Sabtu, 30 April 2011

aiyya..cari gaduh ma

Walaupun aku budak bahasa arab yang takde unsur hukum hakam dalam pelajaran
Walaupun aku tak siqoh cam budak-budak rumah aku yang lain
Walaupun aku takde karisma dan smart looking dalam kepimpinan
Walaupun aku tanya nama akhwat yang aku nak murokibkan 
Walaupun aku pernah teman orang merajok lari dari Syria ke Jordan
Walaupun aku rindu dengan Malaysia teramat-amat

Aku tak tikam belakang kawan aku sendiri
Macam kamu buat hari ini dalam pilihanraya
Maybe kamu cari naya
Yang bakal buat kamu sesali

*peace for all*

p/s : andai ada lauk budak tu,helo-helo je no phone aku

Selasa, 26 April 2011

teman baru

Sejak mustaqim (budak botak) pulang ke malaysia.Aku selalu sepi.Bilik kecik yang berkongsi 2 orang ni.Mula rasa seluas mata memandang.Biarpun baju kotor bersepah-sepah kat lantai.Plastik kacang merah made in indonesia bersepah bawak katil.Atas meja study pon ada telur ayam yang dibeli 2 biji baru-baru ni.

Aku malam-malam cari teman.Tidur rumah orang.Tidur ruangtamu.Tidur lampu terbukak.



Tapi,hari ni aku dah ade teman.Baru je jumpa baru ni.Comel je parasnya.Aku ingat lagi.Time malam tu kitorang berjumpa buat kali pertama.Aku ade tanya dia "Awak nak teman syaa tidur tak?"...dia senyap.Senyap itu alamat redha.

Kitorang janji nak tidur sama-sama malam ni.Jangan la ade orang kacau.Dia dah janji nak kejut aku subuh.Selama ni asyik tak dapat gi masjid je.Lepas ni nak bangun sama-sama dan dapat bersolat malam.Hehe...aku sayang kau.Moga hayat kau panjang.













*harap kau memekik agar aku dapat bangun awal*

p/s : nape muka kau biasa-biasa jer tapi harga kau LAWA sangat???

Ahad, 24 April 2011

nasihat pilihanraya

"aku ingin bermimpi seperti mana mereka bermimpi"



Ramai orang dalam dunia ni suka bermimpi.
Berbeza dengan angan-angan.
Angan-angan tanpa usaha.
Mimpi dengan usaha.

Usaha,berkuasa membezakan mimpi dan angan-angan.
Dua-dua mahu dijadikan realiti.
Boleh bermimpi sebesar mana pun.
Begitu juga dengan angan-angan.

Cuma nilai diri kita semula.
Adakah kita mampu capai mimpi@angan-angan itu?
Berangan kawen dengan anak raja
tapi kerjanya tiada.
Pasti tak tercapai apa yang dihajati.

Mahu berjaya ke menara gading.
Bukunya tak di sentuh berminggu-minggu.
Mahu bersembang dengan pak arab.
Malu itu menjadi baju.
Tak bertempat pulak tu.

Jom sama-sama.
Kita ubah diri.
Tingkatkan iman.
Bukakan pandangan.
Luaskan persepsi.
Sekian...sila buat pilihan yang tepat untuk Pilihanraya Permai 2011 ini

Hidayat : Presiden
Najib : MMJ
Helmysudin : MMY
Hatta : S/U
Ulya : Bendahari

*takde semangat berkempen betul la si moja ni - anon

Sabtu, 23 April 2011

lidah itu kurniaan

kredit : blog ini


"hidup memberi seluas mana ilmu kamu,bukan sepanjang mana lidah kamu" - moja


Hari ini,hari terakhir bersama Habib Umar Al Hafiz...dari Amman "berlari" dengan bas mini ke Muktah yang memakan masa 2 jam sahaja.

Alhamdulillah,solat jumaat berkhutbahkan tajuk : "cintai para syuhada"

Bukan nak cerita bab isi dan perjalanan ziarah alhabib 2011 ni,tapi mahu amik istifadah perjalanan dengan 5 pancaindera yang diberi.

*****

Dalam kehidupan kita,dikurniakan pelbagai nikmat dan rahmat.Tanpa kita sedar,tiap masa kita perolehi 2 benda ini.Ada orang cakap "melayu mudah lupa".Tapi hari ni aku percaya yang INSAN yang mudah lupa.

Tak kira la dia salafi ke,dia sufi ke,ahli sunnah ke,arab ke,cina 'ni hao' ke...semua ni lupa dengan 2 benda yang Allah kurniakan tiap-tiap hari ini.

Lidah benda yang penting selepas Hati.Kenapa aku cakap macam tu?sebab dari lidah getar hati itu terhasil.Tak percayamcuba sebut kalimah Allah di dalam bilik yang gelap berbekalkan lampu lilin dan bilik itu sunyi.Lafazkan kalimah Jalallah itu dengan hati yang tenang.Pasti,pasti getaran itu muncul.Dari lidah turun ke hati,begitu juga mata.

Dari lidah juga kita temui cara melembutkan hati manusia,menjatuhkan hati manusia dan membakar hati manusia.Dengan berkata manis manusia tenang dengan kita,dengan berkata kasar ataupun kerek manusia membakar dengan kita,dengan berkata dusta malaikat catit amalan kita.


Part 1

Bahasa itu indah.Sebab itu jiwang ini terbit bila bahasa diciptakan.Cuba selak sejarah Italy macam mana sang romeo memikat si Juliet dari bawah beranda rumah Juliet dengan ayat-ayat manis beliau.Cuba bukak sejarah manusia paleolitik,ada tulis anak dara orang zaman batu tergedik-gedik dengan ayat cinta sang lelaki????

Dari bahasa juga goyah sesorang punya hati.Siapa mampu tahan suka bila dengar ayat yang begitu penuh dengan Zouq(rasa/feel) ataupun orang muda panggil "ayat berhantu",siapa mampu??

Dengan belajar bahasa ini kita belajar manusia dan peradaban dunia yang penuh mistik dan misteri ini.

Okey la,aku simpan modal untuk tazkirah next...komen la kalau ade pendapat lain

p/s : "tazkirah" tag baru aku sejak dah ade 101 follower

Khamis, 21 April 2011

berita di pagi hari






Alhamdulillah,
penantian berakhir..
boleh la bayar hutang
sila-sila la berjimat deh
jangan bersakan ajer

Sekian.

p/s : memang betul orang kata rezki masok bile kite tak tidur lepas subuh

Rabu, 20 April 2011

aku sudi mendengar kau "berleter"




Habib Umar bin Hafiz (ulama' Yaman) beri nasihat kepada pemuda-pemuda petang tadi :


Anak-anak muda,tetapkan diri kamu dalam jalan-jalan ini :

1. kejar ilmu dan akhirat

2. kejar cita di sampingnya cinta

3. kejar amalan di susuli suluk 

4. kejar kasih sayang dengan guru-guru


Time ni aku memang sentap abis,nangis hati aku muhasabah diri.Apa pernah aku tetap dnegan jalan-jalan ini?...renung-renungkan la

p/s : esok exam 2 paper...hoho

Selasa, 19 April 2011

kapal terbang punya kisah

kapal toghobang



200x (sebelum 2006)

"Ayah,best tak naik kapal terbang?bila la dapat naik ye" - tiap kali lalu airport malaysia,memang minat tengok kapal terbang terbang tinggi di awan biru...wuuuutt (time ni dah bajet bunyi kapal terbang camni..haha)

2006

"Nape telinga berdesing-desing ni?" - 1st time naik ke Sabah (PMR),tu pon sebab ade rezki...dan takde keje pas exam.

2007

"Bestnye kalau dapat bawak kapal terbang,kan?" - sedang pegang pagar dawai lapangan terbang raja petra pengkalan chepa,kota bahru kelantan di suatu petang bersama kawan satu dorm.

2008 

"saya nak jadi pilot,cikgu" - kelas Add Math cikgu rosmaidah yang selalu aku ponteng dan tak wat keje...time ni sambil pandang kawan sebelah dengan kening terangkat-angkat.

2009 

"Sape tau ni kali terakhir aku naik kapal terbang ke jordan" - KLIA 8th September...aku tak tahu apa yang akan jadi bile fly ke jordan time tu...mana tau aku balik naik kargo mayat ke....mana tau aku sesat kat palestin dan jadi tahanan ke..dan dari situ aku melihat KLIA mengecil.

2010 

"Amacam?fly semua okey kan?" - ambik budak junior baru sambil angkat dan tolak trolley diorang...semestinya happy bile dapat jumpa kawan lama..setahun berlalu pantas

2011

"Balik ke tak tahun ni?" - sambil lepak atas katil berfikir dalam-dalam agar tidak menjadi benda yang tidak diingini..mohon petunjuk dari Illahi.

Ahad, 17 April 2011

filem mereka dan kita

Mereka para pemikir.Otak mereka begitu berharga.Penuh dengan falsafah.Penuh dengan hikmah.Merekalah penulis storyline bagi filem-filem ini :-





































ni hasil tanah melayu :



ni pemikir golongan kiri :










p/s : aku dapat jemputan ke majlis storyliner malaysia kat PWTC bulan 8 ni,tapi aku bukan jemputan rasmi dan semestinya aku tak pergi sebab tak balik tahun ni.

Jumaat, 15 April 2011

KLIBF







Wa...Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur mai lagi la.Terbukak memori silam bila tengok poster ni.Kali ni nak citer ada ape dengan KLIBF ni dengan aku.Panjang post ni.(kalau tak nak baca,sila close tab).

1st time aku pergi Pesta Buku time tu aku sekolah rendah.Darjah 5 ke 6 camtu la.Kecik lagi time tu.Mana minat baca buku ataupun majalah.Komik layan la.Doraemon ke,Ujang ke,APO ke,One Piece ke.(time ni Naruto tak wujud lagi).Berlambak komik kat almari kayu umah tu.Mak aku punya geram tengok banyak komik dibeli dan tak nak anak-anak dia lagho,mak aku sumbangkan kat hospital.Time ni sadis gak la bile nak baca balik komik tu,dah hilang.Bangun pagi je,almari dah kosong dan plastik sampah hitam tersusun depan pintu rumah.Bye-bye je la.Merayu camne pun,keputusan tak boleh dibangkang.(memang macam hukuman mandatori la wei..)

Time gi pesta buku zaman tu la paling boring.Mana minat novel bertulis perkataan beribu-ribu tu.Muntah kot kalau baca.Dah la ayat skema.Baku pulak tu.Abang aku time tu tingkatan 1,dia mula baca novel sikit.Aku time tu carik la APO dan Ujang.Merata aku carik.Dah la dewan besar.

Mak aku pantang bab lagho ni.Aku jeling je Ujang.Mak aku jeling aku balik.Time ni berkepit la ke mana-mana.Budak lagi kot.Nak membeli Ujang dan APO pon kena ber'taktik' dengan mak aku ni.Aku berpakat dengan adik perempuan aku.Cakap nak APO dan Ujang.Bila 2 anak merengek,mak aku bagi la beli.Hihi..(bijak tak?)

Bapak aku time tu busy kot.Abang aku dah boleh jalan sendiri.Aku kalau jalan sendiri kompem sesat macam kat shopping kompleks kat Johor yang aku pernah sesat dulu.Haha.(trauma kot..serik dah wei).

Ha...tu zaman fasa 1 (permulaan) kenal pesta buku.Bila naik tingkatan.Dah otai sikit la.Pergi sendiri la.Naik KTM dari kawasan rumah aku ke PWTC.Pergi dengan abang aku la.Ajak member sekolah sekali.Time ni la best gile.Macam-macam mahu dibeli.Kumpul duit belanja sekolah,semata-mata nak beli buku.Time ni aku dah minat novel sikit dan majalah PC dan seangkatannya.Punye nak cover baik,beli la sekali buku revision dan koleksi soalan lepas PMR.(padahal baru tingkatan 2..kah3).Balik je rumah,senyum lebar.Rasa seronok.Tahun tu aku pergi 2 kali kot.1 sendiri,1 dengan family (adik aku kena pegi dengan family..die perempuan).

Naik tingkatan 3,aku pergi lagi.Time ni gila novel punya sejak baca novel Ramlee Awang Murshid (tombiruo).Penulisan hebat dan penuh kesan.Info dalam tu pun mantap-mantap.Ni pon sebab pinjam library sekolah aku punye.Aku pustakawan,cop pustaka tu pon dalam poket aku.No hal la hantar lewat-lewat.Haha...Tahun tu aku pergi 4 kali kot.Pergh...memang dah masyi la laluan dan lokasi gerai.No hal la..cuma tahun tu aku takleh beli banyak buku sebab PMR kot.Juhud sikit..hihi

Okey,sebab aku dah masok asrama tingkatan 4.Aku ngelat gak dengan warden.Nak balik cuti awal.(alasan ape aku tak ingat la).Dapat jugak ke pesta buku tahun tu.Kelantan bai.Sampai je Putra,terus turun ke pesta buku.Dengan gigi tak gosok,mata kuyu,seluar baju tak tukar lagi aku masuk pesta buku.Time ni dah mula jalan sorang-sorang.Maghrib baru sampai rumah.Time ni kot aku kenal Hlovate punye penulisan.Terbaikkk.

Okey,tingkatan 5 aku jadi siqoh.Nak ngelat warden takleh.Dah boleh bau "coklat tiffu" aku.Haha.Time ni aku dok asrama la jawabnya.Cuti 3 hari kot.Kaya sangat ke wei nak balik Selangor dengan tiket 48 ringgit??.Kena pulak lepak dengan geng skema tak balik rumah.Study je la dengan buku time cuti tu.Aduhai...Ape pun,buku tetap dibeli dengan order kat abang aku.Time ni aku kecimpung buku agama penulisan moden.Bukak mata sikit dalam agama ni.Cum janggal dengan penulisan baru.Minat penulisan lama lagi.(tak pe kan?)

Dan abis SPM.Harapan la aku ke pesta buku dengan busy nak ke Jordannya.Risau masa depan.Amik lesen motor dan kereta.Risau persediaan.Risau kursus kat KUIS lagi.Aku hanya mampu duk kampung tu je la.Meronda dengan motor kriss serta eksiden depan rumah orang kaya.Tahun tu takde pesta buku bagi aku.


Wa...panjang gile.Sape yang baca memori ni.Tq.Korang mesti ade memori camni jugak.Aku kongsi sikit je pon.Bagi yang kat Malaysia tu,sila pergi dan enjoy 2011 punye pesta buku minggu depan.Bagi yang kat Jordan,duduk rumah dan study untuk exam.Kalau nak buku,call orang malaysia dan tempah..mudah,kan?..Okey,bye-bye.

p/s : ni kes ym bincang pasal buku baru la ni..aduhai

pretty ugly bai



Pretty Ugly - Jika Diberikan Aku Satu Peluang

Jika diberikanku satu peluang
Apa yang aku impikan
Pulihkan segala kesilapan
Jika diberikanku satu peluang
Kembali ke masa silam
Kan ku pilih ke tarikh kita dulu

Bagai dijanjikan
Pertemuan singkat waktu itu
Bagai dituliskan
Kesetiaanmu

(Korus)
Pernah dulu ku sebutkannya
Pernah dulu ku ingkarinya
Bukan bermaksud
Lukakan hatimu
Ku lakukannya untuk kita
Ku lakukannya demi cinta
Bukan bermaksud
Maafkan diriku

Jika diberikanku satu peluang
Apa yang aku inginkan
Diriku dirimu dulu
Jika diberikanku satu peluang
Tembusi masa depanku
Kan kusuluh tiga tahun dari situ

Saatnya terhenti
Seketika kau terima lafaznya
Saat yang ku nanti dikau bahagia 


p/s : berfikir sejenak tatkala telinga mendengar lagu dan hati menghayati lirik

Khamis, 14 April 2011

nasihat imam syafie

Aku khaskan syeer-syeer hikmat ini kepada si Cidak


Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa,
maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.
Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.
Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.
Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.



*masih mencari sumber syeer ni,ade ke orang tu terjemah dan tak serta sumber syeer ni bahasa arab...maghah aku!! 


Rabu, 13 April 2011

post haram

 nasihat lelaki bujang yang tak siqoh berbentuk pantun :

bila dua pilihan bertandang
mana satu pilihan hati?
memilih mesti tenang
antara si Nur atau si Siti?


Irbid,Jordan
12/04/2011, 11.46 malam

p/s : aku tak kisah bape "juta" follow blog aku dan berapa "ribu" yang komenter post aku

Sabtu, 9 April 2011

ayah punye birthday



Fuhh,harap masih sempat.Sekarang baru pukul 9.21 malam waktu jordan.Bermakna sempat lagi aku buat post dedikasi sempena besday ayah aku.




Ha..yang atas tu ayah aku.Aku cilok dari Album Fb masjid kampung aku.(masjid kampung aku pon ade fb..korang?).

Okey,start berdedikasi.

      
        Ayah aku umpama pilot kapal terbang,dan aku dan abg aku umpama co-pilot.Ayah aku pandu dan arah,kitorang hanya follow dan tengok.Andai dulu kitorang umpama co-pilot latihan ataupun praktikal.Tengok,paham dan telan.Tu prinsip orang berpraktikal.Sekarang masa praktikal dah abis.Apa yang pilot lakukan kitorang kena kaji.

Oh..aku mula merepek.Haha...okey,citer semula zaman kecik-kecik dulu.Kalau dulu ayah aku la yang hantar aku gi tadika PASTI.Naik motor honda WAA 2787 (kalau tak silap aku).Pagi-pagi aku dengan mata kuyu tak membuka sangat tu,berpakaian serba hijau duduk kat bakul motor tu.Pergi tadika.

Bila naik sekolah rendah dan menengah,aku pergi sekolah dengan mak aku dan adik beradik yang lain.Time ni jarang la pi sekolah dengan ayah hantar.Kalau zaman tak berkereta dulu boleh la.Bila ada kereta,mak aku amik alih tugas hantar kitorang ke sekolah.

Apa yang aku nak kongsi,benda yang memberi kesan kat aku sehingga time kat maahad dulu pun masih berkesan adalah PAGAR.Rumah aku dulu pakai pagar dawai,bukan pagar grill ataupun tembok keliling rumah.Ye la..rumah perumahan.Satu hari aku masuk kawasan rumah melalui longkang.Dan time tu ayah aku pun balik dengan kereta peagout hijau.Kantoi suda...aku kena sebat la dengan tali pinggang.Haha..nakal betul.

Ape kesannya?Aku tak berani keluar kawasan maahad melalui longkang,aku lompat pagar dengan panjat tembok.So...tu kesannya.Nasib baik jordan takde longkang.Kalau tak mesti aku trauma lagi.

Harapan aku kat ayah :

*semoga panjang umur
*semoga dapat gi umrah lagi
*semoga dapat mai khirij (grad) aku nanti 2013 insya'allah
*semoga murah rezki
*semoga tetap dalam perjuangan

tu je harapan aku....dan harap ayah tak risau aku kat sini,pandai-pandailah anak bujang ayah yang dah-nak-tak-bujang ni jaga diri....Assalammualaikum


p/s : kredit henset 0.00,sbb tu takleh send sms..nak wall post,cam tak special...nak inbox,cam tak best...sebab tu buat post kat blog..hehe

Khamis, 7 April 2011

Ihya' Ulumuddin

Teringat zaman lepas aku SPM dulu,pernah lepak kat bilik bacaan bapak aku kat rumah dulu.Usha buku-buku lama dalam almari buku beliau.Baca diari la.Baca pasal jin la.Semua buku aku pernah bukak.

Dalam banyak buku aku baca.Ada 1 buku lama.Dah usang aku tengok.Ade 8 9 jilid tak silap aku.Kulit warna merah tua.Nampak menarik bagi aku yang baru berjinak dengan kitab kertas kuning.

Aku amik jilid 1,cuba baca.(tak ingat dalam bahasa arab ke melayu jawi).AKu try baca muqaddimah,tulisan kecik-kecik.Try jangkau muka surat lain pulak..

Ayat pertama keluar dari mulut aku : "eh..ktab apa ni?tak paham langsung"

Aku tutup kitab tu dan beralih ke kitab lain.

Kini,aku kejar kitab tu.Aku belajar setiap selasa.Petang selasa aku try usha-usha isi kandungan kitab itu.penulisan yang halus.Bahasa yang lembut.Sehinggakan seluruh manusia boleh terima isi kitab itu...Ihya' Ulumuddin.

masih teragak-agak nak beli yang arab


Alhamdulillah,aku punyai guru untuk menadah kitab ini.Agar hikmah dalam kitab ini dapat diperolehi.Dan kini aku tak sabar nak baca kitab yang ada dalam almari buku tu.Insya'Allah.

p/s : sape nak join,sila hubungi aku tanpa segan silu

Selasa, 5 April 2011

aduhai

Hari ni aku meronda lagi.Hari hari aku meronda.Laluan yang sama.Laluan rondaan hari aku sama,tapi aku tak rasa boring sikit-habuk-pun (loghat kelantan).Ye la,kat Syari' Jamiah ni ramai orang lalu.Ada arab,ada melayu,ada cina..korea pon ada.

Melayu dari tahun ke tahun aku tengok makin ramai pulak.Dengar cerita tahun depan lagi ramai,mahu cecah 1000.Pergh..jadi little malaysia la tak lama lagi kawasan rondaan aku ni.Tempat ni memang damai,ada KFC,ada Papa John,ada Dale3 Karshak,Pizza hut pon ada.Aku penah gak tengok budak arab pau melayu kat sini,tapi aku mampu melihat je.Nak buat camne,bukan hal aku pun.

Hari ni aku meronda cepat sikit,ada je yang menolak aku.Macam biasa,aku ronda ada timing.Bajet nak balik awal,tapi badan rasa berat pulak.

Aku rasa,masa untuk membuang air la.Tapi takde pulak port baik kat Syari' Jamiah ni.Ha...hujung sana boleh kot.Aku usha lain baik punyer...ye la,kang kena sound malu pulak.

1..2..3..aku pun teran.Teran sekuat-kuatnya.AKu buang semua air yang ada dalam badan aku.Lega la,tapi lama gak keluar air ni.Ni mesti sebab aku minum banyak malam semalam.Boleh pulak hari ni cuaca sejuk semacam.Mana la tak rasa nak buang air tu kuat.

Tapi pelik,aku terkeluar najis pulak time teran ni.Najis kecil-kecil.Aku usha bawa jer,aku nampak budak laki keluar tarik tuala coklat.Aku sempat dengar dia mengomel, "aduhai,abis basah tuala aku...kuajja la".

Aku senyum sambil terus buang air.Dan di sebelah rumah dia pulak,aku nampak budak-budak arab main najis-najis kecil aku tadi.Okey la,aku kena off duty.Tugas aku sebagai awan hanya bawak hujan.Manusia selalu je bagi pandangan baik dan buruk.Ni last day aku kerja.Esok dah masuk musim panas.Nanti diorang mula la bising aku tak bertugas.

Ape pun, "selamat datang musim panas..hihi".Bye-bye.

Isnin, 4 April 2011

bye-bye si botak





si botak dan kotak-kotak chess


Ni mustaqim.Baru 15 minit dia gerak dari simsimah ke Queen Alia Airport.Dia nak balik malaysia hari ni.Selama ni dia sebilik dengan aku.Hari ni aku balik je rumah lepas ponteng kelas BI,aku tengok bilik aku luas.Kah..kah..kah.

Katil dan bukak abis rangka,meja dah kosong,karpet vakuum abis,almari tetutup rapi.Memang sbijik cam kemas umah time nak raya.Okey,aku ucap good bye dan selamat temui ketenangan di malaysia.

Ape yang aku epi?aku conquer 1 bilik la....hahaha...dan kompem pasni tak dengar lagu korea n hindustan kat bilik aku.Tengok la nnati,aku rindu ko ke tak.

Yang bagi kesan adalah jadual memasak mingguan la,takde dah turn ko masak.Aku nak suruh yang berkuasa rombak jadual masak tu.

Apa harapan aku?

-halalkan barang yang aku guna
-aku nak guna barang-barang yang ko tinggalkan
-harap ko balik sem 1 kang,jangan ko mai sem 2 pulak
-dah bawak balik buku nahu tu,wajiblah bukak...jangan simpan dalam bagasi je
-doakan aku agar cepat sikit...ehem2
-ingat nak pi umrah dengan ko taun ni,takpe la..lain taun
-sila download movie kat malaysia tu..kah3
-jangan lupe upload gambar teh tarik yang ko janjikan tu

p/s : cool gile aku tak sedih time ko blah..hahaha..cool kan?

Ahad, 3 April 2011

penutup KARISMA

Karnival Sukan Mahasiswe SeJordan (KARISMA) buat kali ke baru je habis petangtadi kat tempat aku.

Malas citer panjang,sebab ada dalam blog karismajordan..kalau aku citer,kang korang tak usha sana pulak.

Aku just nak chegite pasal Hakka Dance...kah kah kah..1st time kot aku join benda alah ni.Terbaik,sebab boleh rasa aura semangat pasukan even aku tak masuk game pape pun.2 jam je berlatih dah boleh reti sikit-sikit,walaupun agak kekok..haha


aku sebagai pakcik berbalung ayam di barisan belakang hujung..haha


Apa itu hakka dance?

*sumpah best conteng muka dengan arang,pastu pakai all black...sebijik askar
*lepas pulang dari program,ada akhwat buzz ym aku sembang pasal hakka...haha

p/s : hidup kena warna-warni umpama pelangi,baru tak terkeluar ayat "boring la hidup camni"..kan?