Ahad, 23 Mei 2010

bantai ikut sedap ye



Salam kejayaan kepada semua warga Irbid yang menjadi jiran aku.Peperiksaan finale semester ni dah pun bermula,jadi suam-suamkan lah aktiviti harian masing-masing ye.Persatuan dah pun henti semua aktiviti.So,atas diri masing-masing la nak handle masa.Jangan asyik menelentang atas katil je.Jangan asyik melayan gol-gol yang disumbat sahaja.Fikir masa depan yang terang bermula dengan langkah yang penuh semangat.Ingat,"insan yang cemerlang datang dari akal,hati n jiwa yang tenang"....wawawa..

Aku nak luah ketidakpuas hatian aku terhadap komen 1 orang pengkomen mengenai FESTBUK'10.Komen dia tepat-tepat atas hidung aku sendiri.Sebab tu aku berasa sedikit hangit-hangit.Budak tu komen pasal slot yang aku buat dalam malam penutup.Slot : "Borak 2 Dunia"
  • Assobiyyah ke sampai tajuk camni?
  • Nape letak tajuk macam asing jantina?
  • Islam tu kan 1,nape macam panel 1 kafir 1 islam?
Aikkk...pelik aku komen budak ni.Padahal aku nak buat 1 slot ilmiah pada malam berhibur tu.Meletak konsep "sempoi tapi masyukk".Budak ni pulak boleh silap pikir dengan tajuk slot.Nape tajuk camni??
  • Dua panel berlainan jantina (bukan pemikiran lelaki dan perempuan berbeza?)
  • Dua panel berlainan latarbelakang (adakah semua orang pergi konsert sureheboh?)
  • Dua panel berlainan sistem sosial (adakah semua orang bergaul dengan kaki gigs?)
  • Dua panel berlainan bidang (adakah ustaz/ustazah layan Gorillaz?)
Kan boleh nampak di situ yang tiada assobiyyah  melainkan kami mahukan keistimewaan panel-panel itu??? Bukan ingin memecahkan kesatuan persatuan pelajar di sini.Tiada juga diskriminasi kaum atau cara lembut nye "anak tiri"kan sesuatu pihak mahupun jantina.Tiada semua ini.Kami hanya mahu menghidangkan sesuatu borak-borak pasal panel itu sendiri.Bukan skema dan formal.

Post ni bukan nak kutuk orang yang memberi komen tu.Nak terangkan sahaja apa tujuan slot tu.Atas sebab tak cukup masa dewan hari tu.Slot tu pon tak cukop masa nya.Kami mahu saji sajian yang sempoi tapi masyuk..malangnya semua terganggu.Ape pun aku harap konsep ni ada lah junior gune pada tahun hadapan....

 p/s : webcam 1 family atuk aku time besday sepupu tadi memang masyukkk...terbaik la korang semua

2 ulasan:

tepianmuara berkata...

salam.

aha!anda memang ajk terbaik!

13 berkata...

eish...aku lah ajk yg paling bermasalah..
so,kepada PERMAI...jangan bagi aku kerja lagi yekk
ade ramai lagi berbakat...