Ahad, 29 April 2012

Bersih

Kita takde di sana.
Banyak mulut n banyak cerita.
Yang sini kata lain.
Yang sana kata lain.

Aku mampu senyap dan berdoa.

*Pap!! (bunyi tampar)...kurang ajar nyamuk,hisap darah aku tanpa izin*

Isnin, 23 April 2012

berani punya budak!


Berani selongkar
Berani tanggung

Doakan aku dipermudahkan urusan
Dan selamat dari gangguan syaiton mahupun manusia

Isnin, 16 April 2012

air mata beku

‎''Kadang-kadang kesedihan itu tidak memerlukan air mata"


itu yang pelajari hari ni.


kehidupan ini kejam dan tegas.


andai kita tewas,kita bakal sesat dan sedih.


cuba lihat burung,terbang bebas tanpa kesedihan.


cuba lihat sungai,mengalir tanpa halangan.


tuhan dah kata kita sebaik ciptaan.

senyum dan teruskan.

tu pesan ibu.


Jumaat, 13 April 2012

misi tak mungkin

Mission Imposibble.

Tajuk pos jumaat aku.da

Ringkas.Padat.Bermakna.

Apa harapan orang pada aku?

Bapak aku : study dan grad
Mak aku : kalau boleh jadi hafiz
Pakcik aku : balik dah boleh jadi ustak
Makcik aku : dah kongker resepi-resepi nasi arab
Orang kampong : jadi menantu (ok,ni tipu)

Apa harapan korang pulak?

Ahad, 8 April 2012

semput sukan

Salam semua.Salam menteri wanita najib pegang.
uu
Jam di sini baru pukul 8.01 malam.Di malaysia sudah cecah pukul 1 pagi.Hari ni besday my papa yang ke lima puloh.Aku doakan murah rezki dan berkat hidup beliau.

Karnival sukan di jordan baru sahaja melondehkan tirai.

Macam-macam cerita sampai kat aku.Tentang itu lah,tentang ini lah.Tengtang Dhia.

Begitulah orang melayu,tak kira di perantauan mahupun tanah air.Sikap kesukanan yang soleh dan murni diketepikan dan dipandang enteng.Asal juara dalam perlawanan.Itu yang dikejarkan.

Aku keciwa dengan apa yang berlaku dan mereka-mereka ini memegang title-title ustaz,bukan ostat mahupun ustak.

Bernanah aku dengar cerita daripada member kamceng medik n dentist yang berkomen apa yang berlaku dengan aktiviti sukan ini berlangsung.

Agama sebagai topeng,makin dijulang makin dihina.

Mohon ustaz-ustaz di luar sana berubah.

pantun dua kerat dari aku :

"selangor baham ganu 6-1,
janganlah sorok tangan lepas baling batu"


Khamis, 5 April 2012

mee segera



Hidup ni seperti mee segera.sebentar sahaja nak kembang.2 minit.
Ramai yang tak sedar hidup ini sementara.Rasa lama bila dibilang-bilang.
2 minit tapi perlukan ketelitian.Bila salah langkah,padah rasanya.

Sori bro,aku tengah lunch meggi dan kopi o kaw...adios

kangker

Salam satu malaysia,salam sayang dari jordan.

Hari ni hari khamis.Hari terakhir kuliah aku dalam minggu ni.Macam biasa,seperti hari-hari sebelum ini aku bangun,gi kuliah,solat,game,tido.Semuanya berulang-ulang.Hidup predictable dan berjadual seperti KTM malaysia.Orang dah tau pukul berapa KTM tu sampai.

Tapi,hari ni best sikit bila aku bangun dan member aku kejut menggunakan skil yang hebat.Dia beli roti canai malaysia dan letak betul-betul tepi aku.Aku seperti ular sawa yang mendengar tarian ballet tikus mula memberi respon.Gerakkan hidung kembang kempis dua tiga kali.Kemudian buka tutup kelopak mata dan mula keluar dari selimut.

Seperti hari sebelum ni,manalah lengkap kalimah sarapan aku kalau takde kopi o kaw yang berasap dan penuh dengan serdak-serdak kopi.Dengan gigih dan gagahnya aku menapak ke dapur sambil memberus gigi.Jiran-jiran arab mula usha takjub bila nampak scene rare ini.

Siap je kopi,aku santap sarapan aku dengan jayanya.Bukan selalu dapat benda-benda gini.Yedak?

Cawan merah favourite aku jadi peneman dan pinggan member aku yang tak basuh 2 minggu lepas time ber'party' dengan junior-junior yang disayangi.

Lumrah hidup di perantauan,resort restoren melayu menjadi tumpuan 24 jam budak melayu setempat.Roti canai dan seangkatannya laku gila seperti kasut Adidas yang mendapat potongan harga 45% di Giant Bukit Tinggi.

Member-member aku sibuk berkuliah dan ada yang bersiap mahu ke Sukan Se-jordan.Ok,bunyi macam hambar.Nama program ni KARISMA : karnival sukan malaysia jordan.

Aku nak citer yang pensyarah aku dah sakit  4 minggu sebab kanser perut.Kalau indon diorang sebut kangker.Aku sembang-sembang dengan geng doktor-to-be pasal kangker ni.Rupanya buka sebab bakteria kangker ni terjadi.Sebab sel berlebihan.Kira tahi lalat dan lemak lebih ataupun ketuat tu dikira kangker tahap cikai la.

Sama-samakan doa pensyarah aku ye.Aku nak graduasi tahun depan.

Oh lupa,selamat mem"BERSIH 3.0"

hantu budak kuning



Ini budak kuning,kalau detail lagi..hantu budak kuning.

Hantu ni dah 3 4 hari kacau mimpi aku.Asyik ajak aku main je.Seram kan?

Aku buat dek je.Cool je.

Malas citer panjang,nanti korang mula rasa seram.

Lukis gini-gini pon korang dah seram kan?

*Hadiah untuk hantu budak kuning : http://www.youtube.com/watch?v=VFhqvz8ssJo

Sori la,dulu aku tak sempat belajar melukis dengan Leonardo Da Vinci.

Isnin, 2 April 2012

ibu bapa cikebom cikebom

Salam satu malaysia.Salam pantai timur.Salam bumi jordan.

Okei,cam biasa la kan.Aku baru pas solat isya'.Tunaikan yang wajib,baru senang nak buat yang sunat.Yeddak?

Tajuk pos kali ni sembang pasal ibu bapa.Aku malas nak tulis pos ceramah-ceramah time aku kena sembelit ni.Ini kes lepas aku usha kari dalam periuk.Aku nak rasa je,tu yang aku try colet sikit.Akhirnya aku kena sembelit.Alhamdulillah 4 5 kali aku berulang ke "rumah syaiton" tu.

Haha..dah melalut ke bab lain.

- jangan lupa doakan ibu bapa selalu
- jangan lupa balas jasa mereka kelak

Sekian pos aku.