Selasa, 28 Januari 2014

Diari Encikgu #31

Petang tadi dalam bilik guru aku pasang telinga. Cerita tentang seorang murid yang pagi-pagi hari datang ke sekolah. Time gelap-gelap subuh dia dah berdiri depan pintu pagar sekolah. Fes time aku dengar cerita ni, terus aku pasang kabel telinga kuat sikit.

Budak tu namanya Izzati. Aku panggil dia Zet, aku follow member dia panggil. Budak darjah dua. Baru lapan tahun. Bapak dia kerja Port Klang, jaga kontena.

Cikgu dalam bilik aku bercerita tentang budak ni. Zet ni budak baik. Dia orang susah. Belajar rajin. Aktif dalam bersukan. Cuma pendiam tapi bukan segan tak bertempat macam budak lain. Cikgu tu cerita kisah beberapa tahun lalu, mak kepada Zet ni meninggal dunia. Kanser payudara. Dalam pantang lepas lahirkan anak kembar. Cikgu lain pernah cerita dia datang ke sekolah ambil kad laporan peperiksaan dengan tolak stroller dua aik kembarnya sambil bawa beg susu. Peh!

Jadi,sejak hari itu bapak dia yang jaga Zet dan adik kembarnya diberi pada makciknya untuk dijaga. Bapak dia akan gosok pakaian,sedia sarapan/bekal untuk Zet sebelum ke Port Klang di pagi-pagi buta. Zet bangun tidur tiada bayang emak atau ayahnya di sisi untuk kejutnya bangun. Dalam gelap pagi berembun dia akan redah sejuk menuju ke sekolah. Ketika tiada manusia di jalanraya. Dia akan berdiri di luar pagar sekolah hingga datang guard bukakan pintu.

Waktu rehat menjelma. Aku pi rehat dengan cikgu-cikgu perempuan lain. Dengar cerita makan laksa hari ni. Laju je aku berjalan. Sampai kantin cikgu perempuan tu jeling dekat Zet yang sedang makan roti. Aku panggil Zet datang dekat aku. Kami pun berbual.

Aku : Zet,sihat?

Zet : Sihat cikgu hensem (part hensem tu aku tambah)

Aku : Zet,ayah sihat?

Zet : sihat je

Aku : Kamu dekat rumah tinggal dengan siapa?

Zet : Sorang. Kalau ayah balik, berdua la

Aku : Ooo..mak?

Zet : Mak takde. Ayah kata mak kerja, mak kerja dekat luarnegara. Mak sibuk kerja. Ayah pernah cakap mak balik time raya tapi tak jadi sebab sibuk.

PERGHH!!!
Bapak dia kata camtu kat anak dia. Selama ni anak dia anggap mak dia kerja dan akan balik. Apa la perasaan dia yang tunggu "Mak balik esok agaknya" "Harap raya tahun ni mak balik".

Aku terdiam. Loceng berbunyi dan dia balik ke kelas.

Laksa depan aku semakin sejuk. Aku hanya perhati dan berfikir. Anak kecil membina satu harapan yang mustahil berlaku.

T.T

Selasa, 21 Januari 2014

Diari Encikgu #30

Sekolah dah masuk minggu ke tiga.

Setiap pagi aku still kena tengok punai budak.

Malang
Malang
Malang

Jumaat, 17 Januari 2014

Diari Encikgu #29

Kisah ini berlaku pada hari isnin tanggal 13 januari 2014. Sehari sebelum hari sambutan maulidurrasul menjelang. Sebelum aku bercerita aku ingin campak persoalan dalam kotak fikiran pembaca 

"Siapa yakin syurga itu untuk mereka yang tidak hiraukan orang lain?"

Pagi isnin itu hujan turun renyai. Murid-murid berlari masuk ke kawasan sekolah. Pintu pagar bercat hijau daun pisang,baru aku dan cikgu-cikgu lain cat hari sabtu lepas. Kelihatan beberapa ekor anjing berlari keluar melihat anak-anak kecil berlari mengejar mereka.

Aku tongkat motor dan ragut beg hitam aku dari bakul motorsikal. Murid-murid mula gelabah bila loceng pagi berbunyi. Semua pakat masuk dalam kelas,campak beg swans gambar sailormoon,power ranger,boboboi dan upin ipin di kerusi kayu masing-masing. Sekolah aku murid-murid cerdik. Tak macam sekolah yang kat dalam tv tu, bodo muridnya masuk kepala celah palang kerusi. Kan dah tersekat takleh keluar.

Aku tegur seorang murid kelas aku. Nama dia Faridah. Muka takde jerawat. Maybe sebab dia darjah dua. Gigi tersusun rapi dan mata hitam dia lebih banyak daripada putih. Bila tersenyum kelihatan lesung pipit di kiri dan kanannya.

"Faridah,rehat nanti jumpa ye" aku berkata sambil senyum manis.

Dia angguk dengam mata kegembiraan. Aku kata begitu sebab dah dua minggu aku perhatikan dia. Aku nampak dia jarang keluar rehat dengan kawan-kawan yang lain.

Masa rehat pun tiba. Murid-murid ramai bawak bekal. Semua eksyen dengan tupperware masing-masing. Ada yang gambar gajah,ada yang petak nampak mahal,ada yang macam mangkuk tingkat dan ada yang aku pernah nampak kat Tesco harga dia RM90.

Aku cari Faridah. Seperti biasa,dia tak kelihatan. Aku tunggu hingga semua murid dah main kat padang 5 minit sebelum loceng tamat berbunyi. Faridah masih belum kelihatan. Aku angkat punggung dan mula menapak.

Beberapa tapak,aku nampak Faridah muncul di sebalik tiang batu. Dia tak nampak aku. Dia pandang keliling seperti melihat keadaan supaya tiada orang di kantin. Dia duduk di meja panjang kantin. Aku tak nampak dia beli makanan dan tiada tupperware di tangannya.

Dia seluk tangannya ke dalam poket bajunya dan keluarkan plastik merah. Aku mendekati dari belakang. Perlahan-lahan aku hampirinya. Dari angle belakang aku nampak dia keluarkan sagu sandwich. Dia suap ke dalam mulutnya. Mukanya layan makan sandwich itu.

Aku duduk tepinya dan dia terkejut kecil. Nasib baik tak tercekik. Aku tanya "Sedap sandwich?".

Dia senyum je.

"Nak sikit boleh?"

Mukanya berubah. Jadi lain. Macam takut.

Aku hulurkan tangan minta roti tu. Aku saje je nak mesra. Bukan nak sandwich tu pun.

"Err..cikgu,sandwich ni tak sedap. Tak payah la makan ye" katanya lembut. Tapi tiada senyuman.

"Aik, ada isi apa dalam tu?"

Dia senyap. Mukanya masih sama. Takutkan sesuatu.

Tangan aku bergerak ke arah tangannya yang memegang roti. Mulanya dia tak bagi aku sentuh roti tu. Akhirnya dia bagi aku dan aku buka.

Roti dan timun!!!!

Makan hanya roti dan timun bulat-bulat.

"Hari-hari awak makan ni?"

Dia angguk. Mukanya tunduk ke lantai. Dia malu.

"Ni je yang mak kasi bekal.Saya segan tengok kawan-kawan makan sedap,bawak tupperware cantek-cantek. Saya makan roti je dan bawak dalam plastik merah kedai runcit je" katanya perlahan.

Time ni aku rasa sedih gila. Nasib baik tak nangis kat kantin.

Aku bangun dan pergi tempat jual kuih dan amik karipap super. Karipap super ni saiz dia lebih besar daripada karipap biasa dan dia punya kulit tu rangup. Dia lain kalau karipap special, ada telur hancur dalam intinya kalau special.

Aku bagi Faridah. Dia makan. Mukanya kembali ceria.

Aku suruh dia balik ke kelas dan dia pergi. Aku pandang ke meja. Ada roti yang berbaki.

"Cikgu,kenapa cikgu pandang roti tu?"

Aku berpaling dan kelihatan cikgu Zarina di belakang aku.

Sekian.

Isnin, 13 Januari 2014

Diari Encikgu #28

Dua tiga kali mata aku terkelip-kelip. Mata Zaki tenang bulat tenung muka aku. Aku dah ternganga dah.

Tak paham kan? Kita rewind sikit story ni.

2 hari sebelum...

Matahari panas cam bangang. Habis peluh ketiak kemeja aku. Basah macam tasik titiwangsa.

Aku melangkah masuk ke dalam kelas dengan kertas-kertas di tangan. Aku terus pergi depan barisan pertama dalam kelas dan hempas kertas-kertas tadi atas meja. Dengan isyarat mata je, 2 3 orang murid ambil dan edar kertas-kertas tadi.

Dengan suara dari perut aku ucap "Balik, bagi mak isi borang ni. Lusa cikgu nak".

Lepastu aku keluar gi lepak dengan cikgu nurain.

5 minit sebelum...

Aku masuk ke kelas dan kutip borang yang ada. Dalam kelas ada 35 orang. Dalam tangan aku ada 34 borang. Sebab aku takut aku salah kira, aku kira balik sekali lagi.

Memang tak silap. Memang ada sorang yang tak hantar.

"Siapa tak hantar borang?" Aku tanya. Takde sorang pun angkat. Memasing usha member.

Aku relaks je. Dengan otak yang geliga aku dapat idea.

"Siapa tak hantar borang? Cikgu nak belanja kfc ni" Kata aku.

Satu tangan terangkat laju. Memang laju, sikit lagi boleh celen kelajuan cahaya. Muka budak tu cuak. Dia tersilap langkah, termakan permainan seorang cikgu hensem.

"Kenapa tak hantar borang?"

"Mak saya pergi kursus cikgu"

"Ayah ada?"

Dia angguk sambil muka cuak nak nangis.

"Habis kenapa tak suruh ayah isi?"

Dengan muka relaks dan satu nafas dia jawab

"Saya tunggu mak saya balik kursus, kan cikgu cakap hari tu suruh mak isi. Bukan ayah"

Aku tepuk dahi dan cikgu nurain ketuk pintu kelas.

Kami bertukar senyuman.

Sabtu, 11 Januari 2014

Diari Encikgu #27

Jam bilik mesyuarat merupakan jam yang paling lembab bergerak dalam profession seorang guru. Dia punya lembab tu buat orang jeling dua tiga kali dan melahirkan rasa kecewa dalam hati. Suasana senyap. Guru besar relaks je jeling muka sorang-sorang cikgu. Kemudian dia berdehem sikit sebelum mula bercakap.

Aku dengar part bagi salam dan 4 ayat pertama je. Lepas tu aku keluarkan henset dan main whatsapp dengan makwe-makwe di seantero dunia. Ada gak aku jeling cikgu sebelah, dia pun main henset tapi part atas tu ada tulis "Ayang Bucuk".

Aku jeling port cikgu-cikgu perempuan. Semua tunduk ke bawah tawaduk level tinggi. Aku nampak diorang semua tengah baca buku. Sekali aku usha cover depan. Hmmmm katalog sofa la,katalog set pinggan mangkuk la,set baju baby la.

Ini la suasana dalam meeting cikgu sebenar. Yang banyak bersuara selalunya 2 3 orang je. Yang lain datang terpaksa.

Tapi paling best bila makcik tender kantin ketuk pintu bilik mesyuarat. Semua cikgu akan terhenti dan fokus pada mangkuk kaca yang dibawa masuk.

Mee goreng paling win dalam makanan mesyuarat sebab ada udang ayam fishball bagai.

Jumaat, 3 Januari 2014

Diari Encikgu #26

Aku melangkah laju naik tangga. Satu persatu anak tangga dipijak hingga tiba di tingkat atas. Nampak depan pintu kelas ada budak sedang korek hidung. Muka dia layan. Aku senyum sikit je terus dia lari masuk dalam kelas. Dengan tenang aku langkah masuk kelas. Time tu aku rasa macam ada background muzik To The Final Countdown. Ni kes sambut tahun baru la ni. Asyik pasang lagu tu je.

Budak-budak semua senyum manis. Aku tengok muka memasing satu persatu. Pakar motivasi guru kata, melihat wajah murid kali pertama ni membangkitkan aura. Aku try la. Ada yang mata sepet,ada yang banyak taik mata,ada yang lesung pipit comel,ada yang tahi lalat dato siti,ada yang putih memelepak disebabkan bedak.

Aku panggil satu persatu nama.

Alaa panjang pulak citer.

Aku nak cerita budak nama Faridah ni lawa gila berbanding Sabrina,Bella,Cathy,Angelina dan Tasha. Nama melayu #FTW !!

nota kaki : aku ingat ada murid aku nama Tuah, tapi takde