Isnin, 9 Mei 2011

tq Dr Khalid

Aku masih lagi tersentap.Tersentap dengan nasihat terakhir dalam kelas terakhir madah Nahu 2 tadi.Dr Khalid Bani Dumi.Orangnya kemas dan segak.Sentiasa ber'kot' dalam kelas tak kira musim sejuk ataupun panas.Mengajar tak pernah sentuh punggungnya di kerusi lecturer.Aku respek ngan dia bila dia ngajar.Even terang simple tapi mudah terima dan faham.

Tadi hari terakhir dan kelas terakhir dengan dia.Arab..budaya diorang bile hargai guru memang aku respek.Diorang puji maca-macam sampai Dr pun tegur "jangan la puji ebih-lebih,aku biasa je".Aku senyum je bile ramai nak wat ucapan penghargaan.Ada yang cakap Dr ajar dengan cara terbaik sepanjang dia duduk di yarmouk la.Ada yang cakap dia akan ingat Dr sampai bila-bila la.Ada yang nak sampaikan syair,cuma Dr tak bagi takut masa tak cukup.Nampak rias wajah Dr agak sedih bila dengar ucapan yang lahir dari hati pelajar.

Adakah masa depan aku sebegini?Disukai pelajar-pelajar aku nanti?

Aku senyum.

Apa yang aku tertarik ketika ucapan terakhir Dr ada 2 point yang menjadi titik utama ucapan :

"Aku belajar dengan guru ku (Dr Samir Steteh) dan dia ada ceritakan aku ketika hari terakhir aku bersamanya dulu.Dia berkata : Ketika hari aku grad Dukturoh (PhD) dulu,aku dapat 2 nasihat dari guru ku 1) jadilah kamu pendidik,bukannya pengajar  2) mula hari ini (grad) kamu bukan lagi pelajar,tapi pendidik.Dari situ aku (Dr Khalid) mengharapkan apa yang aku buat sama seperti yang aku harapkan.Moga kekal bersama kamu semua (kitorang) ilmu-ilmu aku sampai bila-bila"

Aku time ni aku agak sentap.Nape aku tak sedar 2 benda ni?adakah aku masih BELAJAR dan sebab tu aku tak sedar dengan MENDIDIK?
"buka mata,buka hati lirikkan senyuman di bibir" - moja

Tiada ulasan: