Jumaat, 30 Oktober 2009

Syita' sonata


Wa...ari ni je dah mula bias-bias syita'(winter) menjelma...semalam pukul 12 jam semua orang dikehendaki putar sejam ke belakang(pukul 11 la jadinyer)...sebab musim sejuk dah mula menjelma..biar la belum turun snow...jadi sekarang beza masa sini ngan malaysia jadi 6jam...huhu..lme tul..

Hari ni hujan turun selebat-lebatnya..dah la sejuk..pi solat jumaat tadi pon dalam keadaan basah..,time ni la tengok masjid penuh dengan orang..macam-macam fesyen arab dah kuar..ade yang pakai jubah sejuk...baju sejuk..sweater...pi-pi je takde tempat nak solat..solat la kat tempat terbuka..solat atas air..betul apa yang orang kata..sujudlah kepadaNya di mana jua kamu berada..time sujud rase sejuk je..haha..orang arab respek melayu solat atas air...hehe


Musim sejuk mesti la snow kan??hehe...ni baru nak masok..kena la turun air..lame2 kang kuar la snow tuh...hujan tu tanda musim sejuk masok..snow..karang-karang la..sabor yea..

tu je nak repek..salam semua..moga dapatla aku study time sejuk-sejuk nih..hehe

Khamis, 29 Oktober 2009

29/10


Nasib baik la tak terlupa...hari ni hari yang bersejarah dalam hidup aku...Hari ini hari lahir insan yang melahirkan aku ke dunia yang penuh pancaroba ini....aku terdiam memikirkan jasa yang mengAwan tinggi...

Ibu..Emak..Ummi..satu kalimah yang biasa ditutur oleh lisan tanpa merasa syukur dalam mengucapkannya..padahal jasa yang dikorbankan selama ini begitu banyak...

Jasa beliau begitu banyak...dalam mendidik,menjaga dan membentuk diri kita hingga menjadi diri kita sekarang...Kini,tiba masanya kita berfikir sejenak dan seketika bagaimana caranya untuk membalas semua itu...

Sebagai insan yang ditaklifkan pelajar,belajar merupakan salahsatu cara membalas jasa mereka...pabila belajar cemerlang,kita berjaya lantas jasa mereka dapat dibalas...Namun,pastikan belajar itu disuluh nur iman dan hindari fitnah syaitan kerana janganlah kita menjadi anak yang berjaya tetapi ibu ditinggalkan...

Sempena 29/10..saya mengucapkan..Selamat Hari Lahir Ummi!!!!

Transfomasi..Hibernasi

wa...blog ni aku TRY tukar type camni la..nak nampak kemas but not beuty as before...aku wat bende mi penat lelah sebab die pun collumn berbeda-beda....erm..kepada semua yang lawat blog nih..SILA VOTE DI POLL BELAH KANAN ANDA...time kacih!!!

pagi-pagi aku baru nak tido..banyak keje markaz kena wat...tapi perut meragam,banyak kali aku masok toilet..melebihi kali aku ke universiti dalam seminggu tuh..wa..wa..memang sakit...

nak tido takleh lak...aku pon gagahkan diri untuk tido..but,sakit tu menjadi-jadi...akhir dalam toilet pon tersengguk-sengguk..(haha...)..lagi bape jam nak sboh baru boleh tido...bile azan aku solat..n badan aku cam arituh..bahkan lebih mengganaz...aku tertido n sedar tak sdar dunia berpusing-pusing...PENING!!!...aku pon masok dalam selimut,berHIBERNASI la aku untuk rehatkan badan...

sedar-sedar aku PONTENG NGAN PENYAKIT lagi ma....2 kali seminggu..aduss,mesti doc omar marah...huhu..niar la..aku sakit sangat..ni taip-taip pun blom sembuh sepenuhnya...

Sebab tu aku nak ingatkan korang hargai ape itu SIHAT.......sekian

*Jordan semakin parah...

Rabu, 28 Oktober 2009

Citer apek n ayam


Hahaha..diriku dah sihat..time boring duduk umah semalam aku terbaca sebuah kisah..tentang apek dan ayam...

Alkisah bermula di sebuah kampung bernama Tacin...ada seorang apek yang mahu mewarisi perniagaan abahnya...tapi semua kisah ni berpunca dengan perbualan dia ngan abahnya itu:

Abah:apek..lu mau amik gua punya niaga tak??
Apek:tara hal abah..apek boleh saja..tapi kena pegi latihan ma...
Abah:owh..tapi abah ada syarat...abah mau lu niaga ayam untok bekal kedai KFC abah
nih..boleh?kamu kena la beli SEKOR ayam..tara lebih-lebih...kang payah nak jaga..
Apek:ok abah..esok apek pegi kedai usha ayam...

Esoknya,apek pon pegi la kedai kawan dia,Hup Seng...pegi usha ayam betina...ade berjuta ayam betina kat situ...setelah apek usha n usha..lepas wat saringan berkala,dia pon puas ati ngan pemilihan the best die...

Tapi,apa yang jadi prob nyer...die berkenan dengan 4 ekor ayam betina...syarat abahnya sekor saja..dia pon call henset sony erikkson abahnya..

Abah:aloo..amacam mahjong ma..lu kacau je...
Apek:abah..apek nak beli 4 boleh?
Abah:apa lu cita ni?SEKOR je..lebih lu aku tukar ngan ayam tuh..SEKOR

Panggilan terputus dan apek pon berlalu pulang...dia melihat ayam-ayam yang girang bermain dalam reban...sampai umah je,dia terus packing2 nak ke kem latihan perniagaan ayam..pas 4 bulan kang dia mesti balik dengan ijazah perniagaan dan memilih sekor ayam untuk buat permulaan perniagaannya...

Dalam kem tuh,ada salah sekor ayam yang ingin die beli menjadi modul dalam kem tuh..tiap-tiap ari dia tengok ayam tuh...lupe lak bagitau,kem perniagaan nih diadakan di Manchester...3 ekor ayam masih lagi berada di reban menunggu kepulangan apek yang still KELIRU nak wat pemilihan....

*THE END*

Ape yew seterusnya??kang aku update bile abis baca...

Selasa, 27 Oktober 2009

Hubungan lelaki dan perempuan

Bismillahirrahmaanirrahim

Ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan). Adakah sama sekali tidak boleh? Apakah hukumnya? Mungkin kebanyakan kita pernah mendengar mengenai masalah ini, mungkin juga tidak.

Demi cinta dan sayangku kepada muslimah-muslimah di seluruh dunia, ku cuba menterjemah sedikit secara bebas dari buku Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, saya hanya mengambil di kesimpulan dari keseluruhan jawapan penanya soalan. Teguran dan nasihat amat diharapkan. Semoga ianya dapat memberi faedah kepada semua khususnya para muslimah insyAllah.

Amma ba’d:

Pertemuan ataupun perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan secara mutlak, bahkan harus mahupun dituntut jika tujuannya adalah mulia, memberi manfaat dan menambah amal soleh(seperti menuntu ilmu), membawa kebaikan, dan perkara-perkara yang mana berhajatkan bantuan dan pertolongan dari kedua belah pihak (lelaki dan perempuan) berlandaskan batas-batas, tujuan yang betul dan penguatkuasaan yang berkesan.

Walaupun dibolehkan, kita sama sekali tidak mengabaikan batas-batas dan syariat yang telah ditetapkan oleh Islam :

1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya (lelaki dan perempuan jangan gatal menjeling-jeling), tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat, dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat. Allah SWT berfirman :

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".(30)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,(31)

An Nuur : 30-31

2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan dan sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan wajah, tidak jarang (tipis) dan tidak menampak bentuk tubuh, Allah SWT berfirman :

dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, ,(31)

Surah An Nuur : 31

Dikuatkan lagi daripada para sahabat yang dimaksudkan dengan “perhiasan” ialah dua tangan dan wajah.

Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firmanNya :

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. (59)

Al Ahzab: 59

Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan yang semberono perangainya, dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian dan akhlaknya, pasti akan menghormati dan menyeganinya.

3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara, terutama ketika bermuamalat dengan lelaki :

i. Percakapan , hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan, Allah SWT berfirman :

Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,(32)

Al Ahzab : 32

ii. Berjalan, Allah SWT berfirman :

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (31)

An Nuur : 31

Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firmanNya :

Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan (25)

Surah Al Qashah :25

iii. Pergerakan, tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) dan tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.



4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.

5. Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka, ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya, (Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api dan kayu bersama (makin ‘terbakar’ la kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berduaan.

6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat (cth: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip-gosipan, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah dan pertarbiyahan bangsa(anak-anak).

Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang taat. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dengan keyakinan ini, marilah disaat ini kita mula menjadi seorang yang terbaik disisiNya insyAllah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Rujukan :
Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, maktabah wahbah, cetakan pertama 1996 m – 1416 h

DICEDUK DARI ILUVISLAM.COM

Ponteng dengan penyakit


Salam...

hari ni aku tak pi markaz sebab dari semalam badan rasa tak selasa..eh2,tak selesa...nak tido semalam pon tak senang...guling kanan..guling kiri..last2 aku pon tak sedar tido pukul bape...

bangun subuh je aku rasa nak pitam..bilik aku berpusing-pusing macam aku main rollercoaster...aku tengok jam..aku pon tak dapat tau kul bape sebab otak jadi lembab kot...last-last aku jalan pi bilik air n solat..abis solat je aku gagahkan wat keje markaz yang melambak...tapi,aku kalah gak...aku tidor...

sedar je dah siang..aku call Dr Omar bagitau yang kerja sekolah aku suruh rakif bawak kan..die kata takyah pon takpew..kesihatan aku lagik penting...pas call jew aku berlari ke langit..eh2,silap-silap...berlari ke jam*** nak buang air...penyakit kedua lak timbul...

aku tidur sampai la budak-budak umah aku pergi markaz..bangun je aku sarapan..tanx kepada yang masak(sedap!!)...

pastu aku mulakan sesi jadual harian.....The End...

*ni la citer pasal aku yang ponteng dengan penyakit...harap-harap esok sihat

Isnin, 26 Oktober 2009

Mantiqah yang ku isi

Muktah..Amman..Irbid...

3 mantiqah (daerah) yang ku isi kat ruangan borang keluar negara...3 mantiqah ni berjaya aku menjejakkan kaki...semua tempat ni aku dah tengok ngan mata kepala aku...pelbagai suasana yang berbeza di 3 tempat nih...

Muktah:mengajarkan aku erti kesusahan dalam meneruskan keselesaan hidup

Amman:mengajar aku mencari ilmu dengan pengorbanan harta

Irbid:mengajar aku dengan pelbagai ragam manusia

Memang benar tidak dapat dinafikan penyesalan memijak bumi jordan nih...sebab ilmu mutiara tidak sebanyak ilmu di mesir...apa yang aku harapkan belum dapat aku laksanakan setakat aku ada di bumi jordan ini...

pernah seorang arab(ramadhan ari tu)bercakap kat aku:

"bumi jordan ini bukan seperti mesir..tapi berkilau lebih dari mesir..."

Insya'allah dengan berkat sahabat dan keluarga,aku akan meneruskan misi di jordan ni..dengan melawat 3 mantiqah pilihan aku....

Sabtu, 24 Oktober 2009

Mai dengar cerita Muktah




Aku dan semua Jaisian akhowat n syabab naik couster kat depan simsimah tepat jam 7 malam..kitorang pon memulakan adventure ke muktah...biar aku takde mood jenjalan sebab meter aku fall la petang tuh...kitorang gerak dengan kegelapan malam...

Sampai je muktah,kitorang tido umah syabab DQ..ramai la kawan BTN hari tuh..huhu..epi la cikit ati nih..duduk ngan budak-budak ni aku berasa syukur sangat duduk kat Irbid sebab kat muktah ni problem air memang la..xleh nak cakap..sistem diorang gune lori tangki nak topup air..kitorang pam je air tu dari motor...makan ngan diorang memang mewah..murahkan nak dikatakan..muktah ni kire area kampung kat jordan nih...n banyak tempat bersejarah...

Pagi esok je kitorang jenjalan keliling muktah bermula dengan Karak's Castle(kubu Karak)..kubu ni telah dirampas oleh salehhuddin al-ayubbi dari pihak rom..memang lawa la..dari sini kitorang nampak Laut Mati!!!wo..memang la..aku xleh nak cakap..kubu ni macam buat guna machine..hebat2...

pastu kitorang pon jalan kat bawah bukit...kitorang pegi kubur!!hehe..nape ye??sebab kat irbid aku lom jumpa kubur...xla..sebab kat situ ade makam nabi nuh(kononnya..orang kg yg cakap)...tapi x rojih la..memang wangi la makam tuh...dari situ gak (kononnya..orang kg yg cakap)...kitorang nampak batu-batu yang bersusun macam kapal Titanic..betol..tapi aku lebih percaya yang semua tu bukan..sebab bukit judi kat tempat lain..

then,kitorang pi Marzar...yakni ke sebuah masjid..ape kitorang wat selain solat jumaat??kitorang menziarah makam 3 syuhada':Ja'afar at toiyyar..Zaid bin harithah...Abdullah bin rawwahah....nak tau ape sejarahnya??karang2 aku post....aku terpegun tengok makam syuhada'..aku ade rasa syahdu..(aku menangis??)..

pas pi ctu kitorang pi openhouse n balik rehat..ponat ma..nak maghrib je kitorang naik atas bumbung rumah nak tengok sunset..(tu pic kat atas tuh..)..kitorang bertolak balik pas maghrib..\

on the way balik..kitorang terperangkap ngan ribut pasir..benti la couster dalam 4 5 minit..takut ma..keliling kitorang debu je...kuning je..dah la kat padang pasir..(macam pic ayah gi umrah)...kitorang berKauTim ngan drebar ntok jenjalan lalu Jarash..huhu..lawa gak la..ade tembok-tembok n tiang-tiang peninggalan perang dulu..the kitorang sampai la umah kul 10 malam...THE END..

TUNGGU AKU COLLECT PIC KAT JAISIAN..KANG AKU POST..LAWA...

Khamis, 22 Oktober 2009

Jelajah muktah...


Huh..malam kang nak pi jenjalan ke muktah lak...

ade jemputan..mula-mula memang la terasa best sangat nak jenjalan...tapi bila dapat tau satu bende,aku pon fall down la meter semangat..huhu...

aduss..ape la nak jadi...pi muktah malam-malam...gelap je..biar la...aku pon boring kat umah...tapi pi kang bukan rasa best...huhu...

JANGAN TANYA KENAPA TAK BEST JENJALAN KE MUKTAH

p/s:next post aku letak gambor...bye2..

Untungnya berUsrah


Wa..lame tul pikir pasal post nih..aku tengok senior-senior aku JUST@YU semua dah ade "orang rumah"..kitorang ade gak la rasa jelez..sape tak rase tu tipu la..yew la..tengok berkepit je..ke sana ke mari..huhu...

Semuanya berlaku kat perbualan aku kat dapur:

M:la..susah la masak-masak ni..payah
Moja:erm,btol gak..kena potong tu la potong ni la..pagi-pagi kena bangun awal(aku selalu turn pagi)
M:kan bagus kalau..(sambil angkat kening dan senyum-senyum)
Moja:kahwin??

Erm..aku lak amik Pengurusan Rumahtangga..best gak la kalau paham..sekarang slow-slow menjadi faham...Nikah ni satu pengikat bagi 2 insan yang berbeza jantina demi membentuk satu organisasi yang bakal menjadi unit kecil dalam masyarakat..bukan bertujuan nak dapat anak n berkasih-kasih..sebab mereka berdua ni bakal memberi contoh kepada generasi yang akan datang samada menjadi baik or buruk...

Orang selalu sebut senang je.."Kahwin la.."..diorang tak tau yang membina masjid or organisasi ni susah beb...nukan cam beli gula-gula kat kedai AhSeng...sebab bila kita nikah nanti,kita nak bawa keluarga kita ke arah mana??besar wo tanggungjawab..orang muda zaman sekarang berkasih sayang tanpa nikah..sebab diorang tau yang bawa keluarga tu susah...cube try tanya kat couple kat taman tu.."Abang-abang,nape x kawin je?kan senang..dosa pon tak dapat"...kompem die jawab"giler ko..ingat keluarga ni senang cam ABC ke?"...

Sebab tu la kita kena belajar cara camne nak uruskan famili mengikut islam(promote ckit)...kalau dalam islam isteri itu bukan khadam..tapi kita suami kena membantu isteri dalam uruskan famili..ni belum sebut pasal anak n adab-adabnya...kite gi slow-slow...

Nikah..memang payah..cube kite renung n fikir baik-baik,lafaz akad nikah tu..kan payah nak sebut..lidah pon berat nak ucapkan..sampai berlipat pon ade..hehe..sebab penuh dengan tanggungjawab yang bakal dipikul pada bahu si suami...

Cerai..senang sangat nak lafaz..betul!!aku tak tipu..salah cikit je..aku ceraikan ko..xyah praktis 2 3 kali..lancar je..xde sangkut-sangkut or lidah berlipat...sebab ape??sebab lepaskan tanggungjawab memang senang..n syaitan pon suke..lebih-lebih lagi tanggungjawab yang berkaitan dengan Islam..


tu je post kali ni..sebab dah lama bersarang dalam otak bende ni...Aku bile nak nikah??lambat
lagi la makcik-makcik n pakcik-pakcik ku...Salam najjah.

Selasa, 20 Oktober 2009

انتخابات

kalimah atas ni bermaksud Election or PilihanRaya..ermm,tadi tima dalam perjalanan balik kuliah nak ke masjid,dengar la bunyi orang bising-bising kat kuliah ekonomi islam...biar la,ingat kan ade demonstrasi siswa k pebende...

pi depan cikit kat syu'uun tolabah,ade gak bising-bising...bunyi yang sempat teling aku tangkap...

"revolusi..revolusi..."
"ahmad....ahmad.."
*"berubah...berubah..."

Bile jumpa guard markaz,dia kata ni la suasana Pilihanraya...ade ke orang melalak-lalak n lompat-lompat sambil menari dan jerit-jerit ucapan kat atas tu..eish,pelik tul orang arab nih...

balik solat asor je pi gunting rambut...RM15..pergh!!!tapi servis ok la..die cuci siap rambut kite..bagi wangi2...hehe..tapi ni last kot..serik-serik...

time nak balik maghrib tadi,memang la..ade k budak kecik baru umur 3 4 taun dah pandai tepuk tangan depan kedai muzik..kecik-kecik dah diajor cara berhibur..tapi budak tu memenag cute...hehe..

*Arab Membawa Pemikiranku Berfikir*

Isnin, 19 Oktober 2009

Bye-bye sahabat

Wa..kejap tul sebulan..kini sahabat kite semua nak pi dah..nama dia:"Syawal"

Erm..sepanjang bersama dia ni ada tak kite amik kesempata..eh2,peluang untuk berpuasa dengan dia sebanyak 6 hari???rugi la bagi yang xpose dengan dia sebab dalam satu hadith:

Brangsiapa berpuasa sebulan ramadhan dan 6 hari syawal,mendapat akan dia puasa satu tahun(pahala)

Wa..banyak tu..sape la xnak gaji setahun..huhu..tapi ada yang berpuasa 6 syawal sebab nak kurus..
Emmm..betul k niat ni??mana leh,niat dah terpesong..kita kalau pose kena la gemuk..gemuk rohani..sebab time pose ni la kita banyak amal..n banyak masa..yew la,tolak masa2 berikut:

Sedia bahan:10 min
Tumis n masak:20 min
Makan:15 min
Basuh pinggan:5 min
Kemas dapur:5 min

Total:55 min..

kan banyak masa tu..kalau dah 3 kali sehari makan..55x3=165 min

wa..lama tu..oleh tu,pose ni bukan nak kurus..tapi nak gemuk..hehe..aku post ni sebab rse kompius..ari ni syawal last k semalam?? (still x dpt beza tarikh malaysia n jordan)..salam najjah semua...

Ahad, 18 Oktober 2009

First step to Amman













pic 1..on the way
pic 2..masjid malik hussien(masjid negara)
pic 3..same cam pic 2
pic 4..ruang dalam masjid
pic 5..bertemu bilal dengan anaknya
pic 6..papan tanda masjid(papan??)
pic 7..dewan ulama' kat balai kesenian islam
pic 8..parimen jordan
pic 9..gereja
pic 10..masjid balad
pic 11..air pancut rome
pic 12..terbenamnya matahari..on the back

BANYAK GAMBAR DISIMPAN AGAR BOLEH WAT MODAL NEXT2 POST..HEHE..RUGI XGI COLLESSIUM..HUHU..GLADIATOR!!!

Sabtu, 17 Oktober 2009

Semua nak jadi hero


Haha..asal kalau tengok tv time budak2 dulu kita nak jadi hero???
Sebab "hero itu hebat"...time kita budak-budak dulu mesti nak yang terbaik..ermm..next post la..

Kongsi citer pelik..

TOKYO 13 Okt. - Bekas Perdana Menteri Jepun, Junichiro Koizumi yang terkenal kerana selalu menyanyikan lagu-lagu Elvis Presley semasa berada di dalam pejabat, meminjamkan suaranya untuk sebuah filem adiwira.

Menurut penerbit filem itu, Koizumi, 67, telah meminjamkan suaranya untuk suara latar bagi watak wira angkasa lepas yang bukan menentang pembangkang-pembangkang politik sebaliknya makhluk asing dan raksaksa angkasa lepas.

Persembahan beliau yang seterusnya adalah dalam filem `MegaMonsterBattle-Ultra Galaxy’, yang dijadualkan tayangannya di Jepun pada 12 Disember ini.

Karakternya adalah dengan melakukan tembakan yang memancarkan cahaya untuk menyerang musuh yang jahat sambil melaungkan: `Terimalah hukuman kamu!’.

“Tidak ada seorang pun yang boleh memainkan watak ini melainkan bekas perdana menteri, Koizumi yang pernah memimpin negara ini,” kata Junko Kitazawa dari Produksi Tsuburaya.

Menurut laporan, pada mulanya, Koizumi enggan menerima permintaan untuk muncul di dalam filem tersebut namun mengubah fikirannya selepas anaknya, Shinjiro, yang mengambil alih kerusinya di parlimen pada pilihan raya baru-baru ini, menggalakkan beliau supaya menerimanya. - AFP

Sumber:utusan malaysia

Jumaat, 16 Oktober 2009

Seniorku membuka minda


Huhu..semakin hari semakin ramai yang bincang bab ni..KEBANGKITAN ISLAM..

Tadi ada wat munaqashah ngan beberapa orang senior..biar sekejap n sebentar..tapi ia dapat membuka ruang pemikiranku untuk berfikir tentang benda ni..

Hari demi hari islam semakin ditindas secara kasar n secara lembut...maybe ramai yang tak kisah sebab bukan mereka yang ditindas..kalau TINDASAN,mesti ramai cakap"Palestin.."..kenapa??
sebab mereka telah berjaya dikaburi oleh musuh2 islam agar serangan sulit mereka tidak dapat dikesan..

Perpaduan yang terbina selama ini perlahan-lahan dihancurkan dengan meracuni pemikiran pemimpim-pemimpin islam..berlaku persalahfahaman dan berbeza pendapat yang membawa kepada perpecahan...secara senyap juga umat islam diuji dengan sentuhan lembut terhadap ketidakpuas hatian dengan agama Allah ini..

"Islam itu memerintah,bukan diperintah"..itu kata2 yang menjadi isu malam tadi...tetapi kini Amerika yang merupakan negara bukan islam menguasai ekonomi dan dunia..macam mana ni??
oleh itu,generasi kini WAJIB..memikirkan masala umat dan menjulang kembali panji2 islam di mata dunia setinggi langit di angkasa...ekonomi perlu dikuasai sekaligus membawa kepada penguasaan dunia...


Kini,mentari berisnar seperti hari sebelum ini..kita masih lagi melihat sinarnya di dalam rumah yang elok..mungkin esok atau lusa,sape la tau..kita melihat sinar mentari di celahan lubang tembusan peluru2 di dinding rumah kita..moga2 kita berjaya membawa kegemilangan islam...Amiin..

kredit to...senior yang membuka mindaku..

Rabu, 14 Oktober 2009

Ku lihat shisha di bumi arab

Bahaya merokok :

Epidemiologi :

Banci menunjukkan bilangan perokok di barat lelaki menurun manakala bilangan perokok perempuan masih sama. Perokok paling ramai adalah mereka diantara umur 16 hingga 24 tahun. Di USA, bilangan perokok lelaki adalah 36% dan perempuan adalah 29%.

Apakah bahaya merokok???

Merokok boleh menyebabkan ketagihan.Merokok pada mulanya bermula akibat ingin tahu, namun bila kesan nikoton dalam rokok memberi kesan ia menjadi ketagihan.Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah

  1. Barah paru-paru
  2. Kelelahan akibat COAD dan emphysema
  3. Sakit jantung iskaemia
  4. Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
  5. Kanser pundi kencing
  6. Air mani tidak normal
  7. Lemah ingatan
  8. Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
  9. Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
  10. Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
  11. Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat

Apakah kesan racun/toksik akibat merokok ???

Dalam rokok terkandung pelbagai jenis racun yang amat berbahaya. Antaranya polycyclic aromatic hydrokarbons, nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser/barah. Enzim-enzim yang terkandung dalam rokok meyebabkan kelemahan pada sistem pertahanan badan.

Bagaimana cara berhenti merokok ???

Jangan merokok dari awal

Jika sudah ketagih ,ada 2 cara

1) Berhenti terus

2) Berhenti beransur-ansur

3) Menggunakan bantuan nikotin gantian seperti patch nikotin dan gula-gula nikotin.

Bermula nak cari isu ni sebab kat bumi Urdun ni belana(kelantan) dengan shisha di tepian jalan..dan ada kawan yang berbual ngan aku semalam:


Z:moja..ko tengok shisha camne??
M:ntah la..cam rokok la..just ade wangi2..
Z:ermm..ape ye kajian rokok yang latest??
M:ntah la..aku lembab ckit bab2 kesihatan nih...

SEBAB TU NAK WAT 1ST POST PASAL KESIHATAN...

Spirit Meter


Salam..haha..pelik cikit post kali ni sebab ape tak tau la..dapat tajuk ni pon sebab satu perbualan...

M:wei..jom main bola..
Moja:takde hal la..meter aku dah penuh ni..baru je topup tadi
M:meter pebende??
Moja:meter...meter semangat!!!{spirit meter}

minggu lepas lagi nak bincang bab ni..tak rasa sesuai lak..so...ari ni kita bincang bab..METER SEMANGAT..

setiap insan diberi kebebasan untuk membawa diri mereka ke mana mereka mahukan..tetapi mereka tetap kembali kepada 2 tempat akhirnya..samada syurga or neraka..

Pandangan diri yang hina ini...insan diberi 2 meter gauge yang sangat penting dalam membawa diri mereka ke jalan yang bakal mereka lalui..meter semangat n meter iman..

Meter semangat..setiap manusia yang bergerak jantungnya di atas muka bumi ini mempunyai sesuatu atau seseorang sebagai pen"topup" semangat mereka..jikalau kita imbas balik memori lama,MOTIVASI..haha..perkataan ni wajib ada dalam diri kita kan??sebab inilah yang akan meng"refresh"kan meter kita..bila lama2,macam barang lain..berhabuk bila lama2 guna..so,MOTIVASI bakal mengilap..Meter ni bagaikan bola kristal,senang berhabuk dan perlu la selalu di"polish" agar lapisan habuk tidak meliputinya...meter semangat ni kengkadang overload kalau di"topup" lebih2..so,pandai-pandai la cover sebab ramai yang dah berikhtilat dengan pemberi semangat..hehe..

Meter iman..tak tau la nak sebut camne..selalunya dalam PQS n PSI SPM dulu,tulis:
1..baca alquran
2..banyakkan berzikir
3..solat
4..jaga hubungan dengan Allah

Secara hakikatnya semua ni sama je..yang penting untuk meter iman kita ni di"topup" dengan 2 perkara yakni IBADAT dan ilmu..setiap yang bertepatan dengan syariat dan berniat kerana Allah..dan ilmu yang dituntut terutama ilmu berkaitan iman dapat mend"upgrade"kan diri kita..

Ai..pernah tak kita terfikir yang pahala di mana2??kalau duit ada di mana-mana..mesti semua manusia berebut nak amik dan tamak mula kuasai diri mereka..meter iman ni bersama2 jalannya sekali ngan meter semangat..sebab bila semangat takde..takleh la kita nak jalan kaki ke masjid,takleh la pi majlis ilmu..takleh la pikirkan tentang ummat...melihat wajah ibu bapa juga dapat pahala..aku kongsi satu citer:

Ali seorang pakar motivasi..satu hari dia wat la motivasi kat UK untuk pelajar melayu byang bersekolah rendah kat sana..sesi muhassabah dijalankan dan isinya tentang hargai ibu bapa..pabila sesi dijalankan,semua peserta berteriak dan menangis..kecuali seorang budak lelaki..dan pabila semua selesai..sesi perkenalan diadakan dan butiran peribadi diambil...berlakulah perbualan antara Ali dan budak tadi bila tetibe budak tu nangis time amik butiran:

A:kenapa nangis ni??
B:teringat kan mak n abah..huhu
A:la..tadi time kawan2 nangis tak nangis lak
B:wa...mana taknye..EMAIL mak n abah x ingat..
A:?? la..budak ni

kupasan:citer ni untuk perantau yang berada di perantauan..apabila kita berada jauh dari ibu n bapa,ber"contact2" la dengan mereka selalu..even busy mana kita..busy lagi mereka jaga kita time kecik2 dulu..huhu..

La..bila baca balik ape2 la aku merepek ni..k la..jumpa lain kali...

Isnin, 12 Oktober 2009

Aku sekadar insan biasa


Hari ini kita bincangkan bab..Insan dan amanah..

citer dulu pasal diri..aku sekadar insan biasa di Jordan ini..tiada taklifan amanah yang berat seperti mana kawan-kawanku yang lain..dari dulu aku sendirian dan mengharapkan tiada taklifan atas diri yang serba kekurangan ini..apa yang penting diri dan hubungan dengan illahi serta sahabat yang lain dijaga...

Aku menulis sekadar seorang ahli dan rakyat BKASJ dan PERMAI yang biasa..aku berdiri di bumi Urdun ini sentiasa berfikir.."apakah amanah itu seberat gunung yang besar??"..sama-sama kita bincangkan..

Setelah seharian berfikir dan mencari titik pengerak bagi post kali ini..aku telah bertemu dengan jalan ke arah titik itu dengan pentaklifan ahli-ahli rumahku yang lain sebagai orang khas PERMAI dan BKASJ...

Kita sekadar insan biasa..pernah kalimah ini aku terbaca dalam edaran badan-badan NGO islamik di malaysia...Insan merupakan satu kalimah yang tidak asing lagi bagi semua manusia di bumi ini..bergeraknya manusia bersama makna insan..adakah manusia itu sedar yang insan itu juga manusia??TIDAK..sebab mereka berfikir yang insan itu sekadar satu perkataan biasa..padahal dengan kalimah ini,manusia mampu mencapai kemanisan dunia dan kebahagiaan akhirat...

Insan tidak dinamakan melainkan dengan lupa...pabila lupa itu hinggap dalam diri manusia,maka PERINGATAN sangat penting bagi mengembalikan diri manusia itu ke jalan yang betul...adakah manusia ini sejak kecil lagi di bawa ke jalan yang jahat??TIDAK...kerana di dunia ini mana ada bayi yang lahir-lahir melakukan kejahatan..pabila dia bergerak dan membesar,dunia mengejar dia agar dapat menghinggapkan pada dirinya satu penyakit...yakni LUPA..pabila manusia itu membesar dengan penyakit ini..jiwanya yang kosong dipenuhi dengan penyakit ini..akhirnya dia bakal menyebarkan ia kepada orang lain dan benda ini berterusan..maka PERINGATAN merupakan satu vaksin yang bakal merembeskan satu ubat ke dalam jiwa mereka dan perlahan-lahan mengembalikan diri mereka kepada yang asal..insya'allah..

Amanah..setaip manusia mempunyai benda ini..kerana termaktub di dalam alquran:"Sesungguhnya tidak akan aku jadikan manusia itu melainkan sebagai khalifah di muka bumi ini"..ini satu amanah..dan alquran juga satu amanah..malahan ia amanah paling berat kerana pernah ustaz ku berkata yang bukit akan hancur pabila diturunkan alquran ke atasnya..tetapi manusia sombong dan sanggup memikul alquran..sedar atau tidak pentaklifan ini terlalu besar bagi kita yang bertugas sebagai insan biasa??..ada manusia yang diberi amanah di dalam organisasi..dalam pentadbiran negara..dalam keluarga..dan dalam perjalanan hidup dunia ini...

maka,usahlah mengeluh dan mengelak dari pentaklifn amanah yang diberi..moga-moga berjuang dalam organisasi itu mendapat pahala kerana memberi khidmat yang baik kepada orang lain dalam menuntut ilmu..sekadar ini coretan simple malam ni..jumpa lagi..

Ahad, 11 Oktober 2009

Berubah itu senang??


Pagi tadi,dalam sesi muhasabah diri yang merupakan slot terakhir bagi Minggu Haluan Pelajar..seorang senior akhowat telah membuka mindaku setelah dia menyebut satu kalimah yang berjuta kali aku dengar sejak keluar dari rahim ibu...yakni, "BERUBAH"..apakah berubah itu senang???


Apakah sesenang kita menepuk tangan di atas lapisan tepung??yang mana kita dapat nampak terus perubahan tangan kita yang daripada tiada apa-apa menjadi putih dek kerna lapisan tepung itu...adakah sesenang itu??pikir-pikirkan la..sebab berbeza diri seseorang itu..TETAPI,konsep yang saya ketengahkan dalam post kali ini adalah..SENANG...ambil contoh diri yang hina ini menjadi model,saya ini senang berubah jika kesedaran itu timbul dengan sendiri..tapi,apakah senang berubah itu baik??majoritinya yang berubah senang ini...senang kembali ke arah "itu" balik..

Ini kerana,mereka tidak mendapat apa yang dikatakan pen"toreh"an di hati mereka..mungkin perubahan mereka kerana peng"guris"an yang kecil yang mana sekadar sebentar sahaja ia akan sembuh dan diri itu kembali kepada jalan yang salah...

Apa yang ingin ditekankan lagi adalah DIUBAH-MENGUBAH...2 perkataan ini membawa maksud yang bermakna bagi diri seseorang itu untuk BERUBAH..apabila seseorang itu diusahakan atasnya sesuatu perkara yang memberi kesedaran yang mendalam,ia membuatkan dia berfikir..betul atau salah..hak aw batil..dia akan bermenung memikirkan benda ini dengan terperinci dan akan membuat keputusan yang drastik kerana ia bakal membawa satu transformasi dalam jalanan hidupnya...

Sebab itulah hasil yang diinginkan yakni BERUBAH memerlukan perkataan yang ke-2 iaitu MENGUBAH..dalam alquran Allah berfirman.."tidak akan aku ubah suatu kaum melainkan mereka ubah nasib mereka sendiri.."ini bererti,jikalau tiada usaha..perubahan itu tidak akan berlaku dengan sendiri..Bagaimana caranya??ha..cuba kita singkap balik memori perjalanan hidup kita...adakah kita berjalan ketika kecil dulu sebab ada yang mengusahakan untuk kita??TIDAK..diri kita yang mahu berubah..dari merangkak ke berjalan..itu tandanya manusia ini mahukan perubahan..tetapi mereka tidak sedar yang usaha dari dirinya itu penting..

Wa..panjang repekan kali ini..huhu..MHS bawa diriku kenal fikrah yang berbeza..apa yang penting setelah kita BERUBAH??..MOVE FORWARD WITH ISTIQOMAH..wasalam

Jumaat, 9 Oktober 2009

Perjalanan terhenti

Post blog ni mula la slow2 jadi lembab...sebab aku mula bz ngan markaz lughah n kuliyyah..

ape yang aku wat ari ni???1ST CLASS OF MUSTAMI'...akhirnya citaku terlaksana...

bukan 4 madah yang aku cakap kat post sblom ni..aku amik yang lain...yakni:
QAWA'ID FI USUL FIQH...

ni madah belajar dari mula..best betul la..doc dah la fushah straight...slow2 lak die cakap(senang kitorang translate)..beliau lak relax2,n suke abis kan klas awal sebab nak masok asar..xsempat keBORINGan nak bertegur sapa ngan aku dan keNGANTUKan bersinggah di transit port yakni mataku...

Minggu Haluan Siswa..next post aku citer tenteng prog yang bakal wat kitorg bosan!!!!

Rabu, 7 Oktober 2009

Dunia ilmu

Sekembali dari markaz..aku terpikir lak..ape yang aku nak wat petang2 ni??Mustami'..tu yang terlintas tetibe..hurmm..maybe nak start lusa la...tapi nak dengar madah ape yew??

FIQH MUAMALAT
PENGENALAN HADITH NABAWWI
TAFSIR
NIZOM ISLAM

satu je nak mustami' tu pon kena tengok masa..ade senior xbagi sebab suruh tumpu kat markaz..huhu..xtau la..

Rakif la geng mustami' aku nanti..harap2 semua jalan dengan lancar...

*tiada gambar yang menunjukkan kegembiraan*

Isnin, 5 Oktober 2009

Fasa study dah mula


lagi 10 minit nak kuar pi jamiah balik untuk ke kuliah 1st..semalam markaz lughah jalan ok...harap-harap kuliah jami'ah pon sama la ari ni...mus,aku,amirul dan rakif je amik madah ni..

PENGURUSAN RUMAHTANGGA DI DALAM ISLAM

hatta dah msauk kelas ni semalam..dia merunggut banyak la..dah la dia sorang melayu dalam kelas tu..pastu doc lak ajar cepat..dia lambat nak tangkap..

huhu..xtau nak post ape..saje je tulis..

*mata ngantok,tapi ada kuliah*

Sabtu, 3 Oktober 2009

Nasi lemak di Urdun


wa..nasik lemak budak2 jaisian wat memang mantap!!(aku yang wat sambal)..sedap la,lama tak makan nasik lemak...

mula-mula nak makan pagi..tak jadi pulak..then,tangguh ke pukul 3..ade lak orang pose..so,wat berbuka la..sebut pasal makan n pose..ade benda yang berkaitan..PERUT

Kita kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau kita sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada kita .

Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, ke sayangan kita maksudnya:

“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)

Al-Ma’idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan.

Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.


6 punca penyebab penyakit dari perut:-

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit.”(Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya:

“Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak (menggosok gigi).” (Riwayat Ibnu Majah)

6. Selalu lah membaca Bismillah memasa minum dan makan apa apa .

Oleh itu jagalah cara pemakanan kita, dapatlah kita menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya.

Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.”(Riwayat Abu Hurairah)

Jumaat, 2 Oktober 2009

Tasjil madah

Hari ni pi tasjil madah(daftar matapelajaran yang bakal diambil)..pukul 9 pagi sampai..pergh!!!ramai betul orang..beratur la nampak gayanya...

Sampai je depan lubang kaunter,orang arab tu bising-bising...rupanya budak-budak luar arab punya tempoh dah abis..tercengang la kitorang setengah jam..

Then,baru tau yang kad pelajar kena activate dulu..pecut la ke tempat activate..abis je activate,semua nak tasjil madah masing..mula-mula nak tasjil 2...tapi tak yakin boleh bawak dengan excellent...tak jadi la..

beratur dah sejam lebih dengan campur panaz ngan arab yang potong line selamba..akhirnya semua budak-budak malaysia blok arab dengan selamba..hahaha...arab pon pening yang diorang kat negara milik sape,,

*cikit je..malas dah sampai*

Khamis, 1 Oktober 2009

Takziah kepada muslim yang pergi

baru je post berita gembira..tetibe kena post baru lak..huhu..vid tsunami telah disedut dari tv3 on9 pada jam 0248 pagi waktu jordan..

baru tau kul 2 masa jordan yang malaysia mengalami gegaran kuat hingga kan pantai barat n timur merasainya..satu kul 8 pagi malaysia n satu lagi kul 6 ptg malaysia...

tsunami berlaku di Samoa,Amerika..dan selang bape jam je..gempa di Sumatera mengegarkan tanah air ku..tak lama kemudian,bergegar lagi tanah rencong indonesia dengan kuat hinggakan Padang,Indonesia mengalami kerosakan yang kuat..ikuti pembacaanku di utusan n kosmo on9..(kul 3 pagi ngan hatta)..

KUALA LUMPUR - Penduduk Lembah Klang di sini semalam gempar apabila bangunan-bangunan tinggi di beberapa lokasi di ibu kota bergegar ekoran gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud yang melanda Padang di Sumatera Barat, Indonesia.

Sekurang-kurangnya 75 orang disahkan mati di Sumatera dalam kejadian tersebut setakat malam semalam.

Gegaran yang berlaku selama beberapa minit sekitar pukul 6 petang itu turut menyebabkan orang ramai terpaksa mengosongkan bangunan bagi mengelak sebarang kemungkinan.




Salah seorang penghuni di Pangsapuri Cendana di Bandar Sri Pemaisuri, Norita Nordin, 25, berkata, dia merasai gegaran itu sebanyak dua kali sebelum berasa pening-pening.

"Beberapa minit kemudian, jiran-jiran sebelah rumah menjerit suruh kami keluar dari pangsapuri ini.

"Ini kali keempat gegaran berlaku di sini, saya yang takut kemudian lari turun kerana bimbang akan berlaku kejadian tidak diingini," katanya ketika ditemui di hadapan pintu masuk pangsapuri itu.

Gempa bumi lagi


Mangsa yang terselamat menerima rawatan di Hospital Padang Panjang, Sumatera Barat selepas gempa bumi kuat melanda Indonesia Barat semalam.


  • Wilayah Sumatera Barat, Indonesia digegarkan gempa berukuran 7.9 skala Richter menyebabkan sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh.
  • Gegaran memusnahkan bangunan, ratusan rumah, hotel, jambatan dan menyebabkan kebakaran di bandar Padang.
  • 330 pelajar Malaysia di Padang selamat.
  • Orang ramai di sekitar Lembah Klang, Melaka dan Johor Bahru mengosongkan bangunan tinggi ekoran gegaran gempa bumi itu.
  • Pada masa sama, ribut merosakkan lebih 100 buah rumah masing-masing di pesisir pantai Kelantan dan Terengganu.
  • Seorang remaja perempuan maut ditimpa pokok di Pantai Kemayang, Bachok dan empat parah di Pengkalan Chepa. Sebanyak 10 rumah turut rosak di Kepala Batas.
  • Lima kampung di Tembeling Tengah, Jerantut dilanda hujan air batu sebesar penumbuk.
  • Di kepulauan Samoa dan Tonga, sekurang-kurangnya 113 orang terkorban akibat tsunami berpunca daripada gempa bumi kuat di Lautan Pasifik awal pagi ini.
  • JAKARTA 30 Sept. – Indonesia sekali lagi dilanda gempa bumi kuat, kali ini wilayah Sumatera Barat digegarkan dengan gempa berukuran 7.9 pada skala Richter menyebabkan sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh dan beratus-ratus rumah musnah.

    Bencana tersebut dilaporkan turut menyebabkan kebakaran di bandar Padang dan bekalan elektrik terputus mengakibatkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri.

    Gempa yang berpusat di Kilometer 57, Padang Pariaman dengan kedalaman 87 kilometer di bawah laut itu dilaporkan berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (pukul 6.16 petang waktu Malaysia), 53 kilometer ke barat laut bandar Padang.

    Gempa di Sumatera Barat itu berlaku hampir sebulan selepas Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat digegarkan dengan gempa kuat yang mengorbankan 123 orang.

    Ia juga berlaku selang sehari selepas gempa kuat menggegarkan Lautan Pasifik yang mencetuskan tsunami di kepulauan Samoa, American Samoa dan Tonga awal pagi ini menyebabkan 113 orang terkorban, manakala 50 yang lain cedera dan berpuluh-puluh lagi dilaporkan masih hilang.

    Gempa di Lautan Pasifik tersebut mencetuskan ombak setinggi 4.5 hingga 6 meter menyebabkan banyak kampung di kepulauan tersebut musnah atau ditenggelami air dan ramai pekerja hilang di sebuah taman negara di American Samoa.

    Di Sumatera Barat, pasukan mencari dan menyelamat dari Medan, Aceh, Palembang dan Pekanbaru telah dikerahkan ke lokasi gempa membawa peralatan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.

    Sementara itu, televisyen tempatan melaporkan jalan di Kota Padang terputus sama sekali dan bekalan elektrik serta komunikasi juga terputus.

    Sumatera Barat dilanda gempa kedua berukuran 6.2 pada skala Richter pada pukul 5.38 petang yang turut menggegarkan kawasan Pariaman di kedalaman 110 kilometer dari dasar laut.

    Reuters melaporkan gempa menyebabkan sejumlah rumah dan jambatan rosak serta berlaku kebakaran di Padang.

    “Ratusan rumah rosak sepanjang jalan. Juga ada kebakaran, jambatan terputus dan kepanikan luar biasa terjadi kerana paip air bocor sehingga membanjiri jalan,” ujar seorang saksi.

    Pusat Peringatan Tsunami Pasifik sebelum itu telah mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Thailand, Malaysia dan India, tetapi kemudiannya menarik balik amaran tersebut.

    Agensi berita AFP yang memetik jurucakap Jabatan Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Rahmat Triyono berkata, beberapa buah hotel di Padang dilaporkan turut musnah.

    “Pada masa ini kami tidak dapat menghubungi Padang kerana komunikasi terputus sama sekali," kata Rahmat.

    Di Jakarta yang terletak kira-kira 950 kilometer dari lokasi kejadian turut dirasakan gegaran tetapi tidak sekuat gempa yang melanda Tasikmalaya awal bulan ini.

    Gegeran akibat gempa tersebut turut dirasai di bangunan-bangunan tinggi di Malaysia termasuk di ibu negara, Kuala Lumpur.

    Indonesia terletak di kawalan lingkaran gunung berapi dan Aceh sendiri pernah dilanda gempa dan tsunami pada 2004 yang mengorbankan 220,000 orang. – Utusan

    Mustawa 3rd


    Mustawa 3rd..ni la kelas aku lepas dapat result ujian semalam..hehehe..tahap SEDERHANA..ok la kot..kena usha lagi la pasni..

    Markaz nak mula dah ahad ni..n madah kena daftar ESOK..ade ke camtu..pagi tadi dapat result..esok terus daftar..huhu

    yang xbest ntok Jaisian..datang awal ingat boleh la daftar madah awal..sekali same macam budak-budak lain da.."marah betul ana" (radhi..pinjam kata2 ni)..

    sekali malam ni bukak..pergh!!semua madah budak-budak arab dah kebas..kitorang dapat yang cikai2 je..(Aku nak English!!!!)..tengok la esok madah ape yang boleh mintak..

    *hari yang penuh kejutan*