Selasa, 23 September 2014

Diari Encikgu #48

Faizal berjalan perlahan-lahan menuju ke gerai kuih di simpang tiga jalan besar kampung. Dia berhenti di depan tupperware-tupperware putih yang berisi pelbagai kuih. Kemudian dia ambil pengepit besi dan mengepit tiga kuih yang sejenis dan masuk ke dalam plastik merah. Tangan kirinya seluk poket seluar yang lusuh.

Dalam genggamannya ada seringgit warna biru yang komot dan diserahkan kepada makcik bertudung kuning. Makcik tu senyum, tapi tidak berbalas. Faizal berlalu pergi.

Kali ni dia berjalan jauh daripada rumahnya ke gerai kuih tadi. Matahari baru nak muncul di angkasa dengan cahayanya yang suam-suam. Orang kata cahaya matahari pagi ada vitamin yang baik untuk kulit.

Dia berhenti dan masuk ke dalam kawasan berpagar. Dia seperti mencari sesuatu. Matanya meliar.

Faizal duduk di atas kerusi batu petak di situ.

"Nina, abah bawa kuih untuk Nina ni. Nina suka karipap kan? Makanlah, abah beli dua untuk Nina"

Faizal mengusap batu nisan warna kelabu sambil mengunyah karipap di dalam mulutnya.




"Begitulah ceritanya, bininya lari lepas lahirkan anaknya. Anaknya mati lepas demam panas ketika dia kerja part time dekat port klang" cerita Cikgu Dani panjang pada aku lepas meja makan kami dilepasi Faizal.

Aku sruppp sikit nescafe panas dan ucapkan rasa syukur.

Ahad, 21 September 2014

Diari Encikgu #47

Aku main garfu besi dan sudu besi sementara tunggu makanan sampai. Sambil tu aku terfikir kenapa kedai tomyam area tempat aku mesti lapik meja plastik dia berwarna merah? Adakah sebab lapik meja tu murah atau ada rahsia disebaliknya?

Aku keluar berdua dengan cikgu rosyam. Dia bujang, aku bujang. Orang tak pandang pelik sebab dia buat hal dia, aku buat hal aku. Lainlah dia pegang tangan aku sambil cakap lemah lembut, baru orang usha pelik.

Cikgu rosyam ni sejak turun motor LC dia, dia tak lepas fon di tangannya. Dia ada dua fon, satu fon cokkiya satu fon pintar. Yang cokkiya tu khas untuk hubungi makwenya.

"Syam, best ke ada makwe ni?" Aku cuba kasi feel suasana berubah. Asyik senyap je.

"Ohh" Rosyam letak fon di atas meja dan pandang aku.

"Ada makwe ni best sebab ada orang rindu nak dengar suara kau, ada orang tunggu wish selamat pagi dari kau, ada orang nak gayut malam-malam sembang benda kecik yang kau rasa takde faedah tapi kau layan je. Macam-macam lagilah. Kau apetau, makwe pun takde" sambung Rosyam sebelum tangannya diseluk dalam poket.

Makanan pun sampai. Pelayan perempuan muka yang ada misai-misai sikit tu senyum. Member aku kata orang perempuan ada misai ni kuat seks.

Aku makan nasi putih + tomyam campur + ikan 3 rasa + telur dadar.

Cikgu rosyam makan meggi kari kosong takde telur

Diia tengah gigih gores kad top up RM30 sementara aku baca doa makan. Scene ni aku dah tengok minggu lepas jugak.

Heh!

Sabtu, 13 September 2014

Diari Encikgu #46

Undur
Undur
Brakkkk!!!

Aku matikan enjin, cabut kunci dan keluar.

Demmmmm pintu kereta kemek langgar tembok.

Hadiah harijadi terbaek sepanjang zaman.

Khamis, 11 September 2014

Diari Encikgu #45

"Cikgu umum ye" kata encik rosli dengan muka mengharap. Aku ambil kertas di tangannya dan naik ke astaka.

Semua murid tahun enam yang beratur di dataran senyap. Menunggu suara aku keluar daripada corong pembesar suara.

"Selamat sejahtera semua. Seperti kita maklum kertas sains ditangguhkan kerana ada berlaku kebocoran soalan. Dengan ini dukacitanya bahawa kertas BI yang baru sahaja kamu jawab juga berlaku kebocoran dan dimuktamadkan bahawa kamu semua perlu mengambil semula kertas BI pada tarikh yang akan ditetapkan. Arahan ini dikeluarkan oleh lembaga peperiksaan malaysia. Sekian" suara aku bergetar. Aku cemas.

Murid-murid ada yang menangis. Ada yang campak beg. Ada yang berlari tak tentu arah. Tapi paling ramai koyak kertas BI tadi.

Aku tergamam.

Ahad, 7 September 2014

diari encikgu #44

Hari tu mood aku tak elok. Aku pun lupa sebab apa. Nak kata aku PMS aku check aku masih lagi seorang lelaki sejati. Jadi aku berjalan laju menuju ke kelas tahun dua.

Aku masuk semua senyap. Tiada senyuman manis seperti hari-hari sebelum ini. Aku ambil markerpen dan tulis di whiteboard.

BINA AYAT BERDASARKAN WARNA
HITAM
PUTIH

Semua murid angguk. Mereka tahu siapa boleh buat baru dapat duduk.

Zamani angkat tangan sambil berkata "Putih dan Hitam warna kegemaran saya". Aku angguk, dia duduk.

Sarah angkat tangan sambil berkata "Putih itu suci, hitam itu keji". Aku angguk, dia duduk.

Sorang-sorang jawab dan duduk. Hingga sorang murid namanya Nurin. Dia senyum manis. Aku buat muka kelat.

"Ha Nurin, apa ayat kamu?"

Dia tarik nafas dan berkata

"Muka je putih, tangan hitammmm" sambil buat gaya.

Satu kelas gelak.

Aku pusing.....dan senyum.


Terima kasih tuhan kurniakan aku manusia yang menghiburkan di hari-hari aku memerlukan kegembiraan.

Rabu, 3 September 2014

diari encikgu #43

Dalam kelas aku, kelas hujung ada seorang budak yang kurang pick-up otaknya. Namanya Zaini. Jadi asal masuk kelas dia aku sembang sebelah dia. Ajar dia nyanyi,menulis dan mengorat makwe yang dah pandai lap hingus.

Aku :  cuti baru ni gi mana?

Zaini :  gi...gi...gi Liberpul

Aku :  wow! jauhnya, best?

Zaini :  beshhhh aaa

Aku :  jumpa sape

Zaini :  Err..err..jumpa Nani,Rudi,Man,Jelita,Zaid

Aku :  lepas tu?

Zaini :  kenduri aween

Aku :  siapa kawen?

Zaini :  ayah saya

Aku :  err..dengan siapa?

Zaini :  mak saya

Aku :  lagi?

Zaini :  ada cincin

Aku :  lepas tu?

Zaini :  gi hospital

Aku :  ada apa?

Zaini :  tengok ada baby

Aku :  siapa?

Zaini :  saya

Aku :  lepas tu?

Zaini :  gi keyy enn

Aku :  oh KL, ada apa?

Zaini :  ada ekon...sejuk!

Aku :  lepas tu?

Zaini :  gi uchong

Aku :  buat apa gi puchong?

Zaini :  ada orang meninggal

Aku :  siapa?

Zaini :  mak,ayah,atok,adik dan saya


Belum sempat aku buka mulut cikgu siti dah muncul depan pintu. Aku suka sembang dengan budak agar imaginasi mereka terbina dan otwk mereka cepat fikir nak buat cerita tu bersambung even takde pengalaman yang dirasai.

Isnin, 1 September 2014

Ulasan Episod Akhir Drama Rindu Awak 200%

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Aku mana tengok cerita bangang tu