Rabu, 25 Disember 2013

Diari Encikgu #25

Hari selasa bulan disember dua hari lalu aku kena paksa pergi satu kursus. Pada mulanya aku malas. Guru Besar sms pun aku tak balas. Mana taknya, time cuti krismas la kena pergi kursus. Bukan apa, nanti Santa datang rumah aku siapa la nak bukakan pintu dan amik hadiah aku tu nanti.

Tapi lepas cikgu nurain call aku di waktu pagi, memang aku kena pergi la dengan semangat perdana. Bukan apa, selalu cikgu nurain ni call lepas asar ajak minum petang tapi kali ni di waktu lagi time aku buka bungkusan nasi lemak sambal kerang balut daun pisang.

Kursus ni buat dekat Pelabuhan Anak Dick. Nasib baik aku tak translate jadi lucah. Nama tempat pelik-pelik je kat Malaysia ni.

Kursus Piawaian Makanan Kantin. Nama pun dah pelik. Aku ingat kursus ni macam kursus lain. Duduk atas kerusi,salin itu,dengar ini,otak tepu dan mati kepenatan. Tapi kursus ni hanya perlu bawa lidah dan perut. Kitorang peserta perlu rasa satu jenis makanan daripada beberapa tender yang ada. Macam pagi hari tu, bihun goreng ada 5 tender. Kena rasa setiap satu dan keluarkan komen.

Time malam pulak belajar macam mana kualiti sesuatu makanan yang sebenar. Macam malam tu belajar kualiti nasi lemak. Baru aku tau kacang goreng kena ada lima biji dan ikan bilis kena ada 7 ekor sekurang-kurangnya dalam satu nasi lemak berkualiti.

Setiap benda ada kisah.

Pagi tadi ada slot Karipap Pusing pukul 8 pagi di dewan. Semua kena belajar kualiti karipap pusing. Cikgu sebelah aku lelaki tua dari sekolah mana aku tak tahu la. Dia sengguk-sengguk je time fasilatator ceramah saiz kentang yang perlu dipotong petak tu cemana.

Aku siku la dia jap. Dia terjaga dan pandang aku. Aku acah-acah buat amik karipap pusing atas meja. Dia terus bangun pergi tandas. Seminar terus berjalan dengam cerita cara buat doh karipap. Aku pon menguap.

20 minit berlalu. Tetiba terasa pundi kencing aku hantar signal pada otak aku. Lantas aku bangun dan berlari ke tandas. Laju tu tak yah citer camne la. Kira kau pejam mata buka balik aku dah depan mangkuk tandas duduk tengah buka zip seluar slack. Gitu.

Time aku kencing aku dengar bunyi.

"Kokk kokk kokk kokk"
"Ringgg ringgg ringgg"
"Uweeee uweeee uweee"

Aku relaks je. Lepas kencing aku gi la depan sinki. Time basuh tangan kedengaran pintu bilik air terbuka dan cikgu yang duduk sebelah aku tadi muncul. Muka dia serabai dan dia basuh muka dia dengan air paip sinki. Aku senyum sambil kata "Baru bangun ke bang?"

Muka dia time tu berubah. Merah gila. Mata terbeliak. Macam nak tumbuk aku. Tapi lepas dia usha aku jap, dia senyum.

Aku cepat-cepat masuk dalam dewan. Aku duduk sebelah cikgu nurain. Cikgu nurain blushing je time aku sembang pasal karipap yang ada atas meja tu. Dia gelak-gelak manis. Lepastu tetiba dia senyap. Pelik.

Dia koyak kertas dan pass kat aku. Aku baca la.

"Cikgu, zip tak tutup"

Aku buat tenang dan senyum balik dekat cikgu nurain.

Aku batuk kuat-kuat dan tarik zip laju-laju dengan berhati-hati.

Isnin, 23 Disember 2013

Diari Encikgu #24

Sebelum matahari terbit aku masih atas katil. Matahari mencapai ufuk 45° pun aku masih atas katil. Kursus bertukang dua hari lepas dekat bengkel bot sijangkang buat aku penat dan malas ke sekolah. Tapi demi sesuap nasi dan rezeki, aku menuju ke sekolah dengan penuh gagahnya.

Sebelum ke sekolah aku terlintas dalam hati.

"Alangkah moleknya kalau pekena roti canai dan kopi o di pagi hari ni"

Dengan menjeling sedikit ke arah jam, aku yakin masa masih panjang. Aku laju je pegi ke kedai roti canai kampung. Aku capai suratkabar atas meja. Dua saat je aku baca, aku campak balik sambil mulut merungut.

"Apa la kedai ni, surat khabar minggu lepas je ada"

Kedai tu kedekut betul. Beli surat khabar seminggu sekali. Tu pon hari sabtu. Mana la ada berita bola yang best. Bodo betol.

Sampai je roti canai aku bedal dengan laju. Rangup betol sampai habuk roti tu penuh keliling misai aku. Kari kambing aku jilat sampai tak nampak bekas yang wujud kari dalam mangkuk itu sebelumnya.

Time aku nak bayar, perut aku memulas. Aku cuba control. Aku start je motor. Ah sudah! Memang takleh dah ni. Luar kawalan. Aku pecut balik rumah dan buka pintu macam kena kejar hantu pocong. Aku masuk bilik, bukak stoking campak atas katil. Bukak seluar, campak bawah katil.

Lega.

Keluar je jamban, aku siap ke sekolah dengan tenang. SMS daripada guru besar masuk, aku bukak je ada emoticon senyum. Aku pon cepat la ke sekolah.

Sampai sekolah, semua orang senyum mesra kat aku. Maybe aku hensem kot berbaju melayu biru gelap ni. Aku senyum la balik. Cikgu Nurain lalu, dia pandang aku then senyum. Sempat dia tanya "Ekhemm cikgu sihat?". Aku tak jawab, aku senyum manis je.

Masuk je bilik meeting, aku amik port depan penghawa dingin. Layan betul. Aduhh kaki gatal tetibe. Kena gigit nyamuk kot. Aku garu la. Time garu tu aku pandang kaki.

Patut la semua senyum. Sebelah warna hitam, sebelah warna merah.

Adehh!!

Jumaat, 20 Disember 2013

Diari Encikgu #23

Dua hari lepas aku daftar sekolah baru. Semua macam berjalan lancar. Dari isi borang,buat nametag,buku rekod dan punch card. Semua smooth je. Guru Besar pun baik. Cuma kali ni bukan janda berhias.

Tapi pagi-pagi dah ada meeting. Sebelum meeting ada makan ringan sikit macam cucur badak dan lepat pisang bersama teh O cap Masjid yang berbau wangi. Teh wangi ni syarat dia kena nipis je, kalau letak banyak serbuk nanti tak wangi.

Meeting pun enjoi je. Sembang gelak-gelak. Time gelak tu kenalkan diri. Aku duduk sebelah cikgu perempuan. Nama dia Ani. Real tak real cikgu ni, dia style macam cikgu nurasyiqin. Aku sembang dengan dia mesti dia senyum. Nampak lesung pipit dan gigi tindih dia. Ekhemmm comel.

Apepun, aku happy je sekolah baru ni gaji sikit tapi kerja enjoi. Cikgu lelaki pun ramai, takde la asyik aku je kena baca doa makan dan doa majlis.

Yang paling penting. Sekolah aku takde anjing. Sekian.

Isnin, 9 Disember 2013

Desaturasi hitam tahi cicak

Dua tiga menjak ni ramai orang cari aku. Minta motivasi dan semangat. Terus aku lompat dari katil pergi depan cermin. Aku tengok diri aku dari atas sampai bawah. Rambut serabai,baju gambar tengkorak dan seluar tiga suku basuh seminggu sekali. Tapi kenapa orang minta aku motivasi?

Aku pergi ke dapur. Aku buat lempeng. Campur tepung,campur air dalam blender dan kisar.Aku masak laju-laju sebab aku dengar bunyi perut aku dah pasang lagu Marjinal.

Tengah suap-suap lempeng otak aku berfikir, kenapa orang tak letak cili dalam lempeng? Gula pun orang tak letak. Tawar. Semuanya jadi seimbang daripada benda luar lempeng tu.

Baru aku sedar hidup aku ni macam lempeng tawar. Orang luar akan datang bawak "cili" dan "gula" untuk aku berasa "pedas" dan "manis".

Terima kasih buat semua orang yang wujud di dunia ni tak kira anda berada di Mesir,USA,Rusia mahupun Zambia.




Aku tak nangis ok time makan lempeng tadi.

Khamis, 5 Disember 2013

Kenangan AJL 23

Muzik.

Muzik ni salah satu cara manusia menyampaikan sesuatu kepada manusia yang lain dengan lantunan bunyi-bunyi instrument (alat-alat muzik). Tujuannya untuk hati terhibur dan hati tertarik. Contohnya corong-corong pembesar suara akan mengeluarkan bunyi “Ding-Dong” sebelum mereka membuat pengumuman. Si jejaka akan mengeluarkan bunyi “Ehem” sebelum mengorat atau meluahkan perasaan mahupun melamar si gadis ayu berbibir seksi. Lori balak akan menghasilkan bunyi “Pinnnnnnnnnnnnnn” yang kuat sebelum hentam kereta kancil di selekoh lebuhraya Gua Musang.

Ini semua muzik.Semuanya hanya untuk menyampaikan sesuatu kepada kita semua.

Bila sebut pasal muzik, kita perlu ingat yang ianya salah satu daripada cabang seni. Bila ada seni, ada anak-anak seni. Bila ada anak seni, ada anugerah tanda penghargaan.

Ini memori 2009 aku. Anugerah Juara Lagu 23.

*****

“Li, beres tak malam ni?” tu yang aku tulis pada kertas kecil yang aku koyak daripada helaian buku makmal marapelajaran Kimia aku. Aku pass ke Abu untuk bagi ke Ramli, member baik aku sejak aku masuk sekolah menengah. Abu salah paham, dia pass ke Kudin. Sai-tan betul, Kudin dah la pengawas asrama. Dia jeling aku dan Ramli lepas baca nota kecil tu. Perlahan-lahan aku angkat jari tengah untuk Abu.

Loceng rehat berbunyi. Terus aku rangkul leher Ramli dari belakang.

“Li, malam ni clear kan?” suara Ramli Sarip aku kedengaran. Serak-serak basah. Kami berjalan lepas Cikgu Syida, sempat juga aku kenyit mata pada cikgu praktikal baru tu.

“Ok je, minggu ni kunci bilik radio dekat Lan” Ramli jawab tak pandang muka aku langsung. Mata dia tengah usha Maisarah anak makcik kantin yang tengah tuang sirap limau ais ke dalam gelas-gelas plastik dalam talam besi.

Hari berlalu laju. Malam pun tiba.

Lepas maghrib merupakan waktu prep budak asrama. Warden-warden akan pusing satu persatu dorm untuk pastikan semuanya tidak berpenghuni. Aku ingat lagi malam tu, aku dan Ramli kena pergi prep sebab Azman,Mikail dan Rushdi punya turn malam tu menyorok belakang locker. Kadir dan Mail punya turn menyorok atas syiling tingkat tiga. Jadi terpaksalah aku dan Ramli turun ke kelas prep.

Tapi, orang bijak takkan senang putus asa. Kami ada plan sendiri.

Lepas warden-warden pusing semua dorm, Ramli panggil aku kat kelas. Time tu aku baru nak in conversation dengan Fetty dan Zetty (aku tak ingat dah nama sebenar diorang ni siapa). Ramli masuk kelas prep aku sambil tunjuk segugus kunci. Aku senyum. Ramli senyum balik. Lagi lebar daripada aku.

Malam tu nak tak nak kami kena naik ikut tangga besi tangki air. Jalan depan dah kena tutup dengan budak tahfiz. Budak tahfiz ni macam botol air berlubang kecil. Isi air boleh, tapi keluar sikit-sikit. Rahsia tak boleh simpan. Kalau warden tanya mesti keluar je full name.

Aku panjat dulu. Ramli panjat kemudian.

“Woi Li, kau jangan intai. Aku tak pakai ni” Aku warning awalawal sebelum Ramli buat kerja gila. Aku pakai kain pelikat je malam-malam gi prep. Senang dan bebas.

Ujian kedua adalah pejabat ketua warden. Ketua warden memang 24 jam aka nada dekat pejabat. Nak tak nak kena lalu situ juga. Jadi kami meniarap kat lantai dan mengesot macam hantu Indonesia. Laju.

Akhirnya kami sampai depan pintu bilik radio. Kunci dimasukkan ke dalam lubang kunci dan pintu dibuka.

Cepat-cepat aku buka radio. Mula cari frekuensi radio Hot.Fm dan kedengaran suara Faizal Ismail,Ally Iskandar dan Cheryl Samad.

Malam itu jadi sejarah di mana Faizal Tahir membuat hatrik 3 anugerah dan Meet Uncle Hussain memenangi Anugerah Lagu Terbaik dengan nyanyian “Lagu Untukmu”.

Lagu “Bukan Di Sini” Sofaz membuka tirai. Aku dan Ramli layan betul malam tu. Bagai dunia itu kami yang punya. Yang paling gila time Aizat nyanyi lagu “Lagu Kita”. Aku kuatkan volume radio. Memang padu, masuk hati bai lagu tu. Aizat masa tu nyanyi pakai gitar solo. Ni apa yang Faizal Ismail ulas la. Time lagu “Cuba” Faizal Tahir, aku dan Ramli jawdrop. Meremang bulu tengkuk memasing dengar lagu tu.

“Wow! Tak penat ke menari sambil menyanyi?!” kata Cheryl Samad selepas lagu “Aku Stacy”. Bintang baru AF anak kelahiran Sabah yang baru nak up. Menyanyi rancak sambil menyanyi. Power power.

Tiba-tiba pintu diketuk kuat.

Aku tutup radio. Ramli tutup lampu. Serentak aku dan dia menyorok bawah meja.

“Cilake, siapa pecah lubang ni? Bukan line clear ke kau kata tadi?” aku bisik kat Ramli.

“En..tahh” suara Ramli tersekat. Cuak. Dahi dia berpeluh banyak.

Pintu bilik radio berbunyi. Bunyi orang masukkan anak kunci pada tombol. Pintu terbuka, ada orang masuk. Berjubah. Time tu aku rasa macam urat pundi kencing aku dah putus.

Dengan tenang ketua warden tunduk ke bawah meja. Aku buat muka cool dan Ramli sengih-sengih. Malam tu kami tak tidur. Berdiri atas tembok asrama tak berbaju. Disiram sebaldi air setiap sejam sampai subuh. 

Dalam hati aku, aku tengah mencarut dan tak puashati siapa yang buka mulut ni. Aku syak si pengawas manja tu, Kudin.

Lepas solat subuh, aku duduk tepi Kudin yang baca quran belakang tiang surau. Aku gosok belakang badan dia sambil tanya “Kau ke yang report dekat ketua warden?”.

Kudin habiskan bacaan ayat suci alquran dan pandang aku.

“Tak” jawab sepatah.

“Habis tu?” aku tanya dua patah.

“Lan lupa tutup microphone pengumuman tepi radio tu. Semalam satu sekolah dengan AJL live sebab korang. Warden-warden semua sibuk cari kunci pagar masuk asrama takde sebab Ramli sorok” jawab Kudin tenang satu nafas. Dia sambung baca alquran balik.

“Papp!!” aku tepuk dahi aku dengan telapak tangan sambil mencarut dalam hati. Dalam rumah Allah mana boleh mencarut.


Kudin pandang aku dan cakap “Sedap suara kau dengan Ramli nyanyi lagu Dingin Ziana Zain dan Kalis Rindu Elyana semalam. Kehkehkeh”.


Hari tu aku pergi sekolah dengan muka tebal.

Khamis, 21 November 2013

Diari Encikgu #22

Pagi di Malaysia macam biasa.Ada bunyi burung berkicau,ayam berkokok,enjin kereta jiran baru nak panas.Suhu yang sedang-sedang memang ujian buat semua pekerja di Malaysia mahupun pelajar.Mata pun sebelah je bukak,sebelah lagi pukul 11 nak tengahari baru join bukak.

Tak macam negara arab,pagi dia mati.Takde siapa kat luar lepas subuh sampai pukul 7.Subuh diorang pukul 4.Kedai-kedai mula operasi jam 10.Tu kedai yang penting,kedai yang tak penting macam gerai jagung rebus cup dan kedai buku terpakai harga murah memang lepas zohor la baru nampak diorang bukak kedai.

Pagi tadi aku dapat call cikgu nurasyiqin nak kawen bulan 12 ni.Rasa sebak bai dalam hati.Cikgu yang kamceng dan body power dah nak kawen.Selamat bermadu kasih cikgu nurasyiqin.

Lepas tu pejabat pendidikan call aku.Nampak power tak power,diorang call aku bukan aku call diorang.

Diorang mintak slip gaji aku.Aku kelam kabut cari slip gaji.Lepas tak jumpa aku cakap kat diorang,aku carik dulu nanti aku call balik.

5 minit berlalu,aku penat cari dan otak penat pikir mana last letak slip tu.Aku kecewa dan baring atas katil.

Dem!! Baru teringat slip gaji aku dah lap kasut (rujuk Diari Encikgu yang cerita pasal Faten)

Terus aku call dan bagitau semua benda dekat kerani tu.Termasuk la pasal kenduri cikgu nurasyiqin.

Isnin, 11 November 2013

Diari Encikgu #21

Pagi tu angin sepoi-sepoi bahasa dengan cuaca lembab selepas hujan.Aku gagahkan diri start enjin motor modenas dua lejang aku.Bagi perempuan diorang tak tahu lejang tu mende.Sama macam kalau laki sembang pasal minyak 2T baru keluar atau brand apa yang best.Perempuan mesti buat muka blur.Yang diorang tahu bawak laju-laju,hujung bulan masuk bengkel.

Balik ke cerita aku tadi,aku start enjin motor dan bergerak menuju ke bandar dengan satu niat yang suci murni.Aku nak ke tuntut gaji aku.Dah 3 bulan tak masuk ni.

Sampai je PPD aku bukak kasut.Bagi tunjuk rebel sikit.Korang yang tak tahu PPD tu apa lebih baik korang google.Asyik aku nak suap je.Sampai bila korang nak maju kalau gitu.

Aku sampai je aku jumpa kak kerani baju merah lipstik pink.Nametag dia tulis "suhana".Jadi kami pun berbicara :

Aku : Cik,saya ni cikgu dari sekolah &&3-%8+4 yang call 5 kali minggu lepas.Saya nak tanya status gaji saya.

Suhana : Ok cikgu.Kami dalam proses lagi,harap cikgu bersabar.

Aku : Tapi cik,saya dah 3 bulan ni.Duit minyak motor saya sapa nak tanggung?

Suhana : Cikgu boleh jumpa pegawai tu kalau nak bertanya secara detail. (sambil tunjuk sorang pegawai tengah baca suratkhabar)

Dengan berani aku pergi dan perkenalkan diri sambil tanya pasal gaji aku.Dia senyum dan sambut aku dengan lembut macam pondan kat Bangkok.

"Cikgu,kalau cikgu ikhlaskan diri mengajar 50 hari tu takleh ke?"

Time ni aku sumpah dia jadi meja sambut tetamu.Punya celaka ayat dia.Sambil senyum pulak tu.

Aku tak paham kenapa dia relaks baca suratkhabar dan suruh aku bersabar dengan gaji aku.Pastu dia suruh aku ikhlas ngajar macam aku ngajar free untuk anak yatim.Dia pulak relaks makan gaji.Padahal dah pukul 11 pagi dia tak masuk pejabat.

Bangang.

Dia dengan aku mencarut dan dia cakap "Camni cikgu? Macam mana la etika awak mengajar ye?"

Aku blah sambil dengan darah menyirap.

Atas motor aku nampak langit mendung.Aku pecut dan titis hujan mula turun.Aku marah di dalam hujan.

Isnin, 4 November 2013

Diari Encikgu #20

Semalam hujan lebat gila.Petir kilat tak payah cerita la.Mungkin ujian alam untuk final Piala Malaysia yang dua pasukan pantai timur tapi ngengade nak buat kat pantai barat.Nak tunjuk eksyen lettew.

Semalam lepas bantai pulut kuning dan kari telur sepinggan.Aku beratur untuk 2nd round.Macam aku je yang 2nd round,orang lain dah jilat-jilat jari dah.Ada yang bersandar tak bergerak,usap-usap perut dan hisap rokok daun.

Time beratur tu ada pakcik tu usha aku lain macam.Aku dah cuak dah.Ingat dia nak sound aku sebab beratur untuk 2nd round.

"Esok sekolah?"

Aku sengih je sambil geleng kepala.Aku yakin esok tak sekolah sebab cikgu rosli ada bagitau aku lepas asar tadi.

Jadi pagi tadi aku bangun tido area pukul 9 lebih dan aku usha fon aku ada panggilan rindu.

Guru Besar : 34 panggilan rindu

Kejadah!! Mende rindu aku cuti-cuti ni?!

Pastu masuk la pesanan ringkas yang berbunyi :

"Sekolah tak cuti hari ni,di mana kah anda?"

Aku campak fon bawah bantal dan ke dapur bancuh milo.

Baru aku sedar yang cikgu rosli tu cikgu sekolah lain!! Patut aku tak kenal dia!!

Jumaat, 1 November 2013

Diari Encikgu #19

Tadi time pergi solat jumaat aku jumpa Tony Jaa.Bukan jumpa kat masjid tapi jumpa dekat tepi tongsampah.Aku dah cerita belum pasal Tony Jaa ni? Bukan pelakon,dia ada kat sekolah aku dulu.

Tony Jaa ni ada kat sekolah aku dulu.Kalau aku sampai pagar sekolah mesti nampak dia melepak depan pintu pondok jaga.Kadang-kadang dia tidur,kadang-kadang dia bangun.

Tony Jaa ni bukan murid sekolah aku.Dia juga bukan tukang kebun sekolah aku.Dia juga bukan kerani yang main romen dengan budak pejabat sekolah aku.Dia juga bukan pekerja kantin yang kacau Hashimah anak makcik kantin (rujuk diari encikgu #10).Dia juga bukan jaga sekolah aku.

Tony Jaa ni anjing.Anjing yang jaga sekolah aku.

Aku tak tahu kenapa nama dia Tony Jaa.Jaga sekolah aku cakap murid-murid yang panggil.Dia ikut tahun.Dah banyak nama dah anjing tu pakai.Rocky la,Bolt la,Buddy la,Lucky la.

Anjing jenis apa aku tak tahu.Tapi anjing tetap anjing.Dia takkan jadi siput babi ataupun cicak yang mampu berlari atas air yang hanya boleh ditemui di Brazil tu.

Setiap kali lepas loceng terakhir sekolah,Tony Jaa akan dilepaskan untuk pusing merayau satu sekolah.Time ni murid-murid akan cuak kena gigit dengan Tony Jaa.

Murid-murid yang acah-acah berani akan jerit beramai-ramai panggil Tony Jaa.

"Tony Jaa..Tony jaa"

Tapi bila Tony Jaa datang dekat semua lari masuk pondok menunggu.

Ok aku nak cerita Tony Jaa ni pernah 'bom' seat motor aku je.Sekian.

Khamis, 31 Oktober 2013

Diari Encikgu #18

Tepat jam 10 pagi aku dah terpacak depan pintu pagar sekolah.Bebudak reramai kumpul sambut aku.Dah macam Yang Berhormat dah aku rasa.Tinggal takde orang ucap "Selamat datang YB..selamat datang YB" je.

Hari ni hari terbuka sekolah sempena Sukan Akhir Tahun.Aku tak tahu ni idea cikgu mana.Dah la hari ni panas tak berawan,boleh pulak ada sukan.Acara padang mula pukul 12 pulak tu.Gila tak gila cikgu yang cadang ni.

Aku terus melepak dekat area belakang kantin.Port cikgu-cikgu lelaki hisap rokok dan baca Berita Harian lepas 'paw' dari pejabat sekolah.Muka yang kompem ada situ adalah cikgu syafiq dan cikgu azman.Tapi pagi ni aku sampai ada cikgu syafiq je.

Aku dah cerita belom pasal cikgu syafiq ni?

Cikgu syafiq ni cikgu matapelajaran bahasa inggeris.Dia ni orang intelektual.Belajar tinggi,sepadan dengan ketinggian dia yang lebih 20 cm daripada aku.Kalau bersembang mesti ada word inggeris yang baru aku boleh dapat.Contohnya : "prodigy" yang aku dapat.Maksudnya korang tau tak? Tak kan? tu bermakna dia punya level intelek tu lagi tinggi dari korang.

Tapi cikgu syafiq ni gelabah biawak orangnya.Asal buat keje macam-macam dirisaukannya.

Aku sampai dia tengah hisap rokok.Peluh jantan dia penuh kat dahi.Boleh penuh botol minyak cap kapal botol kecik kalau aku try isi peluh tu.Maka kami bertegur sapa.

Aku : Watsapp cikgu,apa cerita peluh semacam ni?

Cikgu syafiq : Oh cikgu,tadi aku lari dari roadblock depan tu.Gila kau,aku dah la lesen mati.Roadtax pun dah tak bayar 2 tahun.

Aku angguk tanda paham.Cikgu syafiq hisap rokok dengan tenang.Burung-burung mula berkicau.Jarang nampak burung lepak kat port kami ni.

Tiba-tiba cikgu azman datang join.Aku syak dia baru sampai.Muka ceria macam baru lepas mandi je.

Cikgu syafiq : Hai man,ceria je.Lawa topi keledar baru kau.Putih suci.

Cikgu azman : Oh,ni free ni.Depan tu tadi JPJ buat edaran topi keledar free untuk semua.Kau tak dapat ke?

Cikgu syafiq senyum.Time ni aku buat-buat baca Berita Harian bahagian artis punya gosip cerita Nora Danish.

Time tu jugak aku dengar carutan dalam bahasa inggeris yang bermula dengan huruf F sayup-sayup kedengaran dibawak angin.

Rabu, 30 Oktober 2013

Diari Encikgu #17

Aku tengok match bola pagi tadi antara chelsea dan arsenal memang padu.Lineup dan posisi player yang mantap membuatkan aku kagum.Tapi aku tengok sepuloh minit je,sebab mak aku suruh tido.Dia cabut plug dan sorok ekstensyen.

Tapi perlawanan yang sekejap tu membuatkan aku teringat kat match yang aku jaga time jadi cikgu.Match antara darjah.Walaupun budak-budak,tapi bawah kelolaan dan jagaan aku.Jadi level diorang melebihi jangkaan.Aku pun tak sangka aku boleh lahirkan player yang power.

Citernya macam ni...

Area bulan 9 sekolah aku anjur pertandingan bola sepak antara darjah.Kalau menang hadiah dia dapat tiket masuk ke Kidzania.Aku baru tahu bebudak zaman sekarang gilakan Kidzania tu.Macam masuk USS singapore bagi diorang.Kalau zaman aku dulu orang pegi Zoo Negara dan Zoo Buaya kat Melaka je.Dapat naik gajah dan tengok buaya nganga mulut dari pagi sampai petang.Kalau power sikit,sekolah bawak pegi KLCC tengok dinosaur.Peh,time dapat naik keretapi masuk keluar yang dalam kapsul bulat bergerak tu memang semua kanak-kanak akan kagum punya.Time tu dah pikir Malaysia ni negara paling power di dunia.

Jadi aku kena jaga darjah yang aku tak ajar.Mana aku kenal nama 'lipas-lipas' ni.

Hari latihan pertama je dah kena training lawan darjah 5.Aku turun ke padang dengan yakin akan bawak kemenangan.Semua murid dah duduk depan aku.Sempat aku pinjam wisel merah tali merah daripada Cikgu Azman kat kantin tadi time dia minum teh o limau panas.

Aku punya lagak memang macam professional.Kalau cikgu nurasyiqin lalu,silap-silap dia nak jadi PA aku.Kehkehkeh.

Sesi berkenalan bermula.Semua player bagi nama samaran.Mengikut posisi.

De Gea.
Terry.
Sagna.
Gerrard.
Torres.
Van Persie.
Messi.
Puyol.
Nani.
Ronaldo.
Isco.

"Semua dah ada?" Aku tanya sambil mata usha list nama murid dalam kumpulan.Memang lagak coach betul la time tu.

"Sorang lagi cikgu,tu dia on the way" tenang Messi berkata.

Aku pusing badan je budak tu dah terpacak dan senggih depan aku.

"Haa..ni siapa nama ni? Lambat betol!"

Budak tu sengih dan bukak mulut "Hasbullah Awang!!"

Erk! Muka aku berkerut.Terkejut.

Perlawanan bermula.

Time game berjalan macam biasa player akan panggil mintak bola.Time budak tadi dapat je bola mesti dengar "Hasbullah Awang! Hasbullah Awang! Sini! Sini!" "Shoot Hasbullah Awang!!" "Dribble Hasbullah Awang!!"

Yang tak kenal Hasbullah Awang ni pergi la google.Hasbullah Awang mana reti main bola.Ulas reti la!! Musykil aku dengan budak ni kenapa pick nama tu.

Aku lepak kat port player simpanan dan aku tanya Ronaldo yang sedang main cabut-cabut rumput padang.Bosan la tu tak dapat main.Dari tadi tanya "cikgu,bila saya boleh main?".

Aku tanya Ronaldo "Kamu,kenapa budak tu amik nama Hasbullah Awang?".

Ronaldo angkat je muka dia cakap "Tu memang nama dia la cikgu!!"

Dem.Aku usha list nama memang tu nama real dia!!! Kahkahkah.

Aku syak bapak dia yang buta bola.





Team aku mula-mula je leading.Lepas tu kena batai 9-1.

Bangang.

Isnin, 28 Oktober 2013

Diari Encikgu #16

Cerita kali ini mempunyai amaran keras buat semua ibu bapa.Sebab cerita kali ini bakal mengubah persepsi ibu bapa terhadap cikgu-cikgu.

Jadi,kalau semangat tak kuat.Jangan baca.

Semalam aku pergi surau awal.Azan belom berkumandang aku dah sapu kaki kiri kat kolah surau.Itu bermakna aku sampai awal betol sebelum bilal mulakan kayuhan pertama basikal tua di rumahnya.Aku tahu rumah bilal kat mana dan berapa minit dia kayuh basikal secara slow motion.

Aku duduk kat karpet surau sambil senyum-senyum kat jemaah yang hadir.Aku tak pakai kopiah.Diorang semua respek aku sebab aku pakai baju "Istanbul Islamic Country" yang menunjukkan aku seorang muslim berwibawa.

Pendek cerita.

Selesai je solat,aku bangun nak balik rumah.Saf belakang aku saf kanak-kanak.Ada sorang budak tu aku tengok familiar je.Oh! Anak murid aku rupanya.Aku senyum.Dia senyum balik.

Time orang bersalaman,budak tu terkedek-kedek datang nak salam dengan aku.Aku tak ingat nama budak tu.Nama dia Adam ke,Shahrul ke,aku tak ingat.

Dia salam dan dia sempat sembang dengan aku.

Budak tu cakap "Cikgu kan tak datang sekolah dah kan.Saya ingat cikgu dah mati!"

Time tu sikit lagi aku nak cekik budak tu depan bapak dia.Huh!



Aku rasa dia tak puas hati sebab aku selalu amik songkok dia time rehat.Dia ni UMNO,pegi sekolah pakai songkok padahal orang lain tak pakai pun.

Diari Encikgu #15

Tadi aku bangun lambat sebab semalam aku bertukang betulkan atap rumah time ribut melanda.Bapak aku dah pesan betulkan dari minggu lepas.Aku degil,kan dah kena betulkan time ribut melanda.

Hujan lebat tak logik.Time tu la aku kena panjat bumbung betulkan benda yang aku tak dapat belajar melalui youtube.Aku betulkan guna paku dan tukul je.

Tu sebab aku bangun lambat dan terlepas pergi sekolah untuk taklimat keselamatan.

Jadi aku rasa bersalah dengan Guru Besar dan aku tulis surat.Sini aku share apa yang aku tulis :


Ke hadapan Guru Besar,

Saya %&&*-- selaku guru yang baru berhenti awal minggu lepas ingin memohon maaf andai surat ini mengganggu pihak puan.Bukan sengaja saya membuat onar dengan tidak hadir ke sekolah hari ini.Mak saya dah kejut dah saya pagi tadi.Tapi kepala saya rasa berat dan ingin sambung tidur.Time solat subuh pun saya tak sedar saya baca ke tak alfatihah time rakaat kedua.

Jadi,saya harap pihak puan tidak memarahi saya.Sebab mak saya tiap-tiap hari marah saya.Cukup-cukup sudah la saya untuk dimarahi.

Ok la,saya nak gi mandi ni.Kejap lagi nak zohor.

Anak cina kencing dalam kelas,
Sudah baca jangan ngengade nak balas.

Sekian.


Tapi aku renyuk surat ni surat ni dan buang dalam tongsampah bilik.Aku amik phone dan sms :

Maaf puan,saya kat Bangkok.Wasalam.

Ahad, 27 Oktober 2013

Diari Encikgu #14

Genap seminggu aku kena pecat.Eh eh bukan,aku bagi surat berhenti awal berkhidmat.

Aku sekarang tengah carik keje.Semua tempat aku pergi.Kajang,Bangi,Balakong,Pantai Dalam,Angkasapuri.Semua aku dah try.

Tapi tak dapat.

Aku ok je kalau tak dapat.Tapi ada satu interview tu buat aku bengang.Kisahnya macam ni....

Petang tu aku call satu manager satu kompeni tu.Kompeni bukan calang-calang.Sekali sebut je mesti orang kenal dan cakap dalam hati "power dia ni dapat keje situ".

Aku call manager tu.Macam biasa bagi salam dulu.

Aku : Assalamualaikum,boleh saya bercakap dengan tuan Rashid (bukan nama sebenar) ?

Manager : Ye saya bercakap.Siapa bersama saya?

Aku : Saya $&%-%+# lulusan *$-%+#($ yang nak apply keje kosong kat kompeni tuan tu.Bila ye temuduga tu?

Manager : Encik,minta maaf.Kerja tu dah takde.Saya dah bagi kat anak saya.

Aku : Ha?!! Bukan ke baru iklan semalam? Mana boleh macam ni tuan,kroni-kroni ni amalan yang patut kita jauhi.Kerajaan kan dah kempen kat tv.Tuan tak tengok tv ke?

Manager : Hmmmm minta maaf la.Saya dah luluskan.

Aku : Tuan patut bersalah sebab buat benda macam ni.Ramai penganggur dan kutu kat luar ni nak keje dengan kompeni tuan.

Manager : Kahkahkahkah

Part manager ni gelak aku dah tak sedap hati.Aku syak dia orang jahat.Gelak pon macam orang jahat.

Manager : Wei! ni aku la wei!

Cis! Aku salah call,aku save nama manager tu iras-iras nama member aku dan yang dari awal tu member aku menyamar!!

Cis!!

Selasa, 15 Oktober 2013

Diari Encikgu #13

Macam biasa aku pi sekolah dengan baju bergosok dan bertie merah hari tu.Eh lain sikit,hari tu aku kena teman cikgu Laila pilih bunga untuk majlis minggu depan.Aku dah cerita belum pasal cikgu Laila ni?

Cikgu Laila merupakan cikgu matematik.Dia pandai mengira nombor.Dia pernah buat pertandingan mengira paling laju kat sekolah dan sipi-sipi nak dapat guru cemerlang tahun lepas.Dia ni orang kelantan dan suka pakai tudung pink.Dia ni pernah usha aku kat kelas.Aku dah cerita ke belum?

Suatu petang aku masuk kelas dengan malas.Aku lupa simpan malas dalam laci bilik guru.Aku bawak sekali masuk kelas.Aku tarik kerusi guru dan letak kepala atas meja murid line depan sekali.Murid-murid aku dah garu-garu kepala.Semua tengah berdiri tunggu ucapan "salam sejahtera" dari mulut aku.

Selambe aku tak angkat kepala tapi angkat tangan sambil cakap "Semua duduk je la".Semua murid duduk.

Aku buka buku dan memang rasa malas betul.Tak tipu punya malas.Aku pon tutup buku dan berdiri.Aku cakap "Ok hari ni kita tak belajar,kita bercerita"

"Yeah!!!!!" 5 saat gak diorang bersorak.Aku senyum je.

Dan aku mula bercerita.

"Suatu hari ada seorang lelaki berjalan di tepi lembah.."

Ada budak angkat tangan.

"Ha,nape?"

"Lembah tu apa cikgu?"

Aku senyum.Aku balas "Tanah rendah,tanah yang ke bawah".

Semua murid angguk macam paham sesuatu dan kagum dengan jawapan bernas dan muka bijak aku.

Aku sambung bercerita.

"Kemudian dia bertemu dengan seorang pedagang.."

Ada budak angkat tangan.Kali ni aku tak sempat tanya,dia tanya aku dulu.

"Pedagang tu apa cikgu?"

"Ooo..peniaga,cuma diorang pi berniaga tempat lain"

Jawapan tersusun rapi aku bagi.Semua muka teruja.

Aku sambung bercerita.

Ada yang tanya.

Aku sambung sikit.Ada yang tanya.Sambung sikit.Tanya.

Loceng berbunyi.Aku baru cerita 13% cerita tu.

Banyak betul vocab budak darjah satu ni tak tahu.Hurmmm.








Oh cikgu Laila.Time aku masuk kelas memula kepala kat meja tu rupanya cikgu Laila ada dalam kelas tu dengan.....Guru Besar!

Jumaat, 11 Oktober 2013

Diari Encikgu #12

Tengah tanda kertas ujian akhir tahun.Aku teringat perbualan aku dengan cikgu nurasyiqin pagi tadi.

"Cikgu takde makwe ke?"

"Ada..tapi dah pergi"

Terus cikgu nurasyiqin pergi kantin minum nescafe panas.Aku duduk dalam bilik muzik sambil tekan-tekan kekunci piano.Bunyi sumbang tapi aku macam nak nangis.

Ok baru jap tadi aku tekan link-link lagu kat youtube dan aku menitis air mata.Habis basah kertas ujian anak murid aku.Try usha lirik ni.

Kiranya takdir mengizinkan
Inginku kembali padamu
Meneruskan cinta yang lalu
Kerana kau yang aku sayangi

Lirik seterusnya lagi power.Cuba korang search.Siapa dapat feel apa yang aku feel.Sila komen "Aku feel gak bro".

Rabu, 9 Oktober 2013

Diari Encikgu #11


Time kokurikulum tadi sempat aku bersembang tepi padang dengan Faten pasal pelajaran,cemana dia datang sekolah,cemana keluarga di rumah,cemana cikgu Nurasyiqin ngajar dalam kelas.Kejap,kejap.Aku dah kenalkan ke belum cikgu Nurasyiqin ni?

Takpe,aku kenalkan lagi kalau belum.Nama beliau cikgu Nurasyiqin.Beliau dilahirkan kat mana,pukul berapa dan hari apa aku tak tahu.Punya power tak power,aku tengah tulis ni sambil senyum-senyum kat beliau.Beliau ada gigi tindih,alaaa gigi yang berlapis tu.Tu je serba sedikit pasal beliau.Nak citer lebih nanti korang cakap aku tipu.

Faten pun bersembang tanpa henti.Petah tanpa pelat sedikit pun.Kadang-kadang best,kadang kadang boring.Cerita bela ikan emas pun dia selitkan.Tapi ada satu ayat time angin sepoi-sepoi language yang buat aku terdiam.

"Cikgu,kenapa saya kena solat tapi mak ayah saya tak payah?"

gulp! Telan saliva aku time tu.

Aku senyum dan loceng berbunyi.Aku bangun,kibas rumput kat bontot dan pegi kantin untuk melantak laksa seringgit.

Kat kantin aku jumpa cikgu Azman.Dia ni muka garang tapi hati baik.Cakap pun saya-awak.Tak punk langsung.

Aku pun mengadu pasal benda tadi dan dia terus jawab.

"Cikgu Nurasyiqin tu memang single lagi"

Eh! Eh! Silap.

Dia jawab

"Inilah masalah sekolah kebangsaan.Budak tak reti nilai agama tu apa.Mak ayah pun tak solat.Anak pun follow la.Pendidikan agama bagi diorang bila dah tua nanti.Bukan nak terap dari kecik.Tu darjah lima,masih ada tak reti niat solat dan baca alfatihah.Masa depan bangsa dengan agama dah hancur.Cikgu pulak sama la,bukan nak didik betul-betul.Hantar laporan kat Jabatan Pendidikan semuanya ok.Padahal realitinya hancur,ni kes nak jaga nama dan prestasi gred sekolah la.Kalau tak mana la GB nak dapat kepujian dan cikgu naik gred"

Cikgu Azman jawab panjang sambil hirup teh o limau panas.Aku pulak masih tunggu air horlick ho ho ho aku tak sampai-sampai lagi.

Inilah dunia pendidikan kebangsaan.Bullshit kan?

Rabu, 2 Oktober 2013

Karangan empat tahun

Dalam diari kehidupan kita mesti ada yang rosak.Terkoyak,kena air,terconteng dan macam-macam lagi.

Bayangkan kalau kita tulis karangan yang panjang selama EMPAT tahun.Kemudian datang seseorang dengan segelas air dan jirus ke atas karangan kita.Bayangkan.

Sia-sia.

Dan kecewa.Bila yang jirus itu orang yang kita mahu tunjukkan karangan itu.

Rabu, 18 September 2013

Berita budak mati

Aku tengah sakit perut ni.Kes bantai kari kepala ikan kedai mamak tadi la.Kelas belom mula lagi mood dah down ni takleh jadi.Selalunya aku akan perah otak untuk balancing body aku ni.Jadi aku perah otak untuk pikir pasal kes budak-budak mati last week.

Power kan?

Minggu lepas 2 kes besar.Satu pasal budak kena langgar dan satu kena dera.Dua dua belom mumayyiz lagi.Baligh apetah lagi.Jadi syurga menanti diorang.Diorang dah konpem,kita?

kes 1 : bapak budak ni ajak anak dia 4 tahun main bawak kereta wira tak silap aku.Bagi budak tu main stereng.Time main tu dia pangku kat peha bapak dia.Budak laki ni mula berimaginasi macam tengah main need for speed underground yang abang dia tingkatan 4 main tiap-tiap petang.

Tangan dia mula merayap ke arah batang yang tegak seperti tiang elektrik TNB.Dia tarik ke belakang dan cahaya daripada huruf P ke huruf R.

Bang!

Boleh pulak adik dia umur 2 tahun merangkak ke belakang kereta dan kereta reverse langgar kepala dan tercampak ke dinding rumah.Mak dia usha dan menjerit tengok anak dia dah berdarah-darah.

kes 2 : mak dia ke pengasuh dia dera.Meninggal.

Sekarang ni salah siapa? Polis letak kes ni dalam file kecuaian.Mula niat gurau tapi jadi kemalangan.

Aku tengah perah otak ni siapa nak disalahkan.

Tapi..kenapa kita cari pihak untuk disalahkan??

seribu orang boleh jari kita tudingkan, takde satu orang pun boleh bagi penyelesaian

Isnin, 16 September 2013

Diari Encikgu #10

Nama tajuk pun dah gempak kan? Mesti korang tertanya-tanya siapa Faten tu kan?

Korang mesti pikir dia cikgu muda yang baru praktikal sekolah aku tu kan? Salah. Yang tu nurasyiqin,cikgu muda gigi tindih. Korang mesti fikir dia anak makcik kantin kan? Salah. Tu hashimah,budak baru lepas SPM tapi tak nak masuk kolej. Korang mesti fikir dia tukang kebun sekolah aku kan? Salah. Tu raihana,lagi pun dia punya cerita tak menarik. Korang mesti fikir dia jaga/guard sekolah aku kan? Salah. Yang tu dia india,faten ni nama orang melayu.

Dia anak murid aku.

Nate.
Mesti korang dah teka yang ni dulu kan?

Faten ni budak darjah tiga.Dia tomboi.Suka main lumpur kat padang,main futsal dan baling kasut.Dia ni ganas.Dalam kelas tak pernah duduk diam.Gaduh mulut dengan member pompuan selalu sangat.Dengan member laki selambe dia gaduh bertumbuk.Selalu sangat aku nampak muka dia kat Bilik Disiplin.Aku dengar ranking dia dah nak masuk level jumpa guru besar.Sikit je lagi.

Dia dengan aku tak sebulu.Pantang jumpa dia cibir aku.Keluar lidah pendek dia.Aku ni dia main-mainkan je.Asyik ejek aku je.Aku senyum je.

Last week aku kena incharge latihan team skipping sekolah.Budak faten ni ada.Dia team B.Team yang penuh dengan budak-budak bermasalah.Faten ni power melompat.Lincah.Tak lembik macam murid pompuan lain.

Tetibe je time tengah berlatih,bebudak lain pulaukan si faten ni.Diorang cakap "Kau takyah main la faten.Gi main sorang-sorang".

Faten terus lari ke bawah pondok tempat letak barang.Dia campak tali skipping merah,botol air dan beg sekolah.Pastu dia menangis.Air mata laju.Beg dia dah ada dalam lopak lecak.

Dia amik beg dia dan lari ke tepi kereta cikgu.Aku tak pasti tu kereta cikgu aida ke cikgu rozana.Sebab dua dua guna Honda City.Ah! Tak kisah la.

Aku tinggalkan team berlatih dan pegi ke beg aku.Aku amik tisu dan kertas.Aku slow slow gi tepi kereta.

Time tu faten tengah berusaha bersihkan beg dia.Aku cangkung.Aku try tarik beg dia,dia tarik balik.Tanda tak kasi aku amik beg tu.Aku tarik slow slow.Akhirnya dia lepaskan.Aku bersihkan guna tisu dan kertas-kertas yang ada.

Time tu dia pandang aku sambil nangis.Pastu dia cakap "Takpe la cikgu,balik annti saya cuci".

Aku tengok dia.Terus aku peluk dia.Aku pon tak tahu kenapa.Dia nangis dalam pelukan aku.Lepas tu aku lepas.Aku seka air mata di alis mata dia.Aku lap air mata di pipi dia.

Terus muka dia merah dan bangun amik beg.Terus lari ke tempat lain.Aku tak tahu apa aku buat.Loceng berbunyi dan aku gi masuk kelas ngajar.

Time balik,kat pintu pagar.Faten tunggu aku.Aku bawak motor dan benti depan dia.Dia ucap "terima kasih cikgu".Dia senyum.Jujur tu pertama kali aku nampak dia senyum dan dia kelihatan keperempuanan.

Sampai je rumah aku bukak beg.Aku carik surat claim gaji.

Natang! Aku dah buat lap lumpur kat beg tadi dan dah buang dalam tong sampah!!!
Tu pasal sampai sekarang aku belom dapat gaji.

T.T

Selasa, 3 September 2013

Diari Encikgu #9

Petang tadi hujan lebat.Hujan anjing dan kucing.Punya nak citer lebat semacam,pandangan mata kita kabur.Sikit lagi aku nak langgar anak makcik kantin yang lawa tu.Pendengaran kita kurang.Tu pasal aku tak dengar apa yang Guru Besar berleter kat meeting tadi.

Hujan ni rahmat.Bagi haiwan dan tumbuhan minum.Tapi tu sisi lain.Bagi aku hujan ni pentas drama yang pelbagai.Ketika hujan ada yang clash,ada yang kena dumped dan ada yang bertemu jodoh.

Ini cerita aku.

Hujan lebat dan aku naik motor.Terpaksa aku dengan bertali leher belang pi share pondok berteduh dengan bebudak sekolah.Cikgu lain selambe balik dengan Myvi,Alza,Persona dan Camry diorang.Takde setitis air pun hinggap kat baju diorang.

Aku lepak dan main teka-teki.Senja makin menyinsing.Makin gelap cuaca.Maghrib dan nak masuk dah.Bebudak daripada 11 orang bawah pondok tu,tingal sorang.Namanya Hakim (bukan nama sebenar).

Aku : Err..balik selalunya naik apa?

Hakim : Motor

Aku : Ayah?

Hakim : *angguk-angguk*

Pakcik RELA datang kat kitorang.Terus dia join sembang.

Rela : Awak ni asyik lambat saja.Bapak awak yang bela lembu tu kan?

Hakim : *angguk-angguk*

Rela : Haa..kenal sangat.Cikgu,bapak dia ni bela lembu tapi anak sendiri tak reti jaga.Bagi lembu makan,masuk kandang dan selimut dulu.Lepas tu baru amik dia ni.Bapak sayang lembu daripada anak.Tengok dia ni.Sejuk dan basah kuyup.

Aku usha atas sampai bawah.Baju seluar nampak lama.Kasut dia Ya Allah sadis betol! Berstapler,selotep dan berjahit.Lubang sana sini.Air lopak kompem masuk.

Rela : Ini kasut abang dia darjah satu dulu.Tahun 1998.

"Erkk!! Abang dia sebaya aku.Bapak lama kasut ni!" aku cakap dalam hati.

Bapak dia datang amik dengan naik Honda C70.

Rela : Lembu semua dah masuk kandang ke Bang?

Bapak Hakim : A'ah.Tu pasal saya boleh amik dia.Terima kasih ye.

Time tu aku menyirap.Wujud lagi rupanya bapak yang bodo tak reti jaga anak.Anak gi sekolah mesti tak enjoy.Kena ejek kasut tak lawa la.Selalunya gitu la.

Kemiskinan salah satu tembok penghalang kejayaan.

Sabtu, 17 Ogos 2013

Nabi Musa pasti bersedih

Manusia berhimpun
Speaker bergema
Berbeza kaum
Berbeza warna kulit
Berbeza bahasa

Yang menyatukan mereka
Darah-darah yang tumpah
Di tanah yang beribu batu
Jauh daripada mereka

Hari ni kita senyum
Berhari raya
Hari ni mereka menangis
Berjuang untuk keluarga
Untuk negara

Negara keliling senyap
Umpama pekak tak mendengar
Juga tak bertindak
Umpama buta tak melihat

Celaka!

Murah sungguh darah manusia ni
500 disembelih
1,400 cedera

Di waktu subuh mereka mati
Di waktu subuh kita tido mati

Padang Merbok,Kuala Lumpur
17 ogos 2013

Khamis, 8 Ogos 2013

Persekolahan Bull Shit! (PBS)

Sekolah di malaysia semakin parah.Level mentaliti semakin menjunam ke lantai,tong sampah dan tahi lembu yang panas di kandang.Aku cakap ni ikut pengalaman.Korang nak kata aku kuat mencarut ke apa aku tak kisah,asal aku puas dan sampai apa yang aku nak sampaikan.


PBS

Pentaksiran Berasaskan Sekolah.Tak silap aku ni nama full benda alah ni.Program sistem penilaian murid di sekolah-sekolah malaysia yang dijalankan bagi satu alternatif untuk penghapusan peperiksaan UPSR,PMR dan SPM.Point-point terkumpul akan dijadikan gred bila diorang keluar dari sekolah nanti.

Bullshit!

Sistem dia adalah buat ujian setiap kali habis bab.Cam cilake bila next month tanya budak diorang tak tahu apa cam tak pernah belajar.Ni budak kelas belakang la.Budak kelas depan relax la otak pick up laju,anak orang kaya mak ayah hantar tuisyen.

Aku tengok bebudak makin bodoh je.Sebelum PBS dibuat cikgu-cikgu ajar kejap apa yang nak dijawab exam kejap lagi.Ada cikgu yang bagi jawapan,tinggal budak tulis je.Bodo! Cikgu bodo! Murid bodo! Apa pun tak lekat kat kepala budak sekolah.Puii!!


Sekolah Macam Kandang Lembu

Sistem pengajaran sekarang ni macam kandang lembu.Bau taik banyak tapi otak lembu! Ajar budak jawapan skema,otak tak kembang.Contoh lah Ireland yang ada 1 masa bagi bebudak datang ke depan kelas dan cerita apa saja.Bagi self-confident dan otak berkembang.Kan bagus gini.

Apa yang diajar saja budak boleh belajar.Takleh tanya luar benda yang di belajar.Aku ingat lagi ada budak tanya cikgu "Kenapa melayu je sambut raya?" Cikgu tu suruh budak tu baca kamus bergambar dan senyap.
Kejam! Penjarakan pemikiran budak.Kita sepatutnya biarkan pemikiran anak muda di awal umur berfikiran bebas supaya ada penghasilan idea-idea yang kreatif di masa depan.Negara memerlukan mereka.Jika kita bantutkan mereka,bermakna kita bantutkan negara.


Kesimpulan

Kalau nak kreatif,bagi kebebasan.Bukan tengkingan.Sekian.

1 syawal 2013
selamat hari raya

Ahad, 4 Ogos 2013

Diari Encikgu #8

Hari sabtu pon kena sekolah aku ni.Aku rasa ni rancangan yahudi ni suruh keja 6 hari seminggu.Tu sebab ramai orang tak suka geng yahudi ni.

Nasib baik aku pandai.Aku dah pesan awal-awal kat anak murid aku semalam "Esok takyah datang sekolah ye".

Aku masuk je kelas takde budak.Ada kerusi dan meja je.Kahkahkah.Ni kalau kantoi dengan PPD (Pegawai Pendidikan Daerah) memang aku kena tindikan disiplin.

Guru Besar dah pening dengan aku ni.Asyik buat benda pelik je.Tadi aku ajar bebudak yang datang kes kena paksa dengan mak ayah buat KLCC.Tinggi gak aku susun cawan tadi,cecah syiling kelas.Kahkahkah.

Cuti 16 hari cuti.Peh! Lama gila!

Jumaat, 2 Ogos 2013

Diari Encikgu #7

Majlis khatam berjalan dengan lancar.Tengok sape conduct la.Muka guru besar bangga dengan aku,harap-harap dia lupa peristiwa aku kena panggil masuk bilik dia hari tu kes ngajar budak belajar kat padang sekolah.

Hari ni tak power mana sebab aku dah mula gain respect dari budak-budak.Budak mana dulu senyap dengan aku dah mula boleh sembang.Time aku nak balik tu aku lalu depan rumah anak murid aku.Kebetulan dia ada.Dia jerit :

"Cikgu,selamat hari raya!"

Aku tersenyum.

Tapi budak india yang nampak aku pakai baju melayu kat sekolah tadi ada cakap kat aku :

"Ooo..cikgu muslim ye? Saya ingat Tamil"

cilakak!

Diari Encikgu #6

Tadi aku masuk dewan khatam.Raptai katanya.Aku buat cool je la depan cikgu-cikgu.Ada ke aku kena conduct 'lipas-lipas' ni hari yang mulia ini.

Pastu sekolah aku selambe je raya tak payah tengok anak bulan.

Bebudak dah tanya aku duit raya.Sampai mimpi-mimpi aku anak murid datang rumah tibai kuih raya rumah aku sampai habis.

Tengah aku lepak,ada budak pompuan datang.

"Cikgu bawak isteri tak esok?"

Huh!

Khamis, 1 Ogos 2013

Diari Encikgu #5

Hari ni hari amik report card budak.Aku seludup satu elas gi bilik ICT tengok Upin Ipin.Khusyuk betol diorang tengok sampai mak bapak datang diorang taknak follow.

Time rehat diorang pi kantin.Balik bilik ICT masing-maeing dengan seplastik sirap ais."Sroott srott" diorang depan aku.Time tu iman aku naik turun naik turun.

"Cikgu nak air sirap?" Peh! Time tu tangan aku 50-50 nak rembat sirap ais tu ke tak.Dengan cuaca tengah panas gila tu.Tekak aku dah teringat rasa sejuk air bandung ais time berbuka 2 hari lepas.Aduhh.

Pastu ada mak muda sorang tu lupa mana dia letak anak dia.Dah 2 3  kali dia ulang rumah-sekolah-rumah-sekolah.Rupanya anak dia dalam kereta,dia naik motor.Kahkahkah.

Lusa aku dah kena baca doa khatam quran.Ustaz muda katanya.Ewah.

Rabu, 31 Julai 2013

Diari Encikgu #4

Simple je story aku kali ni.

Tadi aku meeting.Semua cikgu usha aku macam nak baham aku.Diorang macam singa aku macam kancil comel dalam NatGeo Abu Dhabi.Aku ngantok gila time tu.

Aku sengguk-sengguk time diorang bincang.Bincang punya bincang.

"Cikgu,awak incharge ye?"

"Haaa..haaa"

"Ha?!!" Cilake mende aku tak tahu terus setuju.

Program khatam quran : 2 hari berbaki

Selasa, 30 Julai 2013

Diari Encikgu #3

Hari ketiga.

Kau ingat jadi cikgu ni rajin? Tapi sebab hari ni ada kelas dengan murid favourite aku cuba la gak gagahkan jiwa supaya berkobar-kobar mengajar.

Selambe je aku park block kete wira untuk aku parking motor power aku.Aku dah plan nak balik awal.Seawal mungkin la.Sebab aku bukan geng punch card,aku just tulis nama kat buku kehadiran je.Nak kelentong pon boleh.Tapi bulan remdhon tak habis lagi.

Kelas jalan cam biasa la.Bosan dan macam lipas.Ada ke satu kelas tu budak-budak ni suruh aku menyanyi dan menari sambil pakai sockpuppet.Harrem malu aku time tu dah tahap gaban dah.Kalau super saiya dan boleh kalahkan cell dah.

Menari punya menari,boleh plak geng ustazah balik meeting lalu.Cilake diorang cover muka macam tak tengok.Last last tutup mulut.

Aku lalu depan bilik guru je aku dapat rasa aura tahan gelak diorang.Aku ingat nak tulis surat berhenti la esok,tak tahan malu aku.

Kelas last aku malas ngajar.Aku main masak-masam dengan budam muka amerika.Boleh la aku cakap omputih sikit.Onion untuk bawang putih,Carrot untuk lobak merah,Fasting untuk berpuasa.

Aku sampai je parking site motor aku,ada surat saman.Aku gelak je.Tapi gelak cuak lepas baca surat tu.Aku balik rumah dengan dup dap dup dap.

"Esok jumpa saya,awak block wira saya"

Yang Benar,
Guru Besar.

Ahad, 28 Julai 2013

dreamlist

dreamlist :

1) Canon A1 :  RM 750
2) Vespa Super 150 :  RM 2000
3) VW Combi :  RM 7000
4) Rak buku nak sumbat dalam Combi :  RM 150

2014 : travel 1 Malaysia dengan buku-buku.


Jumaat, 26 Julai 2013

Diari Encikgu #2


Memacu laju motor aku masuk kawasan sekolah.Boleh pulak PKHEM pakai kebaya merah.Terus aku slow dan bagi senyuman paling manis di dunia.PKHEM sekolah ni aku rasa janda berhias.Aku rasa la.

Sampai bilik guru aku terberkenalan pulak dengan ustazah muda.

"Nama saya ustazah *****,saya baru tunang minggu lepas" Mak ai.Tersengih aje aku kena ayat camni.Tau la sebaya.Lawa gak.Kahkahkah.

Aku pi meja aku.Bapak la bersepah.Aku dah maki-maki dalam hati la siapa sepah meja aku.Pen terabur,buku bawah meja,pemadam dalam akuarium takde air.Loceng bunyi je aku terus amik nametag atas meja.Semat di dada kiri yang tuff.

Aku kat luar kelas baru,bebudak dah "hooreeyy".Nampak betapa sempoi aku sampai jadi member diorang.Kelas aku macam syurga bagi budak-budak kelas belakang.

Aku masuk je kelas kena gelak.Aku pelik la kenapa.Diorang pun bangun dan bagi salam.

"Assalamualaikum Cikgu Azizah!!"

Bodo! Aku usha nametag tadi.Azizah! ni nametag ustazah meja sebelah aku!
Aku baru ingat aku takde nametag! siot!

Tu ok lagi.Aku mula ngajar.Ngajar punya ngajar,dah 5 minit dah aku ngajar.Ada budak datang tarik baju aku.Dia bisik.

"Cikgu,cikgu..cikgu salah kelas la"

Natang!

Khamis, 25 Julai 2013

Diari Encikgu #1

Tengah sedap-sedap aku tido lepas subuh tadi,ada panggilan masuk ke telefon bimbit aku yang uzur cover bateri asyik tanggal je.Pernah sekali aku tengah gayut sembang dengan member,selambe je cover belakang meluncur dan bateri terus tanggal dan jayuh ke tanah.Sadis gak henset aku ni.

Panggilan tu berbunyi "Salam,awak datang lapor diri kul 12 nanti ye".

Terbeliak mata aku terkejut.Aku tengah sedap mimpi ada plak call lapor diri suruh ngajor.Patutnya esok aku mula ngajor.Aku dah macam doktor oncall sebab ada patient tengah asthma teruk la pulak.

Aku ngajor hari ni sempoi je.5 6 orang yang aku jumpa semua suruh aku ajar garang.Aku dah la kelas belakang je dapat.Aku malas 'penjara' pemikiran diorang.Aku ajak diorang melukis.Kahkahkah.Menangis cikgu kelas depan dengar cara aku mengajar.Lazim kelas belakang kena garang.

"Ok,semua boleh melukis..kita luaskan imaginasi!" semua murid senyap..lepas 2 minit baru diorang jerit "yeahh!!". Aku terguna ayat level darjah 6 la plak.

Aku ngajor budak darjah 1 ni ramai comel-comel.Aku rasa budak yang bertempek keliling aku time ngajor sambil tanya "cikgu dah kawen?" lebih annoying dari budak yang buat bising.

Aku tak rasa aku boleh ngajar garang.Aku style sempoi je.

Aku masuk fes kelas,semua budak berdiri.Diorang senyap.Aku pon cangkung kat depan budak line no 1 pastu aku bisik "biasanya apa yang ustazah ucap?". Kahkahkah. Budak-budak dah sengih tengok aku.

Gila kau.Aku tak pasti boleh bagi salam kat anak-anak india ke tak.Hahaha

Aku harap esok bebudak baik,tak macam lipas.Sekian.

Ahad, 21 Julai 2013

kira-kira aku kawen bila agaknya ni?

Lepak dengan member kaki-kaki kutu dan ukur jalan kampung.

Ramai orang sembang nak bini camtu,nak bini camni.tapi diorang still duduk atas katil main telefon pintar.

Sejak jadi bujang menganggur ni otak banyak berfikir masadepan.Mana nak carik duit beli motor,duit beli kete,duit sewa rumah,duit hantaran.Ni baru menganggur.Kalau dah keje mula la kena tanggung diri sendiri.Sekarang ni top up pon aku mintak mak aku,dah nak mintak kawen? Mende la.

Dah keje nanti kena ada tabung dan simpanan.Pikir-pikir balik,orang sekarang hantaran nak 15,000 ringgit.

Gaji bulanan : RM 1,500
Duit kos hidup : RM 600
Duit bagi mak ayah : RM 200
Duit beli motor/kete : RM 300

Baki RM 400 je untuk simpanan kawen.Untuk capai RM 15,000 ambil masa selama 37 1/2 bulan bersamaan 3 tahun 2 bulan.Tu baru hantaran.Majlis lagi,akad nikah lagi,upah penaggah lagi,katering lagi,khemah lagi,kad jemputan lagi.

Bangang kan?

Kos hidup makin naik.Korang pikir la sendiri camne.

Bersyukur la sape lahir-lahir dah kaya.

Rabu, 17 Julai 2013

nota kecil #1

Dunia ini umpama sebuah buku yang terbuka
Dan kita pembacanya


Isnin, 6 Mei 2013

Korupsi dan Kroni di Bangku Sekolah

Sempena PilihanRaya Umum Malaysia ni,kita cuba muhasabah apa yang berlaku dengan Malaysia kita ni.

Ustaz aku dulu pernah cakap "Korupsi dan Kroni ni mula dari bangku sekolah lagi"

Memang benar orang cakap "sekolah itu kilang,universiti itu penjara".Pemikiran kita semua dikawal ketat dan tak bebas.Ada 'tangan ghaib' menjaga kita hingga diperbodohkan.

Korupsi berlaku di sekolah rendah lagi kalau kita tengok time kapur papan hitam habis.

A : Ni nak amik berapa batang kapur ni? satu kelas boleh 5 dapat je
B : Amik la lebih,kalau lebih pun apa salahnya
A : Ok, aku amik 9 batang

Kecik-kecik lagi dah ada budaya korupsi.

Belom kira bendahari kelas lagi.

A : Beli aiskrim untuk aku boleh?
B : Aku tak bawak duit la,ni pun duit kelas
A : Guna je la, kau penat kerja jaga duit takkan takde upah
B : Ye tak ye jugak

( terus beli aiskrim )

Itu budak sekolah,cikgu-cikgu? Pandai-pandai la korang pikir scene camne diorang jual kuih raya time ramadhan.

Kroni berlaku di sekolah rendah lagi kalau kita tengok dan biasa berlaku di scene sebelum mula permainan.

A : Aku nak main boleh? (senyum-senyum)
B : Mana boleh! kau bukan geng aku!
C : A'ah kau bukan kawan kitorang! kau kawan dengan Ali budak kampung sebelah tu

(budak-budak terus bermain bola tanpa A bermain)

A : Tapi aku sekelas dengan korang (bisik A sedih dan kecewa)


Kecik-kecik lagi dah ada sifat kroni dalam diri tu.Cuba tengok scene seterusnya.

A : Ali! senyap la,aku tulis nama kau kat papan hitam kang
B : Hek eleh ketua kelas ni,habis Abu bising boleh je
A : Abu tu kawan aku,dia jiran aku tau. Setiap hari aku boncang basikal dia balik sekolah

Korang mesti perasan kan scene ni?

Kira bangku sekolah pun tercemar,kita nak salahkan ibu bapa? cikgu-cikgu?

Rumusan : pelajar itu kain yang bersih,andai ter'tas' kain tu lelama ia akan koyak.







p/s : korang mesti ingat aku nak tulis "pelajar itu kain yang bersih,kita yang mencorakkan ia" kan? ke tak?  :P

Sabtu, 4 Mei 2013

Nabi Muhammad dan Nabi Ibrahim

Antara nabi ibrahim dan nabi muhammad..siapa lagi dekay dengan Allah? Siapa lagi Allah sayang?

Nabi ibrahim dipanggil خليل الله yang bermaksud (pada pandangan aku) : teman tapi mesra.

Nabi muhammad dipanggil حبيب الله yang bermaksud (pada pandangan aku) : kekasih sepenuh hati.

*Maksud tu aku ejas bagi kena dengan apa yang aku nak sampaikan

خليل memberi maksud seseorang yangvkita sayang dan kita lebihkan dia daripada kawan-kawan kita yang lain.

حبيب bermaksud seseorang yang kita penuhkan jiwa kita dengannya dan kita mahu bersama dia sentiasa.

حبيب lebih tinggi pangkatnya daripada خليل.

Dari segibalquran pula kita dapat lihat uslub selawat/doa tuhan pada nabi ibrahim :

س(سَلَامٌ عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ) [Surat As-Saaffat : 109]

Selawat dan doa ke atas nabi muhammad :

(إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا) [Surat Al-Ahzab : 56]

Kata kerja dalam bahasa arab terbahagi kepada 3 (madhi,mudhori' & amar).

madhi : untuk perbuatan yang telah kita lakukan
mudhori' : untuk perbuatan yang sedang dan kita akan terus lakukan
amar : untuk perbuatan yang orang lain akan lakukan setelah diarah

Perkataan salam pada nabi ibrahim menunjukkan perkara yang telah dilakukan dan hanya berlaku ketika nabi ibrahim masih hidup.

Manakala,nabi muhammad menerima doa dan selawat dalam bentuk berterusan dan ia terus dilakukan hingga saat ini. (Saat korang baca ayat ini di blog ini)

Allah! Lihat betapa sayang Allah pada kekasihnya.

Ingat,sesiapa yang sayang kekasih Allah..Allah sayangkan dia  (baca dengan nada sopi jikan dalam kl gangster "kau sentuh malik,aku cium kau")

Semoga Allah merahmati kita  (baca la dengan nada yang korang selesa)

Rabu, 1 Mei 2013

Aku harap korang baca post ni

Aku lupa tulis dan ia akan lupa sebab otak aku dulu suka makan jajan.Memang betul orang cakap jajan n cikedis ni lemahkan otak.Sebab tu aku terus tulis post ni sebelum aku lupa.

Jiwa,Minat dan Bakat.

3 benda yang beza tapi ada dengan diri semua orang.Andai takde maksudnya orang tu bukan manusia tapi hampas kelapa.

Ramai orang zaman sekarang jiwa dan minat lari dari laluan hidup dia.Banyak pengaruh luar menyebabkan benda ni jadi macam ibu bapa.Ibu bapa yang mencorakkan hidup anak-anak,tapi perlu ke abaikan jiwa dan minatnya? Dan terus mengejar 'bakat' kononnya.

Contoh : seorang anak dari kecik dilatih main piano,lama-lama jadi power...bavi aku tu bukan bakat sbb tu hasil latihan dan andai dia kena ketuk dengan kayu kat kepala dan dia lupa ingatan,pasti dia takleh main piano lagi.Sebab tu latihan bukan bakat,bakat ni benda yang apa pun terjadi kau masih mampu lakukan.

Ibu bapa mesti nak anak dia lagi baik dari diorang tapi tak pikir pasal jiwa dan minat anak dia.

Contoh : mak ahmad selalu pakaikan ahmd baju kemeja setiap kali keluar rumah,maka ahmad terbiasa dan sampai kahwin ahmad pakai baju kemeja.Tapi sampai satu masa ahmad akan sedar yang jiwa dia bukn dengan baju kemeja.Time tu dia akan berlaku pertembungan antara jiwa dan kebiasaan.

Minat pulak benda yang kau boleh ubah.Macam kejap minat dengan aminah lepas tu minat dengan sarah.Kira fleksible la senang citer.Tapi minat yang takleh ubah bila dia gabung dengan jiwa.

Contoh : ali suka makan telur goreng mata tapi dia taknak mata kuning tu keras dan masak.Dia suka yang jenis cair.Kira minat ni kalau ada yang buat spoil boleh buat gaduh la.

3 benda ni selalu orang sedar bila satu hari nanti.

Betul ke kos pengajian korang ni kena dengan jiwa korang? atau sebab korang minat? atau sebab korang berbakat? atau paksaan pihak ketiga?

Fikirkan sebab soalan ni je yang aku nak tulis,post atas tu penyedap cerita.

Jumaat, 26 April 2013

cerita lagho

Sekadar bercerita...

Si A suka pada si B. Tapi si A takde keberanian untuk bagitahu hingga satu hari si B nak pergi jauh. Tapi apa kan daya,si B takut tak dapat bagi komitmen terus tolak si A.

Si A hampa.Dia terus solo buat beberapa ketika.Oh lupa bagitau si A dulu ada si "sebelum A" ah sudah! ni camne aku nak cerita ni,malas dah edit. Takpe kita teruskan.

Si A bukak hati untuk mana-mana yang sudi dan terus masuk watak si C. Si A takkan la nak tolak benda yang sama-sama terima,bukan macam situasi dengan si B yang menolak. Tunang dan tarikh kahwen ditetapkan.

Beberapa ketika ahli keluarga si B rupanya berkenan dengan si A.Amacam? pening tak? 

Si A mengharap si B tapi dah terikat dengan si C. Si A sudah dilema.Tapi apakan daya,si A tersuka dengan si D. Alamak! tetiba ada si D ni nape pulak?! Takpe takpe kita teruskan.

Sekarang fokus kita pada si A C D yang B dan "sebelum A" kita KIV (keep in view). Si A taknak terlepas dua-dua,dia takut kalau dia dapat si C nanti tak dapat si D. Begitulah sebaliknya,dia taknak "kelak menyesal nanti tak berkesudahan" Celaka tak?

Si B dan si "sebelum A" mengharap pada si A lagi dan si A taknak jilat ludahnya semula konon-kononnya padahal teringin gak.

Sekian.

  • hati manusia senang berubah dan dia tak tetap,cuba selami betul-betul apa yang kita mahu dalam hidup ni?
  • fikirkan semula, kita mencari isteri atau ibu buat anak-anak kita?
  • bila anda dalam tempoh lepas berpisah,jangan senang terima orang untuk mengisi hati sebab bukan itu masanya dan pasti orang tu bukan yang anda benar-benar inginkan
  • bila berpisah,benda paling penting : jangan membenci


Khamis, 25 April 2013

Berusia Dotmen

Hari ini dalam sejarah,pasukan Rela Madrid kalah dengan pasukan level 2 liga jerman yang dikenali dengan gergasi kuning.Kuning hitam memenuhi stadium di jerman.Pasukan ini punya ultras ke 3 power di dalam ranking 'Pasukan Ultras Dunia'. Berusia Dotmen

45 minit terawal membawa kedudukan 1-1 di mana wak lemandohseki menyentuh hujung but dan bola bergolek ke dalam jurang lawan di minit ke 8 dan cristiani ronaldi berjaya membuat larian sepantas kilat bila bola diberi padanya time tu kamera sedang ulangtayang foul yang tak bawa kepada penalti.

Sorakan penyokong ultras di separuh masa kedua memang gila sehingga wak lemandohseki mendapat sepakan tuah yang dia tak sangka menghasilkan gol.Kemudian hasil passing yang lawa menghasilkan lorong untuk gol yang lawa.Dan selepas itu penalti bagi gol penyudah perlawanan ini.

Selambe wak lemandohseki menjaringkan 4 gol dan gotze yang berjanji pindah ke kelab level 1 liga jerman,Bayam Munik hanya tersengih melihat kegembiraan member sepasukan.Malam ini dia tak sentuh man bola yang bulat itu.

Riyus pemain muda yang ura-ura bakal ke Rela Madrid atau Manchester Bersatu berjaya mencuit hati penonton dengan loop atau chip keeper Rela Madrid, Diego Lopes. Oh lupa,Riyus ni ada kena ole time match ni..haha

Ok aku mengarut..bye!

Selasa, 23 April 2013

Cinta 2 Wali

Ibrahim adham berjalan menuju ke sebuah kota.Dia baru pulang dari kota mekah dan telah berjalan selama 10 tahun sebelum tiba di kota yang terpencil itu.Rumah daripada tanah liat dan jerami-jerami kering kelihatan sedikit basah mula mengering.Mungkin kota itu baru lepas ditimpa hujan rahmat.

Ibrahim adham duduk di bawah pohon tamar di dalam sebuah kebun.Di tangannya tasbih daripada tulang ikan paus aktif beraksi.

Masa berlalu beberapa hari,malam bintang mengerdip siang mentari menyinar.Ibrahim adham bangun daripada asyikan berzikir dan menyapu debu-debu di pakaiannya.

Dia terus mengangkat takbir dan solat sunat.Setelah selesai dia menuju ke arah sebuah rumah yang berpintukan tabir kain hijau muda.

"Assalamualaikum.." salam diberi

"Waalaikumsalam..siapa tu" jawapan diberi soalan dilontar.

"Saya Ibrahim adham, kamu semestinya Rabiah kan? Aku hadir untuk temanimu sebelum kamu menjadi bidadari syurga"

Rabiah diam seketika.

"Tiada..tiada ruang cinta di hati aku untuk makhluk alkhalik" balas Rabiah dan terus menuju ke ruang solat dan mengangkat takbir.

Ibrahim adham berundur dari tabir rumah itu dan berjalan meninggalkan kota itu.

Air mata mengalir di pipi Ibrahim dan membasahi janggutnya.
Air mata mengalir di pipi Rabiah dan membasahi tempat sujudnya.

- Himpunan Kisah Wali Tuhan -

Ibrahim Adham & Rabiatul Adawiyah

Khamis, 18 April 2013

symbolism

Maaf kalau pos kali ini ilmiah.

Symbolism atau dalam bahasa melayu lidah nenek moyang berzaman kita adalah "perlambangan".

Kita memberi lambang pada sesuatu benda yang mempunyai makna.

3/4 daripada qurun ke 19 dahulu,satu sekolah seni terbina dengan asasnya adalah symbolism.Mereka muncul pada zaman orang-orang seni amerika seperti Edgar Allan Poe yang merupakan seorang tokoh yang hebat bangkit di zaman itu.

Tenang-tenang je sekolah ini menyebarkan ajarannya ke seluruh pelusuk eropah tanpa segan silu.

Antara ciri-ciri yang ada dalam ajaran ini :


  1. Menggunakan khayalan dan angan-angan sebagai penyampai apa yang ada dalam perasaan dan emosi
  2. Pembentukan sesuatu isi yang disampaikan bukan untuk difahami
  3. Penggabungan 5 pancaindera manusia
  4. Muzik dan bahasa saling bergantung antara satu sama lain

Syair dan puisi yang terhasil daripada ajaran ini tidak boleh difahami sama sekali oleh pembaca.Tujuan penulisan mereka adalah untuk menulis dan terus menulis tanpa memberi makna pada sesuatu isi.

Pelik.

Tapi ini kebenaran kerana mereka berpegang dengan prinsip


"matinya seorang penyair apabila lahirnya pembaca yang faham syairnya"


Penggabungan 5 pancaindera bagi menguatkan tujuan mereka untuk memberi pembaca kekeliruan,kecelaruan,bingung,bengang dan bangang bila baca syair dan puisi mereka.Contoh :  Dengkuran Matahari,Masamnya Bulan,Sejuknya Kemarahan.

Dengkuran : telinga
Matahari : mata

Masam : lidah
Bulan : mata

Sejuk : kulit
Marah : hati

Mereka gabungkan 5 pancaindera ini bagi menghasilkan kebingungan pada pembaca.

Ayat-ayat pelik dan aneh juga digunakan bagi tujuan yang sama.Contoh :

Aku merangkak di dasar langit yang hijau
Mereka mencari berlian di angkasa
Hitam rambut kau ibarat emas yang bernilai
Kusut hati bagai bunga yang mekar

Haram! aku pun tak paham dan bingung dengan contoh-contoh ni.Hahahaha.


tu je kot post aku,aku post pon sebab ini yang aku paham dan belajar.


Untuk lebih menarik, google la Art movement atau School of poetry





Jumaat, 5 April 2013

Rela Madrid

Ni aku nak cter pasal member aku.

Nama dia A.Dia minat dengan Rela Madrid (bukan nama sebenar) ywng merupakan team bola yang dikatakan paling hebat di muka bumi ni.Berjersi home putih berstrip emas 2 jalur di bahu membuatkan team tersebut bermain dengan megah dan bergaya.

Team ni ada musuh tradisi di liga sepanyol tu.Namanya Barslona (bukan nama sebenar) yang kuat di dalam liga.Barslona sekarang tengah berjuang untuk keluar daripada negara sepanyol dan mahu membentuk kerajaan sendiri yang bernama Catalunya.

Member aku si A tu takleh kalah dengan sokongan team Rela Madrid tu terus claim yang Madrid pun mahukan kemerdekaan.

Time tu aku dah 'wat the fish' dengan member aku ni.

Mohon merdeka,bentuk negara Madrid dan guna Lira sebagai matawang.Semua ni tahi lembu! Idea merepek!

Rela Madrid ni merupakan team yang terdiri daripada pasukan rela di Madrid.Player paling power dalam team ni bernama Crispiano Ronaldon yang mempunyai kaki emas yang mampu menyepak dengan kelajuan 600 km/jam mengalahkan keretapi peluru di jepun.

Post ni sekadar pengenalan.Nanti aku sembang pasal team Raja Laut Biru yang paling power di Liga Inggeris.

Adios!

Khamis, 28 Mac 2013

Abang





"Abang,nape semua orang masuk pakai kasut?"

"....."

"Abang,kenapa ada lambang salib dalam ni?"

"....."

"Abang,kenapa tak boleh solat dalam ni?"

"....."


29 may 2013 
Hagia Sophia will turn to mosque again

Jumaat, 22 Mac 2013

Sepetang di masjid albouti

Salam pertama solat asar diucap.Aku terus tunduk berzikir.Ramai orang saf pertama masjid berdiri untuk keluar,tapi terhalang dengan jemaah yang masbuk yang masih solat.

"Ya syabab!!! Apakah yang buat kau semua tergesa-gesa?! Tak malu ke datang rumah orang kemudian bangun pergi begitu saja?! Ini rumah Allah,duduk berzikir selepas solat bukankah kamu semua masih belum boleh keluar ketika ini?!" teriak imam bermuka merah tanda sedang marah.

Itulah syekh said muhammad ramadhan albouti,imam masjid albouti di syria.

Memori 2 tahun dulu.

Rabu, 13 Mac 2013

Nabi Ibrahim : Antara Riwayat dan Hikayat (part one)

Suatu petang yang terik di Urfa yang terletak di Iraq,nabi ibrahim keluar daripada rumahnya.Dia sering berfikir sejak kebelakangan ini."Siapa tuhan aku?".

Dia lihat setiap rumah di kampungnya ada sebijik berhala yang mereka anggap sebagai 'tuhan'.Ada yang diperbuat daripada batu,daripada emas,daripada zamrud dan daripada macam-macam lagi.Nabi ibrahim teruskan berjalan sambil berfikir siapa tuhannya yang merangkap sebagai pencipta dirinya,ayahnya,ibunya,raja namrud dan segala ciptaan di langit dan di bumi.

Malam mula menjelma.Nabi ibrahim mendongak ke langit."Adakah bintang ini tuhanku?" lalu bintang lenyap.Dia memandang ke arah bulan purnama yang baru muncul dari celahan gumpalan awan."Adakah ini tuhanku?" bulan menghilang kala fajar menyinsing.Matahari mula memancar sinarnya."Adakah matahari ini tuhanku?.....bukan! ia juga menghilang seperti bulan dan bintang..siapa tuhan ku?"

Hari berlalu pergi,silih berganti.

Suatu hari dia ke belakang rumahnya.Di situ terdapat bengkel pembinaan berhala tanah liat milik ayahnya,Tareh.Seorang pembuat berhala yang terkenal di kampungnya.Ayahnya sedang tekun membuat satu berhala untuk pelanggannya.

"Ibrahim,aku nak masuk dalam kejap.Kau tengok-tengok kan bengkel ni,jangan bagi orang luar masuk"

Nabi ibrahim senyum tanda setuju dan ayahnya berlalu pergi.Dia terus melihat keadaan berhala yang sempurna siap di tengah bengkel itu.Sejak kelahirannya,dia tak pernah menyembah berhala.

Kelahirannya penuh dengan keajaiban. (part 2nd nanti)

Dia terlihat perigi di luar bengkel.Lalu dia mengangkat berhala itu dan mencampakkan ia ke dalam perigi.

"Bushhh!!" bunyi percikan air yang kuat terhasil.

"Woi! Kau buat apa itu ibrahim?!" jerit ayahnya yang baru muncul setelah terdengar bunyi percikan tadi.

"Aku tak buat apa,berhala ini terjatuh dalam perigi ni"

"Apa yang kau dah buat ni? Macam mana nak naikkan 'tuhan ni balik?" kata ayahnya dengan gelisah.

"Bukankah ia tuhan,kenapa dia tak naik sendiri tanpa perlu bantuan kita?" kata nabi ibrahim tenang.

Ayahnya tergamam.Lidahnya membisu.

Nabi ibrahim berlalu pergi dari situ.


Beberapa tahun kemudian...

Kampung nabi ibrahim ingin adakan satu pesta keramaian.Semua penduduk kampung dijemput hadir untuk meraikan.Ayah nabi ibrahim sedang bersiap dengan pakaian yang cantik dan badannya berbau harum hasil semburan minyak wangi.

"Kau tak siap lagi? Majlis nak mula dah ni"

"Aku tak sihat" kata nabi ibrahim

*Ini bohong yang dibenarkan atas sebab nabi ibrahim memaksudkan tak sihat di sini pada hatinya yang sedang berduka melihat orang kampungnya yang masih lagi menyembah berhala.

Malam itu seluruh kampung berpesta.Tika itu juga lah nabi ibrahim menyelinap masuk ke tempat ibadat utama di kampungnya itu.Dalamnya ada banyak berhala dan di tengan ruang itu ada sebuah berhala besar yang di panggil 'robul albab' yang merupakan 'tuhan utama' mereka.Di tangan kanan nabi ibrahim ada sebilah kapak dan lantas semua berhala kecil itu dihancurkan dan tinggal berhala utama tadi dalam keadaan yang sempurna.

Kapak tadi diletakkan di tangan berhala utama itu dan nabi ibrahim keluar daripada situ.

Selepas pesta selesai,semua penduduk kampung menuju ke tempat ibadat untuk berdoa sebelum pulang ke rumah masing-masing.Sebaik sahaja melangkah,mereka terkejut dengan suasana di dalam rumah ibadat itu.

"Ni kerja siapa ni?! Habis semua tuhan kita hancur,ada yang jadi debu ni!" marah ketua kampung.

"Aku rasa ini kerja ibrahim anak tareh,dia je yang tak ke majlis tadi" kata seorang pemuda.

Nabi ibrahim dipanggil mengadap seluruh kampung di rumah ibadat itu.

"Ini semua kerja kamu ye?! Kamu tahu tak semua tuhan ini sedang murka?!"

Nabi ibrahim berkata "Bukankah kamu semua dapat lihat yang semua tuhan yang ada sudah hancur dan yang tinggal tuhan utama ini tanpa disentuh sedikit pun..ada kapak di tangannya,cuba kamu semua tanya padanya..mungkin dia yang buat" sambil jari dan muncung mulutnya ke arah tuhan utama.

*Ini juga pembohongan kedua yang dibenarkan sebab dia maksudkan yang membuat semua itu adalah tangannya,dia mengisyaratkan muncung ke arah tangannya.

"Kau gila ke ibrahim? Tuhan ini mana boleh berkata!"

Nabi ibrahim senyum "Ia juga tak boleh berfikir dan buat apa-apa tatkala tuhan-tuhan lain dihancurkan,kenapa kamu semua bertuhankan benda ini?"

Semua penduduk kampung tergamam.Malu dan tak tahu nak kata apa.Ada yang bermuka merah,ada yang menutup mukanya dengan dua telapak tangan.

Nabi ibrahim berlalu pergi daripada situ.





Sumber ;

- muhadaroh adyan firoq,doc malcawi,university yarmouk
- kelas pengajian di surau,kota bharu kelantan
- kuliah kisah nabi,surau kampung delek

Isnin, 11 Mac 2013

mana kau nak carik..

Member merupakan tulang rusuk kedua lepas tulang rusuk pertama iaitu bini ataupun zaujah.

Mana kau nak carik musuh yang sudi buatkan bubur untuk kau?
Mana kau nak carik musuh yang kejut kau bangun studi bila kau terlelap time baca buku malam exam?
Mana kau nak carik musuh yang buatkan air teh bunga krisentinum untuk kau time stay up?
Mana kau nak carik musuh yang sanggup teman kau pergi hospital time kau sakit?
Mana kau nak carik musuh yang mampu ponteng kelas semata-mata nak meriahkan majlis grad kau?
Mana kau nak carik musuh yang boleh layan kerenah kau time kau masuk air?

Ni semua tugas member,bukan musuh.

Korang semua ada member dan ada cerita masing-masing.Andai member ada buat silap,korang cubit.Bukan pelempang.

Salam 1 Jiwa

Jumaat, 1 Mac 2013

Pengarah vs Ketua

Dua benda berbeza tapi ada persamaan.Macam 'hai' dan 'haihhh' satu tegur,satu keluh.Tapi sama sebab dua-dua keluar daripada mulut.

Ok aku dh melalut.

Terus kepada point aku,aku nak sembang pasal apa beza pengarah n ketua.Pengarah ni asal daripada perkataan 'arah'.Command omputih selalu sebut dalam muvi yang macam ada penwrapan nilai murni kepimpinan seperti Marine,Save Private Ryan,Brothershood dan lelain yang sama genre dengannya.

Ketua bermaksud seorang pemimpin yang memimpin tangan anak-anak buahnya untuk bekerja bersama-samanya.Tapi tangan kat sini bukan tangan betol la,haram kot pegang ajnabi yang bukan muhrim.

Sebagai pemimpin berwawasan yang hebat mengawal emosi,jangan jatuh air mata bila tengok timbalan bercucuran air mata lepas habis program even kau rasa nak keluar air mata sikit pun.Tenang dan cool sambil angkat ibu jari kepada semua ajk-ajk.

Itu sifat pemimpin.Yang paling penting adalah asingkan peribadi dan kerja,itu cara professional.Kalau nak ngorat ke,nak bermusuh ke,nak menyampah ke...tu boleh citer lepas program dan keje settle.

Habis program,balik rumah tekup muka dengan bantal.Bantal basah.Hiks!

Rabu, 13 Februari 2013

Pernah tak suka someone then...

Pernah tak suka someone then rasa orang tu tak layak untuk kita?

Pernah tak suka someone then usha-usha orang tu orang ilmiah dan kita budak indie melepak?

Pernah tak suka someone then tengok-tengok dia suka dengan member rapat kita?

Pernah tak suka someone then kita baru sedar kita dulu friendzone dengan dia?

Pernah tak suka someone then kita sedar kita suka dia sebab dia caring dengan kita?

Pernah tak suka someone then kita sedar yang kita tak dapat dia akhirnya?

Pernah tak suka someone then kita sedar kita tengah suka dengan kawan baik dia jugak?







nampak tak apa yang ada dalam hati aku??

Isnin, 11 Februari 2013

Sampah

Setiap manusia ada perasaan kecewa
Aku tak lari daripada mereka
Mula rasa bahagia
Kemudian rasa kecewa

Bila kecewa datangnya tekanan
Ada yang mampu tempuhi
Ada yang tewas dengannya
Itu tugas tekanan

Laki-laki akan keluar minum dengan member
Pompuan akan mula mengalirkan air mata


luar rumah,jordan

Selasa, 5 Februari 2013

Kisah laki-laki dan pompuan

Laki-laki
Dalam hati rasa berpunya
Padahal tepuk sebelah tangan
Setiap tahun mesti confess
Dan setiap tahun jawapan berbeza maksud sama
Orang nampak laki-laki itu bodoh
Tapi dia rasa dia setia
Tunggu si dia
Buat selamanya
Dalam diri dia ada prinsip
'Kalau dah jodoh tak ke mana'
Bila jari si dia disarung cincin
Baru dia berhenti
Berharap

Pompuan
Dalam hati rasa gelisah
Dirinya syadid
Dia rasa tak selesa dicintai
Baginya cinta lepas kahwin yang wujud di dunia ini
Tiap tahun dirinya ditanya soalan yang sama
Setiap jawapan dia umpama berlari
Dari kecewakan hati si dia
Sering dia berfikir
Yang sarungkan cincin nanti itulah jodohnya
Dalam dirinya ada prinsip
'Siapa jodohku,itu takdir'
Tika itu
Baru dia berhenti
Rasa gelisah

Bayt Lughah,Jordan