Rabu, 28 November 2012

pemandangan bukit bersalji



Baru ni besday budak ni.
Bujang dan berani.
Gambar ni amik kat turkey awal tahun ni.
Dan dia budak johor.
Aku budak selangor.

Isnin, 19 November 2012

nota-nota cinta di poket belakang seluar

Cinta itu sedap.Lagi sedap daripada cokelat farrero rocher.Manis tapi tak berkekalan.Yang sedap tak semestinya manis dan manis tak semestinya sedap.

1. Origami Bintang

Di gerai cendol jalan Hang Tuah,melaka.Amat melabuhkan punggungnya di atas kerusi plastik milik gerai cendol lama itu.Di pelukannya ada sebalang kaca yang mengandungi origami bintang hijau.Semuanya kecil,sama bentuknya dan sama warnanya,hijau.

"Cendol bang?" melayu yang berumur lingkungan 30an itu bertanya sambil mengeluarkan ketulan air petak dari icebox berwarna biru.

Amat senyap dan menggeleng kepalanya.Dia tengah sengkek.Tiada satu sen pun di dalam poketnya.

Balang kaca itu diletakkan di tengah meja dan Amat memerhatinya.Lama.Dalam 4 5 minit gitu.Jari jemarinya berjalan dan pegang penutup balang kaca itu.Matanya melihat tulisan yang termaktub 'Janji Nur'.

**************

"Nur,bila kau mahu terima aku?" Amat bertanya.Nur senyap dan tangannya mula menggunting kertas hijau.Di sisinya ada gunting,kertas hijau dan balang kaca.

"Bila origami bintang ini penuh dalam balang kaca ni,time tu saya dah sedia" Nur berkata tanpa melihat wajah Amat.Dia segan.Pipinya mula memerah.Tangannya terus berjalan membuat origami bintang.Hijau warnanya.

**************

Amat membuka penutup balang kaca itu dan mengambil origami bintang yang pertama.Lipatan itu dibuka.

'hargai apa di depan mata tika punyai masa'

Itu yang tertulis di dalam origami bintang itu.Pesanan.


Ahad, 18 November 2012

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu....

Anak muda jiwanya mudah terbakar seperti minyak tanah.Pantang didekatkan dengan api,terus marak dan menyambar.Jiwa rebel.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu mak suruh basuh kaki sebelum tido,tapi terus u-turn ke bilik tido bila sampai depan pintu bilik air.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu mak tutup lampu bilik suruh tido,bila mak blah je terus nyala lampu suluh n baca komik bawah selimut.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu mak tuck in baju kiko sebelum keluar rumah,dalam kereta slow-slow keluarkan baju dari dalam seluar.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu mak ajak kongsi pinggan makanan time openhouse rumah orang,tapi selamba amik pinggan lain dan amik makanan sendiri.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu mak ajak beli kasut sekolah baru,terus nak beli kasut bertali padahal baru darjah tiga.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu lutut seluar sekolah koyak tapi terus pakai sebab nampak macho.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu cikgu denda berdiri depan kelas tapi terus berlari ke bilik pengetua dan berdiri di situ.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu member suruh berak dalam seluar sebab dapat balik awal,terus berak tanpa berfikir dahulu.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu mak sikat rambut sebelum gi sekolah,tapi depan pintu pagar sekolah terus tukar rambut ikut style sendiri.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu ayah bagi duit bayar yuran sekolah,tapi selamba simpan dan buat-buat lupa.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu campak bom asap tengah orang baca yaasin dan tahlil.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu rembat kepak ayam goreng lepas mak masak sebelum adik-beradik lain amik.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu time raya tak nak baju raya sama warna dengan adik-beradik yang lain.

Jiwa rebel bila kecik-kecik dulu tak nak pakai baju bundle hasil daripada baju abang-abang lepas tak muat.

Anak muda terbakar hatinya itu mudah.

Khamis, 15 November 2012

Si Fulan

Bermainnya kisah ini di zaman khalifah marwan...

Di zaman khalifah marwan,ada seorang kawan kepada khalifah yang rapat sejak kecik lagi.Kenal baik budi khalifah.Memburu bersama,mengembara bersama dan macam-macam lagi.

Nama beliau tak diketahui,kita panggil dia si fulan.Si fulan ni ada sifat suka membohong.Bukan setiap insan sempurna seperti rasulullah,jangan pandang serang pada orang berakhlak buruk.

Selepas khalifah marwan naik takhta pemerintahan,si fulan jarang berjumpa khalifah dek busynya khalifah keluar out-station ke merata tempat.

Si fulan ini bijak dan suka pada unta.Pada suatu hujung minggu,si fulan sibuk bersiap-siap di pagi hari dengan khemah badwi dan bekalan makanan minuman seperti untuk mengembara.Dia naik keldainya dan menuju ke padang pasir yang terbentang luas.

Dia lepak di tengah padang pasir dan menunggu sesiapa yang hendak berhenti minum,makan or rehat di khemahnya.Kan aku dah cakap dia bijak,dia ada helah tersendiri.

Seorang saudagar dari syam berhenti di depan khemah si fulan.Jaafar namanya,muka bengis dan keturunan kurdi.

"Ya si fulan,aku mahu berhenti di khemah mu ini.Aku baru pulang dari tanah hijaz"

"Silakan tuan,aku sediakan khidmat sebaik mungkin" si fulan berkata sambil memandang 5 ekor unta di belakang saudagar itu.

Malam menjelang tatkala cahaya maghrib menghilang.

Mereka berdua mula nyalakan pelita dan duduk pekena teh sambil berbual-bual.

"Saudagar Jaafar,aku berkenan pada unta mu yang gemuk berisi itu.Bolehkah aku membelinya? Berapa harganya?"

"Hohoho..unta itu dari madinah,harganya 1000 dirham"

"Ok,tapi aku ada 300 dirham sahaja sekarang ini.Tapi,bolehkah aku tawarkan barangan berharga yang aku miliki pada mu?"

"Boleh dibawa bincang,kamu telah memuliakan aku dengan persinggahan ini"

Si fulan menuju ke hujung khemah dan mengangkat peti besi bertatah permata fairuz biru di depan Jaafar.Terus dia keluarkan satu baju besi lama yang dah koyak jaringan besi di dalamnya.

"Ini baju besi khalifah marwan,aku dapat lepas perang pertama yang dia sertai selepas dia jadi khalifah.Harganya boleh cecah 400 dirham"

Jaafar terkejut dan matanya membulat dan bersinar.

Si fulan mengeluarkan kasut lama yang belah kanannya terkoyak dan belah kirinya bertampal-tampal.

"Ini pula kasut khalifah marwan yang dia pakai taktala dibaiah dan kasut ini juga dia pakai sepanjang berperang.Harganya 200 dirham"

Jaafar teruja dan mengambil kasut itu dan perhati secara teliti dan dia tak percaya kasut khalifah berada di depan matanya.

"Apa lagi yang kamu ada? Masih belum cukup untuk harga unta itu untuk dibeli"

Si fulan tersenyum dan berkata "keldai tua di luar tu milik khalifah marwan,dia gunakan sebelum menjadi khalifah dan selepas menjadi khalifah.Dia hadiahkan padaku sebelum aku keluar dari kota.Harganya bernilai 500 dirham"

Jaafar senyum dan menghulurkan tangan untuk berjabat.

Si fulan senyum kembali dan berkata "extra 400 dirham buat diri mu sebagai tetamu khemah ku ini" dan berjabat sebagai akad jual beli.

Esok paginya,Jaafar meneruskan perjalanan dengan semua keldai,baju besi dan sepasang kasut.

Bayangan Jaafar menghilang di telan fatamorgana padang pasir.

Si fulan mengusap kepala unta baru miliknya dan berkata

"Alangkah bodohnya orang kaya,barangan dan keldai itu semuanya milik aku.Kasut buruk itu dah 20 tahun aku pakainya,baju besi itu aku kutip dari tempat pembuangan alatan perang dan keldai itu milik pencuci kasut khalifah bukannya milik khalifah.Kahkahkahkahkah!"

moral : dalam hidup ini ada ramai manusia yang suka ambil kesempatan dengan kelebihan dan kekurangan yang kita ada.

Jumaat, 9 November 2012

Senjata Pendekar Melayu

Exam.

Benda yang jadi darah daging mahasiswa.Sebagai mahasiswa gemilang,menjadi cemerlang dalam exam perlu dikecapi.Mahasiswa hari ini ramai yang merokok.

Ah! Kebende aku merepek ni?

Aku nak ucap Selamat BerSPM Kepada Semua Budak Form 5 1Malaysia

Dalam exam korang kena power,biar aku bagi tips :-

1) banyakkan doa
2) jgn lpe bawa dadu
3) kembali ke step 1

Selasa, 6 November 2012

Aqilah

Sahabat.Kawan.Teman.Friend.Member.

Semua ni membawa satu maksud yang sama.Orang yang berdamping dengan kita selepas keluarga.Kawan kita ramai.Cuba bilang kawan yang kita kenal sejak kita lahir,kompem tak terkira.Ada yang kita ingat,ada yang kita.........lupa.

Kawan ni sebenarnya macam barang.Sebab ada istilah 'buang kawan'.Lebih tepat kawan ni macam sampah.Ini bagi certain golongan.

Sebab ini blog aku,aku citer secara jujur.Korang baca,korang taknak baca ke.Aku tak kisah.

MULA

Dulu aku ada seorang kawan.Dia perempuan.Aku letak dia sebagai M dalam kisah ini.Aku kenal dia daripada kawan aku yang bernama A.Harap korang ingat watak ni,M dan A.

Zaman mula-mula aku masuk tahun dua kat alam universiti ni.M baik dengan aku,kitorang chatting bla bla bla tapi tak pernah berjumpa.A dan M lagi gila baik,diorang selalu jumpa,chatting dan macam-macam lagi.

A dan M ni macam adik beradik.

Bermula cerita ini bila M masuk satu jemaah.M mula berubah.Layan A dan aku lain macam.Katanya jaga ikhtilat.

Aku sabarkan je.Mungkin dia terkejut dengan budaya usrah.Tapi,setahun berlalu semuanya berubah.A dan aku jadi macam sampah.Dibuang begitu sahaja tanpa pemberitahuan.

Aku pernah jumpa M ni live dan dia memang buat muka macam tak pernah kenal aku.Aku memang geram time tu.Itu citer aku,si A mungkin ada cerita lain.

Ikhtilat! Itu jadi asas pembuangan kawan baik.Fine!

Tapi jujur dalam hati,rasa rindu saat berkawan tu ada.Air mata mengalir bila membuka memori lama.

Aku pun dah nak grad,tak perlu aku ubah orang lagi.Sebab itu jalan yang dia pilih.

Semoga Allah redha.

Isnin, 5 November 2012

Mahasiswa Gemilang 1.0

Semalam aku balik kuliah.Kuliah universiti,bukan kuliah agama kat surau.Aku balik je aku bukak laci meja aku.Time tu aku rasa terkejut beruk.Kosong.Dalam laci takde duit.Aku cuak,gabra,takut dan cemas.

Aku pun tanya member bilik aku "kau nampak duit aku tak?" aku tanya sambil bukak butang baju aku.Oh,aku lupa aku selalu pakai tshirt mana lah ada butang yang perlu dibuka.

Senyap.Member aku tidur rupanya.

Time tu baru aku sedar yang aku dah sengkek.Level sengkek ni selaku mahasiswa gemilang 2021 begitu parah.Kalah level bengkerap tau.Bila sengkek hidup mula jadi kutu mati.Mula duduk kat rumah.Hidup jadi tak tenang.

Usha fb dan instagram penuh gambar member makan tu la,makan ni la.Makan jenis dato datin punya harga.

Boring hidup tanpa duit ni.Member ajak keluar pasti kita tolak.Member ajak makan mula kita sengih mintak belanja.Yang baik dapatlah kita makan nasik,yang mulut puaka dapatlah kita makan kutuk caci maki.

Aku mula gigit bantal,bunyi kicauan dan ngiauan kucing memecah sunyi.Lalat mula hinggap kat mata,rambut dan jari kelingking kaki aku.

Aku bangun dan masak meggi.Sebungkus meggi kongsi berdua dan lepas makan aku terus tido nak elak lapar tu datang.

Mimpi makan rendang harimau..kejadah!

Sabtu, 3 November 2012

Raya ya ya

Hari raya merupakan hari perayaan umat islam satu dunia.Tak kira bangsa mahupun warna kulit.Hari raya ada dua jenis, raya haji dan raya fitri.

Kita sekarang sembang pasal raya haji.Nama lain raya ni berlambak seperti :-

1) Raya Adha
2) Raya Korban
3) Raya takde duit raya
4) Raya lembu dan kambing disembelih

Budak-budak kampung aku sentiasa sedih bila raya haji tiba.Poket kempis sebab takde duit raya.Pusing jalan raya penuhkan perut je.Itu pun kalau rumah tu ada makanan.Kampung aku gunakan cuti raya ni gi holidei.Time ni muka orang kampung aku banyak kat KLCC,Pulau Pangkor,Pantai Morib,Pengkalan Batu (tempat paling lawa di Klang).

Hari ni aku bersiap ke majlis raya kat area tempat aku duduk di Jordan ni.Sebagai senior berwibawa,datang lambat itu tanda hensem dan tanda seorang senior.Junior semua datang awal dan penuhkan kerusi dewan sambil menonton persembahan dan ucapan yang boring.

Sebelum masuk dewan sempat aku bersalaman ala-ala yb dengan junior entah sape nama diorang aku tak kisah pun.Junior perempuan aku sekadar mengukir senyuman di bibir.

Upacara makan bermula.Aku bantai daging unta 2 3 jenis.Tercekik bai.Terus aku carik air dan togok.

Mata terbeliak,pinggan makanan aku buang dan terus balik.

"Bodoh apa majlis hari raya takde air sirap!" aku bentak dalam hati sambil balik tak basuh tangan.