Selasa, 1 Mac 2011

selawatlah ke atas junjungan Nabi

"Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berselawat ke atas Nabi,wahai orang-orang yang beriman berselawat ke atas nabi dan sejahteralah kamu semua dengan kesejahteraan"
(Al-Ahzab : 56)

Post kali ini ilmiah atas permintaan seorang saudara/teman/sahabat saya yang ingin keterangan mengenai apa itu selawat.

Maybe ramai yang kata,kenapa ayat ini dipilih?..kerana ayat ini dijadikan sebagai panduan dalam mengeluarkan dalil,hukum berselawat ke atas Rasulullah.

Allah berselawat?
Malaikat berselawat?

Bagaimana itu??

"selawat itu doa,dari hamba ke tuhan...Allah berdoa kepada diri sendiri??"

****

Saya mulakan post ini dengan nama tuhan yang memliki seluruh alam hatta perasaan di hati.

Telah berkata Syeikh Shamsud Din Al-Khatib :

"ibn abbas pernah berkata : memang satu kebenaran sesungguhnya Allah merahmati Nabi dan malaikat mendoakan Nabi dan selawat daripada Allah itu rahmat dan daripada malaikat itu mohon keampunan (istighfar)"

"abul 3aliah pernah berkata : selawat Allah itu pujiannya kepada Nabi di sisi malaikat dan selawat malaikat itu doa"

Dan pabila kita memuji Nabi,menjadi satu kemulian dan kita diberi sepuloh ganjaran dengan selawat ke atas Nabi.

Semakin lama,semakin ramai yang memuji Nabi dan sharof (kemuliaan) Nabi itu terserlah.Ini menunjukkan kecintaan kita kepada baginda dizahirkan.

Allah pun memuji/berselawat ke atas nabi,mengapa kita tidak?apakah kita sebagai hamba perlu tabi3 (follow) apa yang tuhan kita lakukan dan arahkan?

Hukum berselawat ke atas Nabi adalah Wajib.Dan imam syafie mengatakan yang selawat ke atas nabi ketika tasyahhud akhir adalah wajib dan ini menunjukkan selawat paling kurang di sisi kita sekurang-kurangnya 5 kali sehari.
post ini ringkas kerana ilmu yang saya ada hanya sedikit,insya'Allah akan ditambah pada masa akan datang.

sumber : Afdhalus Solawat 3ala Sayyidus Saadat : syeikh yusouf bin ibrahim an-nabhani

nota kaki

1 ulasan:

Muhtadi Khazani berkata...

daun selasih =>