Ahad, 24 Mei 2009

Boring...

Pagi-pagi aku bangun awal,macam biase..aku tau hari ni hari budak-budak USIM daftar..aku rasa macam nak gi jew sebab boring sangat kat rumah...

Pukul 11 jew,pak yob dan famili datang tengok opah yang tak sihat...aku layan ala kadar jew..sebab takde mood sejak R dah putos sahabat ngan aku..tension beb!!!

Petang menjelma,aku boring gak..semua orang busy ngan urusan masing-masing..aku ngan dengkur la..da boring sangat...

Malam datang lagi,aku gi balai islam ganti ayah aku usrah..bincang pasal POP(persatuan orang pencen)...aku senyap jew..sebab aku tunggu kul 9..ade perjumpaan pemuda kat dewan putra...

Kul 9 tibe,aku start motor aku dan teros pecut ke putra..sampai jew..aku pelik,ni asal ramai budak-budak?tak per la..perjumpaan malam ni hancor!!tak macam dulu best..
Usop ade jumpe aku,die suruh aku pujok R..aku geleng,sebab tu kehendak die..bukan aku yang nak..aku sekadar setuju jew...ko kene paham usop..die nak jadi camni,aku ikot la..ni nak suroh aku pujok lak..malas la..

Balik je terus online,sebab nak kacau budak yang nak pekse esok..hahaha..tau kan sape..ade ke malam ni aku je yang kalah,salah&kene ngan die..bad night la...die marah aku,tapi bukan die marah(korang paham x?yang terlibat jew paham benda nih)...sekarang kul 12.1o malam...aku boring lagi..so,aku post awal malam ni boleh tido awal...sebelum tu aku baca artikel nih:

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.


Dah la..aku malas nak tulis panjang-panjang..hari ni hari boring aku..ape pon hidup still go on..salam semua..

Tiada ulasan: