Selasa, 25 Disember 2012

Saint Nicholas

"Ayah,malam ni Santa datang tak?"
"Tak tahu lah,kalau kamu budak baik datang lah dia"

Setiap 24 disember kita bakal disaji dengan cerita Santa Claus dan hadiah-hadiah untuk kanak-kanak.Turun dari serombong asap dan makan biskut dan susu yang disediakan lepas letak hadiah di bawah pokok krismas di dalam rumah itu.Berpakaian serba merah,perut besar,berkaca mata,rambut dan janggut putih yang lebat,naik kereta yang dipacu laju rusa-rusanya dan dia tinggal di kutub utara yang sejuk.

Tapi siapa dia?

Santa Claus merupakan cerita orang tua,mitos,cerita dongeng,hikayat,riwayat yang kita tak tahu sumbernya.

Mengikut German Europe,santa merupakan pengganti bagi kuasa Odin untuk menggembirakan kanak-kanak di Hari Natal.Mengikut orang Belanda,santa merupakan Sinterklaas yang diambil daripada cerita seorang bishop yang bernama Saint Nicholas.

Saint Nicholas merupakan bishop di zaman Christian Greek di satu kawasan bernama Myra di Anatolia yang mana sekarang terletak di Turki.St Nicholas merupakan seorang bishop tua yang hidupnya bersama gereja dan agama kristian.Diceritakan beliau keluar daripada gereja setiap tahun pada tanggal 24 disember.

Pada malam itu beliau akan membawa guni yang terdapat pelbagai benda.Ada roti,wine,gula-gula,kek,kapak,seluar,pedang,topi dan macam-macam lagi.Dia akan ke rumah-rumah orang kampung dan mengetuk pintu,letak barangan di depan pintu dan berlari sebelum pintu dibuka.Orang kampung menganggap itu 'hadiah dari tuhan'.

Pasal pengganti kuasa Odin,Sinterklaas dan Father of Christmas boleh la korang carik sendiri ye.Sekian.

Sumber : wikipedia dan yahoo answer

Selasa, 18 Disember 2012

Panglima Mujahid

Mujahid bin Yusuf bin Ali berdiri di luar tembok besar Tulaytulah.Sebagai ketua angkatan perang dia merancang perancangan yang rapi malam sebelum itu.Kuda putihnya bernafas kencang.Seribu askarnya menanti arahan di sisinya.

Di dalam tembok Tulaytulah itu berdiri askar-askar Bishop kerajaan Visighotic.Menanti serangan Mujahid.3 hari mereka menunggu sejak angkatan saqaliba Mujahid itu tiba.

"Kita berdoa agar Jesus membantu kita dan.." belum sempat ketua Bishop menghabiskan ayatnya,pintu tembok Tulaytulah diserang dan pecah.Debu-debu derapan kaki kuda-kuda angkatan saqaliba terhembus masuk ke dalam kota....dan perang bermula!


*******************

Mujahid memerintah beberapa tahun.Kemudian kerajaannya diserang oleh seorang panglima bernama Ahmad Muqtadir dari Zaragoza.Kerana kesenangan yang lama,kuasa askar Mujahid lemah dan mereka tewas.Mujahid di masukkan ke dalam penjara.

Suatu malam,Mujahid dibantu beberapa orang untuk melepaskan diri dari penjara dan menuju ke kawasan pantai.

Dia tiba di kawasan yang rendah dan orang kampung di situ yang ramai.

Denia atau nama arabnya Daniah.Kawasan yang rendah di tepi pantai.

Mujahid menukar namanya dan bertemu tulang rusuk kirinya di situ.

Sekian.

Khamis, 13 Disember 2012

Laila dan Majnun (versi ringkas)



Di satu petang yang berdebu,seorang budak arab tengah melepak di depan tivi rumahnya.Drama petang sabtu bermain di kaca tivi.

Emaknya sibuk menguli tepung di dapur. Budak arab yang masih belum matang,sebekas buah kurma dan sebijik tivi.

 "Ummi! Ni apa tajuk citer ni?" budak arab tu bertanya kepada emaknya.Nampak sangat dia masih belum bersekolah tinggi.Masih belum mampu mengeja dengan betul.

"Laila dan Majnun" kata emaknya sambil duduk bersila di tepi budak arab tadi.

 .....................

 Alkisah bermula di Farsi,suatu masa dahulu.Di sebuah kampung pedalaman.Terdapat sepasang suami yang suaminya merupakan ketua qabilah Bani Umar.

Segala benda yang dia inginkan pasti dia peroleh,kecuali zuriat.Bertahun mereka usaha,tapi tiada hasilnya.Putus asa menjadi darah daging mereka.

 "Bang,marilah kita try sekali lagi.Kali ini kita berdoa dengan sungguh-sungguh tanpa kita putus asa" si isteri memujuk suami di malam hari. Si suami senyap sambil tangannya merayap ke pelita dan memadamkan apinya.Bilik menjadi gelap.

 Sebelum subuh,pasangan suami isteri itu berdoa dan bermunajat.Air mata mengalir tanpa henti.Hingga di pagi hari bila menjelang matahari,garisan-garisan bekas air mata wujud di wajah-wajah mereka.

 Doa dan kesungguhan itu berhasil.Mereka mendapat seorang cahaya mata dan dinamakan sebagai Qais. Qais membesar dengan bijak dan power.Dia seorang yang genius.Umurnya tak padan dengan pemikiran dan jiwanya.Segala ilmu berada di dalam otaknya.Umur yang muda sudah mampu menghafal dan menghasilkan bait-bait syair yang mampu meruntunkan hati para pendengar.

 Dia dia masukkan ke sekolah elit di kawasan bandar.Budak pandai semestinya berada di kelas hadapan.

 Di dalam kelas itu ada seorang perempuan.Ini bukan cinta pandang pertama.Sebab mula-mula Qais pandang perempuan itu sebelah mata.Bila hari mengambil report card,Qais mendapat tempat pertama di dalam kelas.Dia menantikan siapa di belakangnya. Perempuan itu beratur di belakangnya.Qais membuat muka kelat bila perempuan itu senyum padanya.

"Tahniah awak" perempuan itu berkata.Qais menjeling nama di baju perempuan itu.

 Laila.

 "Terima kasih...Laila" fes time dia tahu nama perempuan itu dan bila nama iti disebut,hatinya mula gelabah.Dia berlari keluar kelas.

 Laila.Orangnya cantik.Rambutnya hitam dan matanya jelita.Rambutnya hitam seperti malam.Matanya jelita seperti bintang.Ramai yang memuji keindahannya.Dia pernah dipinang di usia yang muda oleh seorang pembesar negeri dek cantiknya beliau.

 "Laila..Laila" Qais mula angau.Tidur malamnya mula diulit mimpikan perempuan itu.

Dan zaman bergerak laju.Mereka berdua mula kapel dan berbalas nota. Zaman itu bukan zaman kebebasan.Keluarga Laila mendapat berita ini dan memberhentikan persekolahannya.

 "Aku kerja siang malam,kau ke sekolah untuk bercinta!!" marah bapak si Laila.Laila menangis dan masuk ke biliknya.Air matanya membasahi bantal dan cadar katilnya.Dia memerlukan Qais di sisinya.

 Hari berlalu.Qais merindui Laila.Dan Laila merindui Qais.Setiap hari Qais menunggu Laila masuk ke pintu kelas,tapi tiada bayang pun.

 "Laila dah benti sekolah Qais,baik kau carik perempuan lain" selamba Ahmad jiran Laila berkata sambil mengasah pensil khatnya. Selepas sekolah,setiap hari Qais akan mencari Laila.Semakin hari,jiwanya sakit dengan kerinduan.

 "Laila..Laila..di mana kamu,aku merinduimu" sering dia ucapkan tiap kali berpusing di kota mencari Laila.Mengharap Laila berada di jalanan.Mana tau terserempak Laila kat kedai buat spek mata (ah sudah masuk cter aku plak!).

 Pakaian dan pelajaran Qais tak terurus.Tiap kali bertemu orang,dia akan bertanyakan tentang Laila.Jambang dan rambut mula tumbuh panjang.Dan dia tidak mendengar apa yang orang kata melainkan ada kaitan tentang Laila.

Aku melalui dinding,lalu dinding rumah Laila
Dan aku mencium dinding ini dan dinding itu
Bukan cinta kepada rumah itu yang mencuri hati dan jiwa ku
Tapi seseorang yang aku cintai yang berada di dalamnya

Dan orang kampung memanggil Qais sebagai Majnun (orang gila).

Telinga aku mula memekak
Mulut aku mula membisu
Semua benda menjadi sunyi
Melainkan nama kau aku sebuti

 Laila dikurung di dalam rumah.Dia tak dibenarkan keluar.Bila khabar ini sampai ke telinga Majnun,terus dia berlari ke depan rumah Laila.Pengawal menghalangnya untuk bertemu Laila.

 "Laila! Laila! Aku di sini! Aku Qais! Aku rindu padamu!" Jerit Majnun tika pengawal menyeretnya pergi jauh daripada rumah itu.

Majnun berjalan ke belakang bukit rumah Laila.Sebatang sungai daripada bukit itu terus ke kawasan rumah Laila.Dia membuat pondok kecil di bukit itu dan menetap di situ sambil melihat bumbung rumah Laila.

Dia berkata kepada sungai.Dia berkata kepada burung.Dia berkata kepada angin.

 Moga sampai berita kerinduannya kepada Laila.

 ....................

 Beberapa tahun kemudian Laila kahwin dengan pemuda yang dipilih oleh bapaknya.Kahwin paksa dan berita kahwin itu sampai kepada Majnun dan kesedihan menimpanya.Dia menuju ke luar kota dan tinggal di sebuah istana lama.Berkawan dengan serigala.Bagi dia manusia ini bukan kawan setia.Hari ini lain,esok lain. 

Kehidupan Laila tak bahagia.Laila masih rindukan Qais.Hingga di temu ajalnya,mulutnya masih menyebut "Qais,di mana kamu..aku rindu padamu".

 Berita kematian Laila sampai lambat beberapa tahun ke telinga Qais kerna tiada siapa menjumpai Qais hingga seorang musafir singgah di istana lama itu.

 Qais berlari ke kota dan terus ke kubur si Laila.Dia memeluk kubur itu dan hatinya mula hilang kerinduan umpama memeluk Laila yang masih hidup.Air mata kegembiraan bercucuran.

 Andai sebelum ini manusia menjadi penghalang,kini kematian memisahkan mereka.

Malam itu Qais menghembuskan nafas terakhirnya di situ.

 Di kubur itu.
 Di sisi Laila.

 Sekian.

 Tivi di tutup bila azan maghrib berkumandang.

Ahad, 9 Disember 2012

bahagia

Pagi tadi aku bangun tido macam biasa.Tepi katil aku ada air suam tersedia.Madu,limau dan telur burung puyuh tersedia dia tepi gelas air suam.Aku tersenyum.

Aku pegi ke cermin.Rambut aku dah disikat rapi.Ni mesti keje bini aku time aku tido tadi.

Aku ke dapur.Roti bakar,kaya dan susu segelas dah tersedia.Aku tersenyum.

Terus aku gi bilik air untuk mandi.Rumah aku sunyi.Bini aku dah pegi keje kot.Cikgu sekolah memang gi keje awal.

Habis mandi aku sarapan dan siap-siap untuk keluar.Baju kemeja aku dah siap gosok dan bau wangi.Wangi dia lain macam.Biar lah.

Bila aku kunci pagar rumah.Baru aku teringat.Lutut aku dah terketar-ketar.

Bila masa aku kawen??!!

Rabu, 5 Disember 2012

Baqil alkisah arab


Tersebut alkisah mengenai sorang bernama Baqil yang cakapnya pelat dan tergagap-gagap di satu negeri yang tak dikenalpasti.

Suatu hari,Baqil sedang melepak.Tiba-tiba datang ibunya.

"Baqil,belikan aku sesuatu daripada pasar.Aku nak masak ni" sambil hulur duit dirham kepada Baqil.

Baqil senyap.Dia bangun dan ambil duit di tangan ibunya dan berlalu pergi.

Tiba di pasar dia membeli barang untuk ibunya masak sebagai lauk makan malam.Harganya 11 dirham.
Baqil pulang dengan senang hati sambil bersiul-siul.Kadang-kadang dia sepak batu-batu kecil di jalanan sebagai penghapus rasa bosan berjalan seorang.

Tiba di rumah,Baqil terus menuju ke dapur dan bagi barang itu kepada ibunya.Duit baki tak dilupa juga.

"Baqil,ni berapa harganya?"

Baqil senyap.Dia angkat tangannya dan satu persatu jari jemarinya diangkat.

"10 dirham?"

Baqil menggeleng dan menjelirkan lidah.

Ketawa besar ibunya bila melihat Baqil mengeluarkan lidah dan 10 jari.

Harga barang itu 11 dirham.Sepuluh jari dan sepotong lidah.

10 jari + sepotong lidah

Rabu, 28 November 2012

pemandangan bukit bersalji



Baru ni besday budak ni.
Bujang dan berani.
Gambar ni amik kat turkey awal tahun ni.
Dan dia budak johor.
Aku budak selangor.

Isnin, 19 November 2012

nota-nota cinta di poket belakang seluar

Cinta itu sedap.Lagi sedap daripada cokelat farrero rocher.Manis tapi tak berkekalan.Yang sedap tak semestinya manis dan manis tak semestinya sedap.

1. Origami Bintang

Di gerai cendol jalan Hang Tuah,melaka.Amat melabuhkan punggungnya di atas kerusi plastik milik gerai cendol lama itu.Di pelukannya ada sebalang kaca yang mengandungi origami bintang hijau.Semuanya kecil,sama bentuknya dan sama warnanya,hijau.

"Cendol bang?" melayu yang berumur lingkungan 30an itu bertanya sambil mengeluarkan ketulan air petak dari icebox berwarna biru.

Amat senyap dan menggeleng kepalanya.Dia tengah sengkek.Tiada satu sen pun di dalam poketnya.

Balang kaca itu diletakkan di tengah meja dan Amat memerhatinya.Lama.Dalam 4 5 minit gitu.Jari jemarinya berjalan dan pegang penutup balang kaca itu.Matanya melihat tulisan yang termaktub 'Janji Nur'.

**************

"Nur,bila kau mahu terima aku?" Amat bertanya.Nur senyap dan tangannya mula menggunting kertas hijau.Di sisinya ada gunting,kertas hijau dan balang kaca.

"Bila origami bintang ini penuh dalam balang kaca ni,time tu saya dah sedia" Nur berkata tanpa melihat wajah Amat.Dia segan.Pipinya mula memerah.Tangannya terus berjalan membuat origami bintang.Hijau warnanya.

**************

Amat membuka penutup balang kaca itu dan mengambil origami bintang yang pertama.Lipatan itu dibuka.

'hargai apa di depan mata tika punyai masa'

Itu yang tertulis di dalam origami bintang itu.Pesanan.


Ahad, 18 November 2012

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu....

Anak muda jiwanya mudah terbakar seperti minyak tanah.Pantang didekatkan dengan api,terus marak dan menyambar.Jiwa rebel.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu mak suruh basuh kaki sebelum tido,tapi terus u-turn ke bilik tido bila sampai depan pintu bilik air.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu mak tutup lampu bilik suruh tido,bila mak blah je terus nyala lampu suluh n baca komik bawah selimut.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu mak tuck in baju kiko sebelum keluar rumah,dalam kereta slow-slow keluarkan baju dari dalam seluar.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu mak ajak kongsi pinggan makanan time openhouse rumah orang,tapi selamba amik pinggan lain dan amik makanan sendiri.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu mak ajak beli kasut sekolah baru,terus nak beli kasut bertali padahal baru darjah tiga.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu lutut seluar sekolah koyak tapi terus pakai sebab nampak macho.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu cikgu denda berdiri depan kelas tapi terus berlari ke bilik pengetua dan berdiri di situ.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu member suruh berak dalam seluar sebab dapat balik awal,terus berak tanpa berfikir dahulu.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu mak sikat rambut sebelum gi sekolah,tapi depan pintu pagar sekolah terus tukar rambut ikut style sendiri.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu ayah bagi duit bayar yuran sekolah,tapi selamba simpan dan buat-buat lupa.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu campak bom asap tengah orang baca yaasin dan tahlil.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu rembat kepak ayam goreng lepas mak masak sebelum adik-beradik lain amik.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu time raya tak nak baju raya sama warna dengan adik-beradik yang lain.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu tak nak pakai baju bundle hasil daripada baju abang-abang lepas tak muat.

Anak muda terbakar hatinya itu mudah.

Khamis, 15 November 2012

Si Fulan

Bermainnya kisah ini di zaman khalifah marwan...

Di zaman khalifah marwan,ada seorang kawan kepada khalifah yang rapat sejak kecik lagi.Kenal baik budi khalifah.Memburu bersama,mengembara bersama dan macam-macam lagi.

Nama beliau tak diketahui,kita panggil dia si fulan.Si fulan ni ada sifat suka membohong.Bukan setiap insan sempurna seperti rasulullah,jangan pandang serang pada orang berakhlak buruk.

Selepas khalifah marwan naik takhta pemerintahan,si fulan jarang berjumpa khalifah dek busynya khalifah keluar out-station ke merata tempat.

Si fulan ini bijak dan suka pada unta.Pada suatu hujung minggu,si fulan sibuk bersiap-siap di pagi hari dengan khemah badwi dan bekalan makanan minuman seperti untuk mengembara.Dia naik keldainya dan menuju ke padang pasir yang terbentang luas.

Dia lepak di tengah padang pasir dan menunggu sesiapa yang hendak berhenti minum,makan or rehat di khemahnya.Kan aku dah cakap dia bijak,dia ada helah tersendiri.

Seorang saudagar dari syam berhenti di depan khemah si fulan.Jaafar namanya,muka bengis dan keturunan kurdi.

"Ya si fulan,aku mahu berhenti di khemah mu ini.Aku baru pulang dari tanah hijaz"

"Silakan tuan,aku sediakan khidmat sebaik mungkin" si fulan berkata sambil memandang 5 ekor unta di belakang saudagar itu.

Malam menjelang tatkala cahaya maghrib menghilang.

Mereka berdua mula nyalakan pelita dan duduk pekena teh sambil berbual-bual.

"Saudagar Jaafar,aku berkenan pada unta mu yang gemuk berisi itu.Bolehkah aku membelinya? Berapa harganya?"

"Hohoho..unta itu dari madinah,harganya 1000 dirham"

"Ok,tapi aku ada 300 dirham sahaja sekarang ini.Tapi,bolehkah aku tawarkan barangan berharga yang aku miliki pada mu?"

"Boleh dibawa bincang,kamu telah memuliakan aku dengan persinggahan ini"

Si fulan menuju ke hujung khemah dan mengangkat peti besi bertatah permata fairuz biru di depan Jaafar.Terus dia keluarkan satu baju besi lama yang dah koyak jaringan besi di dalamnya.

"Ini baju besi khalifah marwan,aku dapat lepas perang pertama yang dia sertai selepas dia jadi khalifah.Harganya boleh cecah 400 dirham"

Jaafar terkejut dan matanya membulat dan bersinar.

Si fulan mengeluarkan kasut lama yang belah kanannya terkoyak dan belah kirinya bertampal-tampal.

"Ini pula kasut khalifah marwan yang dia pakai taktala dibaiah dan kasut ini juga dia pakai sepanjang berperang.Harganya 200 dirham"

Jaafar teruja dan mengambil kasut itu dan perhati secara teliti dan dia tak percaya kasut khalifah berada di depan matanya.

"Apa lagi yang kamu ada? Masih belum cukup untuk harga unta itu untuk dibeli"

Si fulan tersenyum dan berkata "keldai tua di luar tu milik khalifah marwan,dia gunakan sebelum menjadi khalifah dan selepas menjadi khalifah.Dia hadiahkan padaku sebelum aku keluar dari kota.Harganya bernilai 500 dirham"

Jaafar senyum dan menghulurkan tangan untuk berjabat.

Si fulan senyum kembali dan berkata "extra 400 dirham buat diri mu sebagai tetamu khemah ku ini" dan berjabat sebagai akad jual beli.

Esok paginya,Jaafar meneruskan perjalanan dengan semua keldai,baju besi dan sepasang kasut.

Bayangan Jaafar menghilang di telan fatamorgana padang pasir.

Si fulan mengusap kepala unta baru miliknya dan berkata

"Alangkah bodohnya orang kaya,barangan dan keldai itu semuanya milik aku.Kasut buruk itu dah 20 tahun aku pakainya,baju besi itu aku kutip dari tempat pembuangan alatan perang dan keldai itu milik pencuci kasut khalifah bukannya milik khalifah.Kahkahkahkahkah!"

moral : dalam hidup ini ada ramai manusia yang suka ambil kesempatan dengan kelebihan dan kekurangan yang kita ada.

Jumaat, 9 November 2012

Senjata Pendekar Melayu

Exam.

Benda yang jadi darah daging mahasiswa.Sebagai mahasiswa gemilang,menjadi cemerlang dalam exam perlu dikecapi.Mahasiswa hari ini ramai yang merokok.

Ah! Kebende aku merepek ni?

Aku nak ucap Selamat BerSPM Kepada Semua Budak Form 5 1Malaysia

Dalam exam korang kena power,biar aku bagi tips :-

1) banyakkan doa
2) jgn lpe bawa dadu
3) kembali ke step 1

Selasa, 6 November 2012

Aqilah

Sahabat.Kawan.Teman.Friend.Member.

Semua ni membawa satu maksud yang sama.Orang yang berdamping dengan kita selepas keluarga.Kawan kita ramai.Cuba bilang kawan yang kita kenal sejak kita lahir,kompem tak terkira.Ada yang kita ingat,ada yang kita.........lupa.

Kawan ni sebenarnya macam barang.Sebab ada istilah 'buang kawan'.Lebih tepat kawan ni macam sampah.Ini bagi certain golongan.

Sebab ini blog aku,aku citer secara jujur.Korang baca,korang taknak baca ke.Aku tak kisah.

MULA

Dulu aku ada seorang kawan.Dia perempuan.Aku letak dia sebagai M dalam kisah ini.Aku kenal dia daripada kawan aku yang bernama A.Harap korang ingat watak ni,M dan A.

Zaman mula-mula aku masuk tahun dua kat alam universiti ni.M baik dengan aku,kitorang chatting bla bla bla tapi tak pernah berjumpa.A dan M lagi gila baik,diorang selalu jumpa,chatting dan macam-macam lagi.

A dan M ni macam adik beradik.

Bermula cerita ini bila M masuk satu jemaah.M mula berubah.Layan A dan aku lain macam.Katanya jaga ikhtilat.

Aku sabarkan je.Mungkin dia terkejut dengan budaya usrah.Tapi,setahun berlalu semuanya berubah.A dan aku jadi macam sampah.Dibuang begitu sahaja tanpa pemberitahuan.

Aku pernah jumpa M ni live dan dia memang buat muka macam tak pernah kenal aku.Aku memang geram time tu.Itu citer aku,si A mungkin ada cerita lain.

Ikhtilat! Itu jadi asas pembuangan kawan baik.Fine!

Tapi jujur dalam hati,rasa rindu saat berkawan tu ada.Air mata mengalir bila membuka memori lama.

Aku pun dah nak grad,tak perlu aku ubah orang lagi.Sebab itu jalan yang dia pilih.

Semoga Allah redha.

Isnin, 5 November 2012

Mahasiswa Gemilang 1.0

Semalam aku balik kuliah.Kuliah universiti,bukan kuliah agama kat surau.Aku balik je aku bukak laci meja aku.Time tu aku rasa terkejut beruk.Kosong.Dalam laci takde duit.Aku cuak,gabra,takut dan cemas.

Aku pun tanya member bilik aku "kau nampak duit aku tak?" aku tanya sambil bukak butang baju aku.Oh,aku lupa aku selalu pakai tshirt mana lah ada butang yang perlu dibuka.

Senyap.Member aku tidur rupanya.

Time tu baru aku sedar yang aku dah sengkek.Level sengkek ni selaku mahasiswa gemilang 2021 begitu parah.Kalah level bengkerap tau.Bila sengkek hidup mula jadi kutu mati.Mula duduk kat rumah.Hidup jadi tak tenang.

Usha fb dan instagram penuh gambar member makan tu la,makan ni la.Makan jenis dato datin punya harga.

Boring hidup tanpa duit ni.Member ajak keluar pasti kita tolak.Member ajak makan mula kita sengih mintak belanja.Yang baik dapatlah kita makan nasik,yang mulut puaka dapatlah kita makan kutuk caci maki.

Aku mula gigit bantal,bunyi kicauan dan ngiauan kucing memecah sunyi.Lalat mula hinggap kat mata,rambut dan jari kelingking kaki aku.

Aku bangun dan masak meggi.Sebungkus meggi kongsi berdua dan lepas makan aku terus tido nak elak lapar tu datang.

Mimpi makan rendang harimau..kejadah!

Sabtu, 3 November 2012

Raya ya ya

Hari raya merupakan hari perayaan umat islam satu dunia.Tak kira bangsa mahupun warna kulit.Hari raya ada dua jenis, raya haji dan raya fitri.

Kita sekarang sembang pasal raya haji.Nama lain raya ni berlambak seperti :-

1) Raya Adha
2) Raya Korban
3) Raya takde duit raya
4) Raya lembu dan kambing disembelih

Budak-budak kampung aku sentiasa sedih bila raya haji tiba.Poket kempis sebab takde duit raya.Pusing jalan raya penuhkan perut je.Itu pun kalau rumah tu ada makanan.Kampung aku gunakan cuti raya ni gi holidei.Time ni muka orang kampung aku banyak kat KLCC,Pulau Pangkor,Pantai Morib,Pengkalan Batu (tempat paling lawa di Klang).

Hari ni aku bersiap ke majlis raya kat area tempat aku duduk di Jordan ni.Sebagai senior berwibawa,datang lambat itu tanda hensem dan tanda seorang senior.Junior semua datang awal dan penuhkan kerusi dewan sambil menonton persembahan dan ucapan yang boring.

Sebelum masuk dewan sempat aku bersalaman ala-ala yb dengan junior entah sape nama diorang aku tak kisah pun.Junior perempuan aku sekadar mengukir senyuman di bibir.

Upacara makan bermula.Aku bantai daging unta 2 3 jenis.Tercekik bai.Terus aku carik air dan togok.

Mata terbeliak,pinggan makanan aku buang dan terus balik.

"Bodoh apa majlis hari raya takde air sirap!" aku bentak dalam hati sambil balik tak basuh tangan.

Rabu, 31 Oktober 2012

Ayat umum tak khusus

Dalam bahasa melayu,ada ayat umum dan ayat khusus.Bila umum belum tentu khusus,tapi bila khusus kompem-kompem la umum.

Contoh : Abu ke kedai beli sayur seperti tomato

Dari ayat ini,Abu membeli tomato tak beli timun mahupun cempedak.Kalau orang gila mesti cakap Abu beli tomato dan Myvi SE sebijik.

Ayat umum pulak yang tak khusus

"Examination selepas raya" kata lekcerer Aziah Rosli

Kan umum tu,boleh jadi sehari lepas raya..next week lepas raya.

Bahasa melayu ini penuh dengan tatatusila,tatabahasa dan tatatitititu.
Sebab tu orang zaman dulu penuh berbudi dan berbahasa.

Tapi tu lah,aku exam sehari lepas raya dan sehari sebelum exam baru aku tau..lagi terperinci 18 jam sebelom exam!

Ahad, 28 Oktober 2012

korban ban ban

Seperti yang kita maklum,sekarang ni hari raya korban sedang berlangsung.lembu disembelih,kambing disembelih,unta disembelih.Harimau terselamat.Cuma aku terpikir,kalau orang asli area Brazil tu bela harimau sebagai ternakan,takleh ke jadi binatang korban?

Mampus gi la soalan tu,nanti aku google answer.Mana la tahu ada orang asli Brazil yang celik IT pasang berukband jawab.

Ni nak cerita sikit pasal gi lapah daging kat tempat aku.Macam biasa la,semalam aku bangun lambat.Aku turun tempat lapah pun lambat.Macam biasa la,lembu tu hormat aku sebagai pelapah yang berwibawa.Dia pun tumbang dan sampai ke tempat lapah dengan lambatnya.

Sampai tempat lapah,aku usha line 2 3 kali.Ada la makwe 2 3 orang bergurau senda sebelum lembu sampai.Aku jeling je,diorang terus tutup mulut dan buat kerja dengan rapinya.Macam sikatan rambut aku yang rapi.

Aku terus meluru ke meja pendaftaran sambil mengelak 2 3 taik lembu yang masih hangat.Pelik,lembu tak sampai lagi tapi taik beliau dah sampai.Aku harap DBP tak marah aku sebab guna beliau pada haiwan,terutamanya lembu.

Pisau dikeluarkan dari sarung surat khabar yang aku gigih buat sebelum keluar rumah tadi.Aku letak pisau depan ajk pendaftaran tu sambil sebut nama aku.Settle.

Aku carik port lepak dan melepak sambil usha makwe-makwe yang semakin ramai bertambah di area dalam.Time tu aku tak senang duduk,pandang sana...pandang sini.

Dem! Tempat lapah ni takde air teh!

Natang,ni kali pertama aku datang tempat lapah tak disediakan air teh.

Aku berdiri dan meludah keluar tingkap.

puiii!!!


Khamis, 25 Oktober 2012

supik!

Dalam dunia ni terdapat pelbagai jenis manusia.Ada yang baik,ada yang buruk.Ada yang rajin,ada yang malas.Ada yang murah hati,ada yang kedekut taik hidung masin.

Manusia plastik.

Sejenis manusia bermuka-muka,celaru identiti dan jiwa tak kena dengan diri.

Simple dan ramai.Manusia jenis ni ramai.Tak kira dari gen XY ataupun XX.

Kaji balik diri kita.Kaji sedalam-dalamnya.

Kita plastik ataupun tidak?

Ya,aku lelaki plastik!

glosari : supik bermaksud plastik bagi orang pantai timur

Selasa, 23 Oktober 2012

datang bulan

Kepala pening
Hidung berair
Jambang dan misai tumbuh laju
Bilik bersepah
Malam tak tido

Welcome exam period!!

Jumaat, 19 Oktober 2012

Sumpah si hitam pada si hodoh

Si hitam berangan menjadi si putih
Si cantik mula dilupa bila hadir si hodoh

Manusia mula mengeluarkan sempoa
Cuba mengira apa yang dilihat
Dan mula keliru
Cuba mengira nilai
Ataupun harga?

Harga si hodoh rendah
Tapi nilainya tinggi
Harga si cantik tinggi
Tapi nilainya rendah

Manusia mula kecewa
Sempoa dicampak
Terbelah dua
Punggung diangkat
Mulut dibawa
Berita dicipta
Lalu disebar
Ramai terhibur
Bila menjadi pendusta

Itu manusia
Buat kerja sia-sia
Lupa yang itu namanya dosa

Pui!!!
Kenapa ramai caring pada si cantik?
Kenapa ramai rindu si hitam?

Biarkan masa berlalu
Biji kayu sempoa terus berguling

AhmadAlKhani
19/10/2012

Selasa, 16 Oktober 2012

2 kertas

semalam aku masuk ke bilik kawan aku.

di satu sudut..di sudut belajar bagi kawan aku.

ada 2 helai kertas tertampal di dinding.

jadual kuliah.

kertas jawapan peperiksaan.

aku jeling markah.

oh! patut dia muram hari ini.

"kegagalan itu langkah pertama bagi kejayaan"

get luck my friend for mak a change!


Ahad, 14 Oktober 2012

draft blog 09/11/2009

"Woi! cepat la sikit,terkedek-kedek pulak budak-budak ni"

Kedengaran jeritan Pak Hamid,penjaga pintu besar Sekolah Menengah Gombak Setia 2 memekik ke arah sekumpulan pelajar yang masih berjalan perlahan sedangkan perhimpunan mingguan sudah pun bermula.

"Sabar la Pak Hamid,kitorang tengah on the way la ni"

Yang ni Esah.Nama sebenar Aisyah Binti Suparman.Minah mulut takde lesen.Paling vogue la kat sekolah ni.Kaki rebel la senang citer.Pernah sound  Cikgu Hamizah cikgu matematik sekolah ni sampai menangis.

"Pak Hamid ni,asyik sound kitorang je.Kitorang datang sekolah kira okey apa"

Haa..yang ni pulak member baik Esah.Nama dia Puteri Nabila Huda Binti Dato' Khair.Nama feymes dia Pinces.Dia pelat time sekolah rendah dulu,sebab tu orang panggil pinces,bukan princess.Dia personal assistant kepada Esah.Otak dan jiwa lebih kurang sama.Cuma dia anak orang kaya.

"Dah la,cepat la jalan"

Syada.Dia ni senyap budaknya.Selalu mengikut budak dua orang tu.Tak banyak yang aku kenal dia.

Dan aku,Tengku Irdina Alia Binti Megat Nasir.Aku baru seminggu kat sekolah ni.Baru transer dari sebuah sekolah kat Rawang.Takde sorang pun pelajar sini yang kenal aku.Biar la,aku dah biasa dengan situasi sebegini.

Perhimpunan bermula untuk minggu itu.


*****

"Esah,kau kenal tak budak tungku tu?" Pinces mula buka topik baru lepas sembang pasal anak makcik kantin yang hensem.Mereka bertiga sedang berjalan menuju ke kelas di kawasan koridor sekolah.

"Ohh..tungku tu,haa..kenal la,budak sombong and rambut blonde tu..kenapa?" Ecah menjawab sambil sedut air milo kotak.

Syada pulak sibuk bermain-main dengan tiang-tiang di koridor itu.Berangan mungkin.

"Aku dengar dia tu dah pusing satu dunia.Anak orang kaya tu" jawab Pinces dengan mata yang bulat dan mulut yang melopong.

"Peh! patot la sombong" spontan Ecah 

Mereka bertiga tak perasan yang Irdina berada di belakang mereka.Irdina berhenti menapak dan mula membiarkan tiga orang gadis itu teruskan berjalan.

Irdina senyum.

*****

Pernah tak korang terfikir,perkahwinan bersyarat? 
dan syaratnya "pusing dunia dulu,baru kita berkahwin"

apa kata si lelaki?

Ahad, 7 Oktober 2012

seorang suami dan seorang isteri

Seorang lelaki farsi pulang ke rumah dan melihat isterinya sedang menangis.


si suami : tahukah kau,kau adalah perempuan kedua tercantik di dunia ini yang pernah aku temui

si isteri : siapa yang pertama itu?

si suami : kau...tika kau tersenyum


Si isteri tersenyum dan berhenti menangis.

Jumaat, 5 Oktober 2012

pen merah pen cikgu

"Bang Amat,Ina nak guna pen merah tu" pujuk Irdina.
Senyap.Ahmad senyap.Pen merah yang dipegangnya itu masih kemas di tangannya.
Dia bangun membisu dan keluar dari bilik kerjanya.

Irdina Alia dan Ahmad Alkhani dua beradik yatim piatu.Si abang berumur 20 tahun dan si adik baru 12 tahun.Kisah ini bermula ketika krisis ekonomi melanda Malaysia pada tahun 1997.

1997

"Alaa bang,Ina nak guna kejap je.Nanti Ina pulang la balik" pujuk Irdina.
Ahmad senyap.Bukan dia kedekut untuk bagi adiknya pen merah miliknya itu.Ada sebab yang lain.
"Abang! Ina nak tulis nota UPSR ni,bagi kalerful sikit" Irdina mula hilang sabar.
Kali ini kali ke lima Irdina mintak abangnya pen merah itu untuk digunakan.Sebelum ini,hampa.Abangnya senyap dan tak berikan kepadanya.

"Ina,pen ni pen merah.Pen merah hanya untuk cikgu.Abang cikgu,Ina pelajar.Ina kena faham" lembut Ahmad memujuk adiknya yang sedang memuncung bibir tanda merajuk.

Ina bangun dan berlari ke bilik sambil membebel sendirian "kedekut punya abang"

Pintu bilik tertutup.



2000

"Ina,buat paper hari ni elok-elok tau.Banyakkan selawat.Insya'Allah Allah tolong.Kita dah usaha,lepastu kita bertawakkal" pesan Ahmad kepada Irdina.Hari ini kertas terakhir Irdina bagi peperiksaan PMR.

"ok abang,hati-hati tau bawak kereta" kata Irdina sambil mencium tangan abangnya.

Ahmad melihat adiknya.Satu-satunya adiknya.Adik perempuannya itu kini sudah dewasa.Sunti.Dia melihat adiknya dari dalam kereta itu hingga adiknya hilang dari pandangan.

Pen merah yang dulu masih ada tersemat di poketnya.Pen merah tinggalan ayahnya.

"Amat,pen merah itu pen cikgu.Belajarlah jadi cikgu,baru boleh guna" pesan ayahnya dulu ketika dia merengek mahu guna pen merah ayahnya dulu.

Kereta Ahmad meluncur laju.



2020

Irdina Alia berdiri di depan pintu pagar sekolah kebangsaan gombak setia 2.Sambil memegang henset di tangan kanannya dan taip

abang,Ina dah boleh guna pen merah!!


p/s : aku tak tahu kenapa aku tulis cerpen yang hambar gila ni...selamat hari guru!




Jumaat, 21 September 2012

usrah itu keluarga

JANGAN BACA POST INI JIKA ANDA BUKAN BUDAK USRAH


Adik-adik,
Abang-abang,
Akak-akak,

Sebenarnya post kali ini bukan nak tegur ataupun nak caci komen sesetengah golongan.Ini namanya nasihat.Manusia memerlukan nasihat dan bimbingan untuk teruskan hidup yang harmoni.


Usrah

Mudah cerita : satu kumpulan yang lebih dari seorang,duduk bersila ataupun atas kerusi dalam satu tempat tak kira terbuka atau tertutup yang membincangkan tentang ummat,iman dan kehidupan semasa.

Payah cerita : berkumpul beberapa orang dalam satu tempat demi membincangkan dan melontar idea yang realistik dan memerah keringat dan sel-sel neuron dalam memperolehi idea untuk membangunkan ummat tak kira di Malaysia,Kemboja mahupun Palestin.

Tak Mudah dan Tak Payah cerita : usrah dari segi bahasa bermakna keluarga,satu kumpulan yang berkongsi segala beban dan keluhan.


Kehidupan

Kehidupan.Semua orang ada kehidupan tersendiri.Ada pandangan sendiri,misi sendiri,cara sendiri.Demi matlamat yang sama.Tapi,adakah semua jalan dan cabaran mereka sama?


Bini aktif

Dua tiga menjak ini,ada berita yang kurang aku senangi.Cerai bini sebab aktif berjemaah.

Si bini terlalu aktif berjemaah sehinggakan si suami kelihatan kecil di mata orang awam.Memang kita boleh kata "alaa,mulut orang mana boleh tutup".Yup,tapi perasaan suami macam mana bila dilayan lain daripada si bini?

situasi 1 : Si suami dan si isteri ke majlis perkahwinan,tetapi si bini di kerusi depan.Makan dengan VIP.Si suami di kerusi barisan akhir,makan dengan siapa-siapa entah.

situasi 2 : Dalam perjumpaan berjemaah,si isteri lantang berkata.Sampaikan pandangan dan hujah yang kukuh.Tapi,si suami senyap membisu hingga jemaah tegur "awak tu tak nak cakap cam bini awak ke?".

Adakah wanita perlu melebihi lelaki dalam berjemaah? atau ada batasnya?


Tongkang pecah

Si suami pulang ke rumah.Rumah bersepah.Memanggil si bini,tiada jawaban.Keluar rumah,kelihatan si bini terkial-kial masuk ke kawasan rumah dengan buku usrah memenuhi tangan.

Salah siapa?


Kesimpulan

Wanita dalam berjemaah ini mesti ada batasnya.Tunaikan tanggungjawab sebagai isteri dahulu,baru menuju ke arah jemaah.Andai anak di rumah mandi berseorangan dan si bini keluar ber'usrah',apa akan jadi nanti?

Wasalam.


p/s : aku tak bangkang jemaah,aku bangkang sikap ahli jemaah


Rabu, 19 September 2012

Waiting Outside The Lines

Aku menunggu di luar garisan
Bila kau mahu pelawa aku?
Dah lama aku menunggu
Itu yang aku mimpi-mimpi kan
Tiap-tiap malam
Dengan berbantal lantai hitam
Berbumbung langit cerah
Penuh dengan bintang
Mengapit bulan

Aku menunggu di luar garisan
Woi!
Dengar tak jeritan aku?
Aku menunggu ni
Di luar garisan
Aku terus menunggu
Biarpun kau tak jeling kat aku pun

Garisan ini
Bukan sekadar dari kapur putih

Aku menunggu
Dan orang panggil aku si bodoh
Si dunggu

Tapi aku senyum
Sebab ini yang aku nak
Menunggu
Menunggu di luar garisan

Isnin, 17 September 2012

lelaki sembang lelaki sembang

"Mat,keje kau camne?"
"Ok la Din,makwe ofis pon lawa"
"Untung la,aku keje despatch..masuk pejabat kejap-kejap je.Tak sempat usha PA baru bos aku tu"
"Kerja la ape-ape pun.Asal seronok dan tak susahkan diri"
"Tapi Mat,negara kita makin mahal minyak dan kos hidup.Kita kena berubah"
"Tunggu la,next week mana tau aku selamatkan anak dato' terus aku dapat jadi bos syarikat besar"
"Mimpi kau besar la Mat"
"Mimpi kena lah besar Din,manusia seronok dengan mimpi..bosan dengan realiti"
"Hurmmm"
"Bosan plak aku! Hidup solo ni bebas tapi kurang seronok"
"Tu la..Ha! anak bilal masjid carik kau hari tu,katanya nak bagi karipap"
"Gila kau! tu pancing je,dia nak kutip hutang dua ratus yang aku pinjam tak bayar lagi tu"
"Patut la.."
"Ok Mat,aku blah dulu! jumpa lagi"
"Ok,ada masa aku helo kau lepak"

"Arghh!! Air takde! Tisu habis!" jerit Mat dalam jamban keseorangan.


Sabtu, 15 September 2012

rapat umum ludah amerika

Mat baru lepas doa.Doa 2 3 ayat saje.

Bismillah dalam bahasa arab,doa dalam bahasa melayu.Takpe.Ustaz sekolah dulu kata takpe.Allah maha pendengar.

Mat bangun dari karpet masjid.Solat jumaat hari ni ramai gila.

Lepas masuk dua ringgit dalam tabung masjid dan anak yatim,kedengaran laungan di dataran masjid.

"Hidup! Hidup! Hidup Islam!"
"Hancur! Hancur! Hancur Amerika!"

Oh,hari ini kat dataran masjid ada himpunan bantah amerika.
Meraka hasilkan filem pasal nabi.
Filem kehinaan.
Filem najis.

Mat usha dari jauh.Duduk kat tangga masjid sambil baca kertas iklan ubat kuat untuk lelaki sejati.

"Kuat Dan Padu" bisik Mat lepas mengeja ayat pertama iklan tu.

"Takbir! Takbir! Takbir!"

Mat bangun.Orang ramai bersurai.

Celaka! selipar Mat kena pow.

"Pasni kita lunch McDonald jom!" Mat dengar ayat ni dari jemaah tu.

"Hampeh! tak Kuat dan Padu langsung" cakap Mat dalam hati.

Jumaat, 14 September 2012

hanya 2 minit

Pagi yang indah.Mat keluar bilik sambil keringkan rambut dengan tuala basah kekeringannya.Macam biasa,pergi kerja lambat memang rutin harian seorang bos.Kawan serumah beliau dah ada di kerusi meja makan.

"Mat,awek indon rumah sebelah kirim salam"
"wa'alaikumsalam,haa..anak tok bilal tepi masjid pun kirim salam kat kau Din"
"wa'alaikumsalam,kau kerja tak hari ni Mat?"

Mat angguk sambil makan roti berisi kaya pandan hijau jenama Happy.

"Aku nak settle projek 4 juta tu,MB nak turun tengok plan projek tu"
"Oh,Mat..tolong pasang tv tu"
"Peh,kisah benar pasal rebut tanah pusaka la Din..best citer ni"



Celaka! apesal aku tulis cerita tipikal melayu ni? asal citer melayu mesti ada scene 

- meja makan
- sembang projek juta-juta
- watak nak bos kaya bapak
- pasal tanah pusaka

Dah..dah..tukar scene!!


Lepas 45 kemudian....

"Bapak la,aku dah lambat ni!!" jerit Mat dalam hati.Kalau jerit kat mulut mau satu stesen KTM tu pandang selek kat dia.

Mat berlari,beli tiket lepas potong makcik cina bawak tongkat.Cucuk tiket dalam pagar KTM dan berlari ke belakang garisan kuning.

"Perhatian,kepada semua penumpang agar berdiri di belakang garisan kuning" corong speker dengan suara makwe baru bangun tidur kedengaran.

Mat sengih.Dia bangga menjadi orang yang berdisiplin dan patuh arahan.Dia usha jam Rolex Oyster Perpetual Datejust II yang baru dia beli dua hari lepas.Bos lambat takpe,asal masuk ofis.Bos muda berjiwa lembut dan cintakan alam sekitar membuatkan dia tidak membeli kerete Mercedez macam bos-bos yang lain.

"Aku taknak anak aku tak jumpa kertas,time tu semua pokok dah ditebang dan takde penghasilan kertas" respon beliau tiap kali orang tanya kenapa tak beli kereta.

KTM sampai ke stesen dengan bergaya.Ada koc wanita berwarna pink.Berebut wanita-wanita nak masuk dengan keyakinan bakal selamat dari gangguan seksual.

Mat masuk dan mengadap tingkap.Dia tak sempat beli surat khabar hari ni macam selalu.Luar tingkap hanya ada makwe india pakai skirt dan budak cina pakai baju sekolah tunggu KTM arah berlawanan.

KTM arah berlawanan sampai.Mat kaku.

Dalam KTM berlawanan,ada seorang yang berlainan jantina dengan dia.Hati Mat terhenti.Tenang dan damai.Makwe itu mengangkat muka.Mata bertentang mata.Berlainan koc.Berlainan KTM.

Dan makwe tu senyum,nampak gigi.Pastu dia tutup mulut dia dengan tangan.Comel!

KTM berlalu.Mat senyum 2 minit.

"yes! esok aku harap boleh usha makwe tu lagi" bisik Mat sambil pakcik pakai songkok sebelah dia pandang pelik kat dia.

"Argh!! zip tak tutup!!"

sambung (?)






Selasa, 11 September 2012

Bagaimana aku mendapat gelaran 'Moja'?

.
.
.

celake,blog aku ada virus..camne nak buang ni?

.
.
.

oh,tajuk ni saja bagi korang datang jenguk blog ni

Selasa, 4 September 2012

post ini ada kaitan dengan hati aku selama ini..mungkin ada kaitan dengan hati kau jugak

Menunggu seseorang selama bertahun-tahun.

Kita tahu dia bakal menolak kita.

Tapi kita terus berdoa sbb menganggap masih ada harapan.

Sebab tuhan itu maha membolak-balik hati manusia.

Tindakan ini.

Bodoh?

ataupun,Setia?

Isnin, 27 Ogos 2012

kegilaan cinta

sayangku,aku cuba lupakan mu # aku terlupakan diriku # aku cuba jauhi dari mu # aku membuka jalanku kpd mu

bagaimana aku lupakan mu # sedangkan suaramu terngiang2 di telingaku # bagaimana aku jauh dr mu # sedangkan aku lihat dirimu di kiri & kanan

setiap kali aku cuba jauh dr mu # semakin dkt rasanya diri kita # setiap kali aku cuba lupakan mu # semakin kuat aku mengingati mu

aku melihat mu di dalam mata ku # kau tinggal dalam hati ku # kau miliki jiwa raga ku

adakah selepas itu # aku mampu jauh untuk lupakan mu? # tak,ini kerja gila

kau telah memiliki anggotaku # mengawal perasaanku # mengalirkan jiwaku # menghentikan deriaku

tidak pernah aku melihat insan seperti mu # berhenti aku fikir selain drpd mu # sunyi telingaku melainkan suaramu

kering pena ku dan tidak mampu aku menulis # melainkan denganmu dan untukmu # berhenti aku berkata melainkan menyebut namamu dan memuji mu

aku kenal cinta dengan kau # aku kenal rindu dengan kau # aku membuka mimpi dengan kau # adakah aku berlian pada kau? # atau sekadar kaca?

sering terngiang dalam fikiran ku # adakah aku cinta pada dia? # lidahku kaku # hati ku menjawab # ya,aku cinta pada nya

sering aku bertanya soalan itu # agar hati aku kekal dgn cinta mu # tidak pudar dengan kesedihan

temanku,kenapa kau tidak menjawab? # adakah kau tidak rasa apa yang aku rasa? # hormat perasaanmu teman # katakan cinta bila merasainya

aku berjalan di tepi rumah mu # ku cium dinding demi dinding # bukan dinding itu membakar semnagat cintaku # tetapi insan yang hidup dlm nya

inilah kegilaan # kegilaan dalam bercinta # adakah kau merasa apa yang aku rasa?

hidupkan mimpi mu # jangan keliru dgn perasaan mu # selami jiwa raga mu # demi lafaz cinta # kau dan aku


***********


Puisi cinta nukilan Manjun dan Laila.
Akibat cinta terlarang.
Cinta dua darjat.
Tembok rumah menjadi penghalang mereka
.Begitu juga tembok hati.

Rabu, 22 Ogos 2012

Cinta Pertama

Macam semalam je aku keluar dari kelas.Kelas 2 Pintar.Nama kelas 'pintar' tapi aku takde la pintar mana.Periksa selalu je dapat no yang last-last.Nak kata bijak tidak,bengap pun tidak.

Zaman ni aku still belom baligh tapi dah mumayyiz.Aku takde nafsu syahwat tapi aku kenal apa itu cinta.

Inilah kisah Cinta Pertamaku...

Dalam satu kelas.

Meja selang 2 meja jaraknya.

Jarak jasad kami dekat,tapi hati kami jauh.

Setiap hari aku pandang dia.

Dia kesat hingus,aku tersenyum.

Dia betulkan tudung yang comot pun buat aku tersenyum.

....

Kami terpisah.

....

sekian.

Ahad, 19 Ogos 2012

salam astaghfirullah

selamat hari raya maaf zahir dan batin.

moga kesalahan yang lalu tidak menghalang kita berbaik di hari ini.

- daripada Admin dan tunang

Selasa, 14 Ogos 2012

malam 27

Pulang daripada berjemaah subuh,sempat aku dongak ke langit.
Bulan sabit pagi 26 ramadhan,malam ini 27 ramadhan.

27 ramadhan menjadi tarikh keramat yang penting dalam dunia masyarakat arab.Mereka mengikut kata ijmak ulamak yang berpendapat malam 27 ramadhan ini malam Lailatul Qadr,malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Anak-anak kecil akan keluar beramai-ramai ke masjid selepas maghrib.
Hadir tunaikan solat berjemaah.
Ada yang berpimpin tangan ibu,ataupun ayah.
Ada yang baru selesai mengemis hadir selepas mandi.
Ada yang berjubah baru putih berseri.

Lampu dan tanglung berbentuk bintang mula dipasang di jendela rumah.
Bukan seperti malaysia,malam ini satu keluarga wajib ber'kampung' di masjid hingga ke subuh.

Masjid akan terang benderang dan bauan wangi akan memenuhi ruang masjid.

Mereka hadir beribadah,setelah berjuadah.

2 tahun lalu...

"ellail qadr?"
"ellail qadr,na3am?"
"elqadr!!"

Anak-anak arab berjubah bertubi-tubi tanyakan soalan itu kepada aku dan kawan-kawan.
Tidak sabar mereka melihat 'pesta ibadah' di malam itu.

Inilah kenangan di negara arab,Alhamduilllah.

Khamis, 9 Ogos 2012

Cover Pilihan Anda

cover 1



cover 2




cover 3


Yang mana lawa? 

untuk cover projek besar 2013


Sabtu, 4 Ogos 2012

Soya dan Yahudi (2)

William tiba di pelabuhan.Sebelum bagasi dia disimpan di kargo,dia dicekup dari belakang dan ditarik ke sebuah lorong.

"Aku nak kau ikut aku"
"Kami mahu kaji pasal soya di China dan Manchuria"

William ketakutan.Dia kenal dua orang itu.Seorang bernama Frank Meyer dan seorang lagi Dr Dorsett.

Mereka bertiga menaiki kapal menuju ke China.

William menghantar telegram kepada isterinya,Edna agar membawa anak perempuan tunggalnya yang berumur 7 tahun ke China dengan menaiki kapal seterusnya.

Di China,di sungai Yangtze June 1918.Frank Meyer hilang tiba-tiba selepas makan malam.Keesokan harinya,dia di dapati mati lemas di hulu sungai.

William meneruskan ekspidisi ke China dan menyuruh Dr Dorsett ke Manchuria.Dia tahu kematian Frank ada kaitan dengan Dr Dorsett.

William ke China sebentar sahaja untuk mengambil isteri dan anaknya dan bertemu beberapa orang yang dia kenali untuk mengambil benih-benih soya yang berkualiti untuk dikaji.

1920,William tiba di Jepun.Tapi dirinya diburu orang Amerika.Dia dan keluarganya menuju ke kawasan kampung.Kawasan berbukit dan telah bertemu dengan seorang jepun yang tua dan berpengalaman dengan kacang soya.

Beberapa bulan kemudian,dia mendengar khabar Dr Dorsett telah membawa kacang soya ke kawasan jawa dan sumatra.Dr Dorsett hidup mewah di sana.

William giat mengkaji dengan pergi ke Korea mengambil benih soya bermutu,mengkaji penanaman soya tika musim sejuk dan peningkatan kualitinya.

Dia menjual benih soya ke China dan Manchuria.

Pada umur 75,dia meninggal sebab cerebral hemorrhage.Isterinya meninggal 6 bulan awal daripadanya.


Atas usaha William,kita merasai air soya hari ini dan tau fu fa.



Khamis, 2 Ogos 2012

niqab

sepasang mata tanpa kening

Sehelai kain memberi impak kepada dunia.

Pilih.
Niqab ini menjadi tembok
ataupun tirai.
Dalam kehidupan kita.

Fikir sebelum pakai dan pakailah sambil berfikir.

Selasa, 31 Julai 2012

Soya dan Yahudi (1)

kacang soya yang penuh konspirasi


Kacang soya merupakan kacang yang asalnya ditanam di Asia (jepun korea china) sebab itu bila kita tengok drama One Liter of Tears family diorang jual tauhu.Menjadi sumber ekonomi mereka suatu zaman dahulu.hampir setiap kampung menanam soya dan menghasilkan produk untuk menjana ekonomi.

Bermula kisah dengan William Morse.Beliau merupakan seorang professor amerika.Dia orang pertama yang kaji tentang soya dan membawa masuk kacang soya ke amerika atas arahan Dr Piper.Dr Piper inilah yang dikatakan seorang yahudi.Mempergunakan William dengan menyatakan mahu buat kajian tentang peningkatan kualiti soya.

Pada mulanya semua berjalan lancar,kacang soya dibawa masuk ke amerika pada tahun 1884.kajian dilakukan bertahun-tahun sehinggalah tahun 1916 di mana tercipta benih soya terbaik dunia.Satu revolusi kualiti soya berlaku pada tahun itu dan William mendapat pelbagai ganjaran atas kajian itu.

Ketika mereka berdua menjelajah amerika pada tahun 1909,Dr Piper pernah sebut pada William ketika mereka berehat di tengah gurun :

"these beans are gold from the soil. Yes, sir, gold from the soil. One must truly stand in awe of their potential power in the life of the western world."


William simpan kata-kata itu.Dia percaya pada Dr Piper tanpa berfikir ada niat disebalik kajian itu.


Suatu hari,William masuk ke makmal Dr Piper.Dia menjumpai satu kajian tentang soya di Asia sebelum dibawa masuk ke amerika.


Yahudi mengkaji raja-raja china mempunyai banyak gundik,puluhan anak dan ratusan cucu-cicit.Rakyat tika itu membudayakan diri dengan air soya dan raja tidak meminumnya.


Yahudi mengkaji dan dapati air soya tidak bagus untuk sperma lelaki,mengurangkan kualiti dan kuantiti.


William simpan semua fail kajian itu dan esok harinya dia lari meninggalkan amerika.Dia menumpang kapal menuju ke Jepun....

Apa jadi pada William selepas itu?

Ahad, 29 Julai 2012

All-Lymph-Pick

ring of nation

Semalam.
Aku tengok olimpik.
Ada sebabnya.
Bagi aku penting acara ni.


encik kacang tak pernah mengecewakan

Aku tengok dari mula gimik.
Beribu-riban orang yang buat gimik.
Power!

Sebab apa aku tengok opening ni?

2012
tengok opening olimpik

2046
korang ada jawapan tak bila cucu korang tanya "atuk tengok olimpik 2012 tak? epik tak?"


sekian.

p/s : jangan sampai cucu korang kecewa dengan zaman muda korang


Jumaat, 27 Julai 2012

suatu hari di bulan puasa time aku puasa dan korang puasa,tapi aku puasa 40 celcius dan 18 jam tempohnya

Semua orang pernah rasa penat.

Penat bermain bola.
Penat berjoging.
Penat kena kejar anjing.
Penat layan kerenah anak yang mengada-ngada.
Penat berpuasa.

Ya,itu dia.Penat berpuasa.Puas aku pikir apa yang aku penat.
Mesti korang pelik "alaa..org lain pun pose,kau kecoh buat apa".

Pernah puasa dengan suhu 40 celcius selama 18 jam tempoh puasa?
Kalau tak pernah,bertenang dan teruskan membaca.

Ini citer aku simpan seminggu buat pekasam.
Aku dah citer kat member-member aku.
Aku tulis sebab nak buat catitan dalam blog ni je.

Suatu hari,-aku tak ingat selasa ke rabu,ke ahad ye?- aku pergi kelas cam biasa.Tengahari membahang baq hang.Peluh habis dagu aku.

Aku campak beg kat kerusi kosong sebelah aku.Kelas cam biasa,ada 6 orang,2 melayu 4 arab.Kelas ini memang boring.

Pendekkan citer,aku tertido time lekcerer mula mengajar dan.....
...
...
...
...
bila aku sedar kelas kembali kosong!!!

aku usha jam,dah 5 minit waktu kelas berlalu.

sekian.

lebih kurang camni gak la

*alhamdulillah,ada gak post pasal ramadhan..baru nampak soleh

Rabu, 25 Julai 2012

gadis bertudung hitam


gadis bertudung hitam
berseri dengan senyuman
mempunyai cita-cita yang lumayan
mampu rempuhi kehidupan

gadis bertudung hitam
bukan aku kejar jiwamu
bukan aku kejar jasadmu
hanya akhlakmu

gadis bertudung hitam
aku rasa kita tiada jodoh
perlakuanku sebelum ini memang bodoh

gadis bertudung hitam
aku tak mampu ucap
"hai"
"selamat pagi"
"assalammualaikum cinta"

aku hanya mampu berdoa

agar kau sejahtera.

Ahad, 22 Julai 2012

menanti makwe di pintu syurga

amik gambar bangla separuh untuk makwe lawa


Bidadari syurga.
Lagi lawa dari makwe turki,iran,arab,melayu,cina,mexico,hindustan,united kingdom,negeri pasola,isketambola,belgium,nusantara,filipina,greenland,sepanyol,morocco...dan lain-lain.

Tetapi,
Wanita solehah itu lebih lawa dari bidadari syurga.


bakal ahli syurga..kita yang mencorakkannya


pelik kan? aku takde pos pasal ramadhan..

Khamis, 19 Julai 2012

Melayu + Bodoh!

jawi itu jiwa melayu


Melayu
Ramai orang zaman sekarang fikir ummat melayu,ummat yang bakal terajui dunia akhir zaman.
Ada yang kata imam mahdi bakal datang ke tanah melayu first-first nanti.
Ada yang kata melayu ni kaum yang unik sebab bakal ada mujaddid dunia.
Ada yang kata mungkin melayu bakal naikkan semua sistem khilafah di bumi ini.

Bodoh!
Kenapa kejar benda yang korang rancang tapi tak ikut realiti?
Kenapa tak cakap,melayu bakal bebaskan masjidil aqso?
Kenapa tak cakap melayu bakal menerajui malaysia dengan kemantapan agama?
Kenapa tak cakap melayu bakal menjadi negara Islam yang terbuka?


Bodoh punya bangsa! 

"hidup biar realiti bukan dengan fantasi dan muvi"

nota 1 : ramadhan menjelma lagi dan melayu still dengan juadah
nota 2 : ramadhan menjelma  lagi dan melayu dah sibuk dengan raya

Selasa, 17 Julai 2012

pepatah mengenai kawan

mem'bokeh' admin Lemak Padat untuk snap makwe obersi


"lebihkan berhati-hati pada teman kamu daripada musuh kamu"

Pepatah arab atas ni menunjukkan kawan kita lebih bahaya daripada musuh kita.Kenapa?
Kawan kita ketahui apa kelemahan dan kelebihan kita.
Tahu kita power tang mana dan lemah tika mana.
Andai kawan kita memusuhi kita,dia boleh jatuhkan kita lebih daripada musuh kita jatuhkan.
Luar dan dalam tentang kita dia tahu.


Your enemy is your friend.


"kawan kamu itu anjing ataupun anjing itu kawan kamu"

Pepatah arab ini ada dua maksud.Setia dan khianat.
Adakah kawan kita kaki setia ataupun kawan kita kaki khianat?
Ada kawan guna kita time ada kelebihan pada kita.
Bila kita ada kekurangan dia biarkan kita terkapai-kapai.
Kawan yang setia ada di sisi kita tak kira apa yang berlaku.

Bukan mudah kita temui kawan yang setia.


nota kaki 1 : gambar di pamukkale,Turkey
nota kaki 2 : makna Bokeh (klik sini)

Isnin, 16 Julai 2012

sumpah mengarut

lagu ulat bulu

Ada sang ulat bulu,
punya kaki seribu,
siapa jumpa kakiku, kakiku,
jikalau ku tak dapat,
terpaksa ku melompat,
dengan kaki seribu kurang satu

Pernah dengar lagu ni? sila google ye

Hidup ni perlu ada teman.Bukan mudah hidup foreveralone.

Sebab tu kebanyakan ayat alquran berbentuk jamak (ramai).
Sebab tu diciptakan Hawa untuk temani Adam.
Sebab tu bertemu Musa dengan Zafirah.
Sebab tu bercinta Yusuf dan Zulaikha.
Sebab tu sayang Sulaiman pada Ratu Balqish.
Sebab tu setia Muhammad pada Khadijah.

Cinta pada insan lebih power dari cinta pada haiwan.


Jumaat, 13 Julai 2012

ber'member' dan ber'makwe'

melepak sambil minum teh itu style lelaki ber'member'



orang hidup ber'member' : Manusia yang hidup hanya untuk member,asal dapat lepak bersama member sudah cukup bagi dia.Hati sentiasa 'senyum' bila bersama member walaupun sebentar.

orang hidup ber'makwe' : Manusia yang sepi bila bersama member,dia lagi selesa bersama makwe dia.Bila bersama member belum pasti hati dia berasa dalam 'hidup'.Mesti nak bersama makwe je.

Hari ini,kita lihat.Kita ni jenis yang mana?

Selasa, 10 Julai 2012

komuniti



"Komuniti yang melangkah ke hadapan mampu berfikiran terbuka,menerima pendapat dan memberi pendapat" - ibnu khaldun

Baru-baru ini ada kes status facebook yang membabitkan beberapa individu.Aku tak nak ulas tentang kes ini.Sekadar tahu dan perhati.

Komuniti tak boleh lari dari masalah,pertelingkahan dan peselisihan pendapat.

Cuba baca balik apa yang Ibnu Khaldun sebut atas tadi.Memberi pendapat dan Menerima pendapat.

Saling.Perkataan yang senang kita sebut tapi payah gila nak buat.Perkataan 'saling' ini memerlukan dua pihak.Bukan satu pihak sahaja.

contoh ayat : ali dan abu saling bantu-membantu membersihkan tandas sekolah.

Dua pihak yang berfikiran terbuka dan tidak bertindak mengikut emosi.Mudah kita sebut,payah kita jalankan.

"satu pihak membaling tahi,kita balaslah dengan melontarkan bunga" - pujangga

Baca.
Fikir.
Tunai.

Jumaat, 6 Julai 2012

futureman



Kerjaya.
Semua orang mesti akan fikir nak kerja apa lepas dapat sijil nanti.
Sejak kecik lagi kita dah tanam cita-cta dan impan.

"saya nak jadi polis,cikgu"
"askar,cikgu"
"guru,cikgu"
"bomba,cikgu"

Polis-Askar-Guru-Bomba
4 pekerjaan yang tipikal melayu selalu sebut time mula alam persekolahan rendah.Bila dah naik peringkat dewasa,bukan itu yang mereka nak jadi.

Same too me.Ada yang suruh aku jadi ustaz,jadi pensyarah,jadi motivator.Entah la.Aku lagi minat freelancer.
Kerja tanpa ikatan mana-mana pihak.Bidang sastera arab ini tidak meluas di malaysia.Aku ada cita-cita yang biasa,tak perlu dibangga.Cukup untuk aku sara anak bini dan bagi mak ayah aku duit bulanan.

"aku nak gaji bulanan ribu riban"
"aku nak banglo besar ada swimmingpool"
"aku nak jadi orang besar syarikat blablabla"

Ayat ni aku ada dengar.Korang tak pernah ke rasa perasaan 'cukuplah cukup-cukup makan' ?. 

Aku rasa tak perlulah aku kerja nanti dengan kerja yang power-power.Cukuplah untuk anak bini aku tak perlu makan ikan kembung goreng berulat.

Ada kisah...

Ada seorang teman.Ceritakan kat aku cerita ni.Pasal suami isteri yang hidup cukup-cukup makan.

Makanan paling mahal pernah makan semangkuk tomyam 8 ringgit.
Makanan paling murah pernah makan seekor ikan kembung 2 hari lepas yang berulat.

Di buang ulat satu per satu dan berkongsi dua pasangan suami isteri muda itu.

Pagi hari bangun,tiada teh dan tiada kopi.Tiada sarapan melainkan menanti tengahari.

Si suami kerja pejabat dan si isteri ambil upah cuci baju orang kampung.Hidup sederhana.Tiada motor,sekadar kancil 90an.

Tengah bulan paling perit bila tiada duit.Selongkar satu rumah cari duit.Bawah almari,dalam laci dan bawah karpet.Dapat seringgit beli meggi.Makan dalam gelap berteman lilin.

Si isteri tak akan makan selagi suami belum pulang.Dia pasti suami tidak makan di luar.

Pernah rasa hidup begini? tapi diorang berdua mesti senyum

Tak kira lapar,dahaga,gatal kena gigit nyamuk,demam kena embun pagi,sakit terpijak paku,kena tegur baju kemeja putih ada kesan makanan tumpah 3 hari lepas,baju kedut,pakai stoking bini,langsir rumah 5 tahun sekali tukar.

Inilah kehidupan.Teruskan hidup biar pun susah.

Mungkin ramai cakap "hidup orang lain,kita mesti nak yang senang"

Pernah fikir kenapa tuhan jadikan seseorang itu susah?

"hidup jangan jadi seperti fata morgana,dari jauh nampak ada bahagia..bila dekat satu benda pun tiada"


just..be..a..man

Sabtu, 30 Jun 2012

suwa suwey

Angelina Jolie derma 100,000US Dollar untuk pelarian Pakistan

Gambar di atas hanya selingan.Supaya orang search Anjelina Jolie sampai ke blog aku.Nampak tak jalan dakwah aku?Haha.

*****

Minggu ni macam-macam berlaku.kalau kita bukak balik surat khabar dari ahad sampai ke sabtu,ada lebih 1000 cerita kita dapat.Berita jenayah,berita sukan,berita artis,berita filem.

Hidup ini seperti berita.Ada kisahnya,ada flownya,ada wataknya dan ada tempatnya.

Mungkin korang tengah pikir yang aku tak tahu nak tulis apa.





dan korang betul.KBye.

- mantan pres dayat nak kawen
- mantan pres afiq nak kawen
- mantan timb pngrusi mmy abg afifuddin nak kawen
- mantan timb pres kak tim nak kawen

"perkahwinan itu membina sebuah istana dan mahligai,bukannya kubu dan penjara"





Selasa, 26 Jun 2012

kehilangan

Semua orang pernah rasa kehilangan.Selalunya dikaitkan dengan kematian.

Aku pernah rasa kehilangan juga.Tapi bukan dengan kematian.

tahun 2001,ayah dan mak aku nak tunaikan haji.First time aku rasa seperti bakal kehilangan mereka berdua.Malam tu aku nangis.

End of Story.

*****

Aku nak bercerita.
Semalam Teman serumah aku.Teman sekuliah aku.Teman setajaan aku.
Dia terima panggilan tentang ayahnya yang tenat.
Semalam juga dia terbang pulang.
Hari ini dia bagitau,ayahnya sudah tiada.
Tak sempat menatap jasad ayahnya.

Aku harap kau kuat Hatta.

Aku nak tengok kau senyum seperti..

Masa aku kenal kau time kursus persediaan di KUIS,Bangi
Masa aku hulurkan tangan sambil kenalkan nama aku
Masa aku buat lawak dalam kelas
Masa kita main futsal petang-petang
Masa kita berlatih sketsa dan nasyid untuk penutup kursus
Masa kita berkayak di tasik KUIS bersama
Masa kita sama-sama keluar ke Mydin subang
Masa kita keluar enjoy di Low yat
Masa kita jejak kaki di KLIA
Masa kita sama-sama lambai tangan kat mak ayah kita di KLIA
Masa kita transit di bahrian
Masa kita jejak kaki di Queen Alia Airport
Masa kita dengar arab cakap "welcome from jordan"
Masa kita tidur transit di rumah abg sahel n hilal
Masa kita ke balad membeli hirom
Masa kita buat karipap dan donut
Masa kita bermarkaz lughah sama-sama
Masa kita ke syajarah berjaulah
Masa kita ber'nizom usrah bersama'
Masa kita eksited main frost di luar rumah
Masa kita seronok guling-guling atas salji
Masa kita sambut besday kawan-kawan kita
Masa kita naik pickup time pindah rumah
Masa kita sembang pasal orang yang kita suka
Masa kita wida' kau nak balik raya
Masa kita bekerja dalam program bimbingan abg rahman
Masa kita bekerja time jaulah MMY
Masa kita berada di aqabah
Masa kita sakat senior dengan link prank keluar hantu

................macam-macam dah kita buat dan kau senyum.

Aku harap kau teruskan senyum.Itu bakal jadi sumber kekuatan kau dan ibu kau.

Semoga bersama orang solihin : Ayah kepada Hatta Bin Shafri