Ahad, 31 Januari 2010

SBT...Saya Baru Tasjil

penah dengar SBT?? mai usha...

Berikut senarai 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, dalam usaha mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

Sekolah Menengah

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
3. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.

Sekolah Rendah Kebangsaan

15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.
19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor


sekolah korang ade ker???..sekolah aku jangan harap la..tunggu bertukar wajah baru ade..
camne diorang pilih??pilih kasih ke syarat nye??

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan' Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

Sekolah-sekolah ini hendaklah memenuhi Prasyarat berikut :

1. Pencapaian akademik yang menunjukkan trend menaik bermula dengan Take Off Value (TOV) sekurang-kurangnya 80% dalam peperiksaan awam (UPSR dan SPM);
2. Pencapaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) atau instrumen yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya 90% dalam semua dimensi;
3. Menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa:
4. Berjaya melahirkan personaliti-personaliti unggul (towering personalities) yang menerajui kepimpinan negara, negeri, organisasi dan komuniti;
5. Menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar negara;
6. Wujud permuafakatan yang jitu antara sekolah dengan masyarakat yang memberi impak kepada keberkesanan dan kecemerlangan pendidikan di sekolah;
7. Mempunyai jaringan yang aktif dengan sekolah-sekolah sama ada di dalam negeri atau di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai bentuk program; dan
8. Membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi di dalam dan di luar negara.
Ciri-Ciri Sekolah Berprestasi Tinggi

Pemimpin Sekolah

1. Boleh deliver, mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam pengurusan sekolah.
2. Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) berpandukan garis panduan Pengurusan Berasaskan Sekolah yang disediakan oleh KPM bagi peningkatan sekolah, guru dan murid.
3. Meningkatkan penglibatan sekolah ke peringkat antarabangsa.
4. Membangunkan bakat kepimpinan guru dan murid.
5. Sentiasa bersedia untuk dinilai oleh KPM dan pihak luar.
6. Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan.

Guru Sekolah

1. Boleh deliver, mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
2. Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) berpandukan garis panduan Pengurusan Berasaskan Sekolah yang disediakan oleh KPM bagi peningkatan murid.
3. Membantu meningkatkan penglibatan sekolah ke peringkat antarabangsa.
4. Membangunkan bakat kepimpinan murid.
5. Sentiasa bersedia untuk dinilai oleh KPM dan pihak luar.
6. Proakif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Murid Sekolah

1. Menyediakan sasaran tahunan bagi peningkatan diri sendiri.
2. Bertanggungjawab untuk pembelajaran kendiri.
3. Berupaya mengendali dan menguruskan diri dan aktiviti sekolah
4. Bekerjasama dalam kumpulan dan dapat berkomunikasi dengan berkesan.
5. Menggunakan kuasa autonomi yang diberi dengan berkesan.

Kategori Sekolah

1. Sekolah Kerajaan
2. Sekolah Bantuan Kerajaan

Jangka Masa Pelaksanaan

2010= 20 buah sekolah
2011= 30 buah sekolah
2012= 50 buah sekolah

Ciri – ciri Utama SBT

• Kepemimpinan
• Pengurusan
• Pencapaian
• Kejayaan
• Perhubungan
• Identiti Kendiri
• Pembelajaran Terarah Kendiri
• Sistern Bekerja Berprestasi Tinggi
• Kesaksamaan
• Timbal- Balas
• Penurunan Kuasa

Pelan Strategik SBT

Fokus 1 : Kepemimpinan Berprestasi Tinggi
Fokus 2 : Mengamalkan Pengurusan Berasaskan Sekolah
Fokus 3 : Mewujudkan Akauntabiliti
Fokus 4 : Piawaian dan Penandaarasan
Fokus 5 : Malaysia Menjadi Pusat Kecemerlangan
Fokus 6 : Menerajui Perubahan dan Pembaharuan

lmpak Sekolah Berprestasi Tinggi

Pemimpin

1. Pengiktirafan sebagai pemimpin yang berwibawa.
2. Mempunyai kuasa autonomi untuk Pengurusan Berasaskan Sekolah.
3. Menerima ganjaran dalam bentuk bonus.
4. Berpeluang mendapat guru pakar dan guru cemerlang.
5. Berpeluang memilih guru yang efektif.
6. Berpeluang memilih murid yang sesuai.

Guru

1. Pengiktirafan sebagai guru yang berkesan.
2. Mempunyai kuasa autonomi untuk Pengurusan Berasaskan Sekolah.
3. Ganjaran dalam bentuk bonus.

Murid

1. Murid berkemahiran dalam pengurusan diri, bekerja dalam kumpulan,berkomunikasi secara efeKif dan berkebolehan bersaing di arena antarabangsa.
2. Berpeluang untuk memasuki universiti yang terkemuka di dunia
3. Murid dikecualikan daripada mengikuti beberapa subjek tertentu peringkat ijazah di institusi pengajian tinggi.
4. Murid di tempatkan di kelas mengikut kebolehan/ kemampuan tanpa berdasarkan umur.
5. Murid boleh mengambil peperiksaan awam mengikut kebolehan yang tidak berdasarkan umur.
6. Murid memasuki IPTA tanpa berdasarkan umur.
7. Murid mampu menjadi pesaing di peringkat dunia dalam mana-mana bidang yang mereka ceburi.
8. Murid menerima P & P daripada guru-guru pakar dan cemerlang berasaskan data empirikal.
9. Murid berpeluang untuk menyertai peperiksaan luar negara.
10. Murid terdedah kepada teknologi terkini dalam pendidikan.

Kekangan

1. Kewangan dalam membangunkan Sekolah Berprestasi Tinggi.
2. Kekurangan sumber kakitangan untuk pergi ke sekolah-sekolah bagi tujuan pemantauan dan penilaian Sekolah Berprestasi Tinggi.
3. Pekeliling dan Peraturan Pelajaran yang sedia ada menyekat pelajar menempatkan diri di peringkat tinggi dalam tempoh yang singkat kerana terdapatnya had umur.
4. Wujudnya birokrasi dalam pentadbiran melambatkan sesuatu program dilaksanakan.
5. Sikap, kurang kemahiran mengurus dan kepemimpinan pengetua / guru besar boleh menjadi penghalang kepada kejayaan program.

Cadangan

1. Pelaksanaan konsep SBT akan melibatkan implikasi kewangan dan perjawatan. Oleh itu, adalah dicadangkan untuk mewujudkan satu sektor baru bagi memastikan SBT berupaya dilaksanakan dengan efisien.
2. Memberi ganjaran yang setimpal kepada Pengetua, Guru besar dan guru-guru yang telah menunjukkan prestasi cemerlang selari dengan cadangan YAB Perdana Menteri ketika membentangkan NKRA berkenaan;
3. Memerlukan pindaan dan semakan kepada peraturan pendidikan dan Surat – surat Pekeliling lkhtisas/ Surat Siaran yang berkaitan;
4. Menyediakan maklumat kepada SBT mengenai peperiksaan luar negara (LPM/MPM)
5. Biasiswa diberi kepada pelajar SBT yang berjaya memasuki lnstitut terkemuka di luar negara (Bahagian Tajaan)

Sabtu, 30 Januari 2010

Moja Hassan??


wawawa...petang tadi baru je berjaya cipta resepi sos sendiri lepas 5 kali periuk aku meletup..dengan ini termaktub la di muka bumi irbid ni SOS MOJA..hehe..

aku nak jual murah je sebab bende ni aku wat memain...satu bungkus hanya 0.50 JD...sedap tak sedap sos ni..sos semalam masih lagi terasa kat lidah aku tau...aku sebenarnya nak namakan SOS MOJA HASSAN..tapi kang bapak aku marah sebab tukar nama dia..dosa ma derhaka kat parent...

Last-last aku namakan,SOS CILI IRBID..

ape pun sape-sape nak tempah hanya call aku atau pon send la kat

email (redlinez2008@yahoo.com)
ym(redlinez2008)

*sos ni manis-manis macam sos kat pasar malam...dah beberapa orang terpilih rasa sos ni..Anda bila lagi??????????

Khamis, 28 Januari 2010

Hang Tuah


Tadi usha-usha la kat tenet apa la yang tertulis kat blog budak-budak malaysia...owh,ade perbahasan "Siapa Hang Tuah"..sampai sekarang orang tak tau sejarah dia n 4 kawannya...

Kalau orang putih ada power rangers,kita ada hang bersaudara....apa yang aku konklusi dari perbahasan diorang,terdapat pendapat yang begitu banyak..usha isi-isi ni:

1..hang tuah n geng berasal dari China
2..hang tuah seorang pahlawan dari Indonesia
3..hang tuah n geng ni sejarah muncul lepas ada Hang Li Po
4..hang tuah gewe (couple) ngan Hang Li Po
5..hang tuanh n geng ni pegawai pengiring Hang Li Po
6..hang tuah ni pompuan??
7..Hang Li Po ni bukan puteri China tapi pengganti sebab puteri asal mati bunuh diri@dibunuh dah masuk dalam perigi

7 isi yang aku nampak membawa perjalanan sejarah yang berbeza...aku memang tak minat sejarah kalau aku datang ke sejarah tu..tapi klau sejarah tu datang ke aku,melekat sampai sekarang...

cerita aku bermula time puasa 2 tahun lepas time kat maahad dulu...lepas buka puasa kat surau air-cond,ada sorang pakcik yang muka tak tua sangat n tak muda...dia belek-belek kertas putih tebal macam tesis...aku pun lepak la tepi dia dengan perut kekenyangan...

"Hang Tuah Sebenar" tajuk kertas tesis@kajian tu..aku pon usha la jap (jeling-jeling je)..pakcik tu pun bagi kat aku..dia suruh baca lepas aku berjaya menampakkan minat terhadap buku tesisi tuh...

Dalam buku ni memang detail...aku baca dari mula sampai abis...sejarah buku ni bermula lepas Hang Tuah campak taming sari ke dalam sungai melaka...(pakcik tu kata sejarah sebelum tu payah nak dapat)..aku yang sengal pon angguk-angguk...

lepas je taming sari kena buang,Hang Tuah pulang ke kampung orang dan berjuang melawan musuh...ada satu malam tu,hang tuah naik sampan dengan orang kampung nak serang kapal musuh...tapi malangnya,diorang dikesan dan musuh tembak dengan meriam..hancur sampan hang tuah...

sedar-sedar je,hang tuah badan dia kena balut...ada orang asli,dia kena rawat cedera arah dengan orang asli guna madu hutan asli...dan hari tu jugak waktu petang die berdiri kat luar gua orang asli tu tengok runtuhnya kota Melaka...dia nangis...

pastu,hang tuah mengembara sebab dia frust dengan apa jadi kat kota Melaka...dia mengembara banyak tempat..aku baca skip-skip..ada sekali dia sampai ke jepun berlawan dengan Ninja..buku tu detail sebab semua rujukan yang hebat-hebat...lupe pulak bgtau yang tok guru hang Tuah mati kat kelantan..atas bukit ape ntah..sebab tu pakcik tu datang kelantan dan dia cakap "hang Tuah orang kelate..sebab ibu bapak hang tuah lahir kat kelate"

ok2,pastu ada la bab hang tuah wat haji ke mekah...dalam on the way jenjalan haji ke mekah..dia terjumpa seseorang yang haus...dia pun bagi la minum tanpa cakap pape (hang tuah mana la reti ckp arab)...orang tu ucap syukran dan bagi hang tuah satu kendi emas..hang tuah pun terus berjalan sampai la ke ka'abah...time tu ada liqa' ulama' besar..dan hang tuah masuk ka'bah je,semua senyap..tengok hang tuah,dan ketua ulama' ternampak kendi emas..dia suruh hang tuah minum air dalam kendi tu..serta merta semua bahasa hang tuah boleh tuturkan...ketua ulama' tu cakap yang kendi tu milik nabi Khidir (wallahhua'lam)...pastu aku tutp buku tu..sebab dah lambat nak balik asrama tukar baju solat isya'...

cukup la kongsi pengalaman membaca orang kaji sejarah..aku tak tau betul tak..aku just tulis ni nak ingat balik..korang baca jangan la percaya bulat-bulat ye...

salam semua..

Merapu pulak


"Pabila malam melabuh tirai,kisahnya bermula.." -Kisah Tidurmu-

aku suka sangat ayat ni..ada satu tempat aku cilok la...erm,sebenarnya nak tulis ketidakpuas hatian aku terhadap budak-budak yang gi trip Lubnan+Syria ni...korang ni nak jelajah 2 negara ni kena la banyak membaca n banyak masa...

aku tak tau lak ari ni korang balik...tak sempat nak rindu...huhu

aku lepak je kat umah..tengok laptop..laptop tengok aku balik..kengkadang aku try-try la carik semut kat umah..tak jumpa-jumpa...try la selongkar dapor...tajut ade semut ke...takde jugak...

pelik la..(Jordan takde semut la...best kan??..hehe)...patut la aku letak coklat atas karpet 2 minggu still elok lagi..semut or binatang tak buas takde pon sibuk menepek rezki bersama aku...camne la aku nak kongsi rezki...

dengan manusia kalau kongsi rezki kompem perasaan lain muncul..takpon orang lain muncul nak jugak kongsi tanpa diundang...biar la..asal aku bahagia...

erm..malam yang bersuhu 7 celcius ni memang sejuk..ni aku tulis sambil selubung dalam selimut tebal ni...pakai kasut siap atas katil..kasut sejuk dalam rumah la,yang berbulu cam bulu beruang..haha (sori hatta,aku kebas ko punya)

pagi tadi best ma..aku berjaya reka sos ciptaan...sebijik cam sos mek kantin maahad dulu...aku tak tipu la..100 % sama....aku pon cicah ngan jemput-jemput panas...pergh..macam balik malaysia singgah Kuwait la aku katakan kesedapannya..

(moja..ko dah ngarut ni)...a'ah la..jam dah lewat ni..aik?..bila masa aku ada jam??haha...hidup time musim sejuk aku tak perlu kan jam,sebab masa ni selalu wat aku kompius..kejap malam..kejap siang...haha...

biar la..aku dah ngantok...ape pun..aku dah nak mula kisah sendiri di alam mimpi...

salam semua

Selasa, 26 Januari 2010

Future


Semalam..lepak la kat bilik sorang-sorang..blur je..tak tau la nak wat ape..huhu..baring-baring atas katil..guling-guling..hehe

last-last tengok la handphone..kat belakang wallpaper ade tarikh..26/01/2010..baru teringat plan madah sem 2 belum wat!!!!

apa lagi,bangun dari pembaringan terus ngadap laptop..ngadap-ngadap sampai pening nak amik madah mana..adoiya~...plan la slow-slow moja oi...mula-mula ko kena la bantai madah yang belambak tu..pastu amik madah cikai..(bisikan hati)...

ermm..btol jugak yea..aku pon plan la slow-slow...sambil bukak file MyPicture...ada banyak la gambor...fokus mula ilang..hehe..aku tengok satu-satu gambor yang ada dalam database...aku pon gatai la nak edit sane-sini..akhirnya aku dah menjadi beginner dalam photoscape..haha...

ape pon aku back la fokus ke madah tadi..dah decide nak amik 5 madah & 2 mustami3 demi masa depan diri ini agar tidak terkandas...ye la kalau takde rancangan camne la nak berjaya...

macam bina KLCC...time aku kecik-kecik dulu aku bina gak bangunan..kat pantai la..istana pasir...sebelum aku bina kompem aku pkir,kalau tak semestinya istana pasir aku jadi parking lot midvalley..haha..

"plan la diri kamu sebelum akmu (aku+kamu=kita semua) temui kejayaan" ayat yang aku dengar time kem medic kat MMP dulu...ermm,boleh pakai gak ayat ni...eish2,teringat lak kat empunya yang sebut...(moja,fokus la!!)...ok-ok,aku pon nak tutup post ni..kang memalut...

ape pun future korang semua kena ade plan..cam kawan aku ade 3 plan..plan 4 taun..plan 10 taun...plan seumor idop...

okey la..aku malas nak usha blog ni sangat...sebab aku ada benda lain time cuti ni nak usha...salam...to all my family..moga sihat wal afiat da iman

Ahad, 24 Januari 2010

Credit to "lemak padat"

wao..pagi hari lagi aku bertulis blog ni...tiem sejuk-sejuk dan time semuaorang melabuh alis mata..(moja,udah-udah la ayat novel ko tu)...ok2..tujuan aku wat post ni khas untuk MySahabat,h****..nama tak leh sebut kang dia faymes lak..aku punya saham turun..haha

pagi hari lagi aku jenjalan ke blog beliau yang sering aku panggil "skill"..haha..relax ye tuan punya badan andai kamu mebaca carikab kertas maya ini..haha...

aku suka post dia yang latest ni pasal kelab fav aku yang aku sayang selama ni...Raja Chelsea Lautan Biru..memanga kaw -kaw beliau bahas pasal Anelka yang penah aku senarai dalam list pemain islam (Muslim Football Team)....ingat tak?kalau tak ingat....klik sini..

tapi tak la aku bahas cam dia yang memang pandai bahas...(ko masuk kelab orator ye?)..biar la..tapi aku suka dia bahas ngan detail pasal pemain tu..plus lak die cilok gambar-gambar anelka..haha..lawa bai biar hitam cam beliau..haha...

hitam-hitam si tompok manggis tapi dalamnya berbisa...(ade ke manggis berbisa??)..ko dah mula ngarut moja oi....

yang aku tau penulis blog tu cilok dari syrat kabar la..n die ubah-ubah..tak kan la die fly to france semalam semata-mata nak temuramah Anelka kot...kompem dia tak layan..lain la aku ni,aku ada hubungan darah ngan anleka..time dia accident basikal kecik-kecik dulu..aku yang derma darah kat ida..haha..(jangan percaya)...

korang klik sini kalau nak tenghok blog kawan aku tu...salam semua..

p/s: promote blog aku lak..haha..(grau jer)

Mana tajam?


Salam semua..macam malas nak update,tapi kena gak la...huhu

kita bincang pasal lidah yang lebih tajam dari pisau n gunting...haha..semalam ada la kawan sembang-sembang ngan budak-budak JUST.Diorang sibuk la bincang bab perlatan..ape kebende ntah namanye..lantak la..tapi bila dah dengar kena la sibuk-sibuk bagi isi perbualan...

aku tertarik bila ada yang kata pisau lebih tajam dari gunting..entah la..ada yang jawab pisau..ada jawab gunting...ape pun..bagi aku satu je jawapan : "tukang guna"

siapa yang guna peralatan tu la yang bakal tentukan pisau or gunting tajam...katakan la kalau pisau tu asal potong daging tapi digunakan buat potong kayu..ha..tak ke pisau tu tumpul sedikit ketajamannya..

begitu juga dengan gunting kertas jikalau digunakan mengerat getah pemadam..huhu..tumpul la pisau tu nanti...

begitu la juga ilmu yang kita dapat ni..kena la pandai kita gunakan pada tempat dan situasi..contohnya ilmu mazhab hanafi,kita suruh orang yang masyarakatnya guna syafie..memang susah ma...

ape pun ni semua aku tengah ngarut kot..sebab banyak prob yang aku bakal hadapi pasni...

to all family at malaysia..don't worry about me..
rindu lak kat sepupu-sepupu...salam semua...

Khamis, 21 Januari 2010

Sahabat


Tadi gi makan la ngan Hatta..lama gile tak jenjalan ngan hatta lebih-lebih lagi time winter ni...gi makan jap lepas mengambil angin sejuk malam...pakai 4 lapis pun sejuk...

post ni aku wat sebab ade orang tanya aku pasal sahabat...SAHABAT..memang senang je sebut,tapi payah nak dapat...satu persatu kawan berlalu..sahabat la payah nak cari..

sahabat tak kira warna kulit...bangsa...agama....
semua sahabat mesti ingat sahabat die..tu yang best ada sahabat...bukan best sebab diorang belanja syawarma...

memang payah nak dapat sahabat yang paham kita...dan sebaya kita..semua sahabat aku tua dari aku...ape pun..kita hidup tak leh sorang-sorang...

kalau sahabat kita jauh...contact la kot YM..kan semua dah senang...k la..aku malas ngadap blog ni..nak update je...salam alaik...

Ahad, 17 Januari 2010

Jejak Sahabat

Pagi hari lagi aku,naqi,mu’min,rakif,najib & hilmi terpacak depan Imarah Sa’dun.Time ni la budak-budak (YU or JUST) membuta lagi.Dah la sejuk-sejuk suam,sunyi lak tu.Melayu takde pun kuar jogging ke,jual kuih ke..macam la sini Malaysia (ape da,moja).Kitorang bertujuh hari ni menjejak maqam-maqam sahabat rasulullah yang wafat di sini (Irbid).Pukul 9.40 pagi kitorang naik bas sekolah rendah yang warna kuning tu.

Maqam pertama yang kitorang sampai adalah مقام ابي الدرداء memang dekat betul ngan Irbid la aku kata.Tak sempat matahari naik kitorang dah sampai terpacak depan maqam yang terletak di atas tanah yang agak tinggi la.Sekeliling maqam tu kawasan hijau dan kubur-kubur orang situ (agaknye la..).Lupe pulak nak kenalkan sape yang bawak kitorang kali ni.1)Abu Muhammad 2)Ahmad Sa’ed [drebar].Abu Muhammad la yang merancang ke mana kitorang akan pegi pastu dan dia juga la yang menerangkan pasal sahabat-sahabat sedikit sebanyak (memang banyak pun..Cuma ada yang tak paham).Maqam ni takde dibina masjid.Mungkin sebab khilaf kot.Next maqam, مقام معاذ بن جبل

On the way la nak pi maqam,kitorang benti tepi jalan jap nak snap pic.Kitorang snap gambar tasik Irbid!!lawa betul..semua pic bergaya je.Lebih-lebih lagi si Rakif,haha.Sekeliling tasik tu Wadi (lembah).Sebijik cam kat Syajarah (klik sini).Pastu,kitorang teruskan perjalanan dan ada stesen minyak baru je rasmi.So,kitorang pon singgah nyibok.Dapat la sarapan halawiyyat dan air gas tin kecik (Kredit to ALiNA stesen).Sekali ade problem pulak ngan pak polisi time tu kitorang main snap-snap gambor dalam van.Die ingat aku tangkap gambor die n kawan-kawan.Van kena berhenti dan kemera kena rampas (wei,kamera alip tu)…aku lak kena soal.Nasib baik die xcakap ammi,kalau tak aku balas ammi aku yang laju tu (haha).Punye payah nak yakinkan die yang aku tangkap gambor budak-budak ni je.Last-last die bagi balik,van jalan je aku kena gelak.Mana la tak cuak,kena dia baling kamera tu.Aku gak yang kena ganti.

مقام معاذ بن جبل,kitorang sampai je tak ramai.Maqam ni tepi jalan besar dan ada masjid sekali.Amik wudhu’ dulu bagi hormat sahabat.Mu’az ni dikatakan wafat sebab ta’un yang melanda.Tepi maqam beliau ada maqam anaknya,Rahman.Snap-snap,sekali terjumpa la Bismillah 786..haha.Dalam van naqi pon cerita la kisah nombor tu.Next maqam, مقام شرحبيل بن حسنه

Surhabil ni aku tau sangat kisahnye.Tapi nanti aku search la.Tempatnya mewah ma…maqam die memang mewah.Pintu kaca,lampu kaca..memang mewah.Macam bilik VIP.Time pulak perut kitorang bunyi..haha.jenguk maqam dan wat ape yang patut.Kitorang pon solat la zohor.Insya’allah aku post pasal nya nanti.Next maqam, مقام ابي عبيده

Yang ni memang best.Masjidnya damai n permai je.Ada taman-taman dan perigi kat sekitarnya.Kitorang melantak la speghati yang dibawak tu bawak pokok lepas dilarang masuk dengan makanan.Maqam ni tak dibenarkan masuk,kitorang tengok dari luar kaca macam muzium pulak.Sebelum blah dari situ,ada la intai jap ape ada dalam tu.Ada Nasab (susur galur) raja Jordan rupanya.Rugi la tak dapat masuk dalam tu.Time solat sunat ada lak orang meninggal.Kitorang kejar masa,tak sempat solat sekali.Ahmad bagitau area situ ada hamamah (hotspring)..tapi kitorang tak kan pegi sebab ade lagi 2 maqam nak kejar.Next maqam, مقام ضرار بن الازور

Yang ni paling trajis.Beliau dipotong kedua belah kaki ketika perang tapi kerana semangat jihadnya,beliau terus merangkak menyerang musuh.Masuk masjid je kitorang kebetulan ada ziarah Syeikh Hazim dari Amman.Sempat la budak-budak ni kenal,mendengar kata-katanya dan bergambar dengan beliau.Maqam ni simple je,takde alas or ukiran pape.Abis situ.Next maqam, -مقام عامر بن ابي وقاص

Beliau merupakan adik kepada Sa’ed Abi Waqos.Kitorang sampai time ngantuk-ngantuk.Semua dah lelap time tu,ingat tak jadi singgah.Kat sini ramai budak arab.Bergambor la ngan diorang lepas snap maqam.Ada yang malu-malu,ada yang nak gambor die aje.

Tu je nak citer,ni pon ponat agi..nanti kalau la aku rajin time cuti ni,aku search la kisah-kisah para sahabat ni.Semoga kepenatan kitorang semua menjelajah membuka ruang korang yang membaca ni ziaroh la sahabat berbanding gi jenjalan makan angin..hehe..Tamat

GAMBAR BANYAK KAT FACEBOOK

Jumaat, 15 Januari 2010

Kekesalan hidup

Pagi tadi ada orang YM aku...die beri aku satu kekesalan dan penyesalan pada diri ku...memang aku nyesal la wat bende tu...sebab sakitkan hati seseorang...

Jadi,aku nak post pasal kesal ni...agar semua amik iktibar...

"status YM"...satu trend baru kat sini dengan wat macam-macam dengan tulis kat situ...nak ringkaskan cerite,aku tertulis sesuatu yang aku tak tau beliau akan terasa ngan status tu...huhu

jadi..aku nak wat public confrence (haha)...

saya,mujahid azmi..memohon agar tuan empunya badan memaafkan kesilapan yang telah diri ini lakukan...kesilapan ini tidak akan berulang insya'allah....

sekian

Khamis, 14 Januari 2010

Temanku berbicara

Teman..senyap je selalu,tapi bila bertutur...segala ilmu keluar.
Pertama kali aku dengar madah berbisa dalam menuntut ilmu luar dari majlis ilmu dengan hanya berbual-bual 3 minit sebelum masuk dewan exam...
Cerita bermula bila aku kelam-kabut gi exam sampai peralatan tulis pon tak bawak...haha..sengal tul la...nasib baik ada 3 orang teman se"madah" aku...mintak la sorang satu

teman 1 bagi pensil
teman 2 bagi pen
teman 3 bagi ...............adoiya~

pastu aku pun berkata:"bagi la satu,agar nampak la ukhuwwah..semua bahagian korang ada kat aku"
dia senyum je dan menjawab:"haha..mana boleh,ko penah dengar tak cerita askar yang ada senjata diberi senjata lagi.Bukan memberi kelebihan,tapi memberi beban"

Aku terpikir,betul jugak...

begitu juga la dalam kehidupan kita ni kan.Kalau duit tu jadi senjata dalam berjuang,jangan lah kita carik agar bertimbun-timbun...kite gunakan dulu,baru la kita carik baru...sebab bila berlambak baru nak guna...ia akan jadi beban.
Macam mana tu???ha...ria' akan datang masuk ke dalam peti perasaan kita lantas menguasai nafsu...terus buat amal dengan tidak ikhlas...

Andai beban memberi kelebihan kepada manusia,kompem semua manusia berlari-lari mencari beban yang ada di muka bumi ini....sebab tu la kita kena ada iman yang kukuh..agar beban tak menguasai diri kita..biar kita yang uruskan beban...

huh..tu je nak kongsi..cuti-cuti nak wat tesis...kang boleh bentang kat sini...hihi

Assalammua3laikum

Isnin, 11 Januari 2010

Mengejar mimpi..


tajuk kali ni macam lirik lagu Aizat laks..hehe..Opss,mintak maap la semua ye sebab dah lama blog ni bersawang N bersarang...asyik lupa + malas + tenet slow...sebab tu x update

setelah lama berhasrat nak tulis entry ni..aku dah berjaya simpulkan 3 mimpi yang mahu direalisasikan...ape ye??...

1..kitabullah
2..kitabuddin
3..kitabunnafs

semua kitab ni bakal aku gunakan sebaik mungkin setelah final exam abis kang...apa maksud mimpi aku ni???

semua bermula dengan pembacaan Nizom Usrah..haha...sampai membawa ke dalam alam mimpi..aku pun xagak menjadi begini...mimpi malam tu membawa aku berfikir...apa yang bakal aku lahirkan..generasi yang berkualiti @ tidak??

tarbiyyah mardhiah...(macam nama awek laks)...tarbiyyah penting dalam membentuk generasi..macam mana la nak tarbiyyah sedangkan diri kita pon belum sempurna ditarbiyyahkan...

aku nak sentuh no.3 tu cikit...macam mana kita nak dapat pasangan diri yang alim,baik dan siqoh sedangkan diri kita tak ada sifat-sifat tersebut...."kita bakal berpasangan dengan diri kita satu lagi"..tu kata seorang teman kepada aku dulu kat asrama....credit to mohsin (mesir)...

ape pon slow-slow aku akan membentangkan 3 mimpi ni kat korang yang membaca..bukan ape..nak kongsi pandangan je...hehe..

ok la,nak baca Nizom Usrah..lagi 3 ari je Finale...

salam alaik..au revoir (spain)..boybouy (ammi arab)...

Rabu, 6 Januari 2010

Sedih ma..



last day exam markaz bahasa n terus ada jamun perpisahan...

Sabtu, 2 Januari 2010

Kematian itu pasti


Meniti Perhentian Terakhir.....

2nd video dari omahbujang...
mantop ngan jalan citernye..
selamat menonton...

Part 1
Part 2

moga ade filem 3rd...

ZzZz to Zero

pagi tadi ada la kursus jenazah kat universiti..aku nak pegi la..tapi ade keje laks..
yakni next video (filem)..ntok sesi petang program ni..

so,cengkelat ar pas jumaat nak gi....skali gua tertido ma...budak-budak lain kejut.Tapi gua tido cam mayat..nasib baik diorang tak angkat n bawak sne..alamat bungkus la klau diorang wat...

ape pon esok boleh la letak link kat cni..wasalam