Selasa, 2 Februari 2010

Pabila akhir zaman mendekati...

Tadi aku jenjalan kat alam cyber ni dan terjumpa satu blog yang meng"link" aku kepada satu forum yang terkenal...korang baca dan tengoklah sendiri bermulanya api fitnah itu...

SALAM BUAT PEJUANG ISLAM.

Harap jangan terkejut dgn tajuk di atas. Mungkin ada yg dah menyedari masalah ini dan mungkin ramai belum tahu. Saya dapat maklumat dari salah seorang pimpinan Pas, Habib Omar dan Kumpulan Ahbasy(pengikut Arwah Syeikh Abdullah al hariri al habsyi) merupakan agenda Umno untuk pecahbelahkan ahli dan penyokong Pas. Ia bawa masuk oleh Nakhaie Ahmad, bekas Naib Yang Di Pertua PAS. Sekarang, bahang perpecahan dan gejala futur (tercicir dari jalan dakwah Pas) sudah berleluasa di Selangor. Perkara yg sama sedang berlaku di Terengganu. Diceritakan oleh orang kuat Pas di Kemaman bahawa puak ini menarik keluar ahli parti utk bersama dgn mereka atas alasan menyucikan hati dgn amalan2 tertentu seperti zikir.

Di Kuala Terengganu pun, sudah ada bibik2 ahli pas yg tidak mahu lagi terlibat dgn aktiviti pas.

Salah seorang Ustaz yg bawa agenda ini dikatakan sedang dipehatikan pejabat agama kerana ada unsur2 kekeliruan dlm cara berzikir. Program beliau dimasukki SB.

HABIB OMAR

Pendekatan Habib Omar ialah Cinta Rasulullah. Sikap terhadap parti politik tidak jelas. Biasanya program besar2 mereka dapat sponsor drp badan kerajaan atau individu dlm kerajaan. Di Pahang, MB Pahang sponsor, manakala di Selangor baru2 ini, JAIS atau MAIS yang sponsor. Ada maklumat dari sahabat2 yg belajar di Yaman kata bahawa Habib Omar ini dipergunakan oleh Umno Yaman untuk lemahkan Gerakan Islam di sana. Ustaz Khalil anak Tok Guru Haji Hadi pernah bawa Timbalan Mufti Yaman datang ke Terengganu utk menjelaskan kesesatan Habib Omar kepada pondok2 dan madrasah Pas dan milik orang Pas.

Justeru, hati2 dgn pergerakan mereka kerana ia merugikan perjuangan Islam yg Pas dokongi.

AHBASY

Yang ni pula terang2 ghuluw (melampau) dlm isu salaf dan khalaf. Ia mengkafirkan Yusof al Qaradhawi dan ulama'2 sealiran dgnnya. Sekarang ia berjangkit di pondok2 di Malaysia. Banyak pondok2 di Kelantan yg sudah berani menyesatkan Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi. Pondok2 ini mengambil sikap berlepas diri drp PAS. Di Terengganu, Mudir Pondok Bukit Jong sudah isytiharkan bhw ia sudah tidak menyokong lagi perjuangan yg dibawa oleh Pas.

Harap2 sahabat2 cyber ambil perhatian terhadap pengaruh kelompok ini dlm alam cyber.


Forum (kilik sini) aku sedih pabila makin banyak fitnah kepada ulama' berlaku lebih-lebih lagi keturunan Rasulullah sendiri yang difitnah...moga pintu hati tukang bawa cerita ni dibuka...

Kepada pihak yang berkaitan...sila la siasat fitnah ni,kebenaran itu susah nak dapat akhir zaman ini..tapi usaha itu perlu...

Tiada ulasan: