Selasa, 28 Januari 2014

Diari Encikgu #31

Petang tadi dalam bilik guru aku pasang telinga. Cerita tentang seorang murid yang pagi-pagi hari datang ke sekolah. Time gelap-gelap subuh dia dah berdiri depan pintu pagar sekolah. Fes time aku dengar cerita ni, terus aku pasang kabel telinga kuat sikit.

Budak tu namanya Izzati. Aku panggil dia Zet, aku follow member dia panggil. Budak darjah dua. Baru lapan tahun. Bapak dia kerja Port Klang, jaga kontena.

Cikgu dalam bilik aku bercerita tentang budak ni. Zet ni budak baik. Dia orang susah. Belajar rajin. Aktif dalam bersukan. Cuma pendiam tapi bukan segan tak bertempat macam budak lain. Cikgu tu cerita kisah beberapa tahun lalu, mak kepada Zet ni meninggal dunia. Kanser payudara. Dalam pantang lepas lahirkan anak kembar. Cikgu lain pernah cerita dia datang ke sekolah ambil kad laporan peperiksaan dengan tolak stroller dua aik kembarnya sambil bawa beg susu. Peh!

Jadi,sejak hari itu bapak dia yang jaga Zet dan adik kembarnya diberi pada makciknya untuk dijaga. Bapak dia akan gosok pakaian,sedia sarapan/bekal untuk Zet sebelum ke Port Klang di pagi-pagi buta. Zet bangun tidur tiada bayang emak atau ayahnya di sisi untuk kejutnya bangun. Dalam gelap pagi berembun dia akan redah sejuk menuju ke sekolah. Ketika tiada manusia di jalanraya. Dia akan berdiri di luar pagar sekolah hingga datang guard bukakan pintu.

Waktu rehat menjelma. Aku pi rehat dengan cikgu-cikgu perempuan lain. Dengar cerita makan laksa hari ni. Laju je aku berjalan. Sampai kantin cikgu perempuan tu jeling dekat Zet yang sedang makan roti. Aku panggil Zet datang dekat aku. Kami pun berbual.

Aku : Zet,sihat?

Zet : Sihat cikgu hensem (part hensem tu aku tambah)

Aku : Zet,ayah sihat?

Zet : sihat je

Aku : Kamu dekat rumah tinggal dengan siapa?

Zet : Sorang. Kalau ayah balik, berdua la

Aku : Ooo..mak?

Zet : Mak takde. Ayah kata mak kerja, mak kerja dekat luarnegara. Mak sibuk kerja. Ayah pernah cakap mak balik time raya tapi tak jadi sebab sibuk.

PERGHH!!!
Bapak dia kata camtu kat anak dia. Selama ni anak dia anggap mak dia kerja dan akan balik. Apa la perasaan dia yang tunggu "Mak balik esok agaknya" "Harap raya tahun ni mak balik".

Aku terdiam. Loceng berbunyi dan dia balik ke kelas.

Laksa depan aku semakin sejuk. Aku hanya perhati dan berfikir. Anak kecil membina satu harapan yang mustahil berlaku.

T.T

3 ulasan:

jatohmasoklongkang berkata...

Aku doakan bapak dia panjang umur psl ikut pengalaman aku jalan kat port klang bnyk lori kontena dan bahaya.

Pumpkin Pie berkata...

(T_T) Sedey laaa kenangkan nasib ayah dia bila anak dia dah besar nanti. Camne la dia nak explain. Kang dia kate ayahnye penipu pulak kang.. tsk~

seorang gila berkata...

:'( dia akan jadi perempuan yang kuat