Khamis, 15 November 2012

Si Fulan

Bermainnya kisah ini di zaman khalifah marwan...

Di zaman khalifah marwan,ada seorang kawan kepada khalifah yang rapat sejak kecik lagi.Kenal baik budi khalifah.Memburu bersama,mengembara bersama dan macam-macam lagi.

Nama beliau tak diketahui,kita panggil dia si fulan.Si fulan ni ada sifat suka membohong.Bukan setiap insan sempurna seperti rasulullah,jangan pandang serang pada orang berakhlak buruk.

Selepas khalifah marwan naik takhta pemerintahan,si fulan jarang berjumpa khalifah dek busynya khalifah keluar out-station ke merata tempat.

Si fulan ini bijak dan suka pada unta.Pada suatu hujung minggu,si fulan sibuk bersiap-siap di pagi hari dengan khemah badwi dan bekalan makanan minuman seperti untuk mengembara.Dia naik keldainya dan menuju ke padang pasir yang terbentang luas.

Dia lepak di tengah padang pasir dan menunggu sesiapa yang hendak berhenti minum,makan or rehat di khemahnya.Kan aku dah cakap dia bijak,dia ada helah tersendiri.

Seorang saudagar dari syam berhenti di depan khemah si fulan.Jaafar namanya,muka bengis dan keturunan kurdi.

"Ya si fulan,aku mahu berhenti di khemah mu ini.Aku baru pulang dari tanah hijaz"

"Silakan tuan,aku sediakan khidmat sebaik mungkin" si fulan berkata sambil memandang 5 ekor unta di belakang saudagar itu.

Malam menjelang tatkala cahaya maghrib menghilang.

Mereka berdua mula nyalakan pelita dan duduk pekena teh sambil berbual-bual.

"Saudagar Jaafar,aku berkenan pada unta mu yang gemuk berisi itu.Bolehkah aku membelinya? Berapa harganya?"

"Hohoho..unta itu dari madinah,harganya 1000 dirham"

"Ok,tapi aku ada 300 dirham sahaja sekarang ini.Tapi,bolehkah aku tawarkan barangan berharga yang aku miliki pada mu?"

"Boleh dibawa bincang,kamu telah memuliakan aku dengan persinggahan ini"

Si fulan menuju ke hujung khemah dan mengangkat peti besi bertatah permata fairuz biru di depan Jaafar.Terus dia keluarkan satu baju besi lama yang dah koyak jaringan besi di dalamnya.

"Ini baju besi khalifah marwan,aku dapat lepas perang pertama yang dia sertai selepas dia jadi khalifah.Harganya boleh cecah 400 dirham"

Jaafar terkejut dan matanya membulat dan bersinar.

Si fulan mengeluarkan kasut lama yang belah kanannya terkoyak dan belah kirinya bertampal-tampal.

"Ini pula kasut khalifah marwan yang dia pakai taktala dibaiah dan kasut ini juga dia pakai sepanjang berperang.Harganya 200 dirham"

Jaafar teruja dan mengambil kasut itu dan perhati secara teliti dan dia tak percaya kasut khalifah berada di depan matanya.

"Apa lagi yang kamu ada? Masih belum cukup untuk harga unta itu untuk dibeli"

Si fulan tersenyum dan berkata "keldai tua di luar tu milik khalifah marwan,dia gunakan sebelum menjadi khalifah dan selepas menjadi khalifah.Dia hadiahkan padaku sebelum aku keluar dari kota.Harganya bernilai 500 dirham"

Jaafar senyum dan menghulurkan tangan untuk berjabat.

Si fulan senyum kembali dan berkata "extra 400 dirham buat diri mu sebagai tetamu khemah ku ini" dan berjabat sebagai akad jual beli.

Esok paginya,Jaafar meneruskan perjalanan dengan semua keldai,baju besi dan sepasang kasut.

Bayangan Jaafar menghilang di telan fatamorgana padang pasir.

Si fulan mengusap kepala unta baru miliknya dan berkata

"Alangkah bodohnya orang kaya,barangan dan keldai itu semuanya milik aku.Kasut buruk itu dah 20 tahun aku pakainya,baju besi itu aku kutip dari tempat pembuangan alatan perang dan keldai itu milik pencuci kasut khalifah bukannya milik khalifah.Kahkahkahkahkah!"

moral : dalam hidup ini ada ramai manusia yang suka ambil kesempatan dengan kelebihan dan kekurangan yang kita ada.

Tiada ulasan: