Isnin, 27 Oktober 2014

Diari Encikgu #51

Hujung tahun merupakan waktu sakit otak bagi guru-guru. Perlu perah otak dan keringat untuk fikir apa yang perlu isi supaya murid-murid tak ponteng sekolah dan terus datang ke sekolah.

Aku melangkah masuk ke dalam kelas darjah dua. Semua mata memandang aku dan diam membisu. Mungkin pelik tengok badge smiley warna kuning yang tersemat di dada kiri aku.

"Okey kelas, anda semua diberi sehelai kertas A4 dan dikehendaki lukis hadiah harijadi yang kamu impikan!" jerit aku sebelum semua murid sibuk mengeluarkan pensil warna mereka.

Aku pelik, aku suruh lukis bukan suruh warna. Budak-budak mesti IQ diorang suruh anggota badan buat kerja lebih daripada yang disuruh. Takpe lah, asalkan objektif kelas tercapai.

"Haaa semua dah siap, angkat lukisan kamu tinggi2" Ada gambar patung Elsa, ada gambar Ipad, ada kereta kontrol dan ada gambar arnab.

Di hujung kelas aku ternampak satu gambar. Norlya nama pelajar empunya lukisan. Lukisan yang punyai warna kelabu dan merah. 

"Ini apa ni Norlya?" Norlya sengih dan jawab "Ini sterika". 

Betul lah aku teka dalam hati tadi yang lukisan tu sebiji sterika.

"Kenapa kamu nak hadiah sterika?". Norlya mula bercerita. 

Hidupnya pulang dr sekolah dia akan menuju ke dapur. Cuci pinggan dan mop lantai. Selepas itu dia akan ke bilik gosok. Dia gosok semua baju keluarganya dan bajunya sendiri. Time tu aku cuba lagak cool. Dlm hati aku kagum.

Budak darjah dua dah pandai gosok baju. Aku dulu sterika pun tak kenal, mesin jahit yang kaki tu pun aku jadikan kuda mainan.

"Tapi cikgu, minggu lepas sterika rumah saya jatuh. Rosak" baru aku perasan yg baju dia kedut minggu ni. Aku senyum sambil gosok kepalanya.

Diari Encikgu #50

Norman pandang aku dengan muka yang kerek. Muka dia masam tanpa ada satu lirikan senyuman yang dihadiahkan kepada aku. Aku balas dengan muka yang masam. Tangan aku sibuk memutar-mutar pen biru bola mata yang tinggal setengah dakwatnya.

"Kenapa kamu pecahkan cermin bilik air tadi?" aku tanya garang tapi level kanak-kanak bukan seperti gangster di lorong-lorong gelap.

Norman masih membisu. Dia tenung kasutnya.

"Ayah baru kamu dengan ayah lama kamu mana lagi best?" aku cuba tukar topik. Bina jambatan baru dalam komunikasi. Aku tahu dia punyai ayah tiri, ayah kandungnya lari gi Kuala Sepetang.

Norman angkat muka.

"Ayah baru" jawabnya padat.

"Kenapa?" aku tanya sambil catit sesuatu dalam borang penilaian kaunseling.

"Ayah baru saya bagi saya isap rokok" jawabnya senafas.

Aku terkejut. Mata aku membulat. Di depan aku budak darjah dua sudah mula hisap rokok dan mendapat izin dan 'restu' seorang bapa.

Aku tick pada satu ruangan kotak borang kaunseling yang tertulis PERLUKAN PERHATIAN.

Loceng berbunyi dan Norman tahu sesinya sudah tamat. Dia senyum sinis.

Rabu, 22 Oktober 2014

Takwim Sekolah 2015

Para cikgu-cikgu yang berada di Malaysia boleh dah plan nak gi honeymoon kat bora-bora ke, mabul ke, kokdiang ke, kuala sepetang ke untuk tahun depan. Takwim sekolah kerajaan baru je umum 8 hari yang lalu. Tengok bawah.





Yang mengandung dok rumah je ye.

Isnin, 6 Oktober 2014

Diari Encikgu #49

Ini cerita minggu lepas. Time tu waktu rehat guru.

Cikgu Azman ketuk pintu bilik guru. Aku tahu tu cikgu azman sebab dia pesan pagi tadi dia nak jumpa aku. Cikgu azman ni guru disiplin sekolah, kalau jumpa dia muka mesti serius. Tapi aku tahu dalam hati dia ada taman.

Time tu aku baru terlelap sebab penat layan budak-budak main guli waktu Pendidikan Jasmani. Aku buka pintu dan cikgu azman masuk. Tangan kanannya pegang sekeping kertas dan tangan kirinya diseluk dalam poket.

"Ni GB suruh bagi dekat cikgu" satu ayat keluar dari mulut cikgu azman sebelum dia sedut air soya kotak berstraw merah.

"Ok" aku jawab sepatah.

Cikgu azman keluar dan hilang selepas turun tangga. Aku perhati je lipatan kertas tersebut. Aku buka, aku baca.

Aku tepuk dahi.

TAWARAN GURU DISIPLIN 2015

P/S  :  camne aku dapat tawaran ni sedangkan waktu tuisyen sekolah aku pakai jeans dan baju hard rock cafe?