Rabu, 24 Februari 2010

Ape ni?..Debat la

Haha..baru je balik dari debat hari ke-2......best la hari ni dengan tajuk yang agak best...

Pusingan 1 : PEMBANGUNAN EKONOMI MERUNTUHKAN MORAL

Speker-Nazim Fred : membawa dewan dengan tenang dan lembut

KERAJAAN
Yaqzan DS : Alhamdulillah hari ini beliau makin maju dengan kehebatan madah...beliau dah melontarkan cabaran dalam ayat ke-2 lagi..."BUKU BERTEMU RUAS"...sememangnya beliau faham yang pihak lawan merupakan lawan yang sukar untuk dikalahkan....dan beliau telah berjaya mengatur satu cara licik dengan melontarkan konsep yang berjaya mengelirukan pihak lawan....pihak lawan sudah salah erti dengan pembawaan erti isu...

Azlan Shah : Malam ini sememangnya beliau sudah menunjukkan iras-iras taring beliau dengan membawa emosi dan lakonan yang hebat...bagi aku,pihak lawan mula tergugat selepas melihat kehebatan beliau....sememangnya beliau mahir dengan ekonomi...sebab itu beliau yakin malam ini menjadi milik mereka....make a move Lan...

Iza'an : memang aku cakap betul sebelum ni...dia ni boleh kerja ngan Edisi siasat...semua hujah beliau lancar dan penuh dengan contoh-contoh...cuma beliau kena ingat yang "setiap kalam mempunyai keburukan"...beliau mungkin ade peningkatan selepas ini...

PEMBANGKANG
N/A : sememangnya beliau dah mula menunjukkan kehebatan letupan bom jangka yang aku penah sebut sebelum ini...beliau dah buktikan yang diam-diam berisi.....beliau berjaya pusing ayat pihak lawan dan memberi tekanan kepada pihak lawan...

Ulya : malam ni aku dah cakap pakai la blazzer...takpe-takpe...beliau membawa tutur dengan penuh keyakinan sehingga mengeluarkan kenyataan yang kumpulan diorang bakal megenggam piala presiden tahun ini....

Azzam : beliau dah buat satu gimik dengan lambat hadir...semua ahli kumpulan dah risau dia tak datang dah...akhirnya muncul gak..nampak la kelegaan pada ahli kumpulan dia....(Hilal tak datang.Syafakallah)....tapi dia ni la yang memberi semangat dan kehebatan kumpulan beliau...

Pusingan 2 : FACEBOOK:LEBIH SUDU DARI KUAH

Speker-Iza'an : kau pun tak tahan dengan lawak yang berlaku...wawawa

KERAJAAN
Lan mindef : Beliau dah disalah nama dengan Azlan Shah...tapi beliau dah membuat kelembutan dan suara beliau yang sedap itu satu perdebatan yang hebat dan lembut...cuma terdapat kesilapan dalam membawa hujah dan isi...beliau berkata maksud isu malam ini "pengguna yang ramai mencemarkan FB"....

Muiz Ashaari : memang beliau tukang lawak yang menjadi tumpuan ramai...beliau bertutur sedaya upaya dengan Fushah malaysia (bahasa baku)....isi dan hujah beliau agak memberi lubang kepada pihak lawan mematahkan dengan mudah...beliau juga tidak puas hati dengan pihak lawan yang memohon belas kasihan daripada penonton dan hakim yang merupakan pengguna facebook...

Mat Syah : Hahaha...memang betul la dia ni bakal Raja Lawak..."selamat pulang hakim" "sape ye nama pembuat FB tadi?" "perlu kau sambung ombak penonton??"....beliau la yang akan memeriahkan segala pusingan...next pusingan orang rindu sama lu Mat Syah....

PEMBANGKANG
N/A : sememangnya beliau la yang membawa kehidupan malam ni dengan mulakan debat dengan tenang...semua ayat beliau ditutur baik...mematahkan hujah dengan tenang dan berjaya membuat pihak lawan terduduk seketika...

Amir : beliau muncul buat julung kali dengan kehebatan seperti wartawan...cuma mungkin ade kesilapan dengan fakta yang tidak lengkap...tapi juri bagi man of the night la...dan suruh semua contohi cara perdebatan beliau....akhirnya beliau tersenyum dengan persembahan pertama beliau....sape tahu beliau bakal membuat kejutan????

Ulya : jangan kamu pandang rendah dengan pihak lawan biarpun mereka bermain dengan arena perdebatan....semangat beliau makin rendah pabila mendengar lawak-lawak pihak lawan...beliau perlu melatih diri dalam bermain ayat bunga lagi..sebab Lan ade kata salah beliau salah guna peribahasa....banyakkan mencari ayat bunga...tapi jangan jadi Mat Bunga suda....haha

KEPUTUSAN

PUSINGAN 1 : PEMBANGKANG (5-0)
PUSINGAN 2 : PEMBANGKANG (4-1)

NEXT ARENA BAKAL BERLANGSUNG........

1MALAYSIA : POLITIK??
LELAKI MENYENANGKAN,PEREMPUAN MENENANGKAN...

Tiada ulasan: