Isnin, 19 November 2012

nota-nota cinta di poket belakang seluar

Cinta itu sedap.Lagi sedap daripada cokelat farrero rocher.Manis tapi tak berkekalan.Yang sedap tak semestinya manis dan manis tak semestinya sedap.

1. Origami Bintang

Di gerai cendol jalan Hang Tuah,melaka.Amat melabuhkan punggungnya di atas kerusi plastik milik gerai cendol lama itu.Di pelukannya ada sebalang kaca yang mengandungi origami bintang hijau.Semuanya kecil,sama bentuknya dan sama warnanya,hijau.

"Cendol bang?" melayu yang berumur lingkungan 30an itu bertanya sambil mengeluarkan ketulan air petak dari icebox berwarna biru.

Amat senyap dan menggeleng kepalanya.Dia tengah sengkek.Tiada satu sen pun di dalam poketnya.

Balang kaca itu diletakkan di tengah meja dan Amat memerhatinya.Lama.Dalam 4 5 minit gitu.Jari jemarinya berjalan dan pegang penutup balang kaca itu.Matanya melihat tulisan yang termaktub 'Janji Nur'.

**************

"Nur,bila kau mahu terima aku?" Amat bertanya.Nur senyap dan tangannya mula menggunting kertas hijau.Di sisinya ada gunting,kertas hijau dan balang kaca.

"Bila origami bintang ini penuh dalam balang kaca ni,time tu saya dah sedia" Nur berkata tanpa melihat wajah Amat.Dia segan.Pipinya mula memerah.Tangannya terus berjalan membuat origami bintang.Hijau warnanya.

**************

Amat membuka penutup balang kaca itu dan mengambil origami bintang yang pertama.Lipatan itu dibuka.

'hargai apa di depan mata tika punyai masa'

Itu yang tertulis di dalam origami bintang itu.Pesanan.


Tiada ulasan: