Khamis, 5 Disember 2013

Kenangan AJL 23

Muzik.

Muzik ni salah satu cara manusia menyampaikan sesuatu kepada manusia yang lain dengan lantunan bunyi-bunyi instrument (alat-alat muzik). Tujuannya untuk hati terhibur dan hati tertarik. Contohnya corong-corong pembesar suara akan mengeluarkan bunyi “Ding-Dong” sebelum mereka membuat pengumuman. Si jejaka akan mengeluarkan bunyi “Ehem” sebelum mengorat atau meluahkan perasaan mahupun melamar si gadis ayu berbibir seksi. Lori balak akan menghasilkan bunyi “Pinnnnnnnnnnnnnn” yang kuat sebelum hentam kereta kancil di selekoh lebuhraya Gua Musang.

Ini semua muzik.Semuanya hanya untuk menyampaikan sesuatu kepada kita semua.

Bila sebut pasal muzik, kita perlu ingat yang ianya salah satu daripada cabang seni. Bila ada seni, ada anak-anak seni. Bila ada anak seni, ada anugerah tanda penghargaan.

Ini memori 2009 aku. Anugerah Juara Lagu 23.

*****

“Li, beres tak malam ni?” tu yang aku tulis pada kertas kecil yang aku koyak daripada helaian buku makmal marapelajaran Kimia aku. Aku pass ke Abu untuk bagi ke Ramli, member baik aku sejak aku masuk sekolah menengah. Abu salah paham, dia pass ke Kudin. Sai-tan betul, Kudin dah la pengawas asrama. Dia jeling aku dan Ramli lepas baca nota kecil tu. Perlahan-lahan aku angkat jari tengah untuk Abu.

Loceng rehat berbunyi. Terus aku rangkul leher Ramli dari belakang.

“Li, malam ni clear kan?” suara Ramli Sarip aku kedengaran. Serak-serak basah. Kami berjalan lepas Cikgu Syida, sempat juga aku kenyit mata pada cikgu praktikal baru tu.

“Ok je, minggu ni kunci bilik radio dekat Lan” Ramli jawab tak pandang muka aku langsung. Mata dia tengah usha Maisarah anak makcik kantin yang tengah tuang sirap limau ais ke dalam gelas-gelas plastik dalam talam besi.

Hari berlalu laju. Malam pun tiba.

Lepas maghrib merupakan waktu prep budak asrama. Warden-warden akan pusing satu persatu dorm untuk pastikan semuanya tidak berpenghuni. Aku ingat lagi malam tu, aku dan Ramli kena pergi prep sebab Azman,Mikail dan Rushdi punya turn malam tu menyorok belakang locker. Kadir dan Mail punya turn menyorok atas syiling tingkat tiga. Jadi terpaksalah aku dan Ramli turun ke kelas prep.

Tapi, orang bijak takkan senang putus asa. Kami ada plan sendiri.

Lepas warden-warden pusing semua dorm, Ramli panggil aku kat kelas. Time tu aku baru nak in conversation dengan Fetty dan Zetty (aku tak ingat dah nama sebenar diorang ni siapa). Ramli masuk kelas prep aku sambil tunjuk segugus kunci. Aku senyum. Ramli senyum balik. Lagi lebar daripada aku.

Malam tu nak tak nak kami kena naik ikut tangga besi tangki air. Jalan depan dah kena tutup dengan budak tahfiz. Budak tahfiz ni macam botol air berlubang kecil. Isi air boleh, tapi keluar sikit-sikit. Rahsia tak boleh simpan. Kalau warden tanya mesti keluar je full name.

Aku panjat dulu. Ramli panjat kemudian.

“Woi Li, kau jangan intai. Aku tak pakai ni” Aku warning awalawal sebelum Ramli buat kerja gila. Aku pakai kain pelikat je malam-malam gi prep. Senang dan bebas.

Ujian kedua adalah pejabat ketua warden. Ketua warden memang 24 jam aka nada dekat pejabat. Nak tak nak kena lalu situ juga. Jadi kami meniarap kat lantai dan mengesot macam hantu Indonesia. Laju.

Akhirnya kami sampai depan pintu bilik radio. Kunci dimasukkan ke dalam lubang kunci dan pintu dibuka.

Cepat-cepat aku buka radio. Mula cari frekuensi radio Hot.Fm dan kedengaran suara Faizal Ismail,Ally Iskandar dan Cheryl Samad.

Malam itu jadi sejarah di mana Faizal Tahir membuat hatrik 3 anugerah dan Meet Uncle Hussain memenangi Anugerah Lagu Terbaik dengan nyanyian “Lagu Untukmu”.

Lagu “Bukan Di Sini” Sofaz membuka tirai. Aku dan Ramli layan betul malam tu. Bagai dunia itu kami yang punya. Yang paling gila time Aizat nyanyi lagu “Lagu Kita”. Aku kuatkan volume radio. Memang padu, masuk hati bai lagu tu. Aizat masa tu nyanyi pakai gitar solo. Ni apa yang Faizal Ismail ulas la. Time lagu “Cuba” Faizal Tahir, aku dan Ramli jawdrop. Meremang bulu tengkuk memasing dengar lagu tu.

“Wow! Tak penat ke menari sambil menyanyi?!” kata Cheryl Samad selepas lagu “Aku Stacy”. Bintang baru AF anak kelahiran Sabah yang baru nak up. Menyanyi rancak sambil menyanyi. Power power.

Tiba-tiba pintu diketuk kuat.

Aku tutup radio. Ramli tutup lampu. Serentak aku dan dia menyorok bawah meja.

“Cilake, siapa pecah lubang ni? Bukan line clear ke kau kata tadi?” aku bisik kat Ramli.

“En..tahh” suara Ramli tersekat. Cuak. Dahi dia berpeluh banyak.

Pintu bilik radio berbunyi. Bunyi orang masukkan anak kunci pada tombol. Pintu terbuka, ada orang masuk. Berjubah. Time tu aku rasa macam urat pundi kencing aku dah putus.

Dengan tenang ketua warden tunduk ke bawah meja. Aku buat muka cool dan Ramli sengih-sengih. Malam tu kami tak tidur. Berdiri atas tembok asrama tak berbaju. Disiram sebaldi air setiap sejam sampai subuh. 

Dalam hati aku, aku tengah mencarut dan tak puashati siapa yang buka mulut ni. Aku syak si pengawas manja tu, Kudin.

Lepas solat subuh, aku duduk tepi Kudin yang baca quran belakang tiang surau. Aku gosok belakang badan dia sambil tanya “Kau ke yang report dekat ketua warden?”.

Kudin habiskan bacaan ayat suci alquran dan pandang aku.

“Tak” jawab sepatah.

“Habis tu?” aku tanya dua patah.

“Lan lupa tutup microphone pengumuman tepi radio tu. Semalam satu sekolah dengan AJL live sebab korang. Warden-warden semua sibuk cari kunci pagar masuk asrama takde sebab Ramli sorok” jawab Kudin tenang satu nafas. Dia sambung baca alquran balik.

“Papp!!” aku tepuk dahi aku dengan telapak tangan sambil mencarut dalam hati. Dalam rumah Allah mana boleh mencarut.


Kudin pandang aku dan cakap “Sedap suara kau dengan Ramli nyanyi lagu Dingin Ziana Zain dan Kalis Rindu Elyana semalam. Kehkehkeh”.


Hari tu aku pergi sekolah dengan muka tebal.

Tiada ulasan: