Ahad, 2 Januari 2011

kerapu masam manis



2002

Hujung tahun,bapak aku cuti.Aku ngan adik-beradik pun cuti sekolah.Bapak aku bawak kitorang jalan-jalan sambil dia nak jumpa member-member lama dia.Yang selalu kitorang pegi adalah negeri Kedah.

Tempat yang wajib kitorang pergi kalau ke Kedah ialah "Tangjung Dawai".Pi layan medan ikan bakar.Masyuk bai.Tepi pantai,malam-malam.Pergh...

Sebelum aku lahir,family aku dok kedah.Kat sungai petani.Abang aku sempat la.Mak aku ngandung aku je,family aku ke selangor.Tu pasai no ic aku ngan abang aku beza no negeri kelahiran tu.

Kerapu masam manis memang menu wajib bapak aku kalau pi medan ikan bakar.Aku time tu dalam tempoh pembesaran.Makan je la apa yang kena selera.

Kalau makan kerapu ni,mak aku selalu buangkan tulang.Bahagian ekor tu aku suka.Bila tinggal sisa-sia ikan,aku nak makan lagi.Mak aku carikkan kat bahagian pipi.Sedap dan lembut.Aku sengih je kekenyangan.Sebab carikkan daging ikan untuk aku,mak aku sempat jamah sedikit je ikan kerapu tu.

Time tu aku tak paham apa itu pengorbanan.....

2011

Hari ni,aku bukak peti ais.Ada ikan yang aku tak kenal time beli kat pasar hari tu.Rendam seharian nak biar lembut.Aku siang ikan tu (aku bab siang ikan memang power).Aku lepak kat dapur dari maghrib sampai isya'.Sambil aku usha resepi dari internet.

Lepas je isya'.Ikan siap goreng.Buat kuah sweet sour.Siap je kuah,aku cuba rasa.Time tu,muka mak aku yang muncul lepas aku rasa.Memang sebijik cam mak aku masak.Time tu,air mata dah nak ngalir.Aku tahan je...laki kena kental!

Aku pi solat.Balik solat kitorang satu rumah makan.gelak-gelak.Time tu kawan aku cakap "ni ikan kerapu ni".Sekali lagi muka mak aku muncul.Aku makan je la.Happy je.Sorang demi sorang bangun dari talam.Tinggal aku berdua dengan kawan serumah aku sorang.Aku kesian tengok dia.Semua bahagian ikan dah habis.

Time ni,aku carik daging ikan kat kepala ikan tu.Ada juga sisa-sisa yang tak disentuh.Time tu,aku dapat rasa sebak di dada.Sape tak sebak,teringat pengorbanan mak."dulu,mak aku wat camni kat aku" aku bagitau kawan aku.

Aku bangun dari talam.Kalau tak,dah ngalir air mata.Aku tahan dari terkeluar.Biarkan hati menangis.

Kini aku paham apa itu kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu.

p/s : hargai ibu bapa selagi mereka masih hidup...aku sayang mak ayah aku

3 ulasan:

tady berkata...

setuff mane lelaki, kalah jugak dengan mak sendiri

Tanpa Nama berkata...

i love my mom and my dad..!!!

budak adab berkata...

ustaz tady : yup..kena redha dgn apa yg ada

anon : yup..aku pon sayang