Jumaat, 25 Februari 2011

Mat,Burung dan Apple



"Petikkan 4 5 biji je tau" pesan Mak Minah kepada Mat.

"Ye la..." balas Mat sambil turun ke tanah.Dengan selipar jepung biru gelapnya.Mana mampu dia pakai Crocs cam budak-budak kampung seberang.Keluarga dia kais petang,makan petang..malam tak boleh kais-kais,tak nampak.

Hari ni lepas je balik dari sungai ngail ikan keli tadi,Mak Minah mengarahkan Mat masuk ke kebun memetik buah apple untuk santapan petang nanti.Nak ke kebun tu perlu melalui hutan belakang rumahnya,baru la sampai ke kebun apple warisan atuknya.Hutan itu dipenuhi haiwan berbisa dan botol-botol kaca.Sungguh berbahaya.


Budak kampungkan,pantang disuruh laju je dibuatnya.Mat melangkah laju.Dah lama dia tak masuk ke hutan sejak bapanya berhenti menjadi pemburu.Kini,bapanya bekerja sebagai nelayan.Ada subsidi minyak,subsidi bot pun kengkadang dapat daripada ADUN.

Biasa la,bila musim ikan banyak bapanya keluar pagi,balik malam.Hari ni pun sama.

******

Mat menolak pintu pagar kayu kebun lama itu."wa..banyak jugak apple kebun ni,merah-merah semuanya" kata Mat seorang diri.

Kini,dia berdiri di depan pokok apple yang penuh dengan buah.Di dahan apple itu terdapat burung-burung yang sedang bertenggek sambil makan buah-buah apple di pokok itu.Bawah pokok itu terdapat rumah-rumah madu lebah yang penuh dengan madu sehingga menitik-nitik jatuh ke tanah.Buah apple merah-merah menandakan sudah masak ranum buah-buah apple itu.

Mat tertarik dengan seekor burung yang sedang mematuk makan sebiji apple.Pada apple itu terukir seperti tulisan-tulisan arab hasil patukan burung itu.Mat duduk dan bersiul untuk memikat burung itu.Kadangkala,burung itu menjeling pada Mat.Tapi,sambung semula mematuk makan apple selepas seketika.
Kadangkala,Mat makan apple yang jatuh di tanah dan merasai kemanisanya dan lupa pada burung itu.Kadangkala juga,Mat menjilat jarinya setelah dicelup ke dalam rumah madu dan merasaia kemanisannya dan lupa juga pada burung itu.

Selepas seketika,Mat try lagi memikat burung itu sehingga matahari senja ingin melabuhkan tirainya.Dan Mat lupa pada tujuan asalnya ke kebun.


PANDUAN

Mak = mak aku
Mat = ok,tu aku
Hutan = perjalanan aku sebelum ke Jordan
Kebun =  Jordan
Apple = ilmu-ilmu di Jordan
Madu = majlis zikir dan selawat


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam
ingatlah kembali tujuan ke kebun jangan dipikat burung yg hanya menjeling saja. taat pd pesan emak tu adalah wajib.

Muhtadi Khazani berkata...

tak salah memikat burung, yang salahnya pada lupa memetik buah epal.

kalau dapat balik menghidangkan buah epal dan juga burung, tentu mak senyum sampai telinga.








aku suspek burung = jubah syria xD

faiq zaini berkata...

bunga hutan tak nak petik ke?
mesti mak suka kan..

budak adab berkata...

anon : ye2..sila check next post

tady : kah3....nasihat yg hebak!!

faiq : bunga hutan beracun,jgn main-main...kang xbalik umah pulak