Sabtu, 1 Februari 2014

Diari Encikgu #32

Antara ciri-ciri seorang cikgu adalah Menyimpan Data. Cikgu-cikgu sebenar adalah seorang yang menyimpan data-data anak muridnya dalam satu slot memori otaknya. Hafal nama ibu bapa murid,area mana dia tinggal,status keluarganya dan setakat mana pencapaian dia dalam pelajaran. Setiap minggu sebelum pulang ke rumah untuk bercuti sabtu ahad, mereka akan buat satu laporan untuk setiap murid. Nampak susah kan? Tu pasal tak ramai yang buat.

Aku ajar matematik darjah dua. Jadi bab sifir ni kena dah power kalau budak kelas yang aku mengajar. Siapa tak ingat aku akan suruh dia berdiri atas kerusi. Kemudian berdiri depan kelas. Kemudian berdiri tepi tingkap.

Jadi ceritanya aku terjumpa anak murid aku lepas solat maghrib dekat masjid. Aku salam dia,tangan aku tak lepas. Muka dia dah berkerut cuak. Aku senyum sambil berkata "Sifir dua". Dua patah je aku cakap.

Dengan pantas dia sebut satu persatu sifir dua.

1X2
2X2
3X2
4X2
5X2

Yang ni dia lepas. Sampai 6X2 dia sangkut. Dia cuba lagi. Ulang dari awal balik. Mana tau otak dia bertindak balas.

1X2
2X2
3X2
4X2
5X2

Sama jugak. Dia tak ingat. Aku senyum jahat dekat dia. Dia dah tunduk. Dengan relaks dia pergi ke saf depan, dia pijak sejadah imam dan dia berdiri tepi mimbar.

Aku senyum sambil keluar dari masjid dengan laju sebelum pakcik-pakcik masjid panggil aku tanya apa yang terjadi.

Tiada ulasan: