Jumaat, 21 Mei 2010

mimpi best



Assalammualaikum semua..setelah 2 3 kali aku menyepi dengan membuat post iklan program kat sini,aku nak citer lak benda yang boleh kite kongsi same-same kan..........

Pendekkan citer,sebelum aku tidur semalam aku ada la usha (nonton2) album koleksi gambar-gambar lama yang ada dalam lappy aku ni.Mula-mula tengok la gambar kat kursus persediaan JAIS kat KUIS dulu.Semua muka baru kenal je.Ada gambar yang tak pernah aku tengok pun muncul semalam.

Lepas usha,ngantuk pun sampai ke kepala aku.Laporan biro belum taip lagi (ala...2 jam sebelum meeting boleh wat).Ada pulak kawan lama aku ajak sembang,padahal kat sini time tu lagi 2 jam nak subuh.Layan la kejap,sekali dia masuk bab anak pulak.Dia citer pasal anak sedara dia yang baru lahir.Aku melayan je la.Last-last dia ada hal (alhamdulillah,kalau tak aku tak tido sampai subuh pulak).

Bermula mimpi aku dengan aku berdiri kat 1 rumah yang pernah aku pergi.Rumah pak cik aku kat Sungai Buloh.Ada kat sekeliling aku budak-budak JAIS batch aku.Pastu ada sorang budak pompuan panggil kitorang semua pergi ke bangunan 1 lagi.(rumah ni ada 2 bahagian,ada laluan tengah-tengah).Pergi je,ada pulak budak-budak pompuan JAIS batch aku tengah duduk kat bawah.

"Dijemput pengantin untuk berkaraoke" time ni aku terbeliak tengok kawan aku pakai baju melayu silver ngan sampain hitam putih.Memang smart gua cakap.Pengantin pompuan pulak pakai purdah,tudung dia ada renda-renda.Cantik...terbaik bai.Bila aku pandang pengantin pompuan,budak pompuan yang panggil kitorang mula-mula tadi sebut nama pengantin pompuan tu.

"owh...budak ni" tu bermakna aku kenal pengantin pompuan tu.Aku pon duduk atas sofa n tak peduli la diorang nak karaoke.(lagu nye aku dengar cume aku tak ingat lagu ape...tapi lagu tu best,macam ada makna je).

"**** mana?" aku tanya kat sape aku pon tak tau.Tapi ada je menjawab,"Ada berdua kat dapur nun" aku senyum je bile dengar jawapan tu.Bile aku berpaling je ngadap ke belakang sofa,ada la sorang pompuan n makcik yang muka nak dekat serupa ngan pompuan tu.Time tu gak la lalu 1 pompuan yang tak pernah aku jumpe tengok aku.(muka biase-biase,bukan muka hantu ok).

"Tu mak mertua ko" time tu  kawan aku yang dari dapur lepak sebelah aku pulak.Baru aku nak senyum,mak cik n anak dia dah senyum kat aku pulak.Anak dia pakai serba hijau (lawa bai hijau nye...hijau yang sedap nak pandang).Mak cik tu aku tak ingat pakai warna apa.

Hujung baju aku ditarik.Aku pun tengok la,ada budak pompuan mata besor-besor,rambut kerenting cam aku kecik-kecik senyum kat aku.Aku pon senyum la balik.Die senyum lebar lagi.Aku senyum je.Pastu anak mak cik yang pakai baju hijau tu datang kat belakang budak tu sambil cakap "dia suke kat awak la".

Aku terbangun dan tepat masa untuk masjid azan.Sempat je solat 2 raka'at dan subuh.Alhamdulillah.Bile pagi je,baru aku teringat yang semalam aku ada solat istikharoh....adakah itu semua petunjuk???

just wait n see.....wasalam

P/S : semua watak mimpi aku kenal(kenal nama n pernah jumpa) kecuali :-
*pompuan yang lalu tu
*mak cik tu
*budak kecik tu

6 ulasan:

cik santun.. berkata...

bittaufiq la.. insyaallah kalau ada, ada.. kalau takda skarang, Allah nk simpankan dulu untuk kita sampai satu masa yang ditetapkan..

Bersabar, =).. Peace!!!

13 berkata...

haha...tq2,very2 mush la...hehe
insya'allah....amin

tapi,semua ni petunjuk ke???

Amiirul Hafiz, berkata...

woii ape ni??/bgtau la name karekter2 yg ter;libat..ana xpuas hati btol lah,,, anta ni pun

13 berkata...

ai...xkan la nak sebut nama watak kot..
kang kantoi la..tuan punye nama mesti xsuke
ape pun mimpi tu hanya mainan tidur...
petunjuk??? insya'allah...

hatta razian0408 berkata...

jodoh ajal maut tuh sume ketentuan Nya..

13 berkata...

memang ketentuan illahi..tapi,kita kena usaha juga
mcam nak dapat 80% dalam fannulkitabah..
kena lah usaha sambil bertawakkal...
kalau xde usaha xde la natijah...
bukan nak bangkang...cuma nak tambah penerangan komen kamu tu...