si Nancy.Kedai banyak pulak tutup.Berpusing Aidil mencari kedai yang masih bukak.Ye la,mak Aidil selalu pesan agar tidur bukan dalam keadaan perut kosong.

Adha senyum melihat gelagat si Aidil yang sanggup buat apa sahaja untuk Nancy.Angkat beg-beg shopping,tangkap gambar di merata tempat.Ada sekali tu mereka berpisah sebab Nancy berhenti tiba-tiba di kedai beg tangan kulit.Si Aidil terus berjalan tanpa sedar Nancy sudah tiada.Paling je kepala ke belakang.Aidil terus risau.Dia melilau mencari mana Nancy berada.Mereka bertemu semula seakan-akan dirancang.Bertemu di kolam air Basha Khan.Kebanggaan basha Khan suatu ketika dahulu.



Adha pulak lain macam dengan temannya.Tapi,dia selesa dengan keadaan begitu.Adha ni jenis alim.Selalu keluar pakai kopiah.Hasil didikan keluarga berilmu agama,dia menjadi dirinya yang kini.Biar berteman bersama Isabella,tapi dia menjaga batas pergaulan. “Cuba u tengok diorang,tak macam kapel pon” kata Aidil kepada Nancy ketika makan aiskrim di tepi jalan. “Biar la…diorang selesa kan” balas Nancy sambil suapkan aiskrim susu ke mulut Aidil.bajet romantik.

Jam 12 tengahari,masa yang genting.matahari tegak di atas kepala.Nancy bertemu dengan teman baiknya zaman sekolah dahulu.Roy.Lelaki yang tampan berkaca mata.Nancy terus mesra dengan si Roy tu.Siapa tak cemburu tengok awek kena kacau ngan lelaki lain. “Diorang kawan je..” pujuk hati Aidil.Tibi-tiba,Roy mendekatkan mukanya ke muka Nancy.Serta merta Aidil bangun dan hadiahkan sebiji tumbukan tepat ke pipi Roy. “wei,lu baik-baik ok.Ngan awek orang pun lu nak wat hal!!” tengking Aidil.Roy sengih. “Parp!!” 1 tamparan tepat ke pipi Aidil.Muka Nancy merah. “Dia tak sentuh I pun!!nape u ni?” Nancy marah dengan tindakan Aidil.

Aidil tension.Dia pergi dari situ.Call kawan baiknya 24 jam,Adha. “Ha,jom balik.Jordan dah panggil kita balik” time tu Adha dah rasa lain macam.Dia layan je la budak Aidil tu.Ketika itu Isabella sedang mencuba baju di dalam bilik persalinan di sebuah kedai.Adha serba salah.Pilih kawan atau awek?.Dia tunduk.Mata membulat.Dia tekad.Apa nak jadi,jadilah.Asal kawan dia bahagia.Tu tugas seorang kawan.Bukan main tikam belakang.

Kereta sewa dari Lubnan bergerak pulang jam 6 petang.Time tu Aidil lagi panas bila panggilan selamat tinggal yang dia lakukan buat nancy,Roy yang angkat.Tension mencapai penghujung tahap.Dia terpaksa korbankan cinta demi perasaannya.Dia tekad untuk tinggalkan Nancy.Adha sedang menghisap rokok Malboro di tepinya.Asal berkepul-kepul seperti membakar sampah.

Cinta memerlukan pengorbanan.Tu yang selalu dia dengar.Nak kita bahagia atau orang yang kita sayang bahagia?.Pernah Aidil memikirkan benda ini. “Relax la bro,cinta ni sampah je.Bukannya payah cari awek baru” selamba je Adha.Padahal dia bercinta nak sakan.Tiap malam calling sebelum tido.kalau takde jawapan,mula la tak duduk diam.

“emmm…jom blah”.Selamat tinggal Lubnan,bersemilah kau bersama orang yang ku cintai.Bukan mudah aku lakukan ini.Seperti aku mencabut perasaan dari diri.


“Aidil,nak sampai dah ni” kejut Adha.Aidil terlelap selepas melepasi sempadan tadi.Aidil menggosok mata.Menguap penat.Dia melihat skrin telefon bimbitnya.Tiada panggilan tak dijawab ataupun 1 sms pun masuk sepanjang dia tidur.Mungkin Nancy redha dengan pemergiannya.

“Aidil,tadi Nancy call aku.Dia minta maaf.Sekarang ni dia ada kat kereta belakang” kata Adha tiba-tiba.Aidil mencuka.Dia benci nama itu.Dia tak mahu mendengar nama itu lagi. “Dah la tu,pi jenguk kereta belakang” hatinya memujuk.Dia berganjak sedikit.Bila melihat kereta di belakang,kelihatan Nancy melambai-lambai sambil membuat gaya merayu.Aidil senyum.Dia maafkan Nancy.Salah dia juga,cepat cemburu.Adha pun berpaling ke kereta belakang.Dia senyum kepada Isabella.

“Bro,ko tau tak yang ko dah banyak berkorban?” kata Adha. “Apa dia?” tanya Aidil. “Ko korbankan diri kau untuk melihat dia senyum…you are the best” puji Adha sambil menuding ke arah Nancy.

Aidil senyum.Cinta berputik bukan dipetik.Moga Nancy berubah jadi baik dan Adha dapat takel si Isabella.Amiin.

p/s : gua bahjet citer ni abis tulis kul 11.45 malam 16hb (penutup pertandingan blog adha PERMAI).Baru gua sedar sekarang dah kul 2.Keh3.Cancel masuk pertandingan la.Gua just tulis suke hati.Haha..

*watak n jalan citer tiada kaitan dengan mereka yang hidup ataupun mati,hanya rekaan.

Sabtu, 13 November 2010

setenang laut biru

1. Aku kembali senyum

Semalam malam jumaat.Malam penuh berkat dan rahsia.Aku temui ketenangan dalam mengingati Allah dan RasulNya.Macam kat malaysia dah biasa dengan bacaan yasiin.Kat sini aku biasakan dengan ingat pada pencipta dan kekasihnya.Semalam aku pergi majlis zikir,penuh ketenangan dalam berselawat dan berqasidah memuji junjugan rasulullah.Memberi aku senyuman kembali.ALLAH~

p/s : arab teguk pepsi,mirinda n 7up lepas majlis zikir dalam masjid,kalau wat kat malaysia kena marah x ngan tok siak?

2. Masak BKASJ

Semalam gak rumah aku jadi markaz memasak untuk openhouse BKASJ hari ni.Pecah habis.Kecoh la budak-budak ni masak.AKu yang agak pro ni hanya memberi semangat dan arahan.Seperti biasa,hanya memberi hiburan kepada semua.Aku suka ayam masak merah.Sedapp..

p/s : rumah aku akhowat masuk,adakah rumah aku dah tak teruna?

3. Aiskrim tumbuk

Balik openhouse ada jemputan ke Syr** pulak esok.Cam koboi je aku nak gi.Malam ni dah la penat.Esok kul 8.Ntah bangun ke tak.Aku kena hati-hati ni.takut terlajak kul 9 lak.Aku dah mula teringin makan aiskrim la...huh!!mandi hamam ke..pergh

p/s : tak sabar tunggu esok,trip koboi n bujang

4. Biru laut

Lawa la tudung biru laut...

p/s : jgn komen pasal ni...

Khamis, 11 November 2010

ten-tension


2 3 hari ni,aku ada penyakit baru.Senang tension dan baran.Aku takpepasal angin ngan orang.Mula-mula ingat tension biasa,bila check balik,memang wat sakit ati tension ni.Aku dapat rasa perasaan mau-sepak-orang tiap kali aku sampai tahap tension yang kritikal.

Bila tension,aku cari tuhan.Tapi,aku bukan semudah tu duduk berdoa.Aku tak rajin solat dan berdoa memohon ketenangan.Aku keluar rumah,pusing malam-malam.Bukan senang aku cari ketenangan.Aku naik ke sutuh (bumbung rumah arab).Aku tau sana tempat sunyi.

Maybe ramai ingat aku gile bile cakap sorang-sorang,bile senyum sorang-sorang.Makcik arab yang tengah pujuk anak die nangis malam-malam terkejut tengok aku bertenggek kat bumbung tu.Ingat aku setang mana la muncul kat bumbung kul 2 pagi.

Kalau bukan sebab syita' (winter) angin sini sejuk,aku dah lepak sampai subuh.Kaki mula krem dan jari-jari dah putih.Kul 2 pagi tu cam dok dalampeti ais dah.Suhu sejuk wat aku tak tahan.balik je rumah nak tido tak boleh sebab tension gile.Sori la bai sebab kne baca post aku yang cter pasal tension.Nak buang penyakit baru aku ni memang payah.Kawan aku bagi nasihat macam-macam,aku ni dah la keras kepala.Bukan senang terima cakap orang.

"lelaki kan cool..." tu kawan aku cakap hari tu.Sori la,aku time tempoh kematangan tiba aku kat sekolah semua satu "sex" ngan aku.Kitorang takde pelajar pompuan.Pi sekolah baju xsterika,kasut comot main bola padang,kopiah kuning-kuning.Aku pengawas pun cam tak betul,time amik gambar la aku sart.kalau waktu biasa,korang boleh tengok ntah mana la aku nye tie pengawas.kasut hitam comot tak ber'kiwi'.Kalau anugerah disiplin tu,nama aku pilihan terakhir kot.Hahaha...best ingat time skola balik.Pengawas patut ikut peraturan,tapi aku yang langgar semua.Waktu rehat suka ati aku je.Best3...hehe..kelas selalu ponteng,Kimia la yang paling aku suka ponteng,Booooring...ponteng gi baca suratkabar kat library.terbaikkk...

Dah la..takleh citer lebih-lebih.Yang penting AKU BUDAK JAHAT.Sila la cancel sape-sape yang berkenan di hati tu.Biar aku bujang sampai mati.

p/s esok kelas,pomteng best...

Selasa, 9 November 2010

jod-doh

 

Hari ni universiti tutup sebab pilihanraya Jordan yang hampeh.Pilihanraya..tapi raja lagi berkuasa..haha

Ingat lepak umah tengok gokusen season 1 takde la berpaut hati ini dnegan sape-sape.keluar je umah pi tukar air.....adehhh

"Dah jodoh,,tak ke mana la,cuti ke..dok 2 benua ke..bertemu jua" - kawan serumah aku

p/s : jangan tiru cam aku..hati cepat berpaut...

Isnin, 8 November 2010

ulama' melayu kita

"Dengan nama tuhan yang menciptakan darah yang bergerak di dalam badan sebaik-baik ciptaan"




Tulisan ini adalah sebagi kenangan atas pemergian Tuan Guru Dato’ Haji Abdul Latif bin Haji Abdul Rahman @ Pak Teh pada hari Khamis , 21 Syawwal 1431H bersamaan 30 September 2010. Walaupun al-Fagir hanya berkesempatan beberapa kali berdamping dan menadah kitab kepada beliau, namun beliau adalah seorang Tuan Guru yang sangat al-Fagir hormati dan kasihi. Beliau seorang yang ‘alim,yang wara`, dan tawadhu. Tulisan ini al-Fagir adalah sebagai menghargai jasa Tuan Guru Haji Abdul Latif bin Haji Abdul Rahman @ Pak Teh di dalam memartabatkan institusi pondok dan usaha beliau mencetak generasi ulama serta perkembangan dakwah negeri Perak khasnya dan Malaysia umumnya. Pondok yang diasasakan oleh beliau di Pengkalan Hulu adalah merupakan satu-satunya pondok tradisional yang masih wujud di negeri Perak.

Tulisan ini al-Fagir himpunkan dari beberapa blog seperti blog Ustaz Nik Nasri, Ustaz ‘Abdul Rauf Tampin, Ikan Tongkol dan-lain.

Nama tubuh beliau,  Abdul Latif bin Abdul Rahman. Anak jati kelahiran Kampung Kuak Hulu, Pengkalan Hulu. Beliau dilahirkan pada tahun 1938. Mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu dari tahun 1947 sehingga 1953 dengan menamatkan pengajiannya sehingga darjah lima. Beliau adalah seorang pelajar yang pintar, dan pernah mendapat peluang untuk meneruskan pelajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) iaitu sebuah sekolah berasrama yang terkenal. Namun kerana kemiskinannya, beliau tidak meneruskannya.

Setelah itu meneruskan pengajiannya ke peringkat menengah di Sekolah Arab yang dikenali dengan nama Pondok Asam Jawa (mungkin yang pondok di maksudkan Pondok Pokok Asam, Pendang yang di asaskan oleh Tuan Guru Haji Wan Sulong bin Wan Dali – abu zahrah. Wallahu a’lam) di Pendang di antara tahun 1956 sehingga 1959. Saking minatnya  yang mendalam pada ilmu agama, pada peringkat awal lagi beliau mula menghafal kitab-kitab agama di bawah bimbingan Ustaz Umar Mohammad Noh. Dan sememangnya beliau adalah seorang yang kuat menghafal matan-matan. Begitulah al-Fagir pernah diberitahu oleh individu-individu yang mengenali beliau dari dekat.

Gambar hiasan sahaja

Pencarian ilmu beliau tidak terhenti disitu, beliau seterusnya meneruskan pengajiannya di sebuah pondok yang tersohor di Kelantan iaitu Pondok Terusan Limbat Pasir Tumboh. Beliau adalah merupakan diantara generasi awal Pondok Pasir Tumboh. Di sini beliau berguru langsung dengan pengasas pondok tersebut iaitu Tuan Guru Haji Musthafa bin Haji Abu Bakar bin Haji Abdul Latif bin Abdul Ghani dan Tuan Guru Haji ‘Abdul Aziz bin Haji Abu Bakar bin Haji Abdul Latif bin Abdul Ghani (1923 – 1987). Beliau juga berguru dengan Tuan Guru Haji Hasyim Abu Bakar yang merupakan adik ipar kepada  Tuan Guru Haji Musthafa bin Haji Abu Bakar dan Tuan Guru Haji ‘Abdul Aziz bin Haji Abu Bakar.

Tuan Guru Haji Abdul Latif bin Haji Abdul Rahman @ Pak Teh menuntut ilmu di pondok Pasir Tumboh dari tahun 1959 – 1967. Pak Teh sempat berguru kepada lebih kurang 20 orang tuan guru dari Kedah, Perak dan Kelantan sepanjang pencarian ilmunya. Diantara tuan guru beliau adalah:-
  • Tuan Guru Haji Musthafa bin Haji Abu Bakar bin Haji Abdul Latif bin Abdul Ghani
  • Tuan Guru Haji ‘Abdul Aziz bin Haji Abu Bakar bin Haji Abdul Latif bin Abdul Ghani (1923 – 1987)
  • Tuan Guru Haji Hasyim Abu Bakar ( penguasa Pondok Pasir Tumboh kini dan sedang uzur)
  • Tuan Guru Haji Mat Saman Kati
  • Tuan Guru Haji Abdul Rahman Ahmad
  • Tuan Guru Haji Sulaiman Mohd Rabik (mungkin yang di maksudkan adalah Tuan Guru Haji Sulaiman bin Ahmad Rabat, Pondok Chegar, Pendang, kerana beliau adalah merupakan tenaga pengajar di pondok tersebut dan seterusnya mengambilalih pondok tersebut setelah ayahandanya, pengasas pondok tersebut meninggal dunia pada tahun 1962 – abu zahrah. Wallahu a’lam)


Membuka pondok: Setelah menamatkan pengajiannya di Pondok Pasir Tumboh, beliau kembali ke kampung halamannya dan membuka pondok beliau sendiri pada tahun 1967. Pada peringkat awal pelajar beliau hanya beberapa orang sahaja. Namun sehingga kini pondok ini telah mengeluarkan ribuan pelajar agama. Uniknya pondok ini, tiada bekalan elektrik di pondok bujang dan muslimat. Pelajar menggunakan lilin atau pelita untuk mentelaah. Bekalan elektrik hanya untuk rumah kelamin sahaja. Manakala kitab-kitab yang digunakan untuk pengajian, adalah kitab-kitab turats sebagaimana yang digunakan oleh pondok-pondok terdahulu. Kitab-kitab turats yang beliau ajar di pondok beliau merangkumi kitab jawi dan ‘arab di dalam pelbagai bidang ilmu.


Antara kitab-kitab turats yang beliau ajar adalah:
  • Tafsir: Tafsir Jalalain, an-Nasafi dan al-Baidhawi (jawi)
  • Hadits: Muwattho`, al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibn Majah, at-Tirmidhi (menggunakan kitab Bahr al-Madhi karangan Syeikh Idris al-Merbawi), Tajridus Shorih, Riyadhus Sholehin
  • Tauhid: Fath al-Majid, Tuhfah al-Murid, Aqidah an-Najin (jawi)
  • Fiqih: Fath al-Qarib,  Fath al-Muin, Fath al-Wahhab, I’anah ath-Tholibin, Tahrir, Mughni Muhtaj, Mahalli, Kifayah al-Akhyar, Iqna, Matan Zubad, Matla’ al-Badrain (jawi), Bughyah at-Thullab (jawi), Sabil al-Muhtadin (jawi), Kasyf al-Litsam (jawi) dan Kifayah al-Muhtadi (jawi)
  • Ushul Fiqih: al-Asybah wa an-Nazair dan Jam’ al-Jawami’
  • Tasawwuf: Minhaj al’-Abidin, an-Nashoih ad-Diniyyah wa al-Washoya al-Imaniyyah dan Sair as-Salikin (jawi)
  • Shorof: al-Kailani, al-Mirah dan Shazz al-Urf
  • Nahwu: Mutammimah, Syeikh Kholid, al-Ashmawi, al-Azhari, al-Qatr an-Nada, Syarah Ibn ‘Aqil, Syuzur al-Zahab, Audhoh Masalik Syarah Alfiyyah Ibn Malik Mughni Labib, Ashmuni, Shobban dan lain-lain
  • Ulum hadits: Mustholah al-Hadits (karangan Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki), Taqrirat as-Saniyyah Syarh al-Baiquniyyah
  • Ilmu Tafsir: ‘Atiyyah ar-Rahman
  • Mantiq: ‘Isaghuji

Selain mengajar di pondok beliau, Pak Teh juga mengajar di beberapa tempat lain. Antara kitab yang diajarkan seperti, al-Majmu Syarh al-Muhazzab, al-Asybah wa an-Nazair, Iqna, Hikam syarah Tok Pulau Manis(alhamdulillah al-Fagir bersempatan duduk di pengajian 4 buah kitab ini beberapa kali), Minhajul ‘Abidin dan lain-lain.

Oleh kerana ke’alimannya, maka Pak Teh dilantik oleh Kerajaan Negeri Perak untuk menganggotai Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak. Beliau menjawat jawatan tersebut sejak dari tahun 1994 sehinggalah beliau meninggal dunia. Pengetahuannya yang luas dan mendalam khususnya ilmu alat dan kecermatannya dalam mengeluarkan sesuatu usul atau pandangan telah banyak membantu perjalanan Jawatankuasa Syariah dan Majlis Fatwa Perak.

Teman seangkatan: Teman seangkatan dengan beliau, antaranya adalah Tuan Guru Haji ‘Abdul Halim bin Haji Majid Pondok Sungai Jagung, Pendang, Kedah; Tuan Guru Haji Muhammad Lias Pondok Keledang, Temerloh Pahang; Tuan Guru Haji Man Matang Nibung, Pida 3, Jitra Kedah; Tuan Guru Haji Man Imam Masjid Kg Telok, Kepala Batas, Alor Setar Kedah; Tuan Guru Abdullah Sidam; Tuan Guru Haji Sabran Asmawi, Bagan Serai, Perak dan ramai lagi.

Sifat dan keluarganya: Beliau seorang yang wara dan tawadhu. Seorang yang sederhana di dalam aspek kehidupan. Seorang yang bersikap terbuka, tanpa mengira fahaman politik seseorang.  Sangat menghargai masa. Beliau minat dalam bercucuk tanam dan berkebun buah-buahan, iaitu sifat yang beliau warisi daripada ayahandanya. Minatnya itu juga kini tertumpah pada anak-anak muridnya di mana pelbagai jenis tanaman ditanam di pusat pengajian tersebut. Selain dapat memanfaatkan tanah-tanah yang ada, hasil tanaman ini juga dapat memberikan pendapatan sampingan apabila dijual. Antara tanaman yang ditanam seperti ubi kayu, pinang, pisang, nenas, kangkung, bayam, sawi, tebu dan bermacam-macam buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk pokok-pokok akar kayu untuk perubatan.


Seorang teman memberitahu al-Fagir, katanya Pak Teh seorang yang lurus dengan niatnya (hasratnya). Kalau beliau sudah berniat untuk ke kebunnya dan di dalam masa yang sama beliau di kunjungi tetamu, maka katanya, Pak Teh akan ke kebunnya sebentar bagi menunaikan apa yang telah beliau niatkan.
Dari segi ‘amalannya, al-Fagir tidak tahu decara pasti tariqat apa yang diamalkan oleh beliau, kerana ada yang berkata Syathariyyah, ada yang kata Samaniyyah. Wallahu a’lam. Namun menurut secara perkiraan al-Fagir, beliau mungkin mengamalkan thariqah Samaniyyah yang diperturunkan melalui guru beliau, Tuan Guru Haji Mat Saman Kati, kerana beliau juga merupakan Penaung Jemaah Thariqat Samaniyyah.

Hasil dari perkahwinannya dengan Mak Teh (nama tubuh, Halimatssa’adiah binti Haji Jusoh), beliau di anugerahkan 10 orang anak, iaitu 7 putera dan 3 puteri.

Meninggal dunia: Sekitar jam 1.00 pagi, hari Khamis , 21 Syawwal 1431H bersamaan 30 September 2010, sekitar jam 1.00 pagi, beliau telah kembali kerahmatuLlah. Ribuan yang hadir untuk menziarahi jenazah beliau. Sholat jenazah pertama diadakan di pondok beliau. Kemudian jenazah dibawa ke Masjid dan disholatkan sekali lagi dengan diimamkan oleh Tuan Guru Haji Salleh Sik. Hampir 5,000 orang yang hadir. MasyaAllah. 

قدمات قوم وماماتت مكارهم * ومات قوم وهم في الناس أحياء
فالجاهلون مواتي قبل موتهم * والعالمون وإن ماتوا فأحياء
Telah mati satu kaum namun tidak mati kemuliaan mereka
Dan telah mati satu kaum, namun mereka hidup diantara manusia
Orang-orang yang jahil, mereka adalah mayat sebelum kematian mereka
Sedangkan para ulama, walaupun telah mati namun mereka tetap hidup (di hati manusia)

Orang ramai membanjiri Pondok Pak Teh untuk menziarahi jenazah beliau

Jenazah Pak Teh di bawa masuk ke dalam masjid untuk disholatkan
Orang ramai penuh sesak di dalam masjid untuk mensholatkan jenazah Pak Teh
Sholat jenazah ke atas Tuan Guru Pak Teh yang diimamkan oleh Tuan Guru Haji Salleh, Sik
Jenazah Pak Teh dibawa ke Masjid, lihat disini

Amanat Pak Teh 2 hari sebelum kewafatannya: Menurut akhi Helmi, Pondok Sik di blog beliau: “Tuan Guru Haji Salleh semasa menziarahi jenazah Pak Teh pagi tadi, ada seorang murid yang rapat dengan Pak Teh memberitahu Tuan Guru Haji Salleh tentang pesanan Pak Teh dalam kuliah 2 hari lepas. Pak Teh berpesan pada murid beliau: “Sekarang kita (pelajar agama) kena pakai (ikut) fatwa yang dihukum Tok Guru Haji Salleh Sik”. Pak Teh berkata seperti itu kerana sudah tiada ahli yang tahqiq (mantap) dalam menguasai ibarat kitab seperti ulama silam. Di sebelah utara semenanjung tokoh ulama yang tahqiq, sangat-sangat kurang dan boleh dikatakan sudah tiada. Oleh kerana itu beliau meminta Tuan Guru Haji Salleh memimpin solat jenazah Pak Teh tadi. Tuan Guru Haji Salleh menceritakan pengalaman beliau dengan Pak Teh. Kata Tuan Guru Haji Salleh: “Pak Teh masa hidup kalau jumpa (bertemu ) aku,dia kira (Pak Teh suka) peluk aku ja la dia.”

Pengiktirafan oleh pemerintah: Pak Teh, Tuan Guru Haji ‘Abdul Lathif bin Haji ‘Abdul Rahman telah dianugerahkan kurniaan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) pada 19 April 2004 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, sempena menyambut ulangtahun hari keputeraan ke bawah duli Sultan Perak ke 76. Penganugerahan ini adalah merupakan pengiktirafan keatas jasa-jasa beliau di dalam memartabatkan agama Islam di negeri Perak.

Demikianlah serba ringkas biografi Pak Teh. Seorang demi seorang ulama kita berpergian, sampai pada akhirnya tidak ada lagi yang dapat mengantikan mereka. Kemarin kita mendapat khabar pemergian Pak Teh, besok entah siapa pula ulama yang akan mengikuti pemergian mereka. Hilangnya mereka susah untuk mendapat pengganti. Kita mampu mengeluarkan beribu-ribu sarjana, kita mampu mengeluarkan beratus-ratus pemikir Islam, tapi apakah kita mampu mengeluarkan ulama-ulama yang alim dan rabbani? Maka akhirnya nanti tinggallah orang-orang bodoh yang mengaku ulama, berpakaian seperti ulama, bergaya persis ulama, tetapi tidak memiliki ilmu dan akhlak seperti seorang ulama, lalu mereka akan menjawab segala pertanyaan masyarakat awam yang haus dengan ilmu pengetahuan, sehingga mereka sesat lagi menyesatkan, benar sekali sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, sepertimana yang diriwayatkan oleh Sayyiduna Abdullah bin ‘Amr bin Ash رضي الله عنهما: Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)

Tidakkah pemergian mereka ini musibah bagi kita dan umat Islam seluruhnya? Iya, musibah besar! Di dalam sebuah hadits yang di riwayatkan oleh Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi daripada Abu Darda رضي الله عنه katanya: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  bersabda (maksudnya): Sesiapa yang pergi di pagi hari kerana inginkan ilmu dan untuk mempelajarinya semata-mata kerana Allah Ta’ala, nescaya Allah Ta’ala akan membukakan baginya satu pintu menuju syurgaNya, para malaikat membentangkan sayapnya untuknya dan demikian juga ikan-ikan dilaut. Kelebihan orang yang alim itu ke atas orang yang abid apalah seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang dilangit. Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu qabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim.

Kata Sayyiduna ‘Umar رضي الله عنه: Kematian 1000 abid (ahli ‘ibadah  - yang jahil -) yang bangun di malam hari dan berpuasa di siang hati, lebih ringan daripada kematian seorang ulama yang memahami hal-hal yang dihalalkan dan yang diharamkan oleh Allah.

Akhirkata, marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah al-Faatihah dan surah Yaasin kepada Tuan Guru Haji ‘Abdul Lathif bin Haji ‘Abdul Rahman serta mendoakan beliau. Al-Faatihah .....

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نُزُله . ووسع مُدخلهُ . واغسله بالماء والثلج والبرد ، ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس ، وأبدله داراً خيراً من داره ، وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً خيراً من زوجه وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر  ومن عذاب النار

Semoga patah tumbuh hilang berganti …. Biarpun yang tumbuh atau yang ganti itu tidak sehebat yang telah pergi ………

Al-Fagir memohon ampun maaf andaikata ada kesalahan atau kesilapan fakta. Semoga para pengunjung sudi untuk membetulkannya.


Sekian dari,
Al-Fagir Abu Zahrah al-Qadahi
Taman Seri Gombak
Dhuha, 25 Syawwal 1431/4 Oktober 2010

Pak Teh sholat jenazah di kubur Ustaz Bukhari Harun - 10 Ramadhan.                                                        

Jumaat, 5 November 2010

ampun maaf dipinta kepada semua

*stop blogging for a while*

Khamis, 4 November 2010

jelly-ous



"Nape wujud cemburu?"
"Dia bukan awek gua,tapi gua jeles tengok laki lain rapat ngan dia"
"Hati berdetak-detak marah nak sepak sang cemburu tu...kuajja"


3 ayat ni tak abis-abis gua coret kat meja uni tadi.Haha..kalau rois jamiah tau,kompem kena buang uni la jawabnya.Gua bukan nak dibuang uni,gua nak dibuang perasaan cemburu tu.Bak kata orang yang lidah mat saleh sikit : "Jelous"...bukan Jenniper Lopez...haha

Gua tengah frust ngan exam tadi,yang agak-payah-sedikit.Tambahan pulak,soalan tu macam matematik tambahan yang selalu je gua tuang kelas kat maahad dulu.Pi tidur kat bilik pengakap la.Pi baca sorat kabo kat library la.Paling setang pun gua tidur kat masjid.

Malas nak karut..cuma gua nak jawapan 3 ayat gua atas tu.Dan kawan gua sendiri main kasar...haha

p/s : gua cepat jadi gile...jangan kawen ngan gua..keh3

Selasa, 2 November 2010

sarung cincin di jari manis mu...



"Bittaufiq"
nak send ke tak?

Tu yang aku pikir time nak send sms tadi.Aku takde keberanian hantar sms kat kawan aku.Bukan senang nak lawan nafsu bai.Dengan nafsu la kita ditarik masuk dalam neraka.Hatta neraka jahanam sekalipun boleh ditarik masuk.Bukan benda kecik kalau kite sentuh bab nafsu ni.

Kawan aku siap gelak bila tengok aku tak hantar sms tu.Bajet aku ni berani kacau anak dara orang la.Aku delete sms n simpan kredit untuk sms besday mak aku.Haha..."pengecut la ko" tu la kawan aku cakap kat aku.Aku senyum je.Diam bukan tanda aku setuju yang aku ni pengecut,tapi aku tak nak ada api kemarahan timbul dalam dada.

Aku pengecut?dalam bab nak menuju ke alam perkahwinan takde kalimah pengecut bai.Cuma kita kena paham ape itu peraturan dan landasan yang telah ditetapkan.Kalau bahagian sana tak selesa dengan tindakan kita,itu bukan jalan terbaik untuk ke gerbang perkahwinan.Kalau sekali nafsu masuk dalam hubungan korang,kompem bahaya.Maaf kalau post aku kali ni macam sengal.Aku nak kongsi nasihat dari murobbi aku,Dr Zaki yang selalu bagi aku nasihat.

Kalau kita nak seseorang tu,kita kena main ngan nafsu kita.Jangan kali biar sekalipun.Sebab kalau kita kalah ngan nafsu,rumahtangga kita bakal diterajui dnegan nafsu.So,tindakan aku tadi tu tepat la...jangan hantar sms or contact awek yang ko aim nak wat bini.Sebab bile korang main ngan nafsu,payah nak control.

So,jangan main ngan nafsu.Korang hanya perlu cool dan sibukkan diri dengan benda lain yang buat diri anda tahu....nafsu dah tewas.Settle problem.Haha...ngarut tul post kali ni.

p/s : kalau nak kawen.......beli cincin.....masuk minang......settle......cinta?....tak perlu kot

*ni cara pandangan seorang bujang...jangan terima bulat-bulat..haha

Isnin, 1 November 2010

pencapaian setahun



Radhi Muhammad Noh :
Timbalan MMY 2010/11
Murobbi Tahfiz Az-Zikr
AJK Out-station MMY 2011 (teknikal)

Mohammad Fadlan ismail :
Ketua Biro Multimedia dan Publisiti MMY 2010/11
AJK ADHA (agihan) PERMAI 2011
AJK Out-station MMY 2011 (persegaran)

Khairul Naim Mansor :
Ketua Unit Multimedia dan Publisiti BKASJ 2010/11
Pengarah Aidilfitri PERMAI 2010

Mohd Farhan Mansor :
AJK Unit Multimedia dan Publisiti BKASJ 2010/11

Ahmad Naqiuddin Awaluddin :
Ketua Unit B Arab Ammiyah PERMAI 2010/11
AJK Unit Multimedia dan Publisiti BKASJ 2010/11

Rakif Selamat :
Ketua Biro Penempatan dan Perhubungan PERMAI 2010/11
AJK KARISMA 2011

Amirul Hafiz Ali :
Ketua Unit Zakat BKASJ 2010/11
AJK PROSPEC 2011 -> Pengarah

Muhammad Hatta Shafri :
Ketua Biro Akademik MMY 2010/11
Pengarah Rumah Terbuka BKASJ 2010
Biro Program Family Day BKASJ 2011
AJK Multimedia Maulidurrasul PERMAI 2011
AJK Out-station MMY 2011 (program)

Hasrul Wahab :
AJK Unit Penempatan dan Perhubungan PERMAI 2010/11
AJK Fakulti B Arab MMY 2010/11
Pengarah Maulidurrasul PERMAI 2011
AJK KARISMA 2011
AJK FiqhMedic 2011 (program)
Pengarah AGM BKASJ 2011

Ahmad Mustaqim Yaziruddin :
Ketua Fakulti B Arab MMY 2010/11
AJK Unit Penempatan dan Perhubungan PERMAI 2010/11
Pengarah PROSPEC 2011 -> ganti Amirul Hafiz Ali
AJK KARISMA 2011

Mujahid Azmi : Database Not Avaible

Amirul Hafiz Ahmad Lutfi : Database Not Avaible

*PERMAI : Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid
*MMY : Majlis Mahasiswa Yarmouk
*BKASJ : Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan