Rabu, 25 Disember 2013

Diari Encikgu #25

Hari selasa bulan disember dua hari lalu aku kena paksa pergi satu kursus. Pada mulanya aku malas. Guru Besar sms pun aku tak balas. Mana taknya, time cuti krismas la kena pergi kursus. Bukan apa, nanti Santa datang rumah aku siapa la nak bukakan pintu dan amik hadiah aku tu nanti.

Tapi lepas cikgu nurain call aku di waktu pagi, memang aku kena pergi la dengan semangat perdana. Bukan apa, selalu cikgu nurain ni call lepas asar ajak minum petang tapi kali ni di waktu lagi time aku buka bungkusan nasi lemak sambal kerang balut daun pisang.

Kursus ni buat dekat Pelabuhan Anak Dick. Nasib baik aku tak translate jadi lucah. Nama tempat pelik-pelik je kat Malaysia ni.

Kursus Piawaian Makanan Kantin. Nama pun dah pelik. Aku ingat kursus ni macam kursus lain. Duduk atas kerusi,salin itu,dengar ini,otak tepu dan mati kepenatan. Tapi kursus ni hanya perlu bawa lidah dan perut. Kitorang peserta perlu rasa satu jenis makanan daripada beberapa tender yang ada. Macam pagi hari tu, bihun goreng ada 5 tender. Kena rasa setiap satu dan keluarkan komen.

Time malam pulak belajar macam mana kualiti sesuatu makanan yang sebenar. Macam malam tu belajar kualiti nasi lemak. Baru aku tau kacang goreng kena ada lima biji dan ikan bilis kena ada 7 ekor sekurang-kurangnya dalam satu nasi lemak berkualiti.

Setiap benda ada kisah.

Pagi tadi ada slot Karipap Pusing pukul 8 pagi di dewan. Semua kena belajar kualiti karipap pusing. Cikgu sebelah aku lelaki tua dari sekolah mana aku tak tahu la. Dia sengguk-sengguk je time fasilatator ceramah saiz kentang yang perlu dipotong petak tu cemana.

Aku siku la dia jap. Dia terjaga dan pandang aku. Aku acah-acah buat amik karipap pusing atas meja. Dia terus bangun pergi tandas. Seminar terus berjalan dengam cerita cara buat doh karipap. Aku pon menguap.

20 minit berlalu. Tetiba terasa pundi kencing aku hantar signal pada otak aku. Lantas aku bangun dan berlari ke tandas. Laju tu tak yah citer camne la. Kira kau pejam mata buka balik aku dah depan mangkuk tandas duduk tengah buka zip seluar slack. Gitu.

Time aku kencing aku dengar bunyi.

"Kokk kokk kokk kokk"
"Ringgg ringgg ringgg"
"Uweeee uweeee uweee"

Aku relaks je. Lepas kencing aku gi la depan sinki. Time basuh tangan kedengaran pintu bilik air terbuka dan cikgu yang duduk sebelah aku tadi muncul. Muka dia serabai dan dia basuh muka dia dengan air paip sinki. Aku senyum sambil kata "Baru bangun ke bang?"

Muka dia time tu berubah. Merah gila. Mata terbeliak. Macam nak tumbuk aku. Tapi lepas dia usha aku jap, dia senyum.

Aku cepat-cepat masuk dalam dewan. Aku duduk sebelah cikgu nurain. Cikgu nurain blushing je time aku sembang pasal karipap yang ada atas meja tu. Dia gelak-gelak manis. Lepastu tetiba dia senyap. Pelik.

Dia koyak kertas dan pass kat aku. Aku baca la.

"Cikgu, zip tak tutup"

Aku buat tenang dan senyum balik dekat cikgu nurain.

Aku batuk kuat-kuat dan tarik zip laju-laju dengan berhati-hati.

Isnin, 23 Disember 2013

Diari Encikgu #24

Sebelum matahari terbit aku masih atas katil. Matahari mencapai ufuk 45° pun aku masih atas katil. Kursus bertukang dua hari lepas dekat bengkel bot sijangkang buat aku penat dan malas ke sekolah. Tapi demi sesuap nasi dan rezeki, aku menuju ke sekolah dengan penuh gagahnya.

Sebelum ke sekolah aku terlintas dalam hati.

"Alangkah moleknya kalau pekena roti canai dan kopi o di pagi hari ni"

Dengan menjeling sedikit ke arah jam, aku yakin masa masih panjang. Aku laju je pegi ke kedai roti canai kampung. Aku capai suratkabar atas meja. Dua saat je aku baca, aku campak balik sambil mulut merungut.

"Apa la kedai ni, surat khabar minggu lepas je ada"

Kedai tu kedekut betul. Beli surat khabar seminggu sekali. Tu pon hari sabtu. Mana la ada berita bola yang best. Bodo betol.

Sampai je roti canai aku bedal dengan laju. Rangup betol sampai habuk roti tu penuh keliling misai aku. Kari kambing aku jilat sampai tak nampak bekas yang wujud kari dalam mangkuk itu sebelumnya.

Time aku nak bayar, perut aku memulas. Aku cuba control. Aku start je motor. Ah sudah! Memang takleh dah ni. Luar kawalan. Aku pecut balik rumah dan buka pintu macam kena kejar hantu pocong. Aku masuk bilik, bukak stoking campak atas katil. Bukak seluar, campak bawah katil.

Lega.

Keluar je jamban, aku siap ke sekolah dengan tenang. SMS daripada guru besar masuk, aku bukak je ada emoticon senyum. Aku pon cepat la ke sekolah.

Sampai sekolah, semua orang senyum mesra kat aku. Maybe aku hensem kot berbaju melayu biru gelap ni. Aku senyum la balik. Cikgu Nurain lalu, dia pandang aku then senyum. Sempat dia tanya "Ekhemm cikgu sihat?". Aku tak jawab, aku senyum manis je.

Masuk je bilik meeting, aku amik port depan penghawa dingin. Layan betul. Aduhh kaki gatal tetibe. Kena gigit nyamuk kot. Aku garu la. Time garu tu aku pandang kaki.

Patut la semua senyum. Sebelah warna hitam, sebelah warna merah.

Adehh!!

Jumaat, 20 Disember 2013

Diari Encikgu #23

Dua hari lepas aku daftar sekolah baru. Semua macam berjalan lancar. Dari isi borang,buat nametag,buku rekod dan punch card. Semua smooth je. Guru Besar pun baik. Cuma kali ni bukan janda berhias.

Tapi pagi-pagi dah ada meeting. Sebelum meeting ada makan ringan sikit macam cucur badak dan lepat pisang bersama teh O cap Masjid yang berbau wangi. Teh wangi ni syarat dia kena nipis je, kalau letak banyak serbuk nanti tak wangi.

Meeting pun enjoi je. Sembang gelak-gelak. Time gelak tu kenalkan diri. Aku duduk sebelah cikgu perempuan. Nama dia Ani. Real tak real cikgu ni, dia style macam cikgu nurasyiqin. Aku sembang dengan dia mesti dia senyum. Nampak lesung pipit dan gigi tindih dia. Ekhemmm comel.

Apepun, aku happy je sekolah baru ni gaji sikit tapi kerja enjoi. Cikgu lelaki pun ramai, takde la asyik aku je kena baca doa makan dan doa majlis.

Yang paling penting. Sekolah aku takde anjing. Sekian.

Isnin, 9 Disember 2013

Desaturasi hitam tahi cicak

Dua tiga menjak ni ramai orang cari aku. Minta motivasi dan semangat. Terus aku lompat dari katil pergi depan cermin. Aku tengok diri aku dari atas sampai bawah. Rambut serabai,baju gambar tengkorak dan seluar tiga suku basuh seminggu sekali. Tapi kenapa orang minta aku motivasi?

Aku pergi ke dapur. Aku buat lempeng. Campur tepung,campur air dalam blender dan kisar.Aku masak laju-laju sebab aku dengar bunyi perut aku dah pasang lagu Marjinal.

Tengah suap-suap lempeng otak aku berfikir, kenapa orang tak letak cili dalam lempeng? Gula pun orang tak letak. Tawar. Semuanya jadi seimbang daripada benda luar lempeng tu.

Baru aku sedar hidup aku ni macam lempeng tawar. Orang luar akan datang bawak "cili" dan "gula" untuk aku berasa "pedas" dan "manis".

Terima kasih buat semua orang yang wujud di dunia ni tak kira anda berada di Mesir,USA,Rusia mahupun Zambia.




Aku tak nangis ok time makan lempeng tadi.

Khamis, 5 Disember 2013

Kenangan AJL 23

Muzik.

Muzik ni salah satu cara manusia menyampaikan sesuatu kepada manusia yang lain dengan lantunan bunyi-bunyi instrument (alat-alat muzik). Tujuannya untuk hati terhibur dan hati tertarik. Contohnya corong-corong pembesar suara akan mengeluarkan bunyi “Ding-Dong” sebelum mereka membuat pengumuman. Si jejaka akan mengeluarkan bunyi “Ehem” sebelum mengorat atau meluahkan perasaan mahupun melamar si gadis ayu berbibir seksi. Lori balak akan menghasilkan bunyi “Pinnnnnnnnnnnnnn” yang kuat sebelum hentam kereta kancil di selekoh lebuhraya Gua Musang.

Ini semua muzik.Semuanya hanya untuk menyampaikan sesuatu kepada kita semua.

Bila sebut pasal muzik, kita perlu ingat yang ianya salah satu daripada cabang seni. Bila ada seni, ada anak-anak seni. Bila ada anak seni, ada anugerah tanda penghargaan.

Ini memori 2009 aku. Anugerah Juara Lagu 23.

*****

“Li, beres tak malam ni?” tu yang aku tulis pada kertas kecil yang aku koyak daripada helaian buku makmal marapelajaran Kimia aku. Aku pass ke Abu untuk bagi ke Ramli, member baik aku sejak aku masuk sekolah menengah. Abu salah paham, dia pass ke Kudin. Sai-tan betul, Kudin dah la pengawas asrama. Dia jeling aku dan Ramli lepas baca nota kecil tu. Perlahan-lahan aku angkat jari tengah untuk Abu.

Loceng rehat berbunyi. Terus aku rangkul leher Ramli dari belakang.

“Li, malam ni clear kan?” suara Ramli Sarip aku kedengaran. Serak-serak basah. Kami berjalan lepas Cikgu Syida, sempat juga aku kenyit mata pada cikgu praktikal baru tu.

“Ok je, minggu ni kunci bilik radio dekat Lan” Ramli jawab tak pandang muka aku langsung. Mata dia tengah usha Maisarah anak makcik kantin yang tengah tuang sirap limau ais ke dalam gelas-gelas plastik dalam talam besi.

Hari berlalu laju. Malam pun tiba.

Lepas maghrib merupakan waktu prep budak asrama. Warden-warden akan pusing satu persatu dorm untuk pastikan semuanya tidak berpenghuni. Aku ingat lagi malam tu, aku dan Ramli kena pergi prep sebab Azman,Mikail dan Rushdi punya turn malam tu menyorok belakang locker. Kadir dan Mail punya turn menyorok atas syiling tingkat tiga. Jadi terpaksalah aku dan Ramli turun ke kelas prep.

Tapi, orang bijak takkan senang putus asa. Kami ada plan sendiri.

Lepas warden-warden pusing semua dorm, Ramli panggil aku kat kelas. Time tu aku baru nak in conversation dengan Fetty dan Zetty (aku tak ingat dah nama sebenar diorang ni siapa). Ramli masuk kelas prep aku sambil tunjuk segugus kunci. Aku senyum. Ramli senyum balik. Lagi lebar daripada aku.

Malam tu nak tak nak kami kena naik ikut tangga besi tangki air. Jalan depan dah kena tutup dengan budak tahfiz. Budak tahfiz ni macam botol air berlubang kecil. Isi air boleh, tapi keluar sikit-sikit. Rahsia tak boleh simpan. Kalau warden tanya mesti keluar je full name.

Aku panjat dulu. Ramli panjat kemudian.

“Woi Li, kau jangan intai. Aku tak pakai ni” Aku warning awalawal sebelum Ramli buat kerja gila. Aku pakai kain pelikat je malam-malam gi prep. Senang dan bebas.

Ujian kedua adalah pejabat ketua warden. Ketua warden memang 24 jam aka nada dekat pejabat. Nak tak nak kena lalu situ juga. Jadi kami meniarap kat lantai dan mengesot macam hantu Indonesia. Laju.

Akhirnya kami sampai depan pintu bilik radio. Kunci dimasukkan ke dalam lubang kunci dan pintu dibuka.

Cepat-cepat aku buka radio. Mula cari frekuensi radio Hot.Fm dan kedengaran suara Faizal Ismail,Ally Iskandar dan Cheryl Samad.

Malam itu jadi sejarah di mana Faizal Tahir membuat hatrik 3 anugerah dan Meet Uncle Hussain memenangi Anugerah Lagu Terbaik dengan nyanyian “Lagu Untukmu”.

Lagu “Bukan Di Sini” Sofaz membuka tirai. Aku dan Ramli layan betul malam tu. Bagai dunia itu kami yang punya. Yang paling gila time Aizat nyanyi lagu “Lagu Kita”. Aku kuatkan volume radio. Memang padu, masuk hati bai lagu tu. Aizat masa tu nyanyi pakai gitar solo. Ni apa yang Faizal Ismail ulas la. Time lagu “Cuba” Faizal Tahir, aku dan Ramli jawdrop. Meremang bulu tengkuk memasing dengar lagu tu.

“Wow! Tak penat ke menari sambil menyanyi?!” kata Cheryl Samad selepas lagu “Aku Stacy”. Bintang baru AF anak kelahiran Sabah yang baru nak up. Menyanyi rancak sambil menyanyi. Power power.

Tiba-tiba pintu diketuk kuat.

Aku tutup radio. Ramli tutup lampu. Serentak aku dan dia menyorok bawah meja.

“Cilake, siapa pecah lubang ni? Bukan line clear ke kau kata tadi?” aku bisik kat Ramli.

“En..tahh” suara Ramli tersekat. Cuak. Dahi dia berpeluh banyak.

Pintu bilik radio berbunyi. Bunyi orang masukkan anak kunci pada tombol. Pintu terbuka, ada orang masuk. Berjubah. Time tu aku rasa macam urat pundi kencing aku dah putus.

Dengan tenang ketua warden tunduk ke bawah meja. Aku buat muka cool dan Ramli sengih-sengih. Malam tu kami tak tidur. Berdiri atas tembok asrama tak berbaju. Disiram sebaldi air setiap sejam sampai subuh. 

Dalam hati aku, aku tengah mencarut dan tak puashati siapa yang buka mulut ni. Aku syak si pengawas manja tu, Kudin.

Lepas solat subuh, aku duduk tepi Kudin yang baca quran belakang tiang surau. Aku gosok belakang badan dia sambil tanya “Kau ke yang report dekat ketua warden?”.

Kudin habiskan bacaan ayat suci alquran dan pandang aku.

“Tak” jawab sepatah.

“Habis tu?” aku tanya dua patah.

“Lan lupa tutup microphone pengumuman tepi radio tu. Semalam satu sekolah dengan AJL live sebab korang. Warden-warden semua sibuk cari kunci pagar masuk asrama takde sebab Ramli sorok” jawab Kudin tenang satu nafas. Dia sambung baca alquran balik.

“Papp!!” aku tepuk dahi aku dengan telapak tangan sambil mencarut dalam hati. Dalam rumah Allah mana boleh mencarut.


Kudin pandang aku dan cakap “Sedap suara kau dengan Ramli nyanyi lagu Dingin Ziana Zain dan Kalis Rindu Elyana semalam. Kehkehkeh”.


Hari tu aku pergi sekolah dengan muka tebal.