Ahad, 11 Oktober 2009

Berubah itu senang??


Pagi tadi,dalam sesi muhasabah diri yang merupakan slot terakhir bagi Minggu Haluan Pelajar..seorang senior akhowat telah membuka mindaku setelah dia menyebut satu kalimah yang berjuta kali aku dengar sejak keluar dari rahim ibu...yakni, "BERUBAH"..apakah berubah itu senang???


Apakah sesenang kita menepuk tangan di atas lapisan tepung??yang mana kita dapat nampak terus perubahan tangan kita yang daripada tiada apa-apa menjadi putih dek kerna lapisan tepung itu...adakah sesenang itu??pikir-pikirkan la..sebab berbeza diri seseorang itu..TETAPI,konsep yang saya ketengahkan dalam post kali ini adalah..SENANG...ambil contoh diri yang hina ini menjadi model,saya ini senang berubah jika kesedaran itu timbul dengan sendiri..tapi,apakah senang berubah itu baik??majoritinya yang berubah senang ini...senang kembali ke arah "itu" balik..

Ini kerana,mereka tidak mendapat apa yang dikatakan pen"toreh"an di hati mereka..mungkin perubahan mereka kerana peng"guris"an yang kecil yang mana sekadar sebentar sahaja ia akan sembuh dan diri itu kembali kepada jalan yang salah...

Apa yang ingin ditekankan lagi adalah DIUBAH-MENGUBAH...2 perkataan ini membawa maksud yang bermakna bagi diri seseorang itu untuk BERUBAH..apabila seseorang itu diusahakan atasnya sesuatu perkara yang memberi kesedaran yang mendalam,ia membuatkan dia berfikir..betul atau salah..hak aw batil..dia akan bermenung memikirkan benda ini dengan terperinci dan akan membuat keputusan yang drastik kerana ia bakal membawa satu transformasi dalam jalanan hidupnya...

Sebab itulah hasil yang diinginkan yakni BERUBAH memerlukan perkataan yang ke-2 iaitu MENGUBAH..dalam alquran Allah berfirman.."tidak akan aku ubah suatu kaum melainkan mereka ubah nasib mereka sendiri.."ini bererti,jikalau tiada usaha..perubahan itu tidak akan berlaku dengan sendiri..Bagaimana caranya??ha..cuba kita singkap balik memori perjalanan hidup kita...adakah kita berjalan ketika kecil dulu sebab ada yang mengusahakan untuk kita??TIDAK..diri kita yang mahu berubah..dari merangkak ke berjalan..itu tandanya manusia ini mahukan perubahan..tetapi mereka tidak sedar yang usaha dari dirinya itu penting..

Wa..panjang repekan kali ini..huhu..MHS bawa diriku kenal fikrah yang berbeza..apa yang penting setelah kita BERUBAH??..MOVE FORWARD WITH ISTIQOMAH..wasalam

1 ulasan:

Cahayamylife berkata...

Perubahan yang drastik, sesuatu yg menakutkan. Tiada siapa yang sanggup menaruh harapan dengan perubahan yang ditakuti ini.