Khamis, 13 Disember 2012

Laila dan Majnun (versi ringkas)



Di satu petang yang berdebu,seorang budak arab tengah melepak di depan tivi rumahnya.Drama petang sabtu bermain di kaca tivi.

Emaknya sibuk menguli tepung di dapur. Budak arab yang masih belum matang,sebekas buah kurma dan sebijik tivi.

 "Ummi! Ni apa tajuk citer ni?" budak arab tu bertanya kepada emaknya.Nampak sangat dia masih belum bersekolah tinggi.Masih belum mampu mengeja dengan betul.

"Laila dan Majnun" kata emaknya sambil duduk bersila di tepi budak arab tadi.

 .....................

 Alkisah bermula di Farsi,suatu masa dahulu.Di sebuah kampung pedalaman.Terdapat sepasang suami yang suaminya merupakan ketua qabilah Bani Umar.

Segala benda yang dia inginkan pasti dia peroleh,kecuali zuriat.Bertahun mereka usaha,tapi tiada hasilnya.Putus asa menjadi darah daging mereka.

 "Bang,marilah kita try sekali lagi.Kali ini kita berdoa dengan sungguh-sungguh tanpa kita putus asa" si isteri memujuk suami di malam hari. Si suami senyap sambil tangannya merayap ke pelita dan memadamkan apinya.Bilik menjadi gelap.

 Sebelum subuh,pasangan suami isteri itu berdoa dan bermunajat.Air mata mengalir tanpa henti.Hingga di pagi hari bila menjelang matahari,garisan-garisan bekas air mata wujud di wajah-wajah mereka.

 Doa dan kesungguhan itu berhasil.Mereka mendapat seorang cahaya mata dan dinamakan sebagai Qais. Qais membesar dengan bijak dan power.Dia seorang yang genius.Umurnya tak padan dengan pemikiran dan jiwanya.Segala ilmu berada di dalam otaknya.Umur yang muda sudah mampu menghafal dan menghasilkan bait-bait syair yang mampu meruntunkan hati para pendengar.

 Dia dia masukkan ke sekolah elit di kawasan bandar.Budak pandai semestinya berada di kelas hadapan.

 Di dalam kelas itu ada seorang perempuan.Ini bukan cinta pandang pertama.Sebab mula-mula Qais pandang perempuan itu sebelah mata.Bila hari mengambil report card,Qais mendapat tempat pertama di dalam kelas.Dia menantikan siapa di belakangnya. Perempuan itu beratur di belakangnya.Qais membuat muka kelat bila perempuan itu senyum padanya.

"Tahniah awak" perempuan itu berkata.Qais menjeling nama di baju perempuan itu.

 Laila.

 "Terima kasih...Laila" fes time dia tahu nama perempuan itu dan bila nama iti disebut,hatinya mula gelabah.Dia berlari keluar kelas.

 Laila.Orangnya cantik.Rambutnya hitam dan matanya jelita.Rambutnya hitam seperti malam.Matanya jelita seperti bintang.Ramai yang memuji keindahannya.Dia pernah dipinang di usia yang muda oleh seorang pembesar negeri dek cantiknya beliau.

 "Laila..Laila" Qais mula angau.Tidur malamnya mula diulit mimpikan perempuan itu.

Dan zaman bergerak laju.Mereka berdua mula kapel dan berbalas nota. Zaman itu bukan zaman kebebasan.Keluarga Laila mendapat berita ini dan memberhentikan persekolahannya.

 "Aku kerja siang malam,kau ke sekolah untuk bercinta!!" marah bapak si Laila.Laila menangis dan masuk ke biliknya.Air matanya membasahi bantal dan cadar katilnya.Dia memerlukan Qais di sisinya.

 Hari berlalu.Qais merindui Laila.Dan Laila merindui Qais.Setiap hari Qais menunggu Laila masuk ke pintu kelas,tapi tiada bayang pun.

 "Laila dah benti sekolah Qais,baik kau carik perempuan lain" selamba Ahmad jiran Laila berkata sambil mengasah pensil khatnya. Selepas sekolah,setiap hari Qais akan mencari Laila.Semakin hari,jiwanya sakit dengan kerinduan.

 "Laila..Laila..di mana kamu,aku merinduimu" sering dia ucapkan tiap kali berpusing di kota mencari Laila.Mengharap Laila berada di jalanan.Mana tau terserempak Laila kat kedai buat spek mata (ah sudah masuk cter aku plak!).

 Pakaian dan pelajaran Qais tak terurus.Tiap kali bertemu orang,dia akan bertanyakan tentang Laila.Jambang dan rambut mula tumbuh panjang.Dan dia tidak mendengar apa yang orang kata melainkan ada kaitan tentang Laila.

Aku melalui dinding,lalu dinding rumah Laila
Dan aku mencium dinding ini dan dinding itu
Bukan cinta kepada rumah itu yang mencuri hati dan jiwa ku
Tapi seseorang yang aku cintai yang berada di dalamnya

Dan orang kampung memanggil Qais sebagai Majnun (orang gila).

Telinga aku mula memekak
Mulut aku mula membisu
Semua benda menjadi sunyi
Melainkan nama kau aku sebuti

 Laila dikurung di dalam rumah.Dia tak dibenarkan keluar.Bila khabar ini sampai ke telinga Majnun,terus dia berlari ke depan rumah Laila.Pengawal menghalangnya untuk bertemu Laila.

 "Laila! Laila! Aku di sini! Aku Qais! Aku rindu padamu!" Jerit Majnun tika pengawal menyeretnya pergi jauh daripada rumah itu.

Majnun berjalan ke belakang bukit rumah Laila.Sebatang sungai daripada bukit itu terus ke kawasan rumah Laila.Dia membuat pondok kecil di bukit itu dan menetap di situ sambil melihat bumbung rumah Laila.

Dia berkata kepada sungai.Dia berkata kepada burung.Dia berkata kepada angin.

 Moga sampai berita kerinduannya kepada Laila.

 ....................

 Beberapa tahun kemudian Laila kahwin dengan pemuda yang dipilih oleh bapaknya.Kahwin paksa dan berita kahwin itu sampai kepada Majnun dan kesedihan menimpanya.Dia menuju ke luar kota dan tinggal di sebuah istana lama.Berkawan dengan serigala.Bagi dia manusia ini bukan kawan setia.Hari ini lain,esok lain. 

Kehidupan Laila tak bahagia.Laila masih rindukan Qais.Hingga di temu ajalnya,mulutnya masih menyebut "Qais,di mana kamu..aku rindu padamu".

 Berita kematian Laila sampai lambat beberapa tahun ke telinga Qais kerna tiada siapa menjumpai Qais hingga seorang musafir singgah di istana lama itu.

 Qais berlari ke kota dan terus ke kubur si Laila.Dia memeluk kubur itu dan hatinya mula hilang kerinduan umpama memeluk Laila yang masih hidup.Air mata kegembiraan bercucuran.

 Andai sebelum ini manusia menjadi penghalang,kini kematian memisahkan mereka.

Malam itu Qais menghembuskan nafas terakhirnya di situ.

 Di kubur itu.
 Di sisi Laila.

 Sekian.

 Tivi di tutup bila azan maghrib berkumandang.

2 ulasan:

husna [ nais ] berkata...

Selesai baca. Mmg versi pnjgnya pun lebih krg mcm ni ke?

ahmad alkhani berkata...

Aah..versi panjang lebih kurang dan ada detail ceritanya yg bagi aku mcm kurg penting