Ahad, 7 September 2014

diari encikgu #44

Hari tu mood aku tak elok. Aku pun lupa sebab apa. Nak kata aku PMS aku check aku masih lagi seorang lelaki sejati. Jadi aku berjalan laju menuju ke kelas tahun dua.

Aku masuk semua senyap. Tiada senyuman manis seperti hari-hari sebelum ini. Aku ambil markerpen dan tulis di whiteboard.

BINA AYAT BERDASARKAN WARNA
HITAM
PUTIH

Semua murid angguk. Mereka tahu siapa boleh buat baru dapat duduk.

Zamani angkat tangan sambil berkata "Putih dan Hitam warna kegemaran saya". Aku angguk, dia duduk.

Sarah angkat tangan sambil berkata "Putih itu suci, hitam itu keji". Aku angguk, dia duduk.

Sorang-sorang jawab dan duduk. Hingga sorang murid namanya Nurin. Dia senyum manis. Aku buat muka kelat.

"Ha Nurin, apa ayat kamu?"

Dia tarik nafas dan berkata

"Muka je putih, tangan hitammmm" sambil buat gaya.

Satu kelas gelak.

Aku pusing.....dan senyum.


Terima kasih tuhan kurniakan aku manusia yang menghiburkan di hari-hari aku memerlukan kegembiraan.

2 ulasan:

seorang gila berkata...

Seronok jadi cikgu kalau enjoy

nani ahmad berkata...

Hahahaha..pandai anak murid tu