Isnin, 12 Oktober 2009

Aku sekadar insan biasa


Hari ini kita bincangkan bab..Insan dan amanah..

citer dulu pasal diri..aku sekadar insan biasa di Jordan ini..tiada taklifan amanah yang berat seperti mana kawan-kawanku yang lain..dari dulu aku sendirian dan mengharapkan tiada taklifan atas diri yang serba kekurangan ini..apa yang penting diri dan hubungan dengan illahi serta sahabat yang lain dijaga...

Aku menulis sekadar seorang ahli dan rakyat BKASJ dan PERMAI yang biasa..aku berdiri di bumi Urdun ini sentiasa berfikir.."apakah amanah itu seberat gunung yang besar??"..sama-sama kita bincangkan..

Setelah seharian berfikir dan mencari titik pengerak bagi post kali ini..aku telah bertemu dengan jalan ke arah titik itu dengan pentaklifan ahli-ahli rumahku yang lain sebagai orang khas PERMAI dan BKASJ...

Kita sekadar insan biasa..pernah kalimah ini aku terbaca dalam edaran badan-badan NGO islamik di malaysia...Insan merupakan satu kalimah yang tidak asing lagi bagi semua manusia di bumi ini..bergeraknya manusia bersama makna insan..adakah manusia itu sedar yang insan itu juga manusia??TIDAK..sebab mereka berfikir yang insan itu sekadar satu perkataan biasa..padahal dengan kalimah ini,manusia mampu mencapai kemanisan dunia dan kebahagiaan akhirat...

Insan tidak dinamakan melainkan dengan lupa...pabila lupa itu hinggap dalam diri manusia,maka PERINGATAN sangat penting bagi mengembalikan diri manusia itu ke jalan yang betul...adakah manusia ini sejak kecil lagi di bawa ke jalan yang jahat??TIDAK...kerana di dunia ini mana ada bayi yang lahir-lahir melakukan kejahatan..pabila dia bergerak dan membesar,dunia mengejar dia agar dapat menghinggapkan pada dirinya satu penyakit...yakni LUPA..pabila manusia itu membesar dengan penyakit ini..jiwanya yang kosong dipenuhi dengan penyakit ini..akhirnya dia bakal menyebarkan ia kepada orang lain dan benda ini berterusan..maka PERINGATAN merupakan satu vaksin yang bakal merembeskan satu ubat ke dalam jiwa mereka dan perlahan-lahan mengembalikan diri mereka kepada yang asal..insya'allah..

Amanah..setaip manusia mempunyai benda ini..kerana termaktub di dalam alquran:"Sesungguhnya tidak akan aku jadikan manusia itu melainkan sebagai khalifah di muka bumi ini"..ini satu amanah..dan alquran juga satu amanah..malahan ia amanah paling berat kerana pernah ustaz ku berkata yang bukit akan hancur pabila diturunkan alquran ke atasnya..tetapi manusia sombong dan sanggup memikul alquran..sedar atau tidak pentaklifan ini terlalu besar bagi kita yang bertugas sebagai insan biasa??..ada manusia yang diberi amanah di dalam organisasi..dalam pentadbiran negara..dalam keluarga..dan dalam perjalanan hidup dunia ini...

maka,usahlah mengeluh dan mengelak dari pentaklifn amanah yang diberi..moga-moga berjuang dalam organisasi itu mendapat pahala kerana memberi khidmat yang baik kepada orang lain dalam menuntut ilmu..sekadar ini coretan simple malam ni..jumpa lagi..

Tiada ulasan: