Rabu, 25 Disember 2013

Diari Encikgu #25

Hari selasa bulan disember dua hari lalu aku kena paksa pergi satu kursus. Pada mulanya aku malas. Guru Besar sms pun aku tak balas. Mana taknya, time cuti krismas la kena pergi kursus. Bukan apa, nanti Santa datang rumah aku siapa la nak bukakan pintu dan amik hadiah aku tu nanti.

Tapi lepas cikgu nurain call aku di waktu pagi, memang aku kena pergi la dengan semangat perdana. Bukan apa, selalu cikgu nurain ni call lepas asar ajak minum petang tapi kali ni di waktu lagi time aku buka bungkusan nasi lemak sambal kerang balut daun pisang.

Kursus ni buat dekat Pelabuhan Anak Dick. Nasib baik aku tak translate jadi lucah. Nama tempat pelik-pelik je kat Malaysia ni.

Kursus Piawaian Makanan Kantin. Nama pun dah pelik. Aku ingat kursus ni macam kursus lain. Duduk atas kerusi,salin itu,dengar ini,otak tepu dan mati kepenatan. Tapi kursus ni hanya perlu bawa lidah dan perut. Kitorang peserta perlu rasa satu jenis makanan daripada beberapa tender yang ada. Macam pagi hari tu, bihun goreng ada 5 tender. Kena rasa setiap satu dan keluarkan komen.

Time malam pulak belajar macam mana kualiti sesuatu makanan yang sebenar. Macam malam tu belajar kualiti nasi lemak. Baru aku tau kacang goreng kena ada lima biji dan ikan bilis kena ada 7 ekor sekurang-kurangnya dalam satu nasi lemak berkualiti.

Setiap benda ada kisah.

Pagi tadi ada slot Karipap Pusing pukul 8 pagi di dewan. Semua kena belajar kualiti karipap pusing. Cikgu sebelah aku lelaki tua dari sekolah mana aku tak tahu la. Dia sengguk-sengguk je time fasilatator ceramah saiz kentang yang perlu dipotong petak tu cemana.

Aku siku la dia jap. Dia terjaga dan pandang aku. Aku acah-acah buat amik karipap pusing atas meja. Dia terus bangun pergi tandas. Seminar terus berjalan dengam cerita cara buat doh karipap. Aku pon menguap.

20 minit berlalu. Tetiba terasa pundi kencing aku hantar signal pada otak aku. Lantas aku bangun dan berlari ke tandas. Laju tu tak yah citer camne la. Kira kau pejam mata buka balik aku dah depan mangkuk tandas duduk tengah buka zip seluar slack. Gitu.

Time aku kencing aku dengar bunyi.

"Kokk kokk kokk kokk"
"Ringgg ringgg ringgg"
"Uweeee uweeee uweee"

Aku relaks je. Lepas kencing aku gi la depan sinki. Time basuh tangan kedengaran pintu bilik air terbuka dan cikgu yang duduk sebelah aku tadi muncul. Muka dia serabai dan dia basuh muka dia dengan air paip sinki. Aku senyum sambil kata "Baru bangun ke bang?"

Muka dia time tu berubah. Merah gila. Mata terbeliak. Macam nak tumbuk aku. Tapi lepas dia usha aku jap, dia senyum.

Aku cepat-cepat masuk dalam dewan. Aku duduk sebelah cikgu nurain. Cikgu nurain blushing je time aku sembang pasal karipap yang ada atas meja tu. Dia gelak-gelak manis. Lepastu tetiba dia senyap. Pelik.

Dia koyak kertas dan pass kat aku. Aku baca la.

"Cikgu, zip tak tutup"

Aku buat tenang dan senyum balik dekat cikgu nurain.

Aku batuk kuat-kuat dan tarik zip laju-laju dengan berhati-hati.

Tiada ulasan: