Khamis, 26 November 2009

malam award karipap n donut

ntah la..tetibe ade budak yang demam nak wat karipap n donut malam ni..so,ape lagi..semua kumpul kat bayt DQ n kerjasam wat slow2..tengah malam baru merasa karipap...

aku lak dah berjaya wat donut yang gebu-gebu...bunga karipap pon aku berjaya wat..slow2la..pasni improve kan lagi...aku rasa raya ni nak wat yang special..ape ye???

tunggu......








Selasa, 24 November 2009

Tahniah

Bukan result exam ye..tahniah kepada tuan punya blog sebab dah berjaya posting yang ke-100..hehe..lama tau tunggu masa nih.Kena la wat yang special cikit..yakni..ape yang berikan aku semangat dalam belajar di Urdun nih..kite zoomm...






Isnin, 23 November 2009

Jumpa pon..

setelah kelebet-kelebet sekitar data-data dalam laptop aku..
berjaya gak aku menjumpai satu gambar yang dikira latest la..sebab dalam bulan ke-3..
dan gambar ni full langan 12-12 orang Jaisian Syabab..gambar ni time pi Kubu Karak,Muktah..best!!!nak pi lagi la time snow kang..ape pon ni gambar yang dikire latest...





semua ceria..


Muktah best!!

Ahad, 22 November 2009

3 bulan berlalu...

dah 3 bulan kitorang ada kat sini..mai tengok perubahan..

BULAN 1

BULAN 2

BULAN 3 (XDE LA)

Sabtu, 21 November 2009

Sate Di Jordan


baru nak peram

bahan2 yang ada

kerjasama

focuss!!

cucuk2!!

kuah kacang siap!!

kuah kacang aku yang wat..hehe

spegeti arab nih..

yang ni xboleh blah..rasa sebijik cam malaysia

siap la 300++ cucuk sate

SEMUA PIC NI SEMPENA LAWATAN BALAS BUDAK2 DQ MUKTAH YANG BERTANDANG PADA TARIKH:20/11/2009...

Jumaat, 20 November 2009

Berhabuk lak


Sori la...busy ngan exam la..ngan markaz la..blog lama tak update..tapi hujung minggu kena la wat post...

semalam hari yang best sekali sebab dah berjaya menjawab soalan ujian awwal bagi Nizom Usrah fil Islam...pergh!!soalan wat kantoi ma..tapi jawapan wat selamba je..asal epi abis sudah la..harap-harap semua dapat jawab ngan betul...

التعاون أساس النجاح Kerjasama asas kejayaan..tu kata orang arab kat aku sambil kenyit mata..pergh!!nyirap tul..study xnak..tiru nak je...dalam kelas doc cakap die bangkang...aku panaz tul ngan orang camnih..

tapi semua berjalan lancar sebab bentuk soalannye objektif dan right false...tu je..budak arab tu tak jadi tiru aku sebab dia nak balik cepat..aku saje je jawab lambat-lambat...

ape pun semua selamat...aku busy minggu ni dengan rombongan balas dari muktah...bye semua..

Ahad, 15 November 2009

Beza tak??

video


video

Baru2 ni bukak la youtube tengok ade ape ngan negara arab...terbukak la Mahabba Award..Pergh!!!kan bgoz malaysia ade bnd camni..anugerah IKIM xde pon camni...huhu

nak sangat tengok ulama' bercmpor ngan artis agar masing-masing tau mana jalan dakwah mereka..dan jalan tarbiyyah masyarakat..sape kata tak leh??

smua dh terbukti dengan kehadiran habib ali aljufri kat Award tuh...habib ali memang pemuda yang berdakwah setiap golongan..baru-baru ni beliau berjumpa dengan seorang penulis buku yang terkenal..best seller tu..kini Islam dapat dibuktikan dengan smua bidang agama Allah ini ada dan bidang itu terkandung dengan agama ini..bukan agama ini terkandung dengan bidang ini...paham??

pening??tanya la sape2..tamadun ikut islam k islam ikut tamadun???sifat ikut mausuf k mausuf ikut sifat???

*budak lughah mengunakan lughahnya*

Jumaat, 13 November 2009

Nama yang hebat!!

MUJAHID AZMI..hakhak..nama yang jarang orang sebut sebab asyik MOJA je..huhu..sampai ade yang panggil Ust Moja..ade ke ptot..huhu

Satu hari,dalam kelas Ustazah A~la kat markaz lughah..dia sebut nama penuh aku..(nama aku khas berbanding budak2 lain sebab ada nama datuk sekali)...dia senyap kejap dan dia sebut:

"لكل امرئ من اسمه نصيب"

pergh!!aku terasa ma...dia cakap nama aku HEBAT!!!dan aku malu lak sebab nama ni macam tak menunjuk tuannya...then,ustazah cakap...

Mujahid bermaksud pejuang...
Azmi bermaksud tekad...
Abd Talib bermaksud hamba yang menuntut...

Time ni aku macam rasa ade semangat..Pejuang yang tekad dalam menuntut ilmu di muka bumi..ermm,bape hari aku pkir ape maksudnye..

Jawapan dah aku dapat..so,senyap2 je la...yang ddok cni je tau ape aku wat..

NAMA AKU HEBAT!!

*nama korang semua pun sama...*

Rabu, 11 November 2009

Sipi-sipi masuk blender


wa...sikit je lagi hati tergugat...ni semua ujian...ade ke doc tu suruh aku masuk blender..tak ptot btol..dah la die ckap "i like blender.."..huhu..bercanggah ngan pegangan aku btol..

Blender di sini bermaksud IKHTILAT yakni bercampur gaul..aku xsuka la bercapor gaul antara 2 jantina..tak kira la tujuan study ke ape..huhu..

Kisah bermula di dalam kelas:

M:doc,ape komen tentang campor gaul?
D:la..bgos la tuh..i like it!!!
M:(senyap membisu..)

next class...

D:Moja,berbual la ngan salah sorang akhowat
M:Gulp!!!aduss...camne ni???

the end......

aku pon terpaksa buat muka rela dalam paksa bercakap 2 ayat...puhh!!!aku tak suka btol la...

budak syabab xde ke???nak study ngan syabab boleh...lain la dah xde jalan lain cam buku tu ade kat akhowat n senior syabab takde...pinjam la..huhu

aku pening2 ngan bab blender nih...stili mencari kata muktamad n hujah2 yang kukuh...

dunia mengubah insan or insan mengubah dunia???

P.S:still mencari geng wat web base arab asas...

Selasa, 10 November 2009

Ku lihat ke dalam cermin


Cermin melambangkan diri kita...lagi senang kita sebut MUHASSABAH...selama ni kite tengok cermin sebab nak cantikkan zahir kita kan??adakah kita dapat lihat batin kita???cuba kite renung bersama,apa yang dapat menzahirkan kebatinan diri kita seperti kerja cermin itu..

RAKAN..hati rakan...itu lah yang menzahirkan batin kita..pernah kita menjaga hati rakan??aku mengaku hari rakan-rakan aku selalu aku sakiti...dengan marah la..kutuk la..sindir la..ape-ape la...

Sebab rakan yang bersama kita di medan perjuangan bakal menzahirkan ape yang ada dalam Batin kita..pernah tak kita hiburkan hati rakan kita??

"rakan yang sebenar adalah rakan yang mahu dia rasa seperti mana dia rasa.."

contohnya aky dapat hadiah aku gembire..so,aku nak rakan aku rasa hepi jugak...aku pon kena la bagi hadiah kat dia...kata-kata ni aku amik dari abang Pa'an...dia selalu beri aku kata-kata best..TANX!!!

tu je nak repek...pi depan cermin tengok ade tak yang tak betul pada diri kita...Muhassabah malam seminggu sekali penting..kalau boleh wat la malam jumaat..malam yang penuh barakah...

Isnin, 9 November 2009

Ku lihat langit


Selepas beberapa hari menyepi dari dunia blogger,aku banyak berfikir dan merenung kehidupan yang sedang dilalui...LANGIT...aku melihat langit setiap kali aku buka tingkap di kamar...kengkadang gelap dan kengkadang cerah..

Langit membawa keindahan bila senja dan membawa kekusutan pabila mengelap...memang itu sifat yang lazim bila ada yang memberi kesan kepada langit...begitu juga manusia..pabila ada yang beri masalah..dalam diri kita bagai memberontak dan ingin lakukan apa sahaja...

Pabila diberi iman,diri kita akan terus bersabar dan memberi pandangan yang cantik pada orang sekeliling kita...semua ini berlaku bila kita ditimpa ujian..memang payah bia diri ditimpa ujian seperti bumi yang basah ditimpa hujan...ada kebaikan dan ada keburukan...

Macam kat Pantai Timur,hujan lebat membawa ke banjir...dan macam kat jordan ni,hujan lebat membawa kerahmatan yang tidak ternilai...

Sebab itu la aku nak petik kata-kata Pak Abu dalam LASKAR PELANGI:"hidup kita perlukan sebanyak=banyak memberi,bukan hidup sebanyak-banyak menerima..."

Suasana kehidupan memberi kesan yang penting pada diri kita..oleh itu,cipta dan rekalah suasana yang membuatkan diri kita HEBAT..macam mana??NEXT POST la...

"ISLAM itu HEBAT,dan hanya orang yang HEBAT dapat membawa dan menzahir kan keHEBATannya..."

Rabu, 4 November 2009

Bahasa Arab guano??

Baru baca berita malaysia...pelik la..nape mesti bahasa Jepun??
bahasa alquran yang suci dan hebat nak letak mana???
berapa ramai yang boleh bertutur bahasa arab di malaysia??
Sedih rasa bila bahasa ke3 bukan bahasa arab..huhu..baca berita ni..

Kementerian Pelajaran merancang menambah lebih banyak sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah harian yang mengajar
bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga selepas bahasa Melayu dan Inggeris.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata untuk itu setiap tahun kementerian akan menambah tenaga pengajar bahasa Jepun di sekolah-sekolah terbabit.

"Setiap tahun kita akan menambah kelas bahasa Jepun di sekolah-sekolah berasrama penuh dan menengah harian apabila pelajar-pelajar kita yang belajar di Jepun pulang ke tanah air," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Osaka University Forum 2009 di Kuala Lumpur.

Alimuddin berkata sehingga kini tenaga pengajar dalam bahasa-bahasa antarabangsa masih tidak mencukupi kerana permintaan itu bukan sahaja wujud di sekolah-sekolah malah di kementerian dan jabatan kerajaan.

Sehingga tahun lepas, sebanyak 43 buah sekolah berasrama penuh dan 29 buah sekolah menengah harian terlibat dalam program bahasa Jepun yang menjadikan Malaysia sebagai negara ke-12 teramai mempelajari bahasa Jepun di dunia, katanya.

Forum selama dua hari yang bermula hari ini itu dihadiri oleh tenaga pengajar bahasa Jepun dari Malaysia, Thailand, Filipina, India dan Singapura bagi membincang dan membentangkan pelbagai isu berhubung pendidikan dan bahasa.

Ditanya mengenai siasatan berhubung tragedi jambatan gantung yang runtuh di SK Kuala Dipang, Kampar pada 26 Okt lepas, Alimuddin berkata jawatankuasa khas itu akan mengadakan mesyuarat kedua pada Isnin depan.

"Mesyuarat kedua itu akan diadakan pada Isnin depan dan kita jangka dalam minggu akan datang kita akan dapat serahkan laporan siasatan kepada timbalan perdana menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga menteri pelajaran)," katanya.

Beliau berkata jawatankuasa khas yang dianggotai wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), polis dan wakil kerajaan negeri Perak itu telah mengadakan mesyuarat pertamanya minggu lepas.

Dalam kejadian itu, dua pelajar SJKT Mambang Di Awan dan seorang pelajar SJKT Gopeng mati lemas selepas jambatan gantung yang menghubungkan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dan Pusat Kokurikulum Daerah Kampar runtuh. BERNAMA

Isnin, 2 November 2009

Face to face

Respon/Kenyataan Media PGSM-NGOs terhadap kenyataan akhbar Dr. Asri


Kenyataan Media

Respons NGO-NGO Islam Terhadap Sidang Akhbar Dr. Asri Berhubung Memorandum Bantahan Perlantikan Beliau Sebagai Yang Di Pertua YADIM

Ahad, 1 November 2009

Kami, mewakili NGO-NGO Islam yang telah dikaitkan oleh Dr.Asri dalam sidang akhbar yang diadakan olehnya semalam (31 Oktober 2009) ingin membuat penjelasan-penjelasan berikut :-

  • Kami melahirkan rasa KEKESALAN kami di atas tindakan Dr. Asri memperbesar-besarkan dan mencari publisiti terhadap suatu perkara yang merupakan hak serta budibicara mutlak YDPA dan Kerajaan, yang mana menurut undang-undang, perlantikan YDP YADIM adalah kuasa YDPA dan Kerajaan.

  • Kami TEGASKAN bahawa adalah suatu sikap yang MENGECEWAKAN untuk beliau memperbesar-besarkan isu ini dan mengheret masyarakat umum ke dalam persoalan ini, sedangkan ia adalah isu dalaman pentadbiran agama negara kita, yang sepatutnya diselesaikan secara perbincangan tertutup dan berhikmah. Oleh itu, kami tidak berniat dan tidak berhasrat untuk membincangkan isu ini secara terbuka.

  • Kami turut merasa MUSYKIL dengan beberapa dakwaan beliau dalam sidang akhbar beliau termasuk dakwaannya yang ‘menolak’ tawaran perlantikan sebagai Yang Di Pertua YADIM sedangkan belum ada apa-apa pengumuman rasmi daripada pihak yang berkuasa dalam hal tersebut.

  • Kami mengakui memang kami telah mengambil langkah tegas untuk menyampaikan bantahan kami terhadap ura-ura perlantikan beliau sebagai YDP YADIM atas sebab-sebab maslahah ummah (kepentingan seluruh umat Islam) di Malaysia.

  • Dalam pengetahuan kami, di kalangan pihak berkuasa agama, tokoh-tokoh agama, pertubuhan-pertubuhan arus perdana sudah sekian lama tidak bersetuju dan tidak berpuashati dengan pendekatan Dr. Asri yang banyak menimbulkan keraguan dan polemik yang merugikan seperti dalam isu pencegahan khalwat oleh Pihak Berkuasa Agama, isu penggunaan kalimah Allah, isu amalan-amalan furu’ yang dikatakan bidaah di kalangan umat Islam dan lain-lain.

  • Merujuk kepada permintaan Dr. Asri agar kami mengemukan bukti tentang kenyataan kami, kami BERSEDIA pada bila-bila masa untuk bersemuka dan berbincang dengan beliau SECARA PERIBADI, kerana kami berpendirian bahawa isu ini adalah isu dalaman dan tidak wajar dibahaskan atau disensasikan secara terbuka. Tindakan beliau ini sekali lagi menggambarkan bahawa beliau adalah seorang yang tidak berhemah, tidak berhikmah, sekaligus menggambarkan beliau tidak sesuai memegang jawatan sebagai YDP YADIM atau jawatan-jawatan yang seumpamanya.

  • Tindakan kami menghantar memorandum kepada YDPA Agong adalah atas niat baik supaya kesepaduan umat Islam di Malaysia atas pegangan ahli sunnah wal jamaah TIDAK dirobek dan dimusnahkan oleh pendekatan yang tidak mengikut arus perdana. Kami tidak mahu suasana kacau bilau dalam amalan beragama berlaku di Malaysia.

Kami NGO-NGO Islam telah pun mengemukakan pandangan kami kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan kami menyerahkan kepada Ke Bawah Duli untuk mempertimbangkan pandangan jujur dan ikhlas kami tersebut.

Ditandatangani oleh :

……………t.t..………………….

MOHAMAD ISA BIN ABD RALIP

Presiden

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyokong Kenyataan Media/Respon ini :-

  1. Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM)
  2. Pertubuhan Muafakat Sejahtera (MUAFAKAT)
  3. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajat Islam Malaysia (PKPIM)
  4. Yayasan Sofa Negeri Sembilan
  5. Yayasan Jenderami
  6. Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
  7. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  8. Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)
  9. Persatuan Ulamak Malaysia (PUM)
  10. Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  11. Yayasan Paksi Kedah
  12. Persatuan Ulamak Kedah
  13. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
  14. Persatuan Ulamak Wilayah Persekutuan
  15. Institut Pengajian Tradisional Islam
  16. Khalifah Institut.
sumber:peguamsyarie

Yang latest di sini

Mai kenal wahabbi

Beliau wat hal lagi

Persoalan?

PM berbicara

Dakwaan tak jadi pulak!!

MB bersuara

Tuntut ilmu??

Pendapat UZAR


Ape yang tersorok??

Apa kata Nakhaie?

Apa kata Khairi?

Apa kata zulkifli nordin?

Apa kata Isa Ralip?


Utusan 3/11

Kosmo 3/11

Pelik???


Tuan guru memberi komen

Menjawab persoalan

Sijil palsu?


Ini tuduhan (sijil)

Ape ni??

JIM komen


Tauliah


Ulasan

JAIS menjawab

Sokong JAIS


Artis pon backup

Mesyuarat EXCO

Sue

Konspirasi??

Video sijil


JAIS n SULTAN

English


Shahidan bertindak

Mufti Pahang

Mufti Perak

Bincang2


Kelab penyokong pulok!!

Kecam


Penting nih!!

HA?

1MUFTI

THE END??

Yup.Damai..

Salinan surat jaminan bertulis yang diberikan oleh PGSM untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik semua tuduhan terhadap Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Untuk gambar yang lebih jelas, sila klik di sini.

Bkt Mertajam (6 Nov 2009): Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menunggu Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menunaikan janji untuk menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya melalui permohonan maaf secara terbuka seperti yang telah dipersetujui kedua-dua pihak sehingga jam 7 malam ini (6 November 2009).

Terbuka

Tak jadi pulok!!

Ahli sendiri saman

Shahidan pun berkata

Ceramah di Johor

MAIS:Wahabbi..

Sambung lagi...Asri

Asri semakin parah dengan media dan pihak-pihak yang menentang dia....(perlu aku guna beliau?)..NGO-NGO yang menentang beliau mula bersuara..aku sekadar membaca apa yang ditulis dan apa yang dicoret..ape pun..ni perkembangan seterusnya...

Apa asri wat dulu?


Apa dah jadi ngan dia?

Semua asri di sini


Utusan 2/11

Sini pon ade gak

Perlu mereka backup dia?

Berita hairan 2/11

Tangkap pon salah


Ape dah jadi?

Apa kaitan beliau?

Bicara Pemuda

latest:

Video penangkapan


Ahad, 1 November 2009

Dr Asri lagi...

Bertarikh 12 Oktober 2009.

Diserahkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Memorandum bagi pihak majoriti umat Islam Malaysia ini dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj supaya menarik balik pelantikan Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr Asri) sebagai Yang Di Pertua YADIM.

Alasan Memorandum ini ialah antara lainnya :

1. NGO-NGO Islam arus perdana yang terlibat dengan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) kelolaan YADIM sentiasa bekerjasama di dalam menegakkan dakwah Islamiyah di Malaysia. Hanya beberapa NGO kecil sahaja yang dapat menerima idea bahtera perubahan yang cuba dibawa oleh Dr Asri yang seringkali tidak seiring pandangannya dengan sebahagian besar ulamak dan NGO-NGO Islam arus perdana. Kerajaan sepatutnya menghormati kerjasama MAIM di bawah naungan YADIM yang telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong. Pelantikan Dr. Asri hanya akan memutuskan tali silaturrahim yang terjalin dan MAIM akan pincang sekiranya Dr Asri menerajui YADIM.

2. Dr Asri yang terpengaruh dengan pandangan dan pendekatan ulamak tertentu juga seringkali bertentangan pandangan dengan para ulamak dan Mufti-Mufti negeri lain. Dalam berhadapan dengan perbezaan pendapat ini, Dr Asri telah mengambil pendekatan berkonfrantasi secara terbuka tanpa menitik beratkan soal adab dan kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Semasa menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis beliau kerapkali membelakangkan pandangan Jawatankuasa Mufti peringkat Kebangsaan dan sentiasa lari dari berdialog secara tertutup dan beradab, sebaliknya mencari populariti di media. Keadaan ini akan menyukarkan YADIM dan MAIM untuk bergerak sekiranya tiada hubungan erat dengan Mufti-Mufti.

3. Dr Asri mendakwa dirinya dan pengikut-pengikutnya sebagai ahlu-sunnah tetapi mereka menolak dan tidak mengiktiraf kebanyakan ulamak dan umat Islam lain yang di luar dari lingkungan pengikutnya. Beliau juga tidak mengkitiraf iktikad ahli sunnah wal jamaah dari mazhab-mazhab fiqh seperti Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali bahkan dalam keadaan tertentu menolak hadith yang diriwayat oleh Imam Bukhari.

4. Pendekatan Dr Asri dan para pengikutnya telah mencetuskan berbagai perbalahan di kalangan umat Islam apabila mengkritik berbagai amalan umat Islam di Malaysia kononnya ia tidak mengikut sunnah seperti amalan membaca Yaa Sin pada malam Juma’at, amalan bertalqin, tahlil, doa selamat, seolat hajat, wirid selepas solat. Beliau juga mencerca para ulamak besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali yang tidak perlu disebut kehebatan dan keilmuan mereka. Bahkan akibat dan malapetaka yang bakal timbul dari pendekatannya ini amatlah besar sebagaimana yang sedang berlaku di beberapa buah negara Islam. Malapetaka ini sewajarnya dibendung dan bukan disemarakkan lagi.

5. Akibat dari pendekatan ekstrem Dr.Asri dan pengikutnya ini kebanyakan Majlis Agama Islam Negeri-negeri telah menyekat kegiatan pengajian yang dijalankan oleh mereka. Malah beberapa guru agama dan penceramah yang sealiran dengan mereka sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah Syariah kerana mengajar tanpa tauliah. Antaranya Dr. Abdullah Yasin yang menghadapi beberapa kes di negeri Selangor.

6. Dr Asri hingga kini mempertikaikan undang-undang jenayah Syariah negara serta mentafsirkannya tidak mengikut peruntukan undang-undang dan hukum syarak yang diterima para Ulamak dan masyarakat Islam. Dengan melantik seorang yang berpandangan dan pendekatan seperti ini, ia akan melenyapkan keyakinan dan kepercayaan umat Islam bukan sahaja kepada YADIM malah kepada kerajaan keseluruhannya atas kegagalan memelihara ajaran dan amalan Islam yang dipegang selama ini.

7. Pendekatan ekstrem Dr.Asri telah mengundang pelbagai akibat dan keresahan di kalangan umat Islam di seluruh Negara khususnya di negeri Perlis. Imam-imam di Perlis yang tidak mendokong aliran Dr Asri telah diketepikan malah baru-baru ini mereka telah ditukarkan atas alasan yang sama (berita-berita sebegini telah tersiar di dalam akhbar-akhbar utama negara). Cercaan beliau dan pengikutnya kepada amalan solat hajat kononnya ia satu bentuk maksiat dalam masjid telah mengundang perbalahan dan beberapa kejadian pergaduhan.

8. Sebagai seorang yang terlalu muda serta gagal menghayati budaya adab sopan umat Islam di malaysia, Dr Asri lebih banyak mengundang kontroversi dan merupakan seorang yang keras, elstrem serta tidak dapat menerima teguran, pandangan dan kritikan orang lain. Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-negeri lain selain Perlis, Tokoh-tokoh agama arus perdana termasuk semua para Mufti Negeri-negeri (kecuali Perlis) serta tokoh-tokoh seperti Prof.Datuk Dr.Ismail Ibrahim, Tan Sri Syeikh Ghazali b Abd Rahman bekas Ketua Pengarah JKSM, Dato’ Hashim b.Yahya bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Nooh Gadot dan ramai lagi amat tidak senang dengan pendekatan dan pendirian sebegini.

9. Penolakkan oleh sebahagian besar tokoh agama dan umat Islam terhadap pemikiran dan pendekatan beliau dalam amalan agama adalah kelemahan besar Dr.Asri dan amat tidak sesuai untuk menerajui sebuah agensi dakwah yang ditunjangi oleh Kerajaan Malaysia. Peribadi yang lebih berhemah dan memahami manhaj dan metodologi dakwah di Malaysia adalah lebih wajar menerajui YADIM.Terdapat ramai lagi tokoh lain yang tidak kontroversi yang datang dari golongan Muslim arus perdana yang boleh dilantik menerajui YADIM dan diterima oleh masyarakat Islam arus perdana.

10. Dr Asri bukan sahaja ditolak oleh majoriti penyokong UMNO, malah beliau juga tidak disenangi oleh penyokong PAS yang merupakan 2 parti umat Islam terbesar. Hanya segelintir dari masyarakat Islam yang berpendirian ekstrem dalam hal furu’ atau perkara cabang yang gembira dengan pemikiran dan pendekatan beliau. Kami bimbang Kerajaan Persekutuan akan disisihkan oleh umat Islam dalam kegiatan keagamaan dan amalan keagamaan yang seragam dan telah sebati di seluruh Negara tidak lagi menjadi arus perdana di masa akan datang, manakala Pihak Berkuasa Agama Negeri mengambil pendekatan berbeza dari Kerajaan Persekutuan.

Diserahkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Ditandatangani oleh:

Mohamad Isa bin Abd Ralip
Presiden PGSM

Bertarikh 12 Oktober, 2009

Badan-Badan Bukan Kerajaan Yang Menyokong Memorandum ini:

1. Persatuan Pegawai-Pegawai Syariah Malaysia
2. Yayasan Sofa Negeri Sembilan
3. Yayasan Jenderami
4. Pertubuhan Muafakat Masyarakat Sejahtera (MUAFAKAT)
5. Persatuan Peguam Syarie Malysia
6. Persatuan Peguam Muslim Malaysia
7. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
8. Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)
9. Jemaah Islah malaysia (JIM)
10. Persatuan Ulamak Malaysia
11. Yayasan Paksi Kedah
12. Persatuan Ulamak Kedah
13. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)

sumber: http://peguamsyarie.org/?p=1247

DIA MANA LA BOLEH SENYAP...CHECK APE DIA BIDAS..

http://peguamsyarie.org/?p=1247

TAKKAN KAT SURATKABAR JE KOT..NI VIDEO

YOUTUBE PANAZ (1)

YOUTUBE PANAZ (2)

"Doc,saya....."


Salah ke kalau kite angkat tangan dan cakap.."doc,saya tak pham.."..berat ke nak ucapkan ayat nih??ha...inilah insan atau yang lebih specific ntok post nih...MELAYU...

Kat YU memng arab aktif sangat..bermula kuliah syariah hingga kuliah media...asal dalam kelas melayu la paling senyap n membisu seribu bahasa..kalau tak paham mesti pikir camnih:"balik kang boleh tanya kawan..."

Ni la yang wat mereka tak paham selamanya..sebab bile dah balik umah..jumpa katil...jumpa laptop...mula la lupe benda yang nak tanya...berat sangat wat 2 benda ni:-

1...angkat tangan tinggi-tinggi bagi doc nampak
2...cakap"doc,saya..bla..bla.."

kan senang..selesai kat ctu..bukan nye doc nak gelak kalau salah sebut..dan kalau salah mesti doc betulkan..melainkan doc itu bukan doc...die mengajar bukan ajor budak jadi tak paham..

Teringat kata doc nizom usrah:"Siapa yang segan dia tidak belajar"..tu kata-katanya untuk pelajar melayu kelas aku..(termasuk aku)..bertanya salahsatu daripada jalan menuntut ilmu..bukan ape,kalau xpaham tanya..kalau sangsi tanya..sebab apa yang doc pikir tak semestinya 100% same ngan kite...lebih-lebih lagi die tu orang berbangsa lain...huhu

tu jew la nak tulis..nanti nak sambung citer apek n ayam...hehe