Sabtu, 17 Oktober 2009

Semua nak jadi hero


Haha..asal kalau tengok tv time budak2 dulu kita nak jadi hero???
Sebab "hero itu hebat"...time kita budak-budak dulu mesti nak yang terbaik..ermm..next post la..

Kongsi citer pelik..

TOKYO 13 Okt. - Bekas Perdana Menteri Jepun, Junichiro Koizumi yang terkenal kerana selalu menyanyikan lagu-lagu Elvis Presley semasa berada di dalam pejabat, meminjamkan suaranya untuk sebuah filem adiwira.

Menurut penerbit filem itu, Koizumi, 67, telah meminjamkan suaranya untuk suara latar bagi watak wira angkasa lepas yang bukan menentang pembangkang-pembangkang politik sebaliknya makhluk asing dan raksaksa angkasa lepas.

Persembahan beliau yang seterusnya adalah dalam filem `MegaMonsterBattle-Ultra Galaxy’, yang dijadualkan tayangannya di Jepun pada 12 Disember ini.

Karakternya adalah dengan melakukan tembakan yang memancarkan cahaya untuk menyerang musuh yang jahat sambil melaungkan: `Terimalah hukuman kamu!’.

“Tidak ada seorang pun yang boleh memainkan watak ini melainkan bekas perdana menteri, Koizumi yang pernah memimpin negara ini,” kata Junko Kitazawa dari Produksi Tsuburaya.

Menurut laporan, pada mulanya, Koizumi enggan menerima permintaan untuk muncul di dalam filem tersebut namun mengubah fikirannya selepas anaknya, Shinjiro, yang mengambil alih kerusinya di parlimen pada pilihan raya baru-baru ini, menggalakkan beliau supaya menerimanya. - AFP

Sumber:utusan malaysia

Tiada ulasan: