Ahad, 29 Mei 2011

pengumuman

Salam.Insya'Allah,esok saya akan pergi menunaikan umrah.Mohon maaf kepada semua dan doakan keselamatan saya di sana.

29.2.2011

2 peristiwa bakal berlaku :

Umrah
Malaysia





Rabu, 25 Mei 2011

liku-liku seminggu


Dah seminggu hidup tak terurus
kejap mandi,kejap tak mandi
makan malam pkol 2 3 pagi
tidur kejap atas tilam,kejap atas lantai
tidur kejap 6 jam,kejap 2 jam je
baju kejap sama,kejap lain

ni semua sebab EXAM

Usaha dah full trottle
tapi result tetap biase-biase
amik subjek tu dah 2 kali
sejak sem lepas
tapi markah takde la power cam orang yang amik sekali je
baca buku sampai koyak-koyak
tapi result macam 'remuk' je


tapi...hati kena gembira
sebab dapat belajar apa itu

REDHA
SABAR
DOA
TAWAKAL
n
KECEWA

inilah liku-liku seminggu

Sabtu, 21 Mei 2011

hidup di rantauan

Tadi malam,
kitorang kumpul ramai-ramai kat rumah aku
lepak sesaje hujung minggu
lepak dalam satu bilik study budak rumah aku

ade budak tu gatal,bukak web peta dunia
mula nak tengok bumbung rumah dia

dan
6 orang berebut nak tengok bumbung rumah masing-masing

dan
masing-masing senyum puas lepas tengok

TQ to :

inilah hidup di rantau orang,merindui rumah sepanjang masa
dapat tengok bumbung pun jadila..hihi

Rabu, 18 Mei 2011

malam exam

Esok aku exam nahu

malam ni terasa nak makan lolipop pulak


doakan exam aku agar manis macam lolipop..hikhik 

p/s : bile la nak merasa pegang tiket kapal terbang ye?

Isnin, 16 Mei 2011

arab

Semalam,2 benda jadi kat aku...1 baik..1 buruk


1. aku dapat jawab 1st paper final dengan baik..tQ doc Abdul Qadir Ruba3i
2. aku ngan kawan aku kena cubaan peras ugut bersenjata,pisau rambo lipat bai..arab semakin ganas bila irbid makin sunyi 

malas citer banyak,nanti family aku risau...yang penting takde kena ape-ape..sempat lari

budak irbid sila hati-hati ye


pisau yang nombor satu tu sebijik ngan arab tu pakai
kalau kena,mau terbukak lengan..x jawab la aku exam nahu luse

sekian.jaga diri.TC

Rabu, 11 Mei 2011

kelahiran naga hitam







Kelahiran Naga Hitam,petang tadi aku dikejutkan dengan kelahiran naga hitam dalam rumah aku.

Moga keluaran duit beli telur naga hitam ni dapat sedikit membantu aku dalam perjuangan.

*best-best-best...lepas ni nak suruh naga hitam main bakar2

*sumpah aku rasa tak sabar nak raya...haha

Isnin, 9 Mei 2011

tq Dr Khalid

Aku masih lagi tersentap.Tersentap dengan nasihat terakhir dalam kelas terakhir madah Nahu 2 tadi.Dr Khalid Bani Dumi.Orangnya kemas dan segak.Sentiasa ber'kot' dalam kelas tak kira musim sejuk ataupun panas.Mengajar tak pernah sentuh punggungnya di kerusi lecturer.Aku respek ngan dia bila dia ngajar.Even terang simple tapi mudah terima dan faham.

Tadi hari terakhir dan kelas terakhir dengan dia.Arab..budaya diorang bile hargai guru memang aku respek.Diorang puji maca-macam sampai Dr pun tegur "jangan la puji ebih-lebih,aku biasa je".Aku senyum je bile ramai nak wat ucapan penghargaan.Ada yang cakap Dr ajar dengan cara terbaik sepanjang dia duduk di yarmouk la.Ada yang cakap dia akan ingat Dr sampai bila-bila la.Ada yang nak sampaikan syair,cuma Dr tak bagi takut masa tak cukup.Nampak rias wajah Dr agak sedih bila dengar ucapan yang lahir dari hati pelajar.

Adakah masa depan aku sebegini?Disukai pelajar-pelajar aku nanti?

Aku senyum.

Apa yang aku tertarik ketika ucapan terakhir Dr ada 2 point yang menjadi titik utama ucapan :

"Aku belajar dengan guru ku (Dr Samir Steteh) dan dia ada ceritakan aku ketika hari terakhir aku bersamanya dulu.Dia berkata : Ketika hari aku grad Dukturoh (PhD) dulu,aku dapat 2 nasihat dari guru ku 1) jadilah kamu pendidik,bukannya pengajar  2) mula hari ini (grad) kamu bukan lagi pelajar,tapi pendidik.Dari situ aku (Dr Khalid) mengharapkan apa yang aku buat sama seperti yang aku harapkan.Moga kekal bersama kamu semua (kitorang) ilmu-ilmu aku sampai bila-bila"

Aku time ni aku agak sentap.Nape aku tak sedar 2 benda ni?adakah aku masih BELAJAR dan sebab tu aku tak sedar dengan MENDIDIK?
"buka mata,buka hati lirikkan senyuman di bibir" - moja

Jumaat, 6 Mei 2011

munaqasyah risalah






Petang tadi,aku pergi universiti..pergi kuliah aku..kuliah ADAB terchenta...Hahaha..

Ada munaqashah risalah dukturah (PhD) bagi sorang calon PhD kuliah aku.Fes time aku join rmunaqasyah camni sejak 2 tahun dok sini.Budak lain?tanya la diorang...mne la aku tau..Calon tu buat tesis tentang

"Marhalah Alkhitob Assardi fil Riwayah Assulasiah Alarobiyah".

Professor Khalil Syeikh (pemantau dan ketua juri)
Professor Nabeel Haddad
Professor Mahmud Darabseh
Professor Muhammad Salleh Assyanti (jamiah Jadara)
Dr. Naief Ajlouniy

Komen diorang :

Pendahuluan terlalu banyak pandangan
Istilah tesis tu banyak guna kalimah bukan arab
Pengambaran yang kabur
Banyak rujukan luar (bukan bahasa arab)
Banyak benda tak perlu (rujukan farsi)
Banyak kesalahan tatabahasa (nahwu) dan uslub (gaya bahasa)
Lemah dalam minhaj penulisan
Ada dhomir yang tak kembali kepada apa-apa

Lepas komen panjang-panjang,kitorang satu dewan diarahkan keluar untuk juri-juri bincang pasal keputusan tesis itu berjaya atau tidak...lepak luar hisap-hisap rokok sambil minum kopi arab.Dan masuk semula dewan.

ketua juri : "Setelah kami berbincang,dan kamu semua mesti nak tahu jawapan dari kami.Calon yang bernama ____________ yang membawa tajuk ___________________ telah membuat tesis selama 4 bulan kamil ini,Alhamdulillah telah berjaya sempurna tesis dukturah dengan kami terima..Alhamdulillah" (sambil senyum lebar)

*pergh..kalau ditolak,nanges kot..4 bulan sengkang mata last-last kantoi
*time komen tadi muka ganas masing-masing,bile bagi keputusan senyum ajer
*kuliah aku ramai kot pensyarah yang hebat-hebat

Kemudian semua ahli keluarga diorang yang mai 1 bas tu peluk-peluk..gembire sungguh sambil tepuk-tepuk tangan dan ucap terima kasih kat juri-juri tadi tak putus-putus.

Kitorang sambar halawiyat 2 bijik dan berlalu pergi....

Selasa, 3 Mei 2011

mata itu buta,hati itu celik

Dalam membuka lembaran perubaahan dalam kehidupan ini,kita memerlukan keyakinan dan pendorong yang kuat.Oleh itu,carilah 2 benda ini dahulu - moja

Part 2

"Antara mata dan telinga,mana lagi mulia?" teka-teki yang terdapat dalam kitab aqidah melayu dulu (aqidatun najin).Semua orang dalam kelas tu dok pikiaq ape la jawapannya.

Ada yang jawab mata,ada yang jawab telinga.

Jawapannya telinga lagi mulia (baca:penting).Sebab "kalau kamu tiada telinga di dalam masjlid ilmu umpama batu yang dilempar ke tengah jalan".Itu bermakna tiada guna kamu di majlis ilmu itu melainkan mendapat berkatnya.

Betul la,kalau orang nak ajar kamu yang pekak.Macam mana?tulis boleh tapi nak ajar kamu sebut takleh.Kan dakwah kat situ payah dicapai.

Kalau kamu buta,zaman sekarang braille punye tulisan dah berlambak.AlQuran pun ade tulisan braille.Don wori la orang buta zaman sekarang.Dakwah boleh sampaikan dan quran dalam hati.

Buta mata,celik hati.

Jangan kamu celik mata tapi hati mu buta.Sebab nanti segala benda yang terang benderang sekalipun kamu tak dapat lihat.

Oleh itu,crik kunci membuka hati...Zikrullah la bebanyak ye.


p/s : jangan pakai tasbih macam gelang,nanti doc jamiah benci kamu

Isnin, 2 Mei 2011

kerbau aku mati

kerbau hitam aku mati
aku simpan semua benda dalam perut dia

gambar aku,dia dan kamu
installer aku yang power-power

surat layang aku dapat dari peminat-peminat
1001 kenangan aku 

semua dalam tu

kau mati umpama mematikan memori aku

apa yang aku mampu buat
pasrah dan redha


baru dapat 2 minggu kot,nape dah mati?



Ahad, 1 Mei 2011

umum la awal-awal lagi ye taun depan

Hari ni aku nak menangis
Ada cerita sedih

Petang tadi,
Aku tempuhi lopak-lopak lecak
Seluar kotor dan basah

Selipar usuh pecah-pecah aku pakai
kaki seluar ku lipat seperti turun ke bendang
Tie dan kemeja coklat berkedut kemas di badanku

Oh lupa!
Bersama aku Ulya si calon
Seperti maklum pukul 7 result diumumkan

Aku berjalan riang
Dengan harapan mendengar result pilihanraya

Tiba di pintu univeristi,penjaga menghalang kami
Pintu dikunci rapat (kemah keming)

Aku senyum dan berlalu
Menuju ke masjid

Sampai di masjid,ku temui berita sedih
Presiden dah diumumkan

Tatkala itu aku melihat jam
baru 7.01 petang

KECIWA..KECIWA
Itu yang mampu aku rasakan

p/s : emm..bior la sape naik,asal aku dapat ape yang aku nak