Khamis, 31 Mac 2011

petua hilangkan lupa

Rentetan bertemu dengan habib kazim as-saqqaf baru ini,aku nak kongsi tips yang diberi.Aku baru try sekali,alhamdulillah...ade kesan sikit.Aku berharap ramai mencuba agar ilmu ini terus bersambung dan kita semua mendapat manfaatnya.Amiin



Lupa,ramai sungguh yang ada penyakit ini.Ye la,"tidak di namakan manusia itu insan melainakn dengan nisyan (lupa)".So,kita ubat benda ni awal-awal sebelum kritikal.

cara pertama :

1) buka Al-Quran anda
2) buka surah Al-A'la (surah ke 87,punyai 19 ayat dan ia makkiyah)
3) baca surah ni selepas solat 5 waktu
4) ulang 10 kali pada ayat yang ke-6,tiap kali sampai ayat itu
5) lepas ulang,sila habiskan surah itu

cara kedua :

1) sila ambil wudhu'
2) siap-siap untuk tidur malam (buat la apa yang patut,adab-adab sebelum tidur)
3) tutup mata dan cuba ingat apa yang anda lakukan hari ini
-anda bangun pukul berapa?
-anda bertemu siapa mula-mula keluar rumah hari ini?
-apa isi perbualan anda dengan kawan anda hari ini?
-pukul berapa solat-solat anda?
-apa yang anda belajar hari ini?
-apa yang pensyarah anda buat lawak hari ni?


Ini memang payah nak lakukan,tapi buat semampu boleh.Ini melatih otak kita mencuba ingat sesuatu tanpa hafalan,macam buka memori minda sedar anda.Boleh mula dengan benda biasa-biasa dulu sebelum masuk detail macam isi perbualan dan lawak tu.


Okey,tu je nak kongsi.Ada banyak lagi petua dan nasihat Habib yang berguna.Insya'Allah akan datang pasal "Muhammad : selawat,bukannya zikir"

3 ulasan:

ama berkata...

kalau nenek gue yang alami sindrom lupa tu. camana ek. kehkeh

budak adab berkata...

banyakkan selawat,sehari 1000 kali...insya'Allah sihat

Akhyar berkata...

PEH. TQ BOH!