Ahad, 30 Mei 2010

genap 557 tahun



oleh : Mohd Azmir b Mohd Razli
Seorang sejarawan Austria, Fun Hamer berkata: “Kota Konstantinopel telah dikepung sebanyak 29 kali semenjak ia didirikan.” Orang Islam yang pertama mengepung kota berkenaan ialah Muawiyah bin Abu Sufian pada zaman khalifah Uthman bin Affan yakni pada tahun 654 Masihi bersamaan dengan 34 Hijriyyah. Manakala seorang sejarawan Perancis, Baron Karadfoo berkata bahawasanya pembukaan Kota Konstantinopel bukanlah berlaku secara kebetulan ataupun kerana kerajaan Byzantium berada dalam keadaan lemah, tetapi kerana Sultan Muhammad II telah menggunakan segala kekuatan ilmu yang ada pada zamannya.
Kejatuhan Kota Konstantinopel ketika itu menandakan kejatuhan kerajaan Rom Bizantium yang menguasainya selama ribuan tahun. Kekukuhan kota tersebut tidak dapat dinafikan kerana serangan serta kepungan yang dibuat sebelum-sebelum ini masih belum mampu untuk menjatuhkan kota tersebut, hingga menjangkau beberapa abad. Namun, kebergantungan yang hakiki kepada Allah SWT tidak sekali-kali pernah padam dan putus, sehinggalah 800 tahun selepas nabi SAW menuturkan hadith tentang pembukaan kota tersebut, ianya berjaya dibuka oleh Sultan Muhammad II.
Kebanyakan orang amat bersemangat lagi teruja meraikan hari ibu dan guru apabila bulan Mei menghampiri, namun ramai yang lupa bahawasanya pada bulan ini jugalah berlakunya peristiwa bersejarah yang amat penting bagi umat Islam dan sejarahnya, meskipun ramai yang terlupa. 29 haribulan pada bulan ini di tahun 1453 Masihi, Kota Konstantinopel akhirnya tunduk kepada Islam apabila ia berjaya ditawan selepas pengepungannya selama sembilan bulan. Tarikh tersebut jatuh pada 20 Jamadil Awal 857 Hijriyyah.
Kemenangan tersebut adalah satu bukti bahawasanya pergantungan kepada Allah yang sebenar-benarnya akan menjanjikan kemenangan yang hakiki, dan bahawasanya janji-Nya adalah benar. Ia juga menandakan keimanan umat Islam kepada Nabi Muhammad SAW meskipun lapan abad berlalu tanpa mereka pernah bertemu dengan baginda. Mereka mempercayai dan mengimani kata-kata nabi SAW sehingga membuatkan mereka tekad dan terus berazam untuk menunaikan janji tersebut. Kemenangan ini juga membenarkan Islam menghalang keangkuhan puak salibiyyah dan juga membantu umat Islam yang tertipu dan terseksa di Andalusia.
Antara taktik awal yang digunakan oleh Sultan Muhammad II sebelum melancarkan pengepungan ke atas Kota Kontantinopel itu ialah melakukan beberapa siri perdamaian dengan pihak musuh. Fasa pertama untuk membenarkan baginda mempelajari dan memperdalami segala taktik peperangan yang pernah digunakan serta mempersiapkan kelengkapannya, dengan itu baginda mengadakan perdamaian beberapa tahun dengan Kaisar Bizantium.
Fasa kedua perdamaian berlaku setelah baginda menghentikan penghantaran wang saraan kepada Amir Ourkhan yang mendapat perlindungan Kaisar di Konstantinopel. Baginda mengadakan perdamaian dengan Putera-Putera dan Raja Maghyar dan Bosnia serta Kerajaan Republik Venesia serta memberikan mereka beberapa hak (tidak disebut). Kemudian dengan Hunyade selama tiga tahun. Tempoh perdamaian ini adalah satu taktik siasah yang ampuh yang tidak membenarkan baginda dan kerajaan Islam diganggu perencanaannya. Ketika mana mereka bekerja, sempadan-sempadan negara menjadi selamat dari marabahaya. Tempoh ini digunakan baginda sultan untuk membina benteng di pinggir Selat Bosphorus yang berdepan dengan tembok binaan datuknya Bayazid dahulu.
Pekerjaan membina benteng ini turut disertai oleh baginda sultan, menjadikan dirinya sama sahaja dengan mereka yang bekerja. Maka perjuangan ini bukan perjuangan tenteranya sahaja, malahan perjuangannya juga. Perbuatan baginda itu seterusnya memaksa para ulama’ dan pasha turut sama bekerja. Situasi ini memberikan satu lonjakan dan motivasi kepada semua tentera dan pekerja yang bertungkus-lumus mendirikan tembok tersebut, bahawasanya mereka melihat kesamarataan dalam mencapai satu matlamat yang agung. Dalam masa tiga bulan, tembok tersebut siap sepenuhnya.
Sembilan bulan tempoh pengepungan merupakan detik-detik yang mencabar, bukan sahaja bagi ummat Islam tetapi juga kepada Kaisar Bizantium dan penduduk Kota Konstatinopel tersebut. Namun, kesabaran, keazaman, ketaqwaan, keimanan dan keyakinan umat Islam tidak sebegitu mudah luntur, apalagi bila sultan yang memerintah berada bersama mereka.
Artikel ini bukan ditulis untuk mengulang semula sejarah pembukaan kota tersebut, namun apa yang lebih penting ialah pengajaran yang kita bisa dapati daripada perjuangan baginda sultan tersebut. Maka tidak perlulah saya menulis lebih lanjut tentang proses penawanan tersebut.
Sikap yang ada pada Sultan Muhammad II ketika pembukaan kota tersebut, tidak terdapat pada mana-mana pemimpin lain pada zaman selepasnya, mahupun ketika ini. Baginda sultan terang-terang tidak membuka kota tersebut kerana ingin menawannya, ataupun merampas hasil dan kekayaannya, apalagi untuk meluaskan jajahannya. Tetapi kedatangan baginda ialah untuk menunaikan janji-janji nabi SAW bahawasanya kota tersebut akan dibuka, dan juga untuk membebaskan masyarakat daripada perhambaan manusia kepada perhambaan kepada Allah. Keadilan beliau bukan sahaja untuk orang Islam, malahan juga untuk semua. Apabila seorang tentera yang memenggal kepala Kaisar membawanya kepada Sultan Muhammad II, baginda mengarahkan tentera tadi dihukum mati kerana memotong kepala Kaisar yang telah mati daripada tubuhnya, bahawa tindakan tersebut ialah tindakan pengecut.
Bahkan, Sultan Muhammad II sendiri yang menanggung segala perbelanjaan dan kos perlantikan Patriarch apabila baginda melihat kekacauan dan persengketaan sesama kaum kristian di dalam kota tersebut. Baginda mewasiatkan kepada Patriarch Janadius supaya bersungguh-sungguh dalam mengerjakan agama mereka dan meninggalkan perselisihan dengan Kristian Katolik. Hak yang setara dengan para wazir (menteri) dalam Daulah Uthmaniyyah diberikan kepada Janadius, bahkan dia dijamin keselamatannya oleh Sultan. Begitulah Islam mengajar toleransi kepada agama dan kaum lain. Bahkan kaum kristian ketika itu sendiri terpana dengan akhlak baginda yang mulia kerana saudara segama mereka sendiri pernah datang untuk menjajah dan menindas mereka. Malahan, tindakan Sultan Muhammad inilah yang mengekalkan kewujudan Kristian Mazhab Ortodoks di dunia ini yang sebelumnya hampir pupus dan mati.
Sepanjang 30 tahun baginda sultan memerintah, baginda bukan sekadar memimpin sendiri tentera-tentera baginda dalam 25 peperangan, bahkan berjaya meluaskan Daulah Uthmaniyyah dari 600 kilometer persegi kepada 2.214 juta kilometer persegi. Apabila orang Islam membuka sesuatu kawasan, mereka bukan seperti mana-mana pemerintah yang zalim, mereka tidak merobohkan rumah ibadah agama lain, tidak merosakkan tanaman, tidak membunuh orang tua, kanak-kanak dan wanita, malahan mereka turut membangunkan semula kawasan tersebut, seperti di Konstantinopel sendiri.
Banyak Sekolah dan masjid didirikan. Malahan prasarana pentadbiran, ketenteraan, pendidikan, politik dan pembangunan turut dibangunkan oleh baginda sendiri. Kaum yahudi dan umat Islam yang dapat melarikan diri daripada Andalusia datang berhijrah ke kota tersebut dan mendapat perlindungan. Semua aspek dalam kehidupan yang menuntut kecemerlangan di dunia dan juga akhirat dititikberatkan oleh baginda sultan.
Baginda Sultan Muhammad II al-Fatih meninggalkan dunia pada tahu 1471 Masihi bersamaan dengan 886 Hijriyyah.
Semoga selepas pembacaan artikel ini, kita tidak lagi melupakan detik-detik kemuliaan dan kemenangan yang diturunkan Allah kepada umat Islam terdahulu pada tarikh ini. Bukan mengingat untuk meraikan, tetapi untuk memahami bahawasanya keyakinan dan keimanan kepada Allah yang hakiki dengan azam dan tekad yang tinggi, tidak akan dibiarkan sebegitu sahaja. Yakinlah bahawa bantuan-Nya hampir dan kemenangan kita hampir. Terus dan teruslah berusaha, memajukan diri, keluarga, masyarakat, ummat, deen, dan negara.


Jumaat, 28 Mei 2010

9 for 19

gambar hiasan,yang sebenar xleh upload sebab tenet slow


"kalau ko buat kedai kek kat shah alam..." sedikit isi perbualan aku dengan kawan aku time melantak halawiyyat(manisan) semalam.Memang memberi inspirasi dan kesan kepada diri aku.Memberi aku semangat waj untuk membuat kek sempena harijadi kawan aku semalam.Tapi kitorang nak wat kumpol-kumpol 1batch la.Wat kek bagi nampak seri cikit majlis berkumpul tu.

Pukul 9 pagi tadi baru aku membuat keputusan nak wat ujikaji dengan resepi yang aku cilok dari makcik aku."Kek Kukus Coklat" lah nama nya.Bahan utama mestilah coklat & tepung.Nak tau cara nya?..mana boleh,kang senang la korang wat kek tu.Tak special la kek aku kang.

Buat kek memang payah.Yang payah tu kembangkan pukul telur.Adoi...naik lenguh tangan,tapi telur tak kembang-kembang.Kesiann...

Buat punye buat,terbanyak pulak sukatan.Dari 1 bijik kek kepada 6 biji.Menangis la tepung-tepung tu bila diayak dan disebatikan.Ada ramuan rahsia dalam resepi kek ni.Memang terbaik la.Akhowat Irbid kompem nangis bile rase kek ni mencair dalam mulut.Dengan coklat lembut kat tengah-tengah lagi.Topping coklat vanila yang terbaikk....perghh

Pastu kawan serumah aku wat la 2 biji kek segara yang gune kotak.Tinggal bancuh je.Besday boy pulak wat kek batik.9 kek untuk umur 19 macam tak percaya pulak!!!

Terharulah beliau.Majlis berjalan lancar.Dan aku mati lepas kek semua dikukus.Haruman kek kukus berlalu pergi dengan ribut pasir di kota Irbid ini.............sekian

Kredit to my makcik,FAUZIAH ABDUL TALIB..resepi memang tip-top

Rabu, 26 Mei 2010

mereka mengkaji


April 28, 2010 — The remains of Noah's Ark have been found 12,000ft up a Turkish mountain, it was claimed today.A group of Chinese and Turkish evangelical explorers say carbon testing on remains found on Mount Ararat show they are 4,800 years old, around the time when the ark was said to be afloat.
But the group left themselves open to a critical backlash after they failed to reveal the location of their find or produce photographs of the exterior of the site.
The search for the physical remains of Noah's Ark has held a fascination for Christians, Jews and Muslims for hundreds of years. But despite various
claims no scientific evidence has ever been found.
The team of 15 made the announcement of their find yesterday. They brought back from the site wooden remains and strands of rope which they believe was used for keeping animals.Yeung Wing-cheung, a documentary filmmaker and member of the team from Hong Kong-based Noah's Ark Ministries International, said: 'It's not 100 per cent that it is Noah's Ark but we think it is 99.9 per cent that this is it.'
He said the structure had several compartments, some with wooden beams, which were believed to house animals. However early indications are it was a kind of cypress wood whereas the Bible says it was made of gopher wood.Members of the Chinese team appeared with Turkish officials at a joint press conference on the evangelicals website where the potential importance of the discovery was hailed.
However Nicholas Purcell, a lecturer in Ancient History at Oxford University, was dismissive of the claims adding that 'these kinds of stories come along pretty regularly'.


'The usual nonsense,' he told MailOnline.

'If floodwaters covered Eurasia 12,000ft deep in 2,800 BC, how did the complex societies of Egypt and Mesopotamia, already many centuries old, keep right on regardless? And dating Noah's Flood to 2,800 BC is arbitrary anyway...'

Over the years there have been numerous hoaxes over the search for the ark. In 1993, George Jammal claimed in a programme shown by CBS that he had 'sacred wood' from the ark.
It was later revealed that he was an actor and that the wood was in fact taken from Californian railroad tracks which had been baked in an oven with various sauces.
The group has refused to say exactly where the discovery was made as they are waiting for the Turkish government to designate the area an archaeological site.The team, the first of its kind endorsed by the Turkish government, is a joint effort between Hong Kong-based Media Evangelism, Noah's Ark Ministry International and the Turkish government, says the South China Morning Post.
Dr Ahmet Ozbek, geologist at Kahramanmaras Sutcu Iman University in Turkey, told the paper the low temperature and environmental condition of glacier deposits and volcanic material helped preservation at the site.
The group of evangelical archaeologists ruled out an established human settlement on the grounds that one had never been found above 3,500m in the vicinity.
But four years ago and following a decade of research, U.S. national security analyst Porcher Taylor claimed a satellite image revealed a baffling 'anomaly' on the mountain's north-west corner that he believed to be the remains of the Ark.
Local Turkish officials will ask the central government in Ankara to apply for UNESCO World Heritage status so the site can be protected and pave the way for a major archaeological dig.
The Noah's Ark Ministries International was formed in 2003 in Hong Kong by a group of evangelical Christians. In that year they made their first expedition to the Mount Ararat to find the ark. Subsequent visits to the area have been carried out in 2004 and 2007.
The biblical story says God decided to flood the earth after seeing how corrupt it had become.
After the flood waters receded, the Bible says, the ark came to rest on a mountain.Many believe that Mount Ararat is where the ark and her inhabitants came aground.


 VIVAnews - Dikisahkan, sekitar 4.800 tahun lalu, banjir bandang menerjang Bumi. Sebelum bencana mahadahsyat itu terjadi, Nabi Nuh -- nabi tiga agama, Islam, Kristen, dan Yahudi, diberi wahyu untuk membuat kapal besar -- demi menyelamatkan umat manusia dan mahluk Bumi lainnya.
Untuk membuktikan kebenaran cerita tersebut, kelompok peneliti dari ‎... مشاهدة المزيد‎China dan Turki yang tergabung dalam 'Noah's Ark Ministries International' selama bertahun-tahun mencari sisa-sisa perahu legendaris tersebut.
Kemarin, 26 April 2010 mereka mengumumkan mereka menemukan perahu Nabi Nuh di Turki. Mereka mengklaim menemukan sisa-sisa perahu Nabi Nuh berada di ketinggian 4.000 meter di Gunung Agri atau Gunung Ararat, di Turki Timur.
Mereka bahkan mengklaim berhasil masuk ke dalam perahu itu, mengambil foto dan beberapa specimen untuk membuktikan klaim mereka.
Menurut para peneliti, specimen yang mereka ambil memiliki usia karbon 4.800 tahun, cocok dengan apa yang digambarkan dalam sejarah.
Jika klaim mereka benar, para peneliti Evangelis itu telah menemukan perahu paling terkenal dalam sejarah.
"Kami belum yakin 100 persen bahwa ini benar perahu Nuh, tapi keyakinan kami sudah 99 persen," kata salah satu anggota tim yang bertugas membuat film dokumenter, Yeung Wing, seperti dimuat laman berita Turki, National Turk, 27 April 2010.
Grup yang beranggotakan 15 orang dari Hong Kong dan Turki hadir dalam konferensi pers yang diadakan Senin 26 April 2010 lalu.
Kepada media yang hadir saat itu, mereka juga memamerkan specimen fosil kapal yang diduga perahu Nuh, berupa tambang, paku, dan pecahan kayu.Seperti yang dijelaskan para peneliti, tambang dan paku diduga digunakan untuk menyatukan kayu-kayu hingga menjadi kapal. Tambang juga digunakan untuk mengikat hewan-hewan yang diselamatkan dari terjangan bah -- begitu juga dengan potongan kayu yang dibuat bersekat untuk menjaga keamanan hewan-hewan.
Penemuan besar ini jadi amunisi untuk mendorong pemerintah Turki mendaftarkan situs ini ke UNESCO -- agar lembaga PBB itu ikut menjaga kelestarian perahu Nuh.
Awalnya, direncananya para arkeolog akan menggali perahu itu dan memisahkannya dari gunung. Namun, hal tersebut tak mungkin dilakukan, meski nilai sejarah penemuan ini sangat tinggi.

***

Diyakini, ketika air surut, perahu Nuh berada di atas Gunung. Meski tiga agama besar mengabarkan mukjizat Nabi Nuh, tak ada penjelasan sama sekali, di mana persisnya perahu itu menyelesaikan misinya.
Sejak lama penduduk lokal Turki yang tinggal di pegunungan maupun kota-kota lain percaya bahwa perahu Nabi Nuh berada di Gunung Ararat.
Apalagi, pilot pesawat temput Turki dalam sebuah misi pemetaan NATO, mengaku melihat benda besar seperti perahu di Dogubayazit, Turki.
Pada 2006, citra satelit secara detil menunjukan benda mirip kapal yang diduga perahu Nuh itu adalah gunung yang dilapisi salju.
Beberapa ahli lain berpendapat bahwa sisa-sisa perahu Nuh menjadi bagian dari pemukiman manusia -- yang selamat dari bencana banjir bah.
Namun, peneliti yang mengklaim penemu perahu Nuh membantahnya. "Kami tak pernah menemukan ada manusia yang bermukim di ketinggian 3.500 meter dalam sejarah umat manusia."Cuaca sangat dingin di ketinggian 4.000 meter itu oleh para penemu diyakini menjaga kondisi perahu Nuh selama ribuan tahun.‎


Pada bulan Juli 1951 sebuah team yang terdiri
dari ahli-ahli Rusia melakukan penelitian terhadap
Lembah Kaat. Sepertinya mereka tertarik untuk menemukan
sebuah tambang baru di daerah tersebut.
Dalam penelitiannya mereka menemukan beberapa
potong kayu di daerah tersebut berserakan.

Mereka kemudian mulai menggali tempat tersebut
dengan tujuan untuk menemukan sesuatu yang berharga.
Tetapi alangkah terkejutnya mereka ketika menemukan
kumpulan potongan-potongan kayu tertimbun di situ.
Salah seorang ahli yang ikut serta memperkirakan,
setelah meneliti beberapa lapisanya, bahwa kayu-kayu
tersebut bukanlah kayu yang biasa, dan menyimpan rahasia
yang sangat besar di dalamnya.


Mereka mengekskavasi tempat tersebut dengan penuh keingintahuan.
Mereka menemukan cukup banyak potongan-potongan
kayu di daerah penggalian tersebut, dan
di samping itu mereka juga menemukan hal-hal
lain yang sangat menarik. Mereka juga menemukan
sepotong kayu panjang yang berbentuk persegi.
Mereka sangatlah terkejut setelah mendapati
bahwa potongan kayu yang berukuran 14 X 10 inchi
tersebut ternyata kondisinya jauh lebih baik
dibandingkan potongan-potongan kayu yang lain.
Setelah waktu penelitian yang memakan waktu yang
cukup lama, hingga akhir tahun 1952, mereka
mengambil kesimpulan bahwa potongan kayu tersebut
merupakan potongan dari bahtera Nabi Nuh a.s.
yang terdampar di puncak Gunung Calff (Judy).
Dan potongan (pelat) kayu tersebut,
di mana terdapat beberapa ukiran dari
huruf kuno, merupakan bagian dari bahtera tersebut.

Setelah terbukti bahwa potongan kayu
tersebut merupakan potongan kayu dari
bahtera Nabi Nuh a.s., timbullah pertanyaan
tentang kalimat apakah yang tertera di
potongan kayu tersebut. Sebuah dewan yang
terdiri dari kalangan pakar dibentuk oleh
Pemerintah Rusia di bawah Departemen Riset
mereka untuk mencaritahu makna dari tulisan
tersebut. Dewan tersebut memulai kerjanya pada
tanggal 27 Februari 1953.
Berikut adalah nama-nama dari anggota dewan tersebut:
1. Prof. Solomon, Universitas Moskow
2. Prof. Ifa Han Kheeno, Lu Lu Han College , China
3. Mr. Mishaou Lu Farug, Pakar fosil
4. Mr. Taumol Goru, Pengajar Cafezud College
5. Prof. De Pakan, Institut Lenin
6. Mr. M. Ahmad Colad, Asosiasi Riset Zitcomen
7. Mayor Cottor, Stalin College

Kemudian ketujuh orang pakar ini setelah
menghabiskan waktu selama delapan bulan
akhirnya dapat mengambil kesimpulan bahwa
bahan kayu tersebut sama dengan bahan kayu
yang digunakan untuk membangun bahtera Nabi
Nuh a.s., dan bahwa Nabi Nuh a.s. telah meletakkan
pelat kayu tersebut di kapalnya demi keselamatan dari
bahtera tersebut dan untuk mendapatkan ridho Illahi.

Terletak di tengah-tengah dari pelat tersebut adalah
sebuah gambar yang berbentuk telapak tangan dimana juga terukir
beberapa kata dari bahasa Saamaani.
Mr. N.F. Max, Pakar Bahasa Kuno, dari Mancester, Inggris telah
menerjemahkan kalimat yang tertera di pelat tersebut menjadi:
"Ya Allah, penolongku! Jagalah tanganku dengan kebaikan dan bimbingan
dari dzatMu Yang Suci, yaitu Muhammad, Ali, Fatima, Shabbar dan Shabbir.
Karena mereka adalah yang teragung dan termulia.
Dunia ini diciptakan untuk mereka maka tolonglah aku demi nama mereka."

Semuanya sangatlah terkejut setelah mengetahui arti
tulisan tersebut. Terutama yang membikin mereka
sangatlah bingung adalah kenapa pelat kayu tersebut
setelah lewat beberapa abad tetap dalam keadaan utuh dan tidak rusak sedikitpun.
Pelat kayu tersebut saat ini masih disimpan dengan
rapih di Pusat Penelitian Fosil Moskow di Rusia.

Jika anda sekalian mempunyai waktu untuk mengunjungi
Moskow, maka mampirlah di tempat tersebut, karena pelat
kayu tersebut akan menguatkan keyakinan anda terhadap kedudukan Ahlul Bayt a.s.

Terjemahan kalimat tersebut telah dipublikasikan antara lain di:
1. Weekly - Mirror, Inggris 28Desember 1953
2. Star of Britain , London , Manchester 23 Januari 1954
3. Manchester Sunlight, 23Januari 1954
4. London Weekly Mirror, 1Februari 1954
5. Bathraf Najaf , Iraq 2 Februari 1954
6. Al-Huda, Kairo 31 Maret 1954
7. Ellia - Light, Knowledge & Truth, Lahore 10 Juli 1969

Selasa, 25 Mei 2010

kurangkan...

Rehat...........

Nak exam..jadi blog kena kurangkan...facebook pon same....ym je still on9...
ape pun kite kena korban untuk kejayaan...semua menanti sinar baru setelah gagal buat sementara....bubye2

Isnin, 24 Mei 2010

200



Alhamdulillah..kini dah yang ke-200 kali nya aku menulis kat blog ni.Blog ni dah umur berapa aku tak tau la.Tapi,mula menulis lepas SPM 08.Semoga ilmu dan input yang ada diambil la.Yang buruk tohok la jauh-jauh ye...

Macam tv la jugak,bila ada ulangtahun ape-ape mesti ade yang special.Aku nak buat soalan n jawapan yang agak feymes ditanya oleh geng-geng aku.Jom....

S : Memang nak ke Jordan ke dari dulu?
J : Time form 5 dulu pernah fikir nak ke mesir n yaman.Tak pernah pulak JORDAN tu datang hinggap kat ruang otak ni.Micheal Jordan pernah la.

S : Citer la cikit macam mana boleh apply ni
J : 1 pagi tu,kawan aku ada call suruh isi borang JAIS ke morocco dan jordan.Aku ngan mata ngantuknya bagitau la ayah aku yang pernah sebut pasal borang tu sebelum hari tu.Ayah aku time tu baru nak gi pejabat.Dia pun print la kat pejabat dia.Tup2 apply,dapat...alhamdulillah

S : Nape amik b arab?
J : Mula-mula apply amik pengajian islam.Tulis kat borang morocco dan jordan JAIS.Time meeting hari tu,diorang nak hantar b arab je.Aku jenis tak kisah.Asal boleh blaja.Ilmu tu luas,jangan kite sempit dan memilih pulak.

S : Nangis tak time kat airport?
J : Tak,sebab dah nangis kat umah malam tu sebelum tidur.Tapi,bile tengok mak ayah lambai-lambai tangan sebelum aku masuk tube yang hubung ke perut kapal terbang,hati aku menangis la.Mata tak la.Kena kental la,kata anak lelaki.Dok asrama pulak tu.

S : Best tak time kat KUIS?
J : Hahaha...duduk sebulan tapi dah rapat macam 1 taun.Budak-budak ni semua 1 kepala la.Boleh wat kawan dengan cepat.Baru kenal hari ni,malam tu dah lepak-lepak kat bilik.Terbaikk la batch ni.

S : Dengar citer,kat KUIS ada main flower2
J : Owh...tu aku amik bunga rose kat kawan aku yang jaga gerai bunga time majlis graduasi KUIS.Ala...aku bagi kat kawan JAIS aku gak bunga tu.Dia nak...budak laki la,bukan pompuan.

S : Apa yang lucu kat KUIS?
J : Berlatih wat lakonan "si pengembala & serigala" sampai seluar aku koyak.Depan budak pompuan pulak tu.Nasib baik sempat cover.(nasib baik xde orang rakam ataupun tangkap gambor)

S : Apa yang boring kat KUIS?
J : Sakit.Time tu musim orang sakit.Perut la,pening la,H1N1 la.

S : Perasaan turun kat Bahrain?
J : Pergh..tak terkata panasnya sebab bahang.Kulit cam terbakor.Tapi bahrain memang best la.Laut keliling,biru pulak tu.Bandar membangun dan smart.Nice!!

S : Apa yang kamu buat bila sampai je kat Jordan?
J : kena tukar baju sebab nak pi tarawih dan kena tido kat umah transit.Boring tau sebab time tu group JAIS ni la yang sampai.Orang lain lagi 1 minggu lebih baru sampai.Boooring tau dok umah yang ada tilam je.

S : Bape kali gi amman?best tak?
J :  Setakat ni dalam 5 kali kalau tak silap.Best kalau pi duduk rumah kawan yaman yang belajar kat Jamiah Urduniyyah.Diorang memang peramah dan baik hati.Aku suke bawak makanan melayu untuk diorang macam kari n bergedil.Diorang suka kan nya!!

S : Balik nak bawak ijazah @ zaujah?
J : Ingat nak bawak 2 2..tapi,zaujah tu macam tak boleh la.Sebab menganggu niat orang lain yang tujuan dia datang ke jordan nak belajar.Bukan datang nak cintan n cintun.So,postpone la zaujah tu lepas khirij kang.

S : Ape best kat jordan?
J : Jordan best dengan permata yang berkilau tapi dikaburi cahaya luar.Mencari ilmuwan yang betul-betul mendidik kita la paling berharga di jordan ni.Bila payah nak dapat pasti kita hargai.Bila mudah nak dapat,kita senang-senang tinggalkan.Tempat jordan tak banyak yang menarik.

S : Harga barang jordan mahal tak?
J : 1JD = lebih kurang RM5...barang-barang memang mahal.Tapi kenalah cari yang paling murah.Pandai-pandai la cari lubang untuk hidup.Carilah 1 benda tu dengan banding-bandingkan harga dari kedai ke kedai.Barulah boleh hidup dengan lenang di sini.

S : Arab jordan ok tak?
J : Adoi...arab sini masalah tau.Banyak pecah masuk rumah budak melayu.Kalau ngan budak perempuan yang suka jalan sorang tanpa bodyguard pulak mesti kena kacau.Gangguan seksual la.Tapi,bukan macam mesir yang lebih banyak.Mesir perlukan muraqqib(bodyguard) kalau nak kurangkan masalah ni berlaku.

S : Azam kamu 4 taun ni?
J : Nak bawak balik matan Alfiyyah & Ujrumiyyah.Kan budak adab.Bab nahu kena la mantop dan hebat.Kalau tak senang-senang orang nak kecik-kecik kan kita budak adab ni.

S : Ape kamu nampak dengan PERMAI?
J : Satu persatuan yang hebat cuma memerlukan 1 persefahaman semua pihak dan seleranya perlulah pelbagai agar ramai je yang follow program yang diadakan.Bukan cadangan ye ni,pandangan jer...

S : Senior adab best tak?
J : Senior adab kenalah dipandang tinggi sebab diorang ni cikit je dulu.Kalau nak blaja pun dengan senior diorang.Kengkadang 1 je senior diorang,diorang ade 8 orang.Nak buat tuisyen pon malas n takde semangat tau.Sekarang ni kitorang ade 21 orang berkongsi ramai senior.Jadi,senior adab kena lah diberi anugerah senior mithali ataupun senior kental.

S : Study adab camne pulak?
J : Entah la.Setakat ni masih belum amik subjek adab sebab syair hari tu drop sebab ada masalah dengan exam 1st dan 2nd.Hadi,tunggu summer semester ni la baru nak jadi budak adab yang songai..hehe..tapi smart

S : Cam dah tanya banyak,apa ucapan kamu sempena 200 ni?
J : Memang bayak pon soalan ni,kang kite sambung lagi.Sempena ke 200 ni,kalau blog ni makin boring.Sila lah delete blog ni dari list web yang korang selalu buka setiap kali on9.

Ok la semua....ni je soalan yang sempat aku ingat dan tulis...wasalam
p/s : esok exam...lepak-lepak suda..

Ahad, 23 Mei 2010

bantai ikut sedap ye



Salam kejayaan kepada semua warga Irbid yang menjadi jiran aku.Peperiksaan finale semester ni dah pun bermula,jadi suam-suamkan lah aktiviti harian masing-masing ye.Persatuan dah pun henti semua aktiviti.So,atas diri masing-masing la nak handle masa.Jangan asyik menelentang atas katil je.Jangan asyik melayan gol-gol yang disumbat sahaja.Fikir masa depan yang terang bermula dengan langkah yang penuh semangat.Ingat,"insan yang cemerlang datang dari akal,hati n jiwa yang tenang"....wawawa..

Aku nak luah ketidakpuas hatian aku terhadap komen 1 orang pengkomen mengenai FESTBUK'10.Komen dia tepat-tepat atas hidung aku sendiri.Sebab tu aku berasa sedikit hangit-hangit.Budak tu komen pasal slot yang aku buat dalam malam penutup.Slot : "Borak 2 Dunia"
  • Assobiyyah ke sampai tajuk camni?
  • Nape letak tajuk macam asing jantina?
  • Islam tu kan 1,nape macam panel 1 kafir 1 islam?
Aikkk...pelik aku komen budak ni.Padahal aku nak buat 1 slot ilmiah pada malam berhibur tu.Meletak konsep "sempoi tapi masyukk".Budak ni pulak boleh silap pikir dengan tajuk slot.Nape tajuk camni??
  • Dua panel berlainan jantina (bukan pemikiran lelaki dan perempuan berbeza?)
  • Dua panel berlainan latarbelakang (adakah semua orang pergi konsert sureheboh?)
  • Dua panel berlainan sistem sosial (adakah semua orang bergaul dengan kaki gigs?)
  • Dua panel berlainan bidang (adakah ustaz/ustazah layan Gorillaz?)
Kan boleh nampak di situ yang tiada assobiyyah  melainkan kami mahukan keistimewaan panel-panel itu??? Bukan ingin memecahkan kesatuan persatuan pelajar di sini.Tiada juga diskriminasi kaum atau cara lembut nye "anak tiri"kan sesuatu pihak mahupun jantina.Tiada semua ini.Kami hanya mahu menghidangkan sesuatu borak-borak pasal panel itu sendiri.Bukan skema dan formal.

Post ni bukan nak kutuk orang yang memberi komen tu.Nak terangkan sahaja apa tujuan slot tu.Atas sebab tak cukup masa dewan hari tu.Slot tu pon tak cukop masa nya.Kami mahu saji sajian yang sempoi tapi masyuk..malangnya semua terganggu.Ape pun aku harap konsep ni ada lah junior gune pada tahun hadapan....

 p/s : webcam 1 family atuk aku time besday sepupu tadi memang masyukkk...terbaik la korang semua

Sabtu, 22 Mei 2010

the end



Alhamdulillah..selesai sudah FESTBUK yang memenatkan dan membuat aku tension.Tadi baru je lepas meeting munasabah muhasabah tentang perjalanan program budaya selama 1 minggu.Memang tak  best pegang jawatan ni sebab buat kita punya masa terganggu biarpun 1 minit.Setiap detik seorang pelajar itu lebih mahal dari emas dan permata.Tapi,ramai gak yang bazirkan harga masa itu....aku pon same (same-same renungkan)

Semakin hari makin banyak yang perlu dibaca.Sebab tu masa perlu disusun dengan teliti.Bukannya membuta tuli je belajar."Jadual harian??tu macam budak-budak la" ni ade kawan YM aku cakap bile aku bagitau aku nak susun jadual harian.Adehhh..open la minda kau cikit,geng-geng koprat pon ade jadual harian tau...ade PA siap..hehe...(tak kan la aku nak "gaji" "PA" untuk jadual aku kot)

Pasal hadiah hari guru tu,aku dah siap dan tinggal untuk disunting sebelum di'post' dalam blog ni.Semakin hari makin panjang,sebab tu aku stop kan je penamat cerita tu.Takut jadi novel dan aku pulak ikut jejak langkah sorang penulis kat sini.....jangan mimpi la...

Aku mula rasa hidup ni kena ada benda serius untuk dibuat.Bukan memain je semua,dan ada benda yang penting dari benda yang tak penting kita lakukan.Ape pun semua tu atas diri masing-masing la.Setiap orang ada kesedaran.Tenung diri,renung masa depan.Bukan angan-angan tanpa usaha yang membuat kita ditempat yang sama.........................wasalam

Jumaat, 21 Mei 2010

mimpi best



Assalammualaikum semua..setelah 2 3 kali aku menyepi dengan membuat post iklan program kat sini,aku nak citer lak benda yang boleh kite kongsi same-same kan..........

Pendekkan citer,sebelum aku tidur semalam aku ada la usha (nonton2) album koleksi gambar-gambar lama yang ada dalam lappy aku ni.Mula-mula tengok la gambar kat kursus persediaan JAIS kat KUIS dulu.Semua muka baru kenal je.Ada gambar yang tak pernah aku tengok pun muncul semalam.

Lepas usha,ngantuk pun sampai ke kepala aku.Laporan biro belum taip lagi (ala...2 jam sebelum meeting boleh wat).Ada pulak kawan lama aku ajak sembang,padahal kat sini time tu lagi 2 jam nak subuh.Layan la kejap,sekali dia masuk bab anak pulak.Dia citer pasal anak sedara dia yang baru lahir.Aku melayan je la.Last-last dia ada hal (alhamdulillah,kalau tak aku tak tido sampai subuh pulak).

Bermula mimpi aku dengan aku berdiri kat 1 rumah yang pernah aku pergi.Rumah pak cik aku kat Sungai Buloh.Ada kat sekeliling aku budak-budak JAIS batch aku.Pastu ada sorang budak pompuan panggil kitorang semua pergi ke bangunan 1 lagi.(rumah ni ada 2 bahagian,ada laluan tengah-tengah).Pergi je,ada pulak budak-budak pompuan JAIS batch aku tengah duduk kat bawah.

"Dijemput pengantin untuk berkaraoke" time ni aku terbeliak tengok kawan aku pakai baju melayu silver ngan sampain hitam putih.Memang smart gua cakap.Pengantin pompuan pulak pakai purdah,tudung dia ada renda-renda.Cantik...terbaik bai.Bila aku pandang pengantin pompuan,budak pompuan yang panggil kitorang mula-mula tadi sebut nama pengantin pompuan tu.

"owh...budak ni" tu bermakna aku kenal pengantin pompuan tu.Aku pon duduk atas sofa n tak peduli la diorang nak karaoke.(lagu nye aku dengar cume aku tak ingat lagu ape...tapi lagu tu best,macam ada makna je).

"**** mana?" aku tanya kat sape aku pon tak tau.Tapi ada je menjawab,"Ada berdua kat dapur nun" aku senyum je bile dengar jawapan tu.Bile aku berpaling je ngadap ke belakang sofa,ada la sorang pompuan n makcik yang muka nak dekat serupa ngan pompuan tu.Time tu gak la lalu 1 pompuan yang tak pernah aku jumpe tengok aku.(muka biase-biase,bukan muka hantu ok).

"Tu mak mertua ko" time tu  kawan aku yang dari dapur lepak sebelah aku pulak.Baru aku nak senyum,mak cik n anak dia dah senyum kat aku pulak.Anak dia pakai serba hijau (lawa bai hijau nye...hijau yang sedap nak pandang).Mak cik tu aku tak ingat pakai warna apa.

Hujung baju aku ditarik.Aku pun tengok la,ada budak pompuan mata besor-besor,rambut kerenting cam aku kecik-kecik senyum kat aku.Aku pon senyum la balik.Die senyum lebar lagi.Aku senyum je.Pastu anak mak cik yang pakai baju hijau tu datang kat belakang budak tu sambil cakap "dia suke kat awak la".

Aku terbangun dan tepat masa untuk masjid azan.Sempat je solat 2 raka'at dan subuh.Alhamdulillah.Bile pagi je,baru aku teringat yang semalam aku ada solat istikharoh....adakah itu semua petunjuk???

just wait n see.....wasalam

P/S : semua watak mimpi aku kenal(kenal nama n pernah jumpa) kecuali :-
*pompuan yang lalu tu
*mak cik tu
*budak kecik tu

Khamis, 20 Mei 2010

pohon kepada Nya



“Cahaya Rabbani Dijejaki, Tawakkal Hamba Subur Kembali”

pada 20 MEI 2010
bertempat di MASJID JAMIAH YARMUK, Irbid
majlis bakal bermula dengan solat Isyak berjemaah


SEMUA AHLI PERMAI (SYABAB+AKHAWAT) dan
SEMUA AHLI BKAN-BKAN (dari seluruh mantiqah) DIJEMPUT

BAGI MEMENUHI RUANGAN MASJID DALAM BERMUNAJAT KEPADA ALLAH SECARA BERJEMAAH


aku tak tau lagi boleh pergi ke tak

Selasa, 18 Mei 2010

hadiah untuk guru aku



Wo..nape aku wat post ni yekk????padahal hari guru dah pun lepas 2 hari time aku post ni.

Tujuan post ini dibuat sebagai pengumuman hadiah aku wat guru-guru yang dah ngajor aku sejak kocik lagi.Dari Taski sampai la ke zaman universiti.Mereka lah yang membentuk diri ini.Aku teringat kata-kata ustaz master di sini,"jangan kite perlekeh mereka yang ajar tadika...dengan merekalah kite kenal hurup alquran dan dari situlah kite bermula menjejak ape itu alquran" *aku ade edit cikit

Hadiah aku wat guru semua : Intro penulisan aku....

Aku on the way menyiapkan 1 penulisan cerita (karya 1st beb) yang aku inspirasi dari seorang pensyarah di universiti aku ni..bukan dia aku amik sebagai watak..tapi dari nasihat dia...tup2 terdapat idea yang aku nak tulis...semua pasal guru....aku hanya mampu tulis cerita pendek yang xsampai 1 muka surat pun...aku bukan penulis novel...aku takde seni....sekarang ni aku tengah rangka n dalam masa terdekat aku akan siapkan n publish di sini...........jom layan jalan citer :-

simple je citernye,pasal seorang yang dungu tapi bijak membuat kesimpulan dalam sesuatu benda...tak tau la sebab LUCK atau kebijaksanaan dia yang membuat dia jadi begitu.Zassss!!! akhirnya dia mati dalam keadaan yang dungu biarpun dia berjaya membuat sesuatu perubahan kat tempat tinggal die......"A smart person must be have a stupid mind"

Kesimpulan cerita aku ni : guru yang membentuk seseorang itu menjadi diri dia hari ini.....tunggu yekk

*sebelum FINAL exam habis (31/5) aku post citer ni....adios

Isnin, 17 Mei 2010

senyum~


 


Nape aku senyum?nape ye??

Sebab hati mula mengata "senyum pada dia".So,serta merta otak dan bibir bertindak mengikut hati.Semua bermula dari mata yang melihat seseorang itu.Contoh nye citer ni....

Aku berjalan menuju ke kuliah.Sampai je,aku ternampak sorang kawan aku lalu je depan aku.Serta merta aku tersenyum sebab teringat dia yang sedang tersenyum.

Dari cerita ni kita dapat klihat mata memainkan fungsi yang hebat.Kalau orang buta pulak menggunakan telinga lebih dari buta.Pekak n tuli hanya senyum mengikut gerak hati.

Dengan senyuman kita mendapat pahala sebab membuat hati seseorang itu tenang n gembira.Tapi,dengan jantina yang berlainan hangan lah senyum lama-lama ye.nanti lain macam pulak yang terjadi.Ape pun diri yang banyak senyum pasti orang suka dekati.

Senyum bila tasjil madah...Nasar.Nahu.Syair...summer sem yang pasti mati dengan senyum yang panasss...wasalam

Ahad, 16 Mei 2010

mengikut mimpi?






Semalam barulah aku tahu yang esok (16/5) hari daftar subjek untuk summer semester.Terkejutlah diri ini pabila ketahui berita buruk itu.Semua belum sedia sebab final exam pon belum mula.Tetibe kena bukak jadual semua subjek dan wat strategi untuk daftar.Takut jadi macam semester lepas,semua melepas selepas menyusun strategi baik punyer....


Tengahari tadi lepas je bantai mee bandung buatan sendiri setelah mencari resepi seluruh Irbid ni,aku pon baring-baring la sambil tengok web jadual summer semester.Tetibe tertido pulak....dalam mimpi tu lah aku dapat alamat yang aku daftar 3 madah berat untuk summer semester ni...sekarang dalam belenggu samada nak ikut mimpi itu ataupun tidak...yew la,mimpi tu mainan tidur,tapi sape tau itu petunjuk....

Ape pun kita semua tunggu esok..asal ade je madah tu...follow..

Ok la..nak tidur sebab nak bangun awal...rabu ni dah mula exam..wasalam semua..

Khamis, 13 Mei 2010

إنا لله وإنا إليه راجعون


إنا لله وإنا إليه راجعون


Baru sebentar tadi dapat sms yang membawa khabar sedih iaitu seorang auliyaUllah, al-'Arifbillah alhabib ali bin jaafar bin ahmad bin abd qadir al idrus Batu Pahat telah kembali kerahmatuLlah pada jam lebih kurang 5.10 petang, 28 JumadilUla 1431H/ 13 Mei 2010. Allahu Allah ... setelah 40 hari pemergian al-Quthub al-Iman al-Allamah al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf. Belum lagi terubat kesedihan atas pemergian al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf, kini menyusul pula al-Habib Ali bin Ja'far bin Ahmad al-Aydrus (pada usia lebih kurang 97 tahun), Batu Pahat. Allahu Allah ...... Tahun ini merupakan kesedihan buat warga BaAlawi.

Musibah! Musibah! Musibah buat umat apabila kekasih-kekasihNYA satu persatu kembali kepadaNYA

Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim. [Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi]




الله يغفرله ويرحمه ويتجاوز عن سيئاته ويضاعف حسناته ويجعل مستقر روحه الفردوس الأعلى مع النبيين والصديقين و الشهداء والصالحين ويخلفه فينا وفي المسلمين أجمعين بالخلف الصالح. آمين

Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memaafkan semua kesalahannya, melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah al-Faatihah dan surah Yaasin kepada beliau.

sumber : al-fanshuri

Isnin, 10 Mei 2010

FESTBUK



Wargh...memang payah la urus program ni...camni citernye,aku kena urus 1 program kat sini...dah la tak pernah wat,pastu terus suruh aku handle...melalut la aku...semua masa aku terisi dengan urusan...sekrang ni pun kosong kejap je....


 Kite terus ke program,ni nama nye Festival Budaya Kita (FESTBUK)...nama nak feymes je..hehehe...ape pun kite nak sembang-sembang pasai budaya la dalam festival ni...cume agak mengilukan hati ni,geng akhrowat lak wat aktiviti yang tak tunjuk budaya...yew la,ade ratu cantik ar...ekonomi gurl la..n macam-mcam...xpe2n1st time wat kan...semua nak sebat..haha

Kalau lelaki lak memang penuh budaya,time bentang mesti budak-budak pompuan gelak...(lu olang tak puas ati ka?)....kitorang ade galah panjang,sajak,ARENA PANTUN PERMAI....n mcam-macam agi...kan nampak "kebudayaan" di situ...hahaha
\



Ape pun minggu ni memang busy,,,habis je minggu ni dah kena pegang buku sebab terus mule exam final bagi sem ni...kelas dah mula dihabiskan....tu je nak citer...bye2

p/s : sebenarnye nak citer pasal hari drop madah,tapi pengarah suruh promote lak...adios...

Jumaat, 7 Mei 2010

adakah kita lupakan mereka?

 

Perhimpunan Perdana PALESTIN
Tarikh; 8 Mei 2010
Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam
Masa: 7.00mlm hingga 11.30mlm

Aktiviti Menarik
- Persembahan Nasyid & Sketsa
- Tayangan Video Air Mata Palestin
- Ucapan Wakil-wakil NGO
- Ucapan Wakil dari Palestin
- Penyampaian Sumbangan

Tetamu
...Jemputan
- Skeikh Hussein KH Awawidah, Penasihat kanan Rabithah Ulama Palestin
- Kumpulan Nasyid & Artis-artis Tanah Air

Bawa bersama sepanduk & banner sebagai tanda sokongan anda
Kutipan dana akan turut diadakan
Bawa bersama sejadah untuk solat berjemaah di Stadium

Anjuran
* Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
* Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
* Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Palestinian Center of Excellence (PACE)
* Aqsa Syarif
* Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia (VPM)
* Nasyeed.com
* Mu'adz.com

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami

Office & Correspondence Address:
Lifeline 4 Gaza
c/o Biro HALUAN Palestin
16-1 Jalan Dinar A U3/A, Seksyen U3, Taman Subang Perdana
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

http://www.lifeline4gaza.org

603 7846 4146
info@lifeline4gaza. org


 



Nabi Muhammad Saw pernah bersabda;


" Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri ". ( Riwayat : Bukhari & Muslim )

Firman Allah Taala pula :
"Dan tolong menolonglah kamu dalam ( mengerjakan ) kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan ". ( Al-Maidah : 3 )

Mereka masih berjuang di sana,mempertahankan negara mereka.Mereka pernah melihat darah ibu mereka,ayah mereka,anak mereka,isteri mereka mengalir.Mereka terus berjuang sedangkan mereka punyai kudrat yang sedikit.Mereka berjuang demi negara,yang seperti tidak nampak untuk dimiliki semua.Tetapi mereka pasti,suatu hari nanti Palestine pasti dibuka semula.Bukan peluru mereka beri kepada musuh,hanya batu dan kayu.Kini,semua makin lupai perjuangan mereka dengan senjata halus musuh durjana.

Tujuan post ni sempena kempen 10jd for gaza yang akan berlangsung di Jordan ni.Satu kesedaran yang mula kita lupai bila terhasut dengan kesibukan dunia.Kita same-same merenung...adakah kita bakal berjuang seperti mereka pabila negara kita mengalami situasi seperti mereka???

Jordan merupakan jiran kepada palestin.Tapi,ape yang mampu Jordan laku kan???hanya sekadar mendengar letusan bom??hanya sekdar menghidu bau darah yang di bawa angin??hanya menyediakan tempat tinggal.......itu yang mampu Jordan lakukan....

Kalau di Malaysia : "Ala..tu negara diorang,pandai-pandai la diorang handle" (pakcik kat kedai kopi)

Kalau di Jordan : "Aku tak kan balik ke Palestine pabila dibuka semula,sebab masa itu negara tu zero" (driver teksi yang berasal dari Palestine)

                       : "Andai aku dewasa,aku akan ke Palestine untuk bermain di sana" (budak kecil di Mukayyam Palestine Irbid)


 Begitu ramai yang punyai pandangan berbeza....apekah kite seperti mereka??sumbanglah sedikit kesenangan kita kepada perjuangan mereka...agar kita punyai saham untuk di akhirat kelak...sekian


 

Selasa, 4 Mei 2010

sepi~

lama tak menulis sebab busy je ngan musim exam ni...haha...banyak gak yang nak diciterkan...cume takde mood la sekarang...

citer 1 : kucing kesayangan kawan aku dah meninggal pagi tadi.Memang sedih sangat.Kalau pi je umah tu,kucing ni melompat-lompat riang je.Dah la comel,putih lak tu.Memang jaga elok-elok ngan penuh kasih sayang.Cume 1 ari tu die sakit sebab tak boleh berhadas.Kuman mula serang sikit-sikit badan dia dari dalam.Semalam,1 bada die lumpuh.Mengiau-ngiau je,memang tacing gile la.Tadi bile habis kelas je,aku dapat berita yang die dah pergi buat selamanya.Rasa sebak lak dada.Selalu bersama,biar tak begitu lama.Moga menjadi emmori di bumi Jordan ni.

citer 2 : exam falak tadi memang best la jawab.Semua yang baca masuk.Kalau salah pun,mesti sebab cuai n kelam-kabut.Hahaha...best betul xtido 1 malam sebab nak study.Memang tahap gile-gile la study semalam.Cam dah final nak graduation dah study.Tido 1 jam je,ayah aku tau je bising la...Haha...sori la ye,kena usaha camni baru nak study.Best gak xtido malam ni.Hehehe...

citer 3 : hati.Aku tengah wat 1 artikel pasal hati manusia.Memang cam best gak ar.Sebenarnya nak wat citer pasal otak pastu bagi kat lecturer kat UKM tu.Tapi,cam tak best.Last-last die ok je bab hati ni.So,banyak la aku kena wat pasni ngan laptop.Adehhhh...

citer 4 : program.Ni yang aku agak tak suka.Habis program aku jadi AJK.Takde muka lain ke???aku malas la...sebab clash ngan keje aku lain.Aku dah try lari.Asyik datang je keje n amanah.Takde cara lain melainkan lari dari masyarakat.Hehehe....in plan agi....

Tu je citer setakat ni...pasni aku nak post muqaddimah pasal artikel hati aku tu...korang yang nak baca-baca la ye...hehe