Jumaat, 17 Januari 2014

Diari Encikgu #29

Kisah ini berlaku pada hari isnin tanggal 13 januari 2014. Sehari sebelum hari sambutan maulidurrasul menjelang. Sebelum aku bercerita aku ingin campak persoalan dalam kotak fikiran pembaca 

"Siapa yakin syurga itu untuk mereka yang tidak hiraukan orang lain?"

Pagi isnin itu hujan turun renyai. Murid-murid berlari masuk ke kawasan sekolah. Pintu pagar bercat hijau daun pisang,baru aku dan cikgu-cikgu lain cat hari sabtu lepas. Kelihatan beberapa ekor anjing berlari keluar melihat anak-anak kecil berlari mengejar mereka.

Aku tongkat motor dan ragut beg hitam aku dari bakul motorsikal. Murid-murid mula gelabah bila loceng pagi berbunyi. Semua pakat masuk dalam kelas,campak beg swans gambar sailormoon,power ranger,boboboi dan upin ipin di kerusi kayu masing-masing. Sekolah aku murid-murid cerdik. Tak macam sekolah yang kat dalam tv tu, bodo muridnya masuk kepala celah palang kerusi. Kan dah tersekat takleh keluar.

Aku tegur seorang murid kelas aku. Nama dia Faridah. Muka takde jerawat. Maybe sebab dia darjah dua. Gigi tersusun rapi dan mata hitam dia lebih banyak daripada putih. Bila tersenyum kelihatan lesung pipit di kiri dan kanannya.

"Faridah,rehat nanti jumpa ye" aku berkata sambil senyum manis.

Dia angguk dengam mata kegembiraan. Aku kata begitu sebab dah dua minggu aku perhatikan dia. Aku nampak dia jarang keluar rehat dengan kawan-kawan yang lain.

Masa rehat pun tiba. Murid-murid ramai bawak bekal. Semua eksyen dengan tupperware masing-masing. Ada yang gambar gajah,ada yang petak nampak mahal,ada yang macam mangkuk tingkat dan ada yang aku pernah nampak kat Tesco harga dia RM90.

Aku cari Faridah. Seperti biasa,dia tak kelihatan. Aku tunggu hingga semua murid dah main kat padang 5 minit sebelum loceng tamat berbunyi. Faridah masih belum kelihatan. Aku angkat punggung dan mula menapak.

Beberapa tapak,aku nampak Faridah muncul di sebalik tiang batu. Dia tak nampak aku. Dia pandang keliling seperti melihat keadaan supaya tiada orang di kantin. Dia duduk di meja panjang kantin. Aku tak nampak dia beli makanan dan tiada tupperware di tangannya.

Dia seluk tangannya ke dalam poket bajunya dan keluarkan plastik merah. Aku mendekati dari belakang. Perlahan-lahan aku hampirinya. Dari angle belakang aku nampak dia keluarkan sagu sandwich. Dia suap ke dalam mulutnya. Mukanya layan makan sandwich itu.

Aku duduk tepinya dan dia terkejut kecil. Nasib baik tak tercekik. Aku tanya "Sedap sandwich?".

Dia senyum je.

"Nak sikit boleh?"

Mukanya berubah. Jadi lain. Macam takut.

Aku hulurkan tangan minta roti tu. Aku saje je nak mesra. Bukan nak sandwich tu pun.

"Err..cikgu,sandwich ni tak sedap. Tak payah la makan ye" katanya lembut. Tapi tiada senyuman.

"Aik, ada isi apa dalam tu?"

Dia senyap. Mukanya masih sama. Takutkan sesuatu.

Tangan aku bergerak ke arah tangannya yang memegang roti. Mulanya dia tak bagi aku sentuh roti tu. Akhirnya dia bagi aku dan aku buka.

Roti dan timun!!!!

Makan hanya roti dan timun bulat-bulat.

"Hari-hari awak makan ni?"

Dia angguk. Mukanya tunduk ke lantai. Dia malu.

"Ni je yang mak kasi bekal.Saya segan tengok kawan-kawan makan sedap,bawak tupperware cantek-cantek. Saya makan roti je dan bawak dalam plastik merah kedai runcit je" katanya perlahan.

Time ni aku rasa sedih gila. Nasib baik tak nangis kat kantin.

Aku bangun dan pergi tempat jual kuih dan amik karipap super. Karipap super ni saiz dia lebih besar daripada karipap biasa dan dia punya kulit tu rangup. Dia lain kalau karipap special, ada telur hancur dalam intinya kalau special.

Aku bagi Faridah. Dia makan. Mukanya kembali ceria.

Aku suruh dia balik ke kelas dan dia pergi. Aku pandang ke meja. Ada roti yang berbaki.

"Cikgu,kenapa cikgu pandang roti tu?"

Aku berpaling dan kelihatan cikgu Zarina di belakang aku.

Sekian.

1 ulasan:

seorang gila berkata...

Lagi best kalau dapat bawak orang berusaha menuju ke sorga