Khamis, 23 September 2010

kenakan junior..kesian



Jom layan citer aku kenakan junior.Baru lu tau sape senior kat sini.Jangan memandai wat pandai kat tempat orang.Kan dah kena ngan aku.

Panduan cerita :
coster = bas mini kecik yang jenjalan 1 trip macam rapidKL
*coster sini ada 2 warna,(hijau+putih) dan coklat

Semalam,gua teman kawan rumah gua yang jadi mentor kepada budak-budak junior yang baru sampai minggu lepas.Gua yang sambut junior-junior ni time kat airport.Bila gua sambut,kompem diorang rapat ngan gua n main mesra lagi ngan gua.Gua tak kisah,gua no prob.Jangan sampai kepala gua letak bwah kasut Vans korang suda la.Tu gua takleh.

Kitorang senior nak kenalkan junior dengan balad (kawasan pasar irbid).Nak bawak diorang beli barang rumah yang asas la.Macam periuk,sudip,tempat letak gula n kuali.Nak pergi balad tu kena la naik coster sebab murah.Haha...berkumpul la depan masjid Jamiah petang tu.Aku ingat lagi,jam tu baru kul 2 petang.Pas solat zohor.

Tengah kumpol-kumpol,aku pon sembang la cikit."Yang kite nak tahan macam van ni,nama nye coster.Penganggkutan kat sini,murah je tambang nye" settle je aku cakap pasla benda ni.Aku tahan la 1 coster uhijau+putih.Settle,coster penuh.selamba je lepasi aku.Budak-budak bantai gelak lak kat aku.Takpe,gua sabar je.Tahan la 1 lagi coster warna coklat pulak.Tak berhenti gak.Bertambah gelak la budak-budak ni.Gua tension dalam 1 minit.Kawan gua dh ajak amik teksi.Gua nak naik coster gak.Takkan junior hari 1st dah naik teksi,kaya betul.

"Diorang tak nak benti sebab ko yang tahan" ada junior sorang tu bersuara.Hai....dah main kasar,kang xpepasal gua sumbat topi NY gua yang beli ngan Pak Wan Najib tu dalam mulut budak tu."Fine la,lu lak tahan!!" sambil aku tunjuk kat 1 van yang menuju ke arah kitorang.Sekali budak tu tahan.Time ni memang setan la gua.Gua suke tengok muke pemandu van tu.Dia wat mata terbeliak dan garu kepala.

"ADA KE TAHAN VAN TADIKA!!HAHAHA" time tu gua separuh jerit.Van warna oren die tahan.Budak-budak kecik melopong tepi tingkap tengok junior yang tahan tu.Memang gua saja nak kenakan die.Pergh...merah padam muke die.Memang time die tahan van tu muka bangga je.Macam pakcik tu nak berhenti lak.Mustahil gile la bagi orang awam naik van tadika.Hahaha...memang time tu semua yang ade gelakkan die je.Gua dah jadi setan time tu.Gelak cam hampeh je.

Last-last,diorang naik teksi.Gua tungu koster.Dalam koster gua bantai gelak sorang-sorang.

*cidak.style tak gua kenakan junior??
*kepada senior irbid,boleh la gunakan idea ni untuk kenakan junior yang berlagak.Suruh tahan kereta belajar memandu yang amcam teksi tu.
*lain kali nak record gune kamera lak...haha

1 ulasan:

AMIRAH HAMIDI berkata...

huhu moja nakal betul..kesian junior tu..
tp junior tu pon blagak xkena tempat..hehehe