Khamis, 21 November 2013

Diari Encikgu #22

Pagi di Malaysia macam biasa.Ada bunyi burung berkicau,ayam berkokok,enjin kereta jiran baru nak panas.Suhu yang sedang-sedang memang ujian buat semua pekerja di Malaysia mahupun pelajar.Mata pun sebelah je bukak,sebelah lagi pukul 11 nak tengahari baru join bukak.

Tak macam negara arab,pagi dia mati.Takde siapa kat luar lepas subuh sampai pukul 7.Subuh diorang pukul 4.Kedai-kedai mula operasi jam 10.Tu kedai yang penting,kedai yang tak penting macam gerai jagung rebus cup dan kedai buku terpakai harga murah memang lepas zohor la baru nampak diorang bukak kedai.

Pagi tadi aku dapat call cikgu nurasyiqin nak kawen bulan 12 ni.Rasa sebak bai dalam hati.Cikgu yang kamceng dan body power dah nak kawen.Selamat bermadu kasih cikgu nurasyiqin.

Lepas tu pejabat pendidikan call aku.Nampak power tak power,diorang call aku bukan aku call diorang.

Diorang mintak slip gaji aku.Aku kelam kabut cari slip gaji.Lepas tak jumpa aku cakap kat diorang,aku carik dulu nanti aku call balik.

5 minit berlalu,aku penat cari dan otak penat pikir mana last letak slip tu.Aku kecewa dan baring atas katil.

Dem!! Baru teringat slip gaji aku dah lap kasut (rujuk Diari Encikgu yang cerita pasal Faten)

Terus aku call dan bagitau semua benda dekat kerani tu.Termasuk la pasal kenduri cikgu nurasyiqin.

Isnin, 11 November 2013

Diari Encikgu #21

Pagi tu angin sepoi-sepoi bahasa dengan cuaca lembab selepas hujan.Aku gagahkan diri start enjin motor modenas dua lejang aku.Bagi perempuan diorang tak tahu lejang tu mende.Sama macam kalau laki sembang pasal minyak 2T baru keluar atau brand apa yang best.Perempuan mesti buat muka blur.Yang diorang tahu bawak laju-laju,hujung bulan masuk bengkel.

Balik ke cerita aku tadi,aku start enjin motor dan bergerak menuju ke bandar dengan satu niat yang suci murni.Aku nak ke tuntut gaji aku.Dah 3 bulan tak masuk ni.

Sampai je PPD aku bukak kasut.Bagi tunjuk rebel sikit.Korang yang tak tahu PPD tu apa lebih baik korang google.Asyik aku nak suap je.Sampai bila korang nak maju kalau gitu.

Aku sampai je aku jumpa kak kerani baju merah lipstik pink.Nametag dia tulis "suhana".Jadi kami pun berbicara :

Aku : Cik,saya ni cikgu dari sekolah &&3-%8+4 yang call 5 kali minggu lepas.Saya nak tanya status gaji saya.

Suhana : Ok cikgu.Kami dalam proses lagi,harap cikgu bersabar.

Aku : Tapi cik,saya dah 3 bulan ni.Duit minyak motor saya sapa nak tanggung?

Suhana : Cikgu boleh jumpa pegawai tu kalau nak bertanya secara detail. (sambil tunjuk sorang pegawai tengah baca suratkhabar)

Dengan berani aku pergi dan perkenalkan diri sambil tanya pasal gaji aku.Dia senyum dan sambut aku dengan lembut macam pondan kat Bangkok.

"Cikgu,kalau cikgu ikhlaskan diri mengajar 50 hari tu takleh ke?"

Time ni aku sumpah dia jadi meja sambut tetamu.Punya celaka ayat dia.Sambil senyum pulak tu.

Aku tak paham kenapa dia relaks baca suratkhabar dan suruh aku bersabar dengan gaji aku.Pastu dia suruh aku ikhlas ngajar macam aku ngajar free untuk anak yatim.Dia pulak relaks makan gaji.Padahal dah pukul 11 pagi dia tak masuk pejabat.

Bangang.

Dia dengan aku mencarut dan dia cakap "Camni cikgu? Macam mana la etika awak mengajar ye?"

Aku blah sambil dengan darah menyirap.

Atas motor aku nampak langit mendung.Aku pecut dan titis hujan mula turun.Aku marah di dalam hujan.

Isnin, 4 November 2013

Diari Encikgu #20

Semalam hujan lebat gila.Petir kilat tak payah cerita la.Mungkin ujian alam untuk final Piala Malaysia yang dua pasukan pantai timur tapi ngengade nak buat kat pantai barat.Nak tunjuk eksyen lettew.

Semalam lepas bantai pulut kuning dan kari telur sepinggan.Aku beratur untuk 2nd round.Macam aku je yang 2nd round,orang lain dah jilat-jilat jari dah.Ada yang bersandar tak bergerak,usap-usap perut dan hisap rokok daun.

Time beratur tu ada pakcik tu usha aku lain macam.Aku dah cuak dah.Ingat dia nak sound aku sebab beratur untuk 2nd round.

"Esok sekolah?"

Aku sengih je sambil geleng kepala.Aku yakin esok tak sekolah sebab cikgu rosli ada bagitau aku lepas asar tadi.

Jadi pagi tadi aku bangun tido area pukul 9 lebih dan aku usha fon aku ada panggilan rindu.

Guru Besar : 34 panggilan rindu

Kejadah!! Mende rindu aku cuti-cuti ni?!

Pastu masuk la pesanan ringkas yang berbunyi :

"Sekolah tak cuti hari ni,di mana kah anda?"

Aku campak fon bawah bantal dan ke dapur bancuh milo.

Baru aku sedar yang cikgu rosli tu cikgu sekolah lain!! Patut aku tak kenal dia!!

Jumaat, 1 November 2013

Diari Encikgu #19

Tadi time pergi solat jumaat aku jumpa Tony Jaa.Bukan jumpa kat masjid tapi jumpa dekat tepi tongsampah.Aku dah cerita belum pasal Tony Jaa ni? Bukan pelakon,dia ada kat sekolah aku dulu.

Tony Jaa ni ada kat sekolah aku dulu.Kalau aku sampai pagar sekolah mesti nampak dia melepak depan pintu pondok jaga.Kadang-kadang dia tidur,kadang-kadang dia bangun.

Tony Jaa ni bukan murid sekolah aku.Dia juga bukan tukang kebun sekolah aku.Dia juga bukan kerani yang main romen dengan budak pejabat sekolah aku.Dia juga bukan pekerja kantin yang kacau Hashimah anak makcik kantin (rujuk diari encikgu #10).Dia juga bukan jaga sekolah aku.

Tony Jaa ni anjing.Anjing yang jaga sekolah aku.

Aku tak tahu kenapa nama dia Tony Jaa.Jaga sekolah aku cakap murid-murid yang panggil.Dia ikut tahun.Dah banyak nama dah anjing tu pakai.Rocky la,Bolt la,Buddy la,Lucky la.

Anjing jenis apa aku tak tahu.Tapi anjing tetap anjing.Dia takkan jadi siput babi ataupun cicak yang mampu berlari atas air yang hanya boleh ditemui di Brazil tu.

Setiap kali lepas loceng terakhir sekolah,Tony Jaa akan dilepaskan untuk pusing merayau satu sekolah.Time ni murid-murid akan cuak kena gigit dengan Tony Jaa.

Murid-murid yang acah-acah berani akan jerit beramai-ramai panggil Tony Jaa.

"Tony Jaa..Tony jaa"

Tapi bila Tony Jaa datang dekat semua lari masuk pondok menunggu.

Ok aku nak cerita Tony Jaa ni pernah 'bom' seat motor aku je.Sekian.